Catatan

MB PERAK MEMANDU KERETA JAM 3.00 PAGI

Imej
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - Demi bonda mertua dan isteri tercinta, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sanggup memandu kereta jam 3.00 pagi menuju ke Hospital Tapah setelah mendapat panggilan kecemasan mengenai tahap kesihatan bonda mertuanya yang agak kritikal. Iklan Biarpun baru tiba ke kediaman rasmi beliau di Ipoh jam 12.30 tengah malam daripada Kuala Lumpur atas tugas dan urusan rasmi, tanpa sebarang keluhan tiga jam kemudian Nizar memandu kenderaan membawa keluarga menziarahi ibu mertuanya. Perkara itu diluahkan sendiri isteri beliau Datin Seri Fatimah Taat dalam blognya; datinserifatimah.blogspot.com baru-baru ini tentang insiden yang berlaku pada 2 Ogos lalu. Terkejut dengan panggilan kecemasan itu Fatimah dan Nizar bergegas pulang ke Tapah malah terpaksa meninggalkan anak-anak yang sedang nyenyak lena di rumah. "Setengah jam suami memandu kami selamat tiba di wad perempuan Hospital Tapah. Saudara mara terdekat sudah memenuhi ruang wad pada k...

PRESTASI KERAJAAN PERAK MEMBANGGAKAN - NORAZLI MUSA

Imej
KAMUNTING 1 oGOS : Prestasi Kerajaan Perak sungguh membanggakan dan telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam tempoh 5 bulan pemerintahan negeri. "Dalam tempoh 50 tahun apa yang BN tak buat, kita buat" ujar: Norazli Musa Setiausaha Kepada YB Hj Zainuddin Exco Kerajaan Negeri Perak.Antara perubahan itu ialah pemilihan Ketua Kampung,melalui pemilihan rakyat di kampung-kampung. Ketua-ketua kampung akan diberi taklimat dan kursus berkaitan dasar atau polisi kerajaan negeri. Kerajaan Perak juga bercadang menaikkan elaun ketu-ketua kampung dari RM 200 kepada RM 400 Sementara itu bagi ahli Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) satu pertiga daripada kalangan NGO dan profesional. "Dua pertiga sahaja dari kalangan parti Pakatan Rakyat .Untuk meningkatkan hasil negeri ,tender terbuka untuk balak hutan simpan akan dibuat.Menurutnya untuk 7000 hakter satu tahun negeri hanya menerima hasil RM30 juta,jikalau tender terbuka mungkin boleh bertambah sehingga 300 juta ringgit.Berkat doa dan ke...

PENGHORMATAN TUGU NEGARA : MUFTI PERLIS GESA PM BERTAUBAT

Imej
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) -"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan." Mana dia Penasihat Agama Perdana Menteri Malaysia? Demikian kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang mengulas upacara Tugu Negara bersempena Hari Pahlawan 31 Julai lalu, yang menyaksikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir di Majlis Kalungan Bunga monumen berkenaan. Peringatan Negara sebagai memperingati wira-wira yang gugur semasa mempertahankan tanah air dengan diikuti tiupan lagu dan trumpet 'Last Post' serta deklamasi sajak berjudul Pahlawanku oleh Pegawai Waran I, Azamin Itam. Kata Dr Asri lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati malah sekiranya pelaku tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu...

KERAJAAN NEGERI AKAN MENYEMARAKKAN SELURUH SEKOLAH AGAMA DI PERAK

Imej
IPOH, 24 JULAI – Menteri Besar Perak, Dato’ Seri ir. Mohammad Nizar Jamaluddin memberi jaminan bahawa seluruh sekolah agama di perak akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri bagi memastikan tempat menimba ilmu terbabit akan terus terpelihara. “Saya selaku menteri besar bertanggungjawab menyaksikan dan melaksanakan amanah ini dan sudah pasti suatu hari nanti kita ingin melihat Sekolah Raja Perempuan Taayah dan Sekolah Izzuddin Shah bertukar kepada kolej atau universiti,” katanya ketika berucap di majlis lawatan kerja ke Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh. Sebelum itu beliau diberi taklimat oleh pengetua sekolah, Tuan Haji Chu Bakhir Mohd Nordin. Beliau turut menjawab soalan pada sesi dialog bersama tenaga pengajar sekolah antaranya membincangkan pendekatan terbaru untuk menyemarakkan seluruh sekolah agama di Perak.

HARAKAHDAILY DI BACA 12.2 JUTA HALAMAN, WARGA IPOH PENGUNJUNG TERTINGGI, TAHNIAH PERAK !

Imej
HARAKAHDAILY akan berubah wajah menjelang Muktamar PAS Ke-54 ini. Tentulah jauh lebih menarik dan kreatif, berbanding sekarang. Ini semua langkah meningkat dan memajukan akhbar talian internet itu untuk seluruh pengunjung.Warga Ipoh nampaknya antara peminat tegar Harakahdaily.Net. Kunjungan pelawat yang besar tercatat sebagai pengunjung utama di Malaysia berbanding warga Kuala Lumpur, Shah Alam mahupun Kota Bharu.Minat ketara ini menunjukkan rakyat Perak lebih peka dan sarat dengan perasaan ingin tahu tentang perkembangan politik tanahair. Selepas Ipoh, Harakahdaily mencatatakan Kuala Lumpur sebagai pengunjung teramai dan diikuti dengan Kajang (bukan Shah Alam) dan Kota Kinabalu.Maklumat ini ditegaskan oleh rakan saya, Amir Ramadhan, seorang konsultan bebas IT yang memantau operasi Harakahdaily pada Seminar Harakah 2X Seminggu semalam. Paling mengkagumkan, ia ditatap dan dilayari oleh penduduk daripada 129 negara di seluruh dunia termasuk menerima kunjungan pelawat kira-kira 150,000 se...

BUANG MELAYU TEGAKKAN ISLAM

Imej
Jika anda menjenguk ke laman ini, http://nikabduh.wordpress.com/ , anda akan memperolehi sedikit sebanyak intipati yang berguna bagi merungkaikan simpulan yang wujud di benak dan kepala anda. Hasil nukilan anakanda Mursyidul Am PAS ini, Sdr. Nik Abduh bukan sebarangan nukilan. Gabungan antara nas dan bernas pemikiran menjurus kepada satu pemahaman yang mendalam. Sekaligus menyuntik ketajaman pemikiran dan keteguhan iltizam untuk membuat penilaian ke atas isu-isu berbangkit yang selama ini mengkucar-kacirkan koloni Islam sejagat. Umum mengikuti perkembangan isu muzakarah, muqabalah, bubar parti antara PAS dan UMNO sehingga membawa kepada kedangkalan kenyataan Karpal Singh, hingga mencetuskan kesinambungan imej buruk DAP. Lantas peluang ini dimanfaatkan oleh media perdana dengan hebahan menyeluruh tentang keretakan hubungan komponen Pakatan Rakyat. Mujur PKR berdiam diri dan hanya fokus tentang Anwar Ibrahim. Paling menggelikan hati bila UMNO tanpa disedari telah membuka pekung di dada ...

FATWA DR YUSUF QARDAWI TENTANG TUDUHAN ZINA /LIWAT

Imej
(imbasan kembali)Menuduh orang-orang dengan tohmahan-tohmahan, terutama tohmahan-tohmahan yang besar seperti berzina, liwat dan membunuh merupakan satu perbuatan yang diharamkan secara tegas oleh Islam. Bahkan ia termasuk dalam dosa-dosa besar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah dan azab-Nya.Sebabnya, tohmahan-tohmahan seperti itu berupaya untuk menyerang kemuliaan diri orang-orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan. Ianya juga boleh menyebabkan orang ramai berburuk sangka terhadapnya… Perkara sedemikian juga menyebabkan tersebarnya kejahatan di kalangan orang-orang yang beriman. Oleh itu, al-Quran mengecam keras perilaku seperti ini dan mengancam para pendusta yang melakukannya dengan seksaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah s.w.t.: “Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.” (Surah al-Ahzab 33:58)Allah s.w.t. juga berfirman: “Sesunggu...

'Petugas' Ber'tshirt' Pagoda,Anugerah Allah Untuk Rakyat Perak

Imej
Saya tidak mampu mengawal emosi hingga menitis air mata apabila membaca tulisan Tarmizi Mohd Jam kisah seorang petugas PAS bertshirt pagoda yang kini bergelar MBB.ila melihat tajuk tersebut saya menyangka yang dimaksudkan ialah Tuan Guru Nik Aziz yang selalu mengenakan tshirt pagoda di rumahnya.Telahan saya ternyata meleset apabila tokoh yang dimaksudkan ialah MB baru bagi rakyat Perak daripada PAS. MasyaAllah,itu saja ungkapan yang terbaik untuk saya ungkapkan,rupanya bukan Kelantan saja dianugerah Allah pemimpin seperti Umar Abdul Aziz tetapi anugerah yang sama kini dikurniakan Allah kepada rakyat Perak.Bersyukur dan bertahmidlah memuji Allah atas anugerah ini.Inilah hasil tarbiyyah yang ada dalam PAS walaupun sering diperlekeh oleh mereka yang tidak duduk di medan juang yang sebenar,namun ternyata PAS punyai tokoh-tokohnya yang layak untuk memimpin ummah ini ke jalan bahagia di dunia dan akhirat. Saya juga punya cerita yang hampir sama,cuma menunggu masa untuk dianugerah Allah kepad...

19,139 penduduk dapat bekalan air percuma

Imej
IPOH, 30 Julai : Pengumuman Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sebelum ini akan memberikan air percuma untuk 20 meter padu pertama kepada golongan miskin tegar terbukti apabila 19,139 penduduk miskin tegar dan berpendapatan kurang RM700 akan dapat menikmatinya mulai Ogos ini. Golongan miskin teger tersebut telah dikenal pasti daripada mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan Majlis Agamma Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP). Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Air Perak (LAP) di sini kelmarin. Daripada 19,139 penduduk tersebut, 5,000 daripadanya adalah golongan miskin tegar yang akan dapat menikmati bekalan air percuma pada kadar 20 meter padu pertama. "Kesan daripada pemberian air percuma itu, keuntungan LAP akan menurun sebanyak RM2 juta setahun," katanya. Keputusan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak memberikan air perc...

PERMATANG PAUH JADI TUMPUAN KEMBALI

Imej
Parlimen Permatang Pauh setelah dikosongkan oleh penyandangnya, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden KeAdilan. Kini telah sahlah Ketua Umum Parti KeADILan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding ditempat itu. Anwar mula mewakili Permatang Pauh pada tahun 1982 menewaskan calon PAS, Zabidi Ali (14,352 majoriti), 1986 menewaskan Mohamad Sabu (10,479 majoriti), 1990 mengalahkan Mahfuz Omar (16,150) dan 1995 menewaskan calon DAP, Abdul Rahman Manap dengan 23,515 majoriti.Pada tahun 1999, Wan Azizah menang dengan majoriti 9077 menewaskan bekas Setiausaha Politik Anwar, Dato' Dr Ibrahim Saad, dikatakan kerana undi simpati terhadap Anwar. Pada 2004 kerusi Permatang Pauh dikekalkan dengan majoriti yang kecil (590 undi) dengan menewaskan bekas Imam Besar Masjid Negara, Dato' Pirdaus Ismail. 2008 menyaksikan Wan Azizah mengekalkan kerusinya dengan majoriti lebih besar iaitu 13,388. Satu lagi fakta yang manarik berlaku disini ialah kejadian pada PR ke 11 dimana calon BN...

MUKTAMAR TERBUKA UNTUK WARTAWAN

Imej
IPOH, 1 Ogos: Walaupun muktamar PAS kali ini dijangka akan panas dengan pelbagai isu yang sedang berlaku sekarang, ia akan dibuka sepenuhnya kepada wartawan. Orang ramai juga boleh mengikuti siaran secara langsung muktamar ini melalui webtv. Perkara ini disahkan oleh Ketua Publisiti Penitia muktamar ini, Misbahul Munir Masduki. Selain mendengar perbahasan panas dari perwakilan dan pemimpin PAS, para peserta Muktamar PAS juga akan dapat berhibur dengan beberapa persembahan pentas, katanya. Antaranya adalah nasyid, pentomin, nyanyian lagu-lagu ketuhanan dan juga pembacaan puisi. Persembahan itu akan dibuat di tapak gerai bersebelahan dengan Stadium Indramulia. Muktamar kali ini akan bermula dengan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS pada 13 Ogos jam 9 malam di Stadium Indramulia. Ia akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa. Pada 14 Ogos mulai jam 8.00 pagi, Dewan Ulamak akan bermuktamar di Dewan Dewan Bandaraya Ipoh manakala Dewan Muslimat di dewan hotel Hillc...

PERSIAPAN MUKTAMAR PAS KE -54 DI PERINGKAT AKHIR, PAS PERAK JANJIKAN KEJUTAN

Imej
IPOH, 1 Ogos (Hrkh) - Persiapan PAS Perak bagi menganjurkan Muktamar PAS ke-54 yang akan diadakan di Bandaraya Ipoh bermula 13 Ogos ini di peringkat akhir, dan muktamar kali ini menjanjikan kejutan. Iklan Petugas-petugas yang ditemui di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak kini semakin sibuk dengan persiapan di peringkat akhir menjelang Muktamar PAS kali ke-54. Tinjauan yang dibuat Harakahdaily hari ini menunjukkan beberapa orang petugas masing-masing sedang menyiapkan kerja-kerja di peringkat akhir termasuk menyerahkan borang jemputan; menyelaraskan penempatan perwakilan, gerai-gerai jualan dan menguruskan kain-kain rentang promosi Muktamar ke-54 ini. Muktamar yang akan bermula pada 14 Ogos ini dijangka akan menjanjikan satu kelainan kerana kali pertama diadakan di Perak, kata Pegawai Penerangan PAS Perak, Zainal Ariff yang ditemui di sini hari ini. Ujar beliau, segala persiapan sudah dilaksanakan sejak sebulan lalu dengan kerjasama PAS Pusat terutamanya, Setiausaha Agung, Dato' Ka...

MAJLIS ANGKAT SUMPAH MAJLIS PERBANDARAN TAIPING

Imej
TAIPING : Seramai 23 orang dari Larut Matang Selama, Mengangkat sumpah menerima Jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Taiping (MPT). Majlis tersebut diadakan di Bangunan Majlis Perbandaran Taiping (MPT). Ustaz Basiron dan En Mustaffa masing-masing mewakili Kawasan PAS Bukit Gantang manakala En Muhammad Apardi bekas calon PAS Kamunting mewakili Kawasan PAS Kawasan Taiping.

MB PERAK RASMI BULAN SOLAT

Imej
IPOH, 29 July :- Perlaksanaan solat yang sempurna adalah penyelesai kepada masalah muda-mudi di Perak dan dalam keadaan unsur-unsur menjauhkan rakyat dari sembahyang sangat banyak maka menjadi tanggungjawab kerajaan merapatkan umat kepada aktiviti yang memperbanyakkan pahala kepada Allah SWT.Demikian antara isi ucapan YAB Menteri besar perak, Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar jamaluddin semasa meresmikan Program Bulan Galakan Sembahyang Anjuran Jabatan Agama Islam Perak di Dataran Bandaraya Ipoh hari ini. Progran yang julungkali diadakan itu menarik warga setempat yang melebihi 1000 orang pengunjung dengan didahului dengan Sembahyang Isya berjemaah yang diimamkan sendiri oleh YAB. Menteri Besar. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah JAIP, Dato' Jumry bin Sury, Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk bandar ipoh, Tn. Hj. Roshidi.

MB PERAK PELAWA TAJOL SERTAI PAKATAN RAKYAT

IPOH, 1 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin mempelawa Pengerusi Umno Perak, Dato' Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali menyertai Pakatan Rakyat. Iklan Beliau membuat pelawaan itu sebagai respons balas kepada pelawaan Tajol Rosli yang mengajak Nizar menyertai kerajaan yang kononnya boleh dibina jika PAS dan Umno bekerjasama. Tajol juga menawarkan kedudukan sebagai Menteri Besar kepada Nizar, sedangkan kata Nizar beliau telah menjawat jawatan itu bersama Pakatan Rakyat. Namun, Nizar yang telah dilantik sebagai Menteri Besar sebaik sahaja Pakatan Rakyat memerintah Perak, menolak tawaran Tajol yang disifatkan sebagai 'senda gurau'. "Terima kasih atas tawaran itu, saya juga nak buat tawaran kepada dia setelah PAS Pusat menolak tawaran kerjasama dengan Umno, sebagai Menteri Besar eloklah saya buat tawaran kepada Tajol dan rakan-rakan untuk menyertai kami (Pakatan Rakyat)," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di Pejabat Ma...

AMBOI !! BAIKNYA HATI BUDI UMNO

"Hidup di dunia ini kalau baik hati semua orang sayang. Bak kata orang tua-tua: “Kita berbudi orang pun suka, kita memberi orang merasa”. Inilah yang sedang diamalkan oleh UMNO terhadap musuh tradisinya PAS yang sebelum ini tidak pernah diberi muka. Semua itu berlaku ekoran terhakisnya kuasa di tangan hingga ke tahap yang paling mencemaskan. Jika tidak kerana pertolongan undi dari Sabah dan Serawak, hari ini UMNO sudah bertukar posisi daripada bertaraf pemerintah kepada pembangkang. Tak semena-mena sikap garang dan ganas terhadap PAS tiba-tiba bertukar menjadi sebaliknya. Di Selangor dan Perak, UMNO rela berkungsi kuasa dengan PAS dan jawatan Menteri Besar pun setuju diberi kepada PAS. Sejuk hati mendengarnya. Mungkin di negeri-negeri lain juga begitu jika UMNO berada seperti di Selangor dan Perak. Peristiwa tersebut walaupun bunyinya lucu tetapi serius. Tapi malang bagi UMNO kerana PAS tidak menyambut pelawaan itu, sebaliknya lebih rela bersama PKR dan DAP dalam menerajui negeri-...

UMNO PERAK SEMAKIN GELABAH -MURSYIIDUL AM

KOTA BHARU, 30 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pelawaan Umno untuk menubuhkan kerajaan bersama PAS di Perak menggambarkan parti itu kini semakin gelabah. Iklan Mursyidul Am PAS berkata, pelawaan itu membuktikan parti tersebut begitu menyesal terhadap apa yang telah dilakukan terhadap PAS selama ini sehingga terpaksa mengajak untuk bergabung sekarang. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran tabung Penambahbaikan Masjid Al-Baraah dan Ceramah Israk Mikraj di perkarangan Pasar Besar Siti Khatijah hari ini katanya, tindakan seperti dilakukan Umno Perak menggambarkan mereka bermasalah. "Kalau di dunia sudah memperlihatkan masalah, apa lagi?kalau di akhirat, lagi bermasalah," kata beliau. Kelmarin Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dilaporkan mengajak PAS menubuh kerajaan campuran di Perak sebagai simbol perpaduan Islam dan Melayu. Ekoran tawaran tersebut Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian petan...

PEREMPUAN YANG DI JAMIN MASUK SYURGA

" Seorang pemuda di zaman Rasulullah s.a.w. telah berpesan pada isterinya kerana keluar berperang. Pesan suaminya pada isteri ; “Jangan kamu keluar dari rumah sehingga aku pulang.” Bila suaminya pergi maka datanglah adik isterinya dan memberitahu bahawa ayahnya sakit tenat. Kakaknya berkata pada adiknya bahawa kakak tak boleh pergi sebelum suami kakak pulang. Adiknya pulang ke rumah dengan tak berkata apa-apa. Selang beberapa hari, maka bapanya telah meninggal dunia. Lalu adiknya pergi ke rumah kakaknya untuk memberitahu akan kematian itu. Sekali lagi kakaknya berkata bahawa kakak tak dapat pergi selag suami kakak belum pulang. Pulanglah adiknya dengan penuh hampa. Tiba-tiba pulang suaminya dan bertanya pada isterinya ; “Kenapa menangis?” Jawab isterinya bahawa ayahandanya telah meninggal dunia. Setelah mendengar kata-kata dari isterinya, suami dan isterinya pun terus ke rumah Rasulullah untuk bertanya tentang perkara yang berlaku tadi. Dengan senyum Rasulullah s.a.w. berkata ; “...

APA BENAR SAIFUL DILIWAT ?

APA BENAR SAIFUL DILIWAT? 1. Dengan tubuh badan Saiful yang sasa, tinggi dan masih muda dan kuat macam tu bolehke Anuar rebahkan dia sampai Saiful tak mampu melawan sampai ternoda diliwat? Pelik!!! 2. Kalaulah memang yelah sangat Anuar liwat dia itu maknanya dia sendiri yang tongggeng punggung dia secara sukarela kat Anuar. Betultak? 3. Saya tak pernah pulak dengar selama ini kalau-kalau Anuar adalah pemegang ‘Black Belt’ sampai boleh mengalahkan pemuda segagah Saiful. 4. Kalau betul-betullah Saiful datang mengadu kat Najib dia diliwat oleh Anuar, tak boleh ke Najib perangkap Anuar dengan mengumpan Saiful ke sesuatu tempat kemudian diam-diam aksi ranjang mereka dirakam dengan kamera video yang tercanggih ? Tentu lagi mudah nak dakwa Anuar kerana bukti lebih kukuh. Lagi pun Najib sendiri kata dia tak tahu dakwaan Saiful itu betul ke tidak kerana dia tak kenal pun Saiful. Apa tak boleh ke Najib minta kerjasama pihak polis memasang kamera spy bagi tujuan itu dan saya rasa mustahil polis t...

TAWARAN TAJOL ROSLI, PEMUDA AKAN BUAT LAPORAN POLIS

IPOH, 30 Julai (Hrkh) - PAS Perak hari ini akan membuat laporan polis ekoran tawaran Bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang mengajak PAS membentuk kerajaan bersama Umno di negeri itu dengan janji untuk memberikan jawatan Menteri Besar. Iklan Dalam laporan sebuah akhbar semalam,Tajol dikatakan membuat tawaran itu sebagai merealisasikan saranan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini dengan membubarkan kedua-dua parti dan menyatukannya menjadi sebuah parti tunggal. Menurut laporan akhbar tersebut lagi, Tajol menawarkan PAS menjadi Menteri Besar dalam kerajaan baru itu dan bagi dirinya tidak duduk dalam kerajaan negeri. Sehubungan itu, PAS Perak menolak segala tawaran tersebut dan menganggap ianya adalah satu tindakan 'rasuah' dan patut diambil tindakan dengan membuat aduan laporan polis. Ketua Dewan Pemuda PAS Perak,Nor Azli Musa ketika dihubungi lewat petang semalam menegaskan akan bertindak buat laporan polis d...