UMNO terdesak sebar berita Salleh Man gelapkan duit

UMNO terdesak sebar berita Salleh Man gelapkan duit PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Te@M.IT
FRIDAY, 21 AUGUST 2009 08:41

PERMATANG PASIR, 21 Ogos - UMNO BN semakin terdesak kali ini apabila cuba menyebarkan berita kononnya calon PAS, Ustaz Salleh Man telah menggelapkan duit pilihanraya sebanyak RM 600 000.


Sehubungan dengan itu Pengarah jentera Induk PAS, Mahfuz Omar mencabar pihak UMNO ataupun mana-mana pihak membuktikan sekiranya dakwaan tersebut benar.

Mahfuz juga menganggap ini merupakan satu lagi lawak jenaka UMNO, kerana mana mungkin PAS yang serba kekurangan menyimpan duit sebanyak itu.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusuf Rawa yang dikaitkan nama beliau dengan berita itu turut menafikannya. Beliau berkata bahawa berita ini dicedok daripada seorang blogger di alamat http://bigdogdotcom.wordpress.com.

Mahfuz dan Mujahid menjawab tuduhan ini ketika sidang media di Markaz Induk PAS, Permatang Pasir.

Menurut beliau ini juga merupakan satu langkah terdesak UMNO kerana calon mereka, Rohaizat Othman telah dibelenggu pelbagai masalah pribadi.

Rohaizat sebelum ini telah di dakwa telah menipu kliennya sebanyak RM 161 000 dan telah di sahkan oleh bekas rakan kongsinya Yusri Ishak.

Selain itu, Rohaizat juga turut di dakwa mempunyai seorang lagi isteri yang tidak di layan dengan seadilnya bernama Hafizah yang kini tinggal di Jengka, Pahang. Walaubagaimanapun Rohaizat tidak mengakui beliau mempunyai isteri lain apabila ditanya oleh wartawan hari ini.

Mahfuz di dalam kenyataan media hari ini turut memberitahu, akan mendedahkan satu lagi masalah Rohaizat pada hari esok sekiranya Rohaizat tidak mahu berundur.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI