Catatan

TANGAN MANUSIA MUSNAHKAN ALAM SEKITAR

Imej
Abdul Shukur Harun Mon Dec 15, 08 11:18:20 pm MYT Beberapa ekor ibu monyet dan anak-anaknya berkeliaran tidak menentu di tengah jalan beberapa buah banglo di kawasan perumahan mewah di lereng bukit itu. Sang ibu mengejar anak-anaknya ke sana ke mari dengan teriakan yang hanya dimengerti oleh anak dan ibu monyet itu. Namun anak-anak monyet itu berkejar-kejaran dengan riuhnya. Warga hutan itu sudah kehilangan tempat tinggal sejak pepohon di kawasan hutan yang didiaminya turun temurun itu ditebang dan tanahnya diratakan oleh manusia untuk projek perumahan mewah. Di hujung banglo-banglo itu apartmen mewah dan rumh teres. Dahulunya tempat ini ialah sebuah kawasan hutan yang tidak berapa tebal, tetapi sangat meneduhkan. Di pinggirnya ada sebatang anak sungai kecil yang sangat jernih airnya dengan ikan kecil berenang beba ke sana ke mari. Warga monyet menjadikan tempat ini makan minum. Sesekali, bagi mereka yang tahu, ada juga orang yang datang berpiknik bersama keluarga, membawa makanan. N...

SELEWENG KUASA : BPR BERSIHKAN MENANTU MB KELANTAN

Tue | Dec 16, 08 | 12:33:57 pm MYT KOTA BHARU, 16 Dis (Hrkh) - Percubaan pihak tertentu untuk mempalitkan isu rasuah terhadap pemimpin kerajaan negeri dan anggota keluarganya ternyata tersasar apabila tiada kes yang mampu diketengahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) selepas siasatan dilakukan. Begitu juga kes yang cuba dibabitkan menantu Menteri Besar, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman semalam disahkan BPR telah ditutup kerana tiada asas yang mampu diketengahkan. Pengarah BPR Kelantan, Mohd Jaafar Hussen dilaporkan berkata dakwaan mengenai penyelewengan kuasa oleh Ariffahmi yang juga Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah ditutup setelah didapati dakwaan itu tidak berasas. "Dari segi perundangan, kes berkenaan tidak ada kesalahan dan semua dakwaan itu tidak betul menyebabkan kes berkenaan ditutup," katanya. Ariffahmi ketika dihubungi melahirkan rasa syukur kepada Allah swt kerana telah melindunginya daripada musibah dan membersihkan namanya dari tuduh...

MB Ir Nizar : JKKKP tidak boleh saman Kerajaan Negeri Perak

MB Ir Nizar: JKKKP tidak boleh saman Kerajaan Negeri Perak Selepas memenangi pilihanraya Mac lalu, Kerajaan Negeri Perak telah melantik Ketua-ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) yang baru sebagai wakil sah di kampung-kampung. Mereka berperanan dalam pengurusan tadbir pembangunan dan hal ehwal keselamatan di setiap kampung. Namun Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional cuba memainkan peranan dalam hal ehwal pengurusan tadbir pembangunan di Negeri-negeri Pakatan Rakyat. Di Negeri Perak umpamanya pada peringkat Negeri, Barisan Nasional mengujudkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan diperingkat kampung diujudkan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). Tindakan JKKKP yang cuba menguasai kepentingan umum bagaikan pertindihan kerja dan jika tidak dibendung dikuatiri akan berlaku sikap berpuak dalam masyarakat. JKKKP adalah pertubuhan yang tidak termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bagaimana mahu mencabar Kerajaan ...

SEKOLAH PONDOK ALA CHALET AKAN DIBANGUNKAN DI JURU

Mohd Sabri Said Mon | Dec 15, 08 | 1:13:16 pm MYT BUKIT MERTAJAM, 15 Dis (Hrkh) - Kampung Sekolah, Juru di Seberang Perai Tengah (SPT) bakal dibangunkan sebuah institusi pondok tradisonal bercirikan chalet di kawasan berbukit mulai tahun depan oleh sebuah pertubuhan yang dikenali dengan Pertubuhan Pondok Turath Islam Pulau Pinang. Menurut Pengerusi pertubuhan tersebut, Ustaz Ahmad Tajudin Abu Bakar, tujuan utama penubuhan pondok berkenaan ialah mahu memastikan institusi pondok lama tidak hilang ditelan zaman. "Pemilihan Kampung Sekolah, Juru sebagai sebuah pusat pengajian pondok tradisional berkonsep chalet kerana tanah seluas dua ekar telah diwakafkan oleh aktivis masyarakat, Haji Abdul Razak Saad yang turut mahukan institusi ini tumbuh subur selari dengan kebangkitan Islam sekarang," ujarnya pada Harakahdaily baru-baru ini. Kata beliau lagi, walaupun terdapat ketinggian namun tidak merbaha...

Dr M dlihat perlekeh Najib lagi

Abdul Aziz Mustafa Sat | Dec 13, 08 | 6:10:43 pm MYT KUALA LUMPUR, 13 Dis (Hrkh) - Kalau dahulu tindakan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak membentang pakej ransangan ekonomi bernilai RM7 bilion dianggap menghina Parlimen, Jumaat lalu Tun Dr Mahathir Mohamad pula meremehkan pakej tersebut. Malaysian Insider melaporkan, bekas Perdana Menteri menolak pakej rangsangan RM7 bilion itu sambil berkata, dengan membelanjakan beberapa bilion ringgit sahaja tidak akan membawa kesan dalam menghadapi kelembapan ekonomi. Kenyataan itu dilihat sebagai memperlekehkan kebolehan Najib untuk menghadapi krisis ekonomi. Kepada Dr Mahathir, pakej RM7 bilion Najib itu tidak seberapa adan tidak mencukupi untuk menangani masalah-masalah yang akan dihadapi negara ini. Sebelum ini, beliau yang menyifatkan Najib tidak cekap menyatakan ketidakyakinannya kepada kemampuan Najib menghadapi cabaran berikutan kemelesetan ekonomi globa...

Dr M dlihat perlekeh Najib lagi

Abdul Aziz Mustafa Sat | Dec 13, 08 | 6:10:43 pm MYT KUALA LUMPUR, 13 Dis (Hrkh) - Kalau dahulu tindakan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak membentang pakej ransangan ekonomi bernilai RM7 bilion dianggap menghina Parlimen, Jumaat lalu Tun Dr Mahathir Mohamad pula meremehkan pakej tersebut. Malaysian Insider melaporkan, bekas Perdana Menteri menolak pakej rangsangan RM7 bilion itu sambil berkata, dengan membelanjakan beberapa bilion ringgit sahaja tidak akan membawa kesan dalam menghadapi kelembapan ekonomi. Kenyataan itu dilihat sebagai memperlekehkan kebolehan Najib untuk menghadapi krisis ekonomi. Kepada Dr Mahathir, pakej RM7 bilion Najib itu tidak seberapa adan tidak mencukupi untuk menangani masalah-masalah yang akan dihadapi negara ini. Sebelum ini, beliau yang menyifatkan Najib tidak cekap menyatakan ketidakyakinannya kepada kemampuan Najib menghadapi cabaran berikutan kemelesetan ekonomi globa...

Dr M dlihat perlekeh Najib lagi

Abdul Aziz Mustafa Sat | Dec 13, 08 | 6:10:43 pm MYT KUALA LUMPUR, 13 Dis (Hrkh) - Kalau dahulu tindakan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak membentang pakej ransangan ekonomi bernilai RM7 bilion dianggap menghina Parlimen, Jumaat lalu Tun Dr Mahathir Mohamad pula meremehkan pakej tersebut. Malaysian Insider melaporkan, bekas Perdana Menteri menolak pakej rangsangan RM7 bilion itu sambil berkata, dengan membelanjakan beberapa bilion ringgit sahaja tidak akan membawa kesan dalam menghadapi kelembapan ekonomi. Kenyataan itu dilihat sebagai memperlekehkan kebolehan Najib untuk menghadapi krisis ekonomi. Kepada Dr Mahathir, pakej RM7 bilion Najib itu tidak seberapa adan tidak mencukupi untuk menangani masalah-masalah yang akan dihadapi negara ini. Sebelum ini, beliau yang menyifatkan Najib tidak cekap menyatakan ketidakyakinannya kepada kemampuan Najib menghadapi cabaran berikutan kemelesetan ekonomi globa...

Peta negara Champa dalam simpanan Perancis

Ali Bukhari Amir Fri Dec 12, 08 1:30:15 am MYT PHNOM PENH, 12 (Hrkh) - Kedudukan Champa sebagai sebuah negara berdaulat yang telah hilang daripada peta dunia boleh disahkan oleh negara Perancis. "Perancis antara pihak yang menyimpan peta Negara Champa. Saya pernah dengar hal ini dalam sebuah persidangan di Kuala Lumpur tidak lama dahulu," kata seorang pengkaji tempatan kepada Harakah Daily di sini hari ini. Mokhtar Abdul Majid, 33, berkata penurunan Melayu Cham ke Tanah Melayu itu boleh dikesan melalui Kedah, Johor (Ulu Tiram), Pahang (Pekan) dan beberapa tempat lain lagi. "Perahu mereka banyak berlabuh di Pengkalan Chepa (Champa). Di tempat saya sudah ada sekitar 200 buah keluarga, itulah hasil bancian kami bersama Perkim," kata Mokhtar. Sementara itu, seorang pengkaji Melayu Champa veteran yang lain, Haji Ismail Muhammad, 67, berkata pihaknya kini sedang cuba mengumpulkan semula data-data berhubung carta aliran penghijrahan Melayu Champa secara besar-besaran ke ...

PRESIDEN KESATUAN EROPAH KAGUMI KEPIMPINAN NIK AZIZ

Mohd Nor Yahya Thu Dec 11, 08 7:55:24 am MYT KOTA BHARU, 11 Dis (Hrkh) -Presiden Kesatuan Eropah,Marc Barety melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz di negeri Kelantan Beliau berkata demikian, ketika mengetuai seramai 14 peserta lawatan sambil belajar terdiri daripada Duta dan wakil kesatuan Eropah (EU) yang berkunjung ke negeri Kelantan baru-baru ini. Delegasi tersebut terdiri dari negara Perancis, Republik Chech,Poland, Hungary,Slovakia, Austria, Sweden, United Kingdom,Belgium, Romania,Italy,Denmark dan Findland . Rombongan deligasi tersebut telah disambut oleh Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kerajaan Darulnaim. Sementara itu di sidang media, Tuan Guru berkata kunjungan delegasi dari EU ini memberi erti kerajaan Kelantan mendapat pengiktirafan dan penghormatan dari kaca mata dunia, beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian mereka berkunjung ke negeri Kel...

PAS RUGI MENGENEPIKAN MOHAMAD SABU

Saidah Hairan Wed | Dec 10, 08 | 10:04:19 pm MYT KUALA LUMPUR, 10 Dis (Hrkh) - Ketua dan Timbalan Muslimat PAS Pusat menyokong cadangan peribadi Mursyidul Am PAS yang mahu Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dikekalkan menjadi calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Ketuanya, ustazah Nuridah Mohd Salleh berharap pihak PAS harus mengekalkan calon lama (Mohamad Sabu) kerana pilihan raya umum baru saja berlangsung dan tidak salah jika pihak PAS meneruskan calon tersebut. Menurut beliau, jika pihak PAS mahu mengatakan kekalahan yang berlaku di Parlimen Kuala Terengganu itu disebabkan calon orang luar, amat tidak adil kerana Parlimen di Terengganu hanya menang satu kerusi saja iaitu di Marang. "Banyak kerusi DUN dan Parlimen yang meletakkan calon tempatan pun kalah," luahnya ketika di temui di lokasi runtuhan tanah Bukit Antarabangsa. Sebenarnya kelebihan Mohamad Sabu terbukti bukan sahaja petah ...

MB NIZAR KESEORANGAN MEREDAH MEHNAH DAN TRIBULASI

Imej
Oleh : kelulut@telokbakong.com Apalah salahnya kita sama-sama mengajak orang yang kita pimpin, di rumah, di pejabat dan saya sebagai Menteri Besar yang diamanahkan untuk meningkatkan perlaksanaan solat" - Ucapan MB Perak di Masjid Teluk Raja Bayang Pulau Pangkor ( 29.11.2008) Ir. Nizar juga menyatakan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dilakukan di dunia ini, kerana itu kita mesti melaksanakan amanah ini sebaik mungkin takut kelak kita akan rugi. Inilah contoh pimpinan insan soleh yang patut dijadikan panduan kepada seluruh rakyat Perak secara khusus dam amnya untuk umat Islam . Pemimpin mestilah bersifat dengan akhlak mulia dan mengajak manusia kembali kepada Khaliknya .Ulul amri adalah adalah ikutan rakyat jelata . Rakyat akan meniru cara hidup pemimpin mereka . Jika buruk teladan yang dipamerkan maka hodohlah pantulan cerminan terhadap rakyat . Pemimpin yang baik bukan sekadar mengingatkan rakyat bagaimana mahu menambah pendapatan, bukan hanya membangunkan neger...

AGAMA YAHUDI - DEWAN ULAMA

MUQADDIMAH Firman Allah Taala yang bermaksud : "Sesungguhnya kami telah mengambil perjanjian dari bani Israil,dan telah kami utus kepada mereka para rasul.Tetapi setiap datang seorang rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka, (maka)sebahagian dari para rasul itu mereka dustakan dan sebahagian yang lain mereka bunuh". (al-Maidah : 70) Firman Allah Taala yang bermaksud : "Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya "Ini dari Allah" , (dengan maksud ) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka akibat dari apa yang mereka kerjakan". (al-Baqarah : 79) Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Berbicaralah mengenai Bani Israil dengan seluas-luasnya. Sesiapa yang mendustakan ke atas ku secara senga...

SEGERAKAN WARTA FATWA HARAM ROKOK -TERAS

Harakahdaily Thu | Dec 04, 08 | 9:23:29 am MYT KUALA LUMPUR, 4 Dis (Hrkh) -Teras pengupayaan Melayu (Teras) mengesa agar fatwa rokok yang telah diisytiharkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 1995 perlu segera diwartakan oleh setiap kerajaan negeri jika pihak kerajaan benar-benar serius untuk menjaga kesejahteraan rakyat negara ini Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid berkata gejala merokok adalah musibah yang sangat jelas dari pelbagai segi sehingga setiap tahun kira-kira 100,000 orang mati yang dikaitkan dengan penyakit akibat merokok. Katanya setiap tahun rakyat Malaysia berbelanja RM2 bilion untuk merokok manakala kerajaan pula terpaksa mengeluarkan perbelajaan berbilion ringgit lagi untuk merawat mereka yang menjadi mangsa dari penyakit yang dikait dengan merokok. "Kesan sosial kepada anak muda juga sangat jelas. Kini generasi muda yang terjebak dengan tabiat merokok terdedah kepada jerat dadah yang semakin meningkatkan kes p...

PINJAMAN TANPA FAEDAH UNTUK PELAJAR ANAK PERAK

Ipoh, 3 Dis : Majlis Penyampaian Cek Pinjaman Pelajaran Pengajian Tinggi kepada pelajar-pelajar anak negeri Perak Darul Ridzuan bagi sessi 2008/2009 telah berlangsung pagi ini di Dewan Banquet, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Cek pinjaman tersebut telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Mohammad Nizar Jamaludin. Pinjaman tersebut sangat bermakna kepada para pelajar dan mereka sangat gembira dan berterima kasih kepada kerajaan Pakatan Rakyat , Perak Darul Ridzuan diatas pinjaman yang tidak dikenakan apa-apa faedah. Ahmad Lutfi, pelajar jurusan Engineering di UIA dan berasal dari Kemunting Taiping menyatakan rasa gembiranya kerana tidak dikenakan sebarang faedah apabila membayar balik pinjaman tersebut. Bagi pelajar bidang Bio Perubatan di Management & Science University (MSU) , Norhawani Binti Haji Ahmad , pinjaman tersebut amat melegakan keluarganya dan berkata bahawa kerajaan yang ada ini amat perihatin terhadap keperluan rakyat dan terbukti ianya sebuah kerajaan y...