Catatan

RIBUAN HADIR MEMBANJIRI CERAMAH PASCA BERSIH 2.0 NEGERI PERAK

Imej
Rabu, 13 Julai 2011 12:33 Mohd Hafez Sabri   42 Share IPOH 13 Julai, lebih 5 ribu orang telah hadir membanjiri Ceramah Pasca Bersih Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Bukit Jana Kamunting, Taipi ng semalam. Sambutan diluar jangkaan itu mungkin disebabkan ‘aura ‘ Himpunan Bersih 2.0 yang masih kuat dalam kalangan masyarakat ketika ini. Ceramah tersebut disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar, AJK PAS Pusat Dato’ Seri Nizar Jamaluddin, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain dan penceramah khas daripada Kuala Lumpur yang juga anak saudara kepada Allahyarham Baharudin yang meninggal ketika menyertai Himpunan Bersih Sabtu lalu. Ustaz Abu Bak ar Hussain telah mendeklimasikan sajak nukilan Sasterawan Negara, A Samad Said pada malam itu. Pada ucapan yang penuh bersemangat, Dato’ Seri Nizar mengutuk sekeras – kerasnya kekejaman polis k...

Sepuluh sebab kenapa bukan Islam sokong PAS

Imej
Posted on Monday, June 13 @ 01:23:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu Oleh: wan_jtk " Anthony Dass Joseph   Dalam Facebooknya menulis 10 perkara yang menunjukkan beliau amat memahami Kelebihan PAS melibatkan diri dalam dunia siasah dan politik di Malaysia. http://www.facebook.com/profile.php?id=605209834 Satu perkara terlintas di hati saya "tuan   Anthony Dass Joseph   lebih yakin dengan PAS dari golongan sesetengah Muslim " Saya tak tahu peranan dia dalam Pas tapi mungkin beliau seorang ahli DHPP- Dewan Himpunan Penyokong PAS by  Anthony Dass Joseph   SEPULUH SEBAB KENAPA BUKAN ISLAM SOKONG PAS. 1) Negara Malaysia akan dapat hayati Kemurnian Agama Islam kepada seluruh bangsa Malaysia. 2) Negara Malaysia akan dapat satu penyelesaian dalam masalah sosial. 3) Negara Malaysia akan dapat menghayati Kerajaan yang bebas dari rasuah. 4) Jenayah akan di hapuskan melalui Hukum Hakam Hudud. 5) PAS akan mengamalkan Keadilan kepad...

UMNO HANYA ADA SATU SENJATA - MOHD SABU

Imej
Dilulus untuk paparan oleh PenggaliKubur   SHAH ALAM 10 JUN : Setelah pelbagai usaha dilakukan untuk 'menghapuskan' seteru politik mereka, Umno-Barisan Nasional kini hanya memiliki satu sahaja lagi senjata iaitu isu perkauman. Menurut Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu, sejak sebelum mahupun selepas merdeka, Umno menggunakan pelbagai cara untuk menentang lawan mereka termasuk Burhanuddin Hilmi, Haji Abbas, Ahmad Bustamam dan ramai lagi dengan mengaitkan mereka dengan komunis. Malah peristiwa bagaimana seorang ulama ditumbangkan oleh regim Umno dalam tragedi Kampung Memali tentunya masih berbekas di hati rakyat. Walau bagaimanapun, meski sudah ramai musuh yang ditewaskan, termasuk yang ditahan di bawah akta zalim, Umno kian buntu mencari jalan untuk menghalang kebangkitan rakyat apatah lagi dengan bersatunya Parti Islam Se-Malaysia (PAS), DAP dan KEADILAN di bawah Pakatan Rakyat. " Sekarang ini yang tinggal kepada mereka hanyalah perkauman seba...

SIAPA KATA PAKATAN RAKYAT KALAH DI SERAWAK

Imej
Dalam keadaan pertandingan di atas padang yang tidak sama rata...   Dalam keadaan media arus perdana milik mereka dan dipergunakan dengan hebatnya...   Dalam keadaan Suruhanjaya Pilihanraya dikuasaai mereka dengan taktik-taktik terbaru bagi mengelak penipuan dikesan...   Dalam keadaan undi pos milik mereka semuanya... saya ulang, semuanya...   Dalam keadaan bilion-bilion ringgit sumber kewangan negara yang tidak sepatutnya menjadi gula-gula kempen telah dipergunakan oleh mereka demi untuk meraih undi sokongan...   Dalam keadaan jutaan ringgit ditaburkan ke seluruh bumi kenyalang dengan tawaran RM50, RM30 malah ada yang menghina rakyat negeri Sarawak dengan menawarkan RM20 supaya mengundi parti regim jahat...   Dalam keadaan mereka menggunakan fitnah jahat ke atas ketua pembangkang dengan politik lucah yang melampau...   Dalam semua keadaan di atas, mereka Barisan Nasional tidak berjaya merampas walau satu kerusi pe...

Kenapa Bob Lokman sertai PAS !!

Imej

BOB LOKMAN BUAT KEJUTAN ..TAKBIRRR

Imej

DAP BELA WANITA ISLAM DARI DI HINA MCA

Imej

Kerana bilik gerakan terlindung gerai jadi mangsa.

Imej
Kerana bilik gerakan terlindung gerai jadi mangsa Harakahdaily    LABIS, 26 Jan: Kerana bimbangkan bilik gerakan mereka terlindung oleh sebuah kedai di Felda Tenang, kedai makan milik seorang peniaga ikan telah dirobohkan baru-baru ini. ( GAMBAR ATAS: BONGKAK .. .Keadaan tapak kedai selepas dirobohkan iaitu gambr pada 23 Januari. Semacam satu penyataan Umno berjaya menjajah tapak ini apabila bendera parti itu dipacakkan sekeliling tapak kedai yang disewa Norehan selepas dirobohkan .) Kejadian yang berlaku pada 21 Januari lalu itu sampai kini masih tidak boleh dilupakan oleh Encik Norehan, 39 bersama isterinya. Ini kerana, kedai makan petang dan malam ini menjadi sumber rezeki utama bagi keluarga mereka. Kedai tersebut telah disewa oleh Norehan dan dikendalikan oleh isterinya untuk berniaga kedai makan bermula petang (minum petang seperti goreng pisang, kuih muih dan sebagainya) sehingga malam (masakan panas). Ia ...

Janji 100 hari BN resah - Us Idris

Pemimpin umno Bn gelisah mengenai janji 100 hari PR yang diistihar di Konvensyen Pakatan Rakyat ke 2 pada 19/12/2010. Ini jelas kelihatan daripada kenyataan pemimpin BN  termasuk daripada NGO umno  menuduh ini janji yang tidak realistik. Mereka mengeluarkan kenyataan bahawa program ini membazir dan memberi kesan buruk  kepada struktur ekonomi negara .  Pas merasa pelik dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin umno Bn yang menuduh ini suatu  usaha yang membazir. Semua program yang menguntungkan rakyat dianggap membazir,   seperti  kerajaan  Pakatan Rakyat di Selangor yang memberikan air 20 meter padu kepada rakyat di negeri tersebut. Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak hendak membina Menara Warisan 100 tingkat tidak  dianggap membazir. Untuk kroni dan anak beranak tidak membazir. Sebenarnya pemimpin BN resah dengan janji 100 hari yang akan dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat  jika diberikan mandat untuk ...

Kerja Dok Taboq Fitnah Nie Tak lain Tak Bukan Puak Tuuu Laa....

Imej
25 November 2010 DAP Ancaman Ummat Islam - Misbahul Munir Setiausaha PAS Perak, Ust Misbahul Munir mendedahkan tentang adanya usaha-usaha terancang pihak tertentu (Umnolah ! siapa lagi - alhusseyn) untuk memburuk-burukan Pakatan Rakyat Negeri Perak dengan menyibarkan beberapa risalah yang berbentuk fitnah bagi tujuan meracuni pemikitan rakyat. Antaranya ialah satu risalah berbentuk buku kecil bertajuk ‘ DAP Ancaman Ummat Islam ’ yang di edarkan ke masjid-masjid di seluruh negeri Perak , yang mengandungi fakta yang tidak betul dan tidak tepat. “Risalah tersebut bertujuan meracuni pemikiran orang ramai dan amat jelas mahu mengapi-apikan sentimen keugamaan dan perkauman,” kata Misbah. Beliau turut menjelaskan bahawa dibuku tersebut mencatatkan kononnya ia dikeluarkan oleh Gabungan Professional Islam dan Gabungan Lulusan Pengajian Islam Timur Tengah bagi tujuan untuk mempengaruhi ummat Islam. “ Ini perbuatan yang sangat memalukan dan sangat keji lagi tidak bertanggung jawap , hing...

BALAK UNTUK ORANG MISKIN , BUKAN ORANG POLITIK

Imej
PENDAHULUAN Balak merupakan pemberian Allah kepada sesuatu kerajaan atau negara yang mempunyai hutan. Pada zaman dahulu, ia tidak dikira sebagai sesuatu yang menghasilkan kewangan yang banyak. Mungkin faktor kayu tidak menjadi bahan terpenting, menyebabkan ia tidak menjadi satu perkara yang penting. Keadaan kini berbeda. Ini kerana, kayu sudah menjadi satu industri yang menguntungkan, malahan memberi kekayaan. Apabila kayu sudah menjadi sesuatu keperluan yang agak tinggi, menyebabkan balak menjadi satu industri perniagaan yang cukup menguntungkan. Di Malaysia, balak berada dalam kawasan hutan yang berada dibawah kekuasaan kerajaan negeri. Sesebuah kerajaan yang mempunyai hutan, selalunya mendapat sumber kewangan yang cukup lumayan melalui sumber hutan ini. Namun begitu, tidak ramai yang berfikir, bahawa sumber hutan ini merupakan hak rakyat atau kerajaan, bukan hak milik individu atau parti, atau ahli politik tertentu. KHALIFAH FIL ARD Dalam Islam, sesebuah negeri yang diperi...

Dr Rafick Cadang PAS Ambil Alih Teraju Pakatan Rakyat

Imej
  http://greenboc.blogspot.com/2010/11/dr-rafick-cadang-pas-ambil-alih-teraju.html Share   P R bukan PKR Seorang aktivis masyarakat Dr Mohamed Rafick Khan bin Abdul Rahman mencadangkan agar PAS mengambil alih kepimpinan Pakatan Rakyat (PR). Ini berdasarkan kepada fakta bahawa PKR gagal untuk menunjukkan kewibawaannya sebagai sebuah parti yang berkemampuan dan berintegriti memimpin PR . Menulis di dalam blognya di http://rights2write.wordpress.com, beliau berkata PKR telah mengecewakan harapan rakyat apabila PKR telah gagal untuk melakukan perkara yang paling penting di dalam menjalankan sesuatu pemilihan. Ini telah menjejaskan maruah mereka sendiri. Beliau menyatakan jika JPP atau parti telah mengakui wujudnya kekurangan dan mahu melakukan semula Pemilihan atau mengekalkan status quo sehingga semua isu-isu kepincangan diselesaikan, mereka akan lebih dihormati. Sebaliknya, pemimpin PKR terus melakukan pembohongan untuk menutup kepincangan tersebut. Sambil mengakui baha...

Pakatan Rakyat bahagi kerusi selepas Konvensyen

Imej
Pakatan Rakyat bahagi kerusi selepas konvensyen Hazayani Zakaria    KUALA LUMPUR, 24 Nov: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, proses persiapan pilihan raya Pakatan Rakyat bermula dengan perhimpunan penyokong parti di Pulau Pinang, 18 Disember depan dan disambung dengan Konvensyen Pakatan Rakyat pada keesokan harinya. "Pada peringkat ini, kita mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan selepas itu membawa kepada pembahagian kerusi di kalangan komponen Pakatan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang parlimen, petang ini. Ia juga, katanya sebagai menunjukkan kekuatan Pakatan Rakyat walaupun diasak dengan pelbagai dakwaan melalui media massa. "Kami juga telah memutuskan untuk membuat persiapan pilihan raya di Sarawak, contohnya telah ada jawatankuasa yang telah ditubuh yang akan melangsungkan keputusan yang telah dibuat sebelum ini. "Segala program yang sedang kami rancang adal...

Zambry bentang bajet pilihan raya?

Harakahdaily IPOH, 24 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasakan Bajet 2011 yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 30 November ini adalah Bajet Pilihanraya bagi persiapan Umno BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali berkata, pihaknya melihat perbentangan bajet nanti bakal memfokuskan bentuk perkhidmatan dengan memastikan semua peruntukan akan sampai kepada rakyat demi mendapatkan undi mereka. “Sudah tentu segala bentuk peruntukan tersebut akan melibatkan banyak perkara termasuklah projek-projek mega bagi menunjukkan kemampuan sesebuah kerajaan mengurus tadbir negeri dengan baik,” ujarnya dalam satu kenyataan. Namun DPPN Pk, katanya menganggap apa yang berlaku adalah sebaliknya. Baginya, kerajaan negeri Umno BN Perak pada hakikatnya gagal dalam pengurusan negeri dengan efisyen dan jelas hanya menggunakan persidangan Dun nanti semata-mata untuk memenuh...

Perak lewat seminggu Hari Raya Qurban

Imej
BumiPerak, Tuesday, November 16, 2010 Jika diperhatikan kepada banner diatas, ianya bukanlah buatan Umno cawangan tetapi bertaraf negeri kerana terkandung ucapan hari raya daripada Menteri Besar Zambry serta barisan kepimpinan kerajaan BN mereka. Jika pada hari raya Aidilfitri yang baru lalu, Umno memperkenalkan kita dengan bulan Islam yang baru, tetapi pada hari raya Aidiladha kali ini, Umno sekali lagi membuat kejutan dengan menyambut raya lewat seminggu daripada yang telah ditetapkan. Ketika seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1431H tahun ini, Zambry dan juga Umno Perak membuat suatu kelainan dengan merayakannya pada 17 Zulhijjah 1431H (rujuk banner diatas). Sekarang ini, Zambry boleh melakukan apa saja kerana pasti mendapat pembelaan daripada Harussani biarpun perkara tersebut jelas melanggar syariat Islam.

Zaid: Husam desak Bernama tarik balik berita

Harakahdaily    KUALA LUMPUR, 16 Nov: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa mendesak Bernama menarik balik berita berhubung PAS terbuka menerima sesiapa sahaja termasuk Datuk Zaid Ibrahim. Berikut adalah kenyataan penuh Husam. Saya merujuk kepada laporan Bernama bertajuk 'Husam: PAS terbuka terima sesiapa, termasuk Zaid'  dan akhbar lain yang menggunakan laporan yang sama. Kebelakangan ini Bernama atas kapasitinya sebagai agensi berita rasmi negara telah membuat laporan "rasmi" untuk kegunaan media lain seolah-olah laporannya adalah betul dan rasmi sedangkan isinya adalah rekaan dan tidak benar. Apa yang dilaporkan Bernama yang kononnya dipetik daripada kenyataan saya semalam adalah tidak benar dan direka-reka. Saya amat kesal dengan laporan itu dan mendesak Bernama menarik balik "berita" yang dikeluarkan itu.

Banjir Di Kedah : Kerajaan Selangor Sumbang RM100,000

SHAH ALAM, 7 OKT : Kerajaan Negeri Selangor meluluskan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Kerajaan Negeri Kedah bagi membantu mangsa banjir besar di negeri itu. Bantuan itu diluluskan dalam mesyuarat Exco baru-baru ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali. "Saya sendiri akan menyerahkan RM40,000 di pejabat SUK Kedah sebagai pendahuluan," katanya dipetik daripada Harakahdaily Sementara itu, PAS menganggap kenyataan Tan Sri Muhyidin Yasin satu fitnah apabila mengatakan kerajaan Kedah tidak buat apa-apa terhadap mangsa banjir di negeri itu. Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, tinjauan beliau di kawasan mangsa banjir di mana petugas PAS dan kerajaan negeri bertungkus lumus membantu tanpa mengira ideologi parti dan agama. Katanya, pihak kerajaan Kedah, pejabat daerah, pejabat zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, pihak polis, bekerjasama dengan baik untuk ...

Wajib lulus Sejarah untuk Kepentingan politik Umno ?

Imej
Posted on Friday, October 29 @ 16:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh teori Oleh Nazli Ibrahim PETALING JAYA: Ahli Sejarah, Profesor Emeritus Khoo Kay Kim hari ini menyifatkan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini untuk memertabatkan mata pelajaran Sejarah dalam sistem pendidikan negara amat wajar.Namun begitu, beliau tidak menolak keraguan sesetengah pihak yang mendakwa langkah ini diambil bertujuan menyelamatkan kepentingan politik parti pemerintah dan bukanlah semata-mata demi kepentingan sejarah itu sendiri. Keraguan ini memang mempunyai asasnya jika dilihat kembali terhadap usaha-usaha yang telah dijalankan oleh ahli-ahli akademik khasnya untuk memertabatkan Sejarah yang selama ini dilihat sepi oleh kerajaan. Hanya setelah kedudukan politik parti pemerintah ini dalam kedudukan genting, barulah kepentingan Sejarah dibangkitkan mereka. Berbanding dengan usaha yang telah lama dijalankan oleh ahli akademik yang tidak mempunyai apa-a...

PEMUDA UMNO PERLEKEH TADIKA KEMAS

PAS harap Bajet 2011 tidak rampas hak rakyat

Imej
Dzulfikar Mashoor KUALA LUMPUR, 15 Okt: PAS berharap Bajet 2011 yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini di Dewan Rakyat tidak akan menambahkan lagi beban rakyat. Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata demikian kerana usaha liberalisasi ekonomi yang dibuat Najib, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I dalam Bajet 2010 pada Oktober tahun lalu telah pun merampas subsidi minyak daripada rakyat. "Bajet 2011 ini, kita harap tidak ada lagi subsidi rakyat sama ada subsidi minyak (RON 95), diesel, gas masak, gula atau komoditi asasi lain dirampas daripada rakyat," ujarnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily. Akibat dari itu, katanya kesan berantai seperti harga barang naik, inflasi dan kos sara hidup meningkat dialami oleh rakyat. Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat berkata, Najib seharusnya tidak lagi mengetepi permohonan Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Kakitangan Awam (Ceupacs) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia ...