Catatan

Zaid Ibrahim calon Pakatan Rakyat di Hulu S'gor

Imej
Apr 13, 10 11:36am Datuk Zaid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor. Menurut sumber, pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini. “Keputusan memilih Zaid buat sebulat suara,” kata sumber itu lagi kepada wartawan Malaysiakini di luar rumah ketua pembangkang di Segambut, Kuala Lumpur. Sumber itu berkata PKR menamakan Zaid kerana beliau dilihat sebagai calon berwibawa yang mampu mempertahankan kerusi Hulu Selangor itu. Zaid adalah bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum berpaling tadah ke PKR. Beliau dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat di sebuah ceramah di Serendah, malam ini. Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pad...

Anak Mahathir beli saham kilang arak !!!

Imej
San Miguel Brewery Inc. adalah syarikat pengeluar minuman keras terbesar di Philipina. Sebuah syarikat dari pengeluar minuman keras dari Jepun pula, Kirin Holdings Co. Ltd. memiliki saham di dalam San Miguel Brewery Inc. sebanyak 19.91% atau 628,666,675 saham. Bagaimana pun, Kirin telah menjual saham mereka didalam San Miguel kepada Q-Tech Alliance Holdings Inc. Q-Tech Alliance Holdings Inc dimiliki oleh Roberto V. Ongpin, Eric O. Recto, Mirzan Mahathir, Seumas James Dawes dan Alexander Poblador. Kirin menjual saham mereka kepada Q-Tech dengan harga Peso63 sesaham dan pembelian ini telah melibatkan transaksi sebanyak Peso39.61Billion. Transaksi pembelian itu dijangka dilengkapkan Mei depan. Q-Tech buys Kirin stake in San Miguel MONDAY, 23 FEBRUARY 2009 01:12 A GROUP led by former Trade Minister Roberto V. Ongpin and Petron Corp. president Eric O. Recto is acquiring for P39.61 billion the 19.91-percent stake of Japanese beverage maker Kirin Holdings Co., Ltd. in San Migu...

Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat India Negeri Perak menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak

Imej
Ipoh, 7 April: Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat India, Negeri Perak, En. Susannathan a/l Arokiam menyertai Dewan Kelab Penyokong PAS Perak. Beliau bersama tiga rakannya yang lain telah berkunjung ke Pejabat PAS Negeri Perak dan menyerahkan sendiri borang menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS. Menurutnya, beliau bersama rakan-rakannya telah hilang kepercayaan kepada UMNO-BN sejak sekian lama, hari ini beliau mengisytiharkan untuk bersama PAS bagi memperjuangkan nasib kaum India yang tertindas. Menurutnya lagi Persatuan Kebajikan Masyarakat India yang diterajuinya ditubuhkan pada 27 April 2007. Persatuan ini baru tiga tahun ditubuhkan, mempunyai keahlian ratusan orang. Setiap hari ada sahaja ahli baru yang menyertai persatuan ini. Persatuan ini ditubuhkan atas dasar memperjuangkan nasib kaum India terutama rakyat India yang berpendapatan rendah dan sederhana. Beliau bersama rakan-rakannya dalam Persatuan Kebajikan Masyarakat India akan menyokong PAS dalam perjuangan menega...

Kes Altantuya: SPRM siasat Deepak, Nazim

Imej
Apr 12, 10 11:15am Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan hari ini bahawa Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyoal ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan adik Perdana Menteri, Datuk Nazim Razak. Siasatan itu adalah berhubung pengakuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramaniam berkaitan pembunuhan model warga Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu. Bagaimanapun apabila disoal lanjut, Nazri jelas kurang senang dan tidak mahu melayan soalan wartawan. “Saya kata kita sudah soal, sudah soal, cukuplah tu.” Nazri ( kiri ) sebelum itu bercakap kepada pemberita di lobi parlimen selepas sessi soal jawab. Pada sessi di parlimen sebelum itu, Nazri menjawab soalan daripada Tian Chua (PKR-Batu) mengenai status siasatan berhubung dakwaan Balasubramaniam. Menurutnya, SPRM masih tidak boleh meneruskan siasatan kerana belum mendapat pengakuan daripada penyiasat persendirian itu. "Kita tidak tahu di mana dia berada. Kita tidak boleh meneruska...

Koleksi artikel wajib baca bab Umno = Zionis

Hari ini terbaca Malaysiakini kenyataan DSAI 'bongkar' kaitan PDRM dengan Zionis,  sila klik sini untuk baca lanjut. Kenyataan ini mendokong pendedahan cheGuBard mengenai perselingkuhan mungkar Umno dan Zionis dalam PDRM.  Sila klik sini untuk baca artikel pendedahan cheGuBard. Kaitan Regim Bn ini dengan Zionis telah semakin terang. Bermula dari tembakan tepat men genai One Malaysia = One Israel oleh DSAI tetapi cheGuBard sudah tulis ini lama dahulu.  Sila klik sini untuk baca. Bulan Julai 2009 cheGuBard telah menulis mengenai bagaimana Najib membayar RM 20 juta sekurang -kurangnya kepada agensi pro fahaman zionis untuk imej baik.  Sila klik untuk baca . Perjumpaan Zahid dengan Menteri Israel yang banyak meragut nyawa umat Islam telah mengiktiraf negara Israel.  sila klik sini untuk baca. Dibanyak negara Zionis mengeluarkan wang untuk memasuki negara tersebut tetapi berlainan dengan negara Malaysia. Adik Ipar Rosmah membayar kira - kira RM250 juta ke...

Hassan Al Banna menjuarai isu Palestin

Imej
February 26, 2009 by  ustazriduan Alhamdulillah , segala puji kepada Allah SWT yang telah memberikan kepada kita dengan nikmat Iman dan nikmat Islam. Tidak lupa selawat dan salam buat Rasul junjungan yang telah berjuang , bersimbah keringat dan darah untuk menjulang agama tercinta ini sehingga kita tersentuh dengan nikmat angina sejahtera Islam. Buku ini diluncurkann untuk mengenang kembali para syuhada Palestin , bumi yang sentiasa menyaksikan pertembungan diantara hak dan batil. Ribuan roh telah berkelana nke alam abadi menemui tuhannya dengan openuhn kedamaian. Palestin dengan kemuliaan sejarah dan permasaalahannya begitu hamper kepada almarhum, malah keperhatinan bekliau serta pengorbanan almarhum dan Ikhwanul muslimin terhadap bumi al Quds ini telah dibayar dengan harga yang mahal-iaitu kematiannya dan pemenjaraan kepada pejuang –pejuang Ikhwan untuk memadamkan bara kebangkitan ummah. Musuh allah ingin mencabut nyawa Hassan Al Bana dengan harapan batu penghadang kepada Negar...

Pendedahan-apco-melampaui-polemik-1-malaysia

Imej
Dr. Dzulkifli    Secara peribadi saya melihat isu APCO mestinya ditangani melampaui dan melepasi polemik samada APCO pencipta 1-Malaysia atau pun tidak. Lebih penting dari polemik itu, ialah hakikat bahawa APCO kini secara jelasnya punya kaitan dengan regim Zionis-Israel yang bertanggungjawab melakukan pelbagai kezaliman dan pembunuhan secara ‘genocide’ terhadap Ummat Palestine. Dewan Rakyat, secara ‘bipartisan’ atau sebulat suara melibatkan pihak Kerajaan BN dan Pembangkang Paktan Rakyat, sedikit waktu mengambil pendirian bagi menyatakan penentangan Malaysia terhadap regim Zionis-Israel khususnya dalam siri-siri serangan kejam dan pembunuhan terhadap umat Palestin di Semenanjung Gaza. Justeru, ketika Ketua Pembangkang YB Permatang Pauh secara jelas membuktikan keterlibatan pelbagai peribadi ‘high profile’ yang terlibat dalam APCO Worldwide, samada yang berpengkalan di Tel Aviv mahupun di Malaysia dan juga penglibatan syarikat ’sister company’nya Asero dalam hal urusan...

Pakatan Sangsi Kewujudan 2,561 Pengundi Baru

Imej
Posted on Saturday, April 03 @ 00:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh teori Oleh G. Manimaran dan Adib Zalkapli SHAH ALAM, 4 April Pakatan Rakyat (PR) sangsi dengan kehadiran lebih 2,500 pengundi baru yang direkodkan dalam tempoh dua tahun lalu sejak pilihan raya umum Mac 2008 sambil menyifatkannya sebagai sesuatu yang ajaib dan luar biasa.Sehubungan itu, Pengarah Pilihan Raya Selangor Parti Keadilan Rakyat(PKR) Abdullah Sani Abdul Hamid berkata pihaknya juga terkejut dengan perkembangan tersebut walaupun tidak menafikan parti-parti politik terlibat dalam kerja-kerja mendaftar pengundi baru. “Kami pun tidak tahu dari mana datangnya angka ini (lebih 2,500 pengundi baru)... ini sesuatu yang ajaib, luar biasa. Kami akan mendapatkan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider. Sambil mengakui pihaknya juga ada mendaftar pengundi-pengundi baru tetapi jumlah tersebut adalah sesuatu yang begitu besar bagi tempoh dua tahun in...

Hulu Selangor : Gula-Gula dah start taboq dah..

Imej
  Muhyiddin Mula Tabur Gula-Gula Pilihanraya DI Hulu Selangor M eskipun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lawatannya ke Hulu Selangor hari ini bukan untuk berkempen, namun kawasan parlimen itu dijanjikan empat buah sekolah baru. Berucap kepada 500 guru dari Hulu selangor yang dihimpunkan di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Muhyiddin mengumumkan sebuah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah akan dibina. Dalam ucapan 30 minitnya itu, Muhyiddin, yang juga menteri pelajaran berkata guru berperanan membawa tahap pendidikan negara ke tahap antarabangsa. Beliau juga menggunakan sessi soal jawab selama 15 minit untuk mengulangi janji kerajaan mengkaji keperluan guru dan pelajar. Bagaimanapun sebelum mengakhiri ucapannya, timbalan perdana menteri mengingatakan bahawa tarikh pilihan raya kecil Hulu Selangor telah diumumkan. "Saya tidak akan berkempen hari ini tetapi saya akan datang kembali untuk berkempen pada mas...

145 Ahli Parlimen Seluruh Dunia Tuntut Gugurkan Kes Anwar

Imej
BANGKOK 2 Apr - Mesyuarat ke-122 Himpunan Ahli-ahli Parlimen Sedunia (IPU) di Bangkok hari ini sebulat suara mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada dua laporan perubatan yang menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Bangkok, IPU berkata badan tersebut amat bimbang terhadap pertuduhan dan prosiding terhadap Anwar yang dianggap tercalar dan hampir sama dengan perbicaraan kes yang serupa pada 1998. Mesyuarat IPU semalam yang menghimpun Ahli-ahli Parlimen dari 145 negara diseluruh dunia menyatakan bahawa Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen akan melaporkan keputusan sebulat suara berhubung perbiacraan Anwar kepada Lembaga Pengelola IPU. Resolusi tersebut dibentangkan kepada Lembaga Pengelola IPU oleh pengerusi jawatankuasa tersebut, Senator Aquilino Q Pimentel Jr untuk diterimapakai. "Adalah amat membimbangkan anggota ...

Najib perlu jawab siapa APCO, buat apa serang saya - Anwar

Imej
Hazayani Zakaria    KUALA LUMPUR, 1 April: "Najib perlu jawab siapakah APCO? Apa kaitan APCO dengan Israel? Apakah itu sudah dijawab atau belum? Buat apa nak serang saya lagi, saya dah diserang banyak," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui di parlimen lewat petang ini. Sehubungan itu, beliau mempertikai tindakan kerajaan BN yang mahu mengheretnya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel. Baginya, isu sebenar adalah tertumpu kepada kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab pendedahan yang dibuatnya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, adalah tidak wajar jika BN terus merujuknya ke jawatankuasa khas tersebut tanpa sebarang penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan itu. Anwar turut mempersoal tindakan kerajaan yang dilihat bermati-matian mempertahan penglibatan APCO dalam kempen 1Malaysia. "Soalnya Umno dan Perdana Menteri ...

Anwar: BN 'curi' idea agenda ekonomi Pakatan

Imej
Salhan K Ahmad | Mar 31, 10 3:45pm Pakatan Rakyat mempertikaikan tindakan kerajaan mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) semalam, yang didakwa 'dicedok' daripada kandungan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) Pakatan. Ia juga didakwa diumumkan dengan membelakangkan kepentingan parlimen, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Pakatan rakyat mengemukakan agenda ekonomi Malaysia dan melihat bahawa banyak pandangan yang kita kemukakan dicedok dalam NEM, hinggakan ayat-ayat dan frasa pun ada persamaan," katanya. Antaranya ialah keperluan untuk mencapai pendapatan tinggi, pembinaan ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, dan juga tumpuan untuk memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum. "Model Ekonomi Baru yang Datuk Seri Najib umumkan hampir sama," katanya lagi. Jelasnya, Pakatan tidak mempertikai frasa atau ayat yang digunakan dalam laporan berkenaan. "Tapi persoalannya ialah bahawa persamaan kenyataan itu hanya...

JANGAN ROBOHKAN DOKTRIN WALA’ TAAT DAN THIQAH DALAM PAS

Imej
Februari 17, 2010 ustazidrisahmad Tinggalkan komen Go to comments 2 Votes Quantcast Wala’ , taat, thiqah adalah kalimah yang begitu popular dalam gerakan Islam seperti Pas. Doktrin inilah yang menjadikan asas dan tiang kepada perjuangan Pas sehingga mampu bertahan sampai hari ini. Setiap ahli Pas sudah berbai’ah ketika mengisi borang ahli Pas. Walaupun ada pemimpin yang cabut lari, ahli tetap bersama dengan roda putaran Pas. Mereka tetap dengan Pas, kerana mereka taat selagi pemimpin tidak menyelewing dengan menyertai pihak musuh. Mereka sudah diajar oleh baginda nabi SAW ketika melakukan Baiat al-Aqabah yang terkenal sebelum baginda berhijrah. Rasulullah s.a.w bersabda Maksudnya, “Berbaiahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di atas cergas dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) di masa susah dan senang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah swt tanpa mengendahkan celaan orang yang mence...

Malaysia Negara Islam Tetapi Rakyatnya Antara 10 Tertinggi Mengambil Arak

Imej
Posted on Tuesday, March 30 @ 17:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih Oleh MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud yang mendedahkan bahawa Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi di dunia dalam pengambilan arak di dunia. Dalam kenyataannya di Parlimen semalam, Dr Mariah juga mendedahkan bahawa rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras. Penjualan arak berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun. DPPWP juga merasa terkejut dengan pendedahan beliau bahawa terdapat peningkatan kadar pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan. Di Malaysia, arak boleh diperolehi dengan mudah seumpama me...

ULAMA TIADA KUASA VS ULAMA ADA KUASA

Imej
Oleh : MOHAMED HANIPA MAIDIN Antara isu yang sering dimainkan media ke atas gerakan Islam seperti PAS adalah dakwaan kononnya Pas anti hiburan. Mesej yang cuba dibawa dari dakwaan tidak berasas ini - amat berbahaya untuk memberi kepada gerakan Islam seperti Pas . Memberi sokongan kepada Pas ertinya menyokong supaya industri hiburan ditutup. Tiada konsert, tiada filem, tiada nyanyian. Begitulah fitnah yang sering dimainkan oleh musuh gerakan Islam. Tidak dinafikan jika yang dimaksudkan hiburan itu adalah satu bentuk keseronokan yang bebas sepenuhnya dari sebarang sekatan dan kawalan maka Pas mengaku bahawa ia memang menentang hiburan sebegitu. Jika yang dimaksudkan dengan hiburan misalnya adalah nyanyian atau lakonan yang melibatkan pergaulan bebas lelaki dan wanita yang tidak terkawal , pakaian yang menjolok mata, senikata dan skrip yang tidak membina keperibadian manusia sepertimana yang ditonjolkan oleh Hollywood atau Bolywood dan ditiru oleh industri hiburan tanahair maka hibura...

APCO 1Israel 1Malaysia Ethos Omar Mind Teams... Anwar dedah di parlimen

Imej
Apple iPod touch 32 GB, Case, and Charger Bundle Anwar kemuka dokumen kaitkan Apco-Israel-1M'sia Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Worldwide Sdn Bhd dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara. Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu. "Sehingga kini perdana menteri belum pun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit, peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan," katanya Kerajaan sebelum ini mengesahkan melantik Syarikat Apco Wor...

Sidang DUN Perak lancar

Imej
Mac 30, 10 10:19am Mesyuarat pertama penggal ketiga persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berjalan lancar dengan istiadat pembukaan berlangsung di pekarangan bangunan Perak Darul Ridzwan pagi ini. Ia tanda-tanda awal menunjukkan ketegangan politik yang melanda negeri itu sejak setahun yang lalu mulai reda. Istiadat bermula pada kira-kira pukul 9.35 pagi dengan Pemangku Raja Perak Raja Nazrin Shah berkenan memeriksa kawalan kehormat Pasukan Gerak Am (PGA). Sebelum itu, Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, speaker Datuk R Ganesan serta semua Adun Barisan Nasional Bebas dan Pakatan Rakyat mula tiba pada jam 8.50 pagi dan menunggu di tempat masing-masing. Semua 28 Adun pembangkang tiba secara berkumpulan. Menteri Besar yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengambil tempatnya di barisan kerusi pembangkang. Manakala speaker DUN Perak yang disingkirkan, V Sivakumar juga berada di barisan pembangkang tanpa memakai jubah speakernya yang dikoyakkan dalam ...

Umno-BN Jgn Cakap Soal Melayu Jika tak Faham Erti Keadilan

Imej
Apple iPod touch 32 GB, Case, and Charger Bundle Posted on Monday, March 29 @ 15:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh teori Oleh: adeksabri BATU KURAU 28 Mac - Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati umat Islam supaya memahami prinsip asas ajaran Islam iaitu keadilan sosial sebelum mempersoalkan isu lain. Beliau berkata adalah penting masyarakat islam memahami tujuan utama disebalik hukum syariah supaya tidak terjerumus kepada kezaliman dan tindakan yang merugikan umat. "Kita jangan tergolong dalam manusia yang berbicara mengenai kebaikan tetapi tidak pertahankan kebaikan. Oleh sebab itu kita mesti faham dalam kehidupan kita samada perjuangan kita baik dalam keluarga, masyarakat, politik, ekonomi atau sosial tidak lari daripada dasar akidah. "Keyakinan kita kepada Islam mesti mencernakan akhlak yang baik kalau kita kata kita beriman. Akhlak yang baik itu pula melahirkan sahsiah, keperibadian yang baik dan sahsiah yang baik itu melahirkan roh per...