MB Perak tuan rumah Usrah Bulanan PAS Perak

IPOH, 6 Sept Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin telah sudi menjadi tuan rumah kepada majlis Usrah PAS Perak pada bulan ini tidak sepertimana biasa yang telah diadakan pada setiap bulan di Markas Tarbiyah PAS Air Kuning, Taiping selama ini.

Jadual majlis tersebut bermula dari berbuka puasa dan terus sembahyang Magrib. Selepas itu menjamu selera dengan hidangan Nasi Briyani dengan seramai 500 orang tetamu dengan kaedah makan bertalam bersama dan kemudian meneruskan sembahyang Isyak serta solat sunat Tarawih.

Kemudian dimulakan aturcara dengan ucapan aluan Pesuruhjaya PAS Perak merangkap Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang dan tazkirah oleh YB Zainuddin Exco Agama Negeri Perak dan seterusnya Menteri Besar sendiri. Penerangan bekisar perkembangan Kerajaan Negeri Perak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI