Majlis Fatwa di pergunakan !!!

Majlis Fatwa dipergunakan
Ditulis oleh Te@M I.T
FRIDAY, 21 AUGUST 2009 02:18


PERMATANG PASIR, 21 OGOS - Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Tantawi kesal dengan tindakan majlis fatwa yang sanggup dipergunakan pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.



Menurut beliau, media arus perdana bersikap tidak telus dan tidak adil dengan memanipulasi kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berkaitan dasar perjuangan Umno yang tidak menjurus ahlinya ke arah syurga justeru banyak melakukan kezaliman terhadap rakyat seperti amalan rasuah, menahan dan menuduh individu tanpa soal-siasat dan sebagainya.


Kenyataan media arus perdana yang tidak merujuk kepada ucapan tok guru adalah satu tindakan yang tidak amanah dan menyalahi etika.


Ini tidak lain hanyalah sebahagian taktik kotor BN untuk mengalih perhatian pengundi menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir dengan menyerang peribadi tok guru.


Tambahan lagi, pelbagai tafsiran serta kenyataan balas oleh ahli agama dan akademik lain dibuat hanya berdasarkan andaian tidak berasas masing-masing tanpa merujuk maksud sebenar ucapan tok guru.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI