Catatan

KEADAAN LAPAR RASULULLAH SAW

Muslim dan Tirmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir ra. dia berkata: Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa saja yang kamu mahu kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu, Muhammad Saw hanya mendapat kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya! Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir ra. katanya, bahwa pada suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah Saw seharian menanggung lapar, karena tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya. Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: Aku pernah datang kepada Rasulullah Saw ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah Saw! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit? jawab beliau: Aku lapar, wahai A...

PROTOKOL-PROTOKOL ZIONIS YAHUDI

Protokol Yahudi telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apaila seorang wanita perancis telah mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir muktamar rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Di dalam naskhah asalnya tidak digunakan kalimah “Yahudi” kecuali di dalam dua tempat sahaja. Ianya hanya menggunakan perkataan “Kita” dan “Orang bukan Yahudi”. Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni” Protokol Pertama Cara memerintah sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Siapa kuat, dialah berhak, kerana dalam hukum alam, kebenaran terletak dengan kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah, mestilah pand...

HAJI DAN JIHAD

Imej
Ganjaran bersembahyang di Masjidil Haram adalah 100.000 kali ganda bersembahyang di masjid-masjid biasa. Menyedari kedudukan tersebut setiap muslim memiliki keinginan untuk berangkat, berangkat dan berangkat memenuhi panggilan Allah, pergi ke tanah suci Makkah - Madinah (haramain). Keberangkatan mereka ziarah ke tanah suci dengan niat yang 'lurus' setara dengan jihad fi sabilillah. Bahkan pahala haji yang mabrur tiada yang lain kecuali surga-Nya. Subhanallah. Ziarah ke tanah suci dengan niat mengunjungi kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. sungguhlah perjalanan mulia. Apalagi iringi dengan pemahaman mengambil semua hikmah dari semua persitiwa yang dialami nabi dalam menemukan Islam. Lebih tepatnya dipertemukan oleh Allah dengan Islam. Disinilah, kedua kota suci menjadi titik sentral dalam proses kelahiran Islam. Kerana sungguh, setiap manusia muslim sudah dibekali oleh Allah dengan kemampuan mamaksimakan kemampuan berfikir yang lebih dibanding mahluk Allah yang lain. Rasulullah sa...

SAYA AKAN SAMAN MALU ZAINOL - MISBAH

Imej
October 24, 2008 · IPOH: Ustaz Misbahul Munir telah mengarahkan panel peguam untuk membuat perincian daripada segi undang-undang untuk menyaman malu Ketua Pemuda Umno Negeri ekoran tuduhan kononnya berlaku salahguna kuasa. Setiausaha Politik MB Perak itu berkata, tuduhan liar itu tidak patut dibiarkan berlalu begitu sahaja, kerana ia bukan sahaja menjejaskan kredibilti dan kewibawaan diri saya, tetapi berniat jahat untuk menjejaskan maruah saya dan keluarga saya. Misbahul berkata demikian selepas dua pegawai BPR berkunjung ke pejabat beliau pada Rabu, 22 Okt. Kehadiran mereka ekoran laporan oleh Zainol Padzi kononnya Misbahul telah menyalah gunakan kuasa dengan “mengarahkan” Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyerahkan kerja menyenggara sungai, parit dan tali air kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) secara runding terus. Wal hal Misbahul tidak mengarahpun, tetapi sekadar memohon. END/PKR

ROMBAKAN KABINET - MUHYIDDIN BAKAL TERIMA BALASAN ABDULLAH - harakahdaily

Rombakan Kabinet - Muhyiddin bakal terima balasan Abdullah Safar Jumaat Fri Oct 24, 08 2:41:36 pm MYT KETIKA bercakap di Beijing, Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan beliau akan merombak kabinet, sedikit sebanyak merisaukan beberapa orang yang 'sudah tersindir' dengan pukulan paling keras Abdullah Ahmad Badawi, di minggu ketiga bulan Syawal. Mungkin rombakan yang hendak dibuat, ekoran kemenangan beberapa nama baru dalam MCA, termasuk Dato' Seri Chua Soi Lek yang kini menjadi Timbalan Presiden, tetapi sedikit sebanyak, ada beberapa kerusi Umno dikatakan turut tergugat dengan perkembangan terkini. Abdullah dikatakan betul-betul terpukul dengan kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengenai kempen panjang dalam pemilihan Umno hingga menyebabkan, Abdullah dikatakan melafazkan sokongannya terhadap seorang lagi Naib Presiden, Mohd Ali Rustam supaya meneruskan niatnya bertanding Timbalan Presiden Umno. Walaupun Muhyiddin sudah manafikan kenyataannya it...

MELAMIN MASUK BADAN KITA SUDAH LAMA?

Imej
Apakah itu melamin? “Melamin bukan plastik. Tetapi ia sejenis bahan kimia yang digunakan untuk membuat plastik,” kata Pegawai Farmasi Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM), Sazaroni Md. Rashid ketika dihubungi Kosmo!. Dalam industri penyediaan polimer untuk mengeluarkan pelbagai rangkaian produk seperti fabrik, gam, barangan peralatan rumah dan perencat api misalnya, melamin digunakan secara meluas. Ia juga merupakan sejenis bahan kimia yang berupaya meningkatkan jumlah penghasilan produk. SELAIN biskut, moja dan baju, melamin juga ditemui dalam produk haiwan ternakan. Maka tidak hairanlah apabila pengeluar susu memilih jalan pintas untuk mengaut keuntungan tanpa menghiraukan aspek keselamatan dan kesihatan pengguna. “Pencampuran melamin dalam susu tepung jenama Sanlu misalnya boleh mengeluarkan produk tenusu yang rendah kosnya tetapi tinggi protein. Cuma yang menjadi mangsa adalah bayi-bayi tidak berdosa itu,” katanya. Hakikatnya, selama ini pun kita hidup dan bekerja da...

TELUK INTAN DILANDA BANJIR

Johari Jaafar Thu Oct 23, 08 11:48:15 am MYT TELUK INTAN, 23 Okt (Hrkh) - Hujan lebat yang turun sejak seminggu lalu menyebabkan beberapa buah kampung di Teluk Intan telah dilanda banjir. Antara kawasan yang teruk dilanda ialah kawasan di sekitar Jalan Changkat Jong, melibatkan Batu 7 sehingga Batu 9 Jalan Changkat Jong. Sekumpulan sukarelawan dari kalangan Pemuda PAS Teluk Intan semalam telah mengunjungi pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong. Ia turut disertai oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan. Pada hari tersebut, penduduk di kawasan Batu 7, Batu 7 1/2, Batu 7 3/4, Batu 8 dan Batu 9 Changkat Jong telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Menurut Ketua Kampung Changkat Jong, Salleh Ibrahim, sehingga hari ini seramai 121 orang mangsa banjir telah dipindahkan. Ia meliputi sebanyak 30 keluarga. Usaha menyelamat dengan bantuan pasukan keselamatan masih lagi berjalan sehingga malam ini. Menurut beliau lagi, buat masa ini, tiga buah bilik da...

RAIS JADI ANAK YATIM BILA UMNO 'MATI' AKIBAT POLITIK WANG

Imej
Safar Jumaat Thu Oct 23, 08 1:34:52 pm MYT Calon Naib Presiden Umno, Dato' Seri Dr Rais Yatim kelihatan antara calon yang paling gelisah, selepas dua calon lain, Tan Sri Annuar Musa dan Dato' Seri Shahidan Kassim mengumumkan penarikan diri mereka, kerana 'kurang sambutan' dari bahagian-bahagian, setelah masuk minggu ketiga, persidangan bermula Berbeza dengan Annuar dan Shahidan, Rais kelihatan tidak dapat mengawal perasaannya, kerana setiap kali dia menyatakan hasratnya mahu bertanding, tiada sorak-sorai dari bahagian-bahagian Umno, sedangkan calon-calon yang lebih muda, begitu 'gagah berlari' meninggalkannya yang sudah semakin berusia. Kemarahan Rais itu diluahkan sekali dengan dakwaan mengatakan ada segelintir pihak meminta 'habuan' sebagai balasan untuk mencalonkannya bagi jawatan Naib Presiden Umno. Harap-harapnya, selepas Rais yang pernah mendapat pelbagai gelaran dari media massa, sebagai 'pakar Perlembagaan dan pakar undang-undang' turut m...

MAHATHIR , NAJIB MENCIPTA MASALAH DALAM UMNO

Imej
Safar Jumaat Wed Oct 22, 08 2:31:52 pm MYT KETIKA kebimbangan mendatangi Dr Mahathir Mohamad, dengan membuat dakwaan mengatakan ada orang Umno cuba menyekat kemaraan Najib Tun Razak untuk jadi PM (lihat Harakah Bil 1383 20-23 Oktober 2008), tidak ramai yang ingat, dialah orangnya yang 'menyebabkan Najib sampai hari ini masih belum menjamah kerusi Perdana Menteri. Disebabkan Dr Mahathir berkeyakinan penuh, orang-orang Melayu (dalam Umno) mudah lupa, maka, ayat itu keluar dari mulutnya sedangkan sepatutnya, orang-orang yang menyokong Najiblah sepatutnya mengatakan, "Dr Mahathirlah orangnya yang menyebabkan Najib tidak jadi PM." Apa tidaknya, ketika Najib tidak pernah tewas dalam semua pertandingan Umno, sedangkan Abdullah Ahmad Badawi gagal mempertahankan kerusi Naib Presiden Umno dalam tahun 1993, akibat serangan 'team wawasan' yang diketuai Anwar Ibrahim, - apabila berlaku kekosongan kerusi Timbalan Perdana Menteri, ekoran pemecatan Anwar, Dr Mahathir melantik Abd...

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI

Oleh;Ummi Hani Abu Hassan PENGENALAN Islam yang gemilang muncul pada abad ke 7m ketika Rasulullah SAW menyebarkan risalah tauhid sehingga bertebaran ke seluruh tanah Arab. Dakwah baginda SAW kemudiannya diteruskan oleh empat khalifah utama iaitu Saidina Abu Bakar as-Siddiq RA ¬632-634, Saidina Umar al-Khattab RA 633-644, Saidina Uthman bin Affan RA-644-656 dan Saidina Ali bin Abi Talib RA- 656-661. Sepanjang tempoh itu, Islam berjaya menakluk sebahagian dunia. Di zaman Khalifah Abu Bakar, tentera Islam melancarkan serangan ke atas kerajaan Rom Timur di Iraq. Penguasaan Islam berlanjutan di zamah Khalifah Umar al-Khattab apabila tentera Islam berjaya menguasai wilayah Parsi dan Rom di Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara dan Armenia. Selepas kewafatan Umar, Khalifah Uthman meneruskan taklukan ke atas Iran, Afrika Utara dan Cyprus. Pergolakan dalam pemerintahan Islam tercetus di zaman Khalifah Uthman bin Affan sehingga berakhir dengan pembunuhan ke atas baginda RA. Ia dikatakan berpunc...

MEDIA INTERNET GUGAT KUASA UMNO / BN ?

Imej
Media internet gugat kuasa Umno/BN? Suhaimi Taib Tue Oct 21, 08 11:28:34 am MYT Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai niat tertentu khususnya terhadap media internet kerana parti itu percaya media tersebut mempunyai pengaruh terbesar mencetuskan idealisme rakyat hari ini sehingga mencapai tahap menggugat kuasa politik parti itu. Kemenangan besar parti-parti yang kini masih dianggap pembangkang dalam pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu sebagai bukti antara lain cetusan kempen media internet memberi kesan secara tidak langsung terhadap kemenangan tersebut. Justeru Kabinet Kerajaan BN merasa bimbang dengan perkembangan ini sejak dari awal lagi sehingga antara lain mengambil tindakan terhadap pengendali-pengendali blog popular seperti Raja Petra Kamaruddin dan lain-lain atas dakwaan kononnya tulisan mereka mengancam keselamatan negara. Dipercayai idea penubuhan Majlis Media Kebangsaan satu fenomena ketakutan BN terhadap perkembangan tersebut. Idea dan komitmen majlis berkenaan dikatakan...

SULTAN TEGUR KERAJAAN PUSAT LAMBATKAN PROJEK PEMBANGUNAN DI KELANTAN

Imej
Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir Mon Oct 20, 08 6:52:21 pm MYT KOTA BHARU, 20 Okt (Hrkh) - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra melahirkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa projek kerajaan Persekutuan yang belum dilaksanakan di Kelantan. Antaranya pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua yang mana sehingga hanya mencapai kemajuan 10 peratus, biar pun perletakan batu asas sudah lebih setahun berlalu. Oleh itu baginda mahu kerajaan pusat mempergiatkan semua projek pembangunan dalam rancangan Malaysia Ke-9 memandangkan pelaksanaannya begitu perlahan. "Bahkan ada di antaranya masih belum dimulakan pembinaannya," titah baginda ketika merasmikan majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Yang Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan yang Ke-12 di sini, hari ini. Turut berangkat pada majlis perasmian itu Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. Sebelum ini ketibaan baginda disambut S...

MB PERAK RASMI KAMPUNG BERUSIA 500 TAHUN

MB Perak rasmi kampung berusia 500 tahun Ekmal Yusof Sat Oct 18, 08 9:42:45 am MYT KUALA KANGSAR, 18 Okt (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamalluddin telah merasmikan sebuah kampung unik berusia 500 tahun iaitu Kampung Cagar Galah, Pekan Sauk 20 kilometer dari sini petang semalam. Kampung tersebut telah dibuka oleh seorang Sultan dari keturunan keluarga 'Jamallulail' kira-kira 500 tahun lalu di Kampung Cagar Galah itu yang menjalankan pemerintahan Islam di situ dengan mengamalkan hukum hudud. Dalam majlis tersebut, Menteri Besar telah disambut oleh Yang Dipertua Persatuan Keluarga Kumpulan Jamallulail Seluruh Malaysia , Tuan Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail dan telah menyampaikan sebuah cendera hati tanda kebesaran keturunan Jamallulail. MB Perak rasmi kampung berusia 500 tahun Ekmal Yusof Dato' Seri Nizar telah menandatangani sebuah papan tanda persatuan tersebut untuk diabadikan yang disaksikan oleh Exco Kerajaan Pakatan Rakyat, Haji Mohd....

USAHA TERAKHIR ABDULLAH MEMBAWA MUHYIDDIN "TERSUNGKUR" BERSAMA

Imej
Safar Jumaat Mon Oct 20, 08 10:22:58 am MYT CALON Timbalan Presiden, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak perlu risau untuk mendapat cukup percalonan yang membolehkan dia layak bertanding jawatan nombor dua itu, kerana ada satu usaha dari beberapa pihak, akan bekerja membantunya Khabarnya, kumpulan yang dikenali dengan nama 'gabungan badan-badan bukan kerajaan' mendapat kerjasama dengan satu yayasan, sudah mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak tertentu, memulakan kempen ke bahagian-bahagian, supaya Muhammad mendapat quota yang diperlukan. Tentunya, kumpulan ini mendapat restu dari 'orang-orang Abdullah' yang kurang senang hati dengan 'tingkah laku Muhyiddin Mohd Yassin' kebelakangan ini, termasuk mempersoalkan tempoh kempen yang panjang, akan menyebabkan berlaku kemerosotan produktiviti. Alasan mereka, Muhyiddin berkata demikian bagi 'menyekat' peluang Muhammad yang dilihat kerap 'turun padang' atas kapasitinya sebagai Menteri Luar Bandar dan Ke...

LAPORAN BPR SATU ISU KANTOI UMNO - PERAKDAILY

Imej
October 18, 2008 · IPOH: Berita mengenai laporan BPR akan dibuat terhadap sahabat saya, setiausaha Politik MB Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki saya ketahui kira-kira jam 5 petang, iaitu pada Rabu atau sehari sebelum laporan itu dibuat. Saya terdiam seketika bagaimana hendak saya pecahkan berita kurang enak itu pada Misbah sebentar lagi. Sebelum itu, Misbah baru dua minit turun dari mobil saya untuk ke pejabat semula kerana tertinggal dokumen perjalanan. Semasa itu juga saya menyiasat apakah bentuk laporan yang akan dibuat. Jelaslah bahawa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik Zainol Padzi Paharuddin dan Pengerusi Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Manik dan Labu Kubong, Suib Sulaiman akan membuat laporan BPR di pejabat BPR berhubung dakwaan kononnya Misbah telah melakukan salah guna kuasa. Misbah muncul dan terus meminta saya ke medan Gopeng. Saya memandu selamba sambil dalam kepala bagaimana hendak saya pecahkan makluman ini kepada be...