Catatan

KITA TUNGGU ESOK !! BUBAR KE TIDAK ?

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin memaklumkan, Sultan Perak dijangka akan membuat keputusan berhubung dengan permohonan beliau untuk membubarkan Dun Perak besok. Beliau berkata, Sultan Perak meminta tempoh untuk membuat keputusan permohoan itu untuk membolehkan beliau membuat rujukan terhadap beberapa perkara. Nizar memberitahu perkara ini kepada pemberita yang menyerbu beliau selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS, Exco dan Adun Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Perhubungan PAS Perak dekat sini. Menurut Nizar, pertemuan itu berjalan dengan baik sekali dan beliau amat terharu dengan cara Sultan Perak mengendalikan hal ini. "Saya amat terharu apabila di hujung pertemuan itu apabila Baginda Sultan berkata kepada saya dengan membaca satu potong ayat Al Quran," katanya. Ayat itu yang bermaksud "Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar."

Tuanku belum perkenan pembubaran ..

Tuanku Sultan masih belum membuat keputusan samada MB Perak boleh membubarkan DUN Perak atau tidak. Rakyat Perak masih menunggu perkenan Tuanku. Pemerintahan Negeri boleh bertukar melalui 3 cara ; 1. Melalui pembubaran dengan perkenan Tuanku Sultan dan proses Pilihanraya berlangsung 2. Melalui Undi tidak percaya oleh Ahli Dewan 3. Kerajaan sedia ada menyerahkan Pemerintahan Kita berdoa agar Tuanku perkenan pembubaran ini. Pengumuman MB membubarkan DUN pada jam 3 petang tadi adalah tepat dengan majoriti yang masih ada kerana Najib belum mengumumkan kemasukan 3 ADUN ke dalam BN.

BUBAR SAJA DUN PERAK ?

Jalan sebaiknya di dalam keadaan genting begini ialah Menteri Besar setelah berbincang dengan tujuan mendapat persetujuan pemimpin-pemimpin parti dalam Kerajaan Negeri Perak, mengadap DYMM Sultan Perak dan menasihatkan supaya Baginda bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak. Pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak akan membolehkan para pengundi di Perak membuat keputusan semula kepada pihak manakah mandat mahu diberikan.Tentu sekali ini adalah jalan terbaik buat PR kerana mereka mempunyai kekuatan untuk memperolehi mandat yang lebih besar berdasarkan populariti pentadbiran mereka kepada rakyat (bukan berdasarkan tomahan yang dilemparkan menerusi media arus perdana). Walaupun keputusan akhir di bawah Tuanku Sultan, namun pembubaran DUN adalah satu-satunya langkah yang tinggal untuk menjamin rakyat mendapat sebuah kerajaan yang bermandat lebih besar dan tidak goyang.Dengan mandat lebih besar, Kerajaan Negeri akan dapat menumpukan lebih banyak masa mentadbir dan bukan bermai...

ALASAN SPR TAK MUNASABAH

February 3, 2009 · Print This Article IPOH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak perletakan jawatan Adun Behrang dan Adun Changkat Jering dengan menyifatkan surat perletakan jawatan mereka masing-masing hanya diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Perak SPR hanya menerima salinan surat atau penduanya sahaja, maka surat perletakan jawatan itu tidak terpakai atau sah.Pada kebiasaannya SPR akan menunggu pakai surat atau pemakluman speaker dewan undangan negeri mengenai perletakan jawatan seseorang Adun. Sebenarnya teramat nyata lucu untuk SPR berkata demikian. Alasan yang tidak munasabah. Namun oleh kerana itu setakat ini Jamaludin Mohd Radzi dan Kapt (B) Osman Jailu kekal masing-masing sebagai Adun Behrang dan Adun Changkat Jering. Sesungguhnya menghairankan jika itulah alas an SPR untuk mempertahankan dua adun itu. Secara akliah dan legislatifnya, seseorang Adun akan menghantar surat perletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri, yang merupaka...

Isu exco Perak - Misbah

Saya mula menulis kembali diblog ini bagi menjelaskan isu-isu terkini di Perak. Sekembalinya dari Tanah Suci, saya berehat beberapa minggu dari menulis di blog ini, saya sedang mereka bentuk semula blog ini supaya lebih menarik, selepas siap saya akan menulis kembali. Disebabkan isu di Perak sentiasa panas ekoran 2 EXCO ini, saya sentiasa menerima panggilan bertalu-talu dan mesej, sehingga saya tidak sempat untuk menyemak fail di pejabat, setiap minit hp berdering, tidak dijawab saya dikatakan sombong dan macam-macam lagi. Pernah saya tidak menjawab sepanjang hari, kerana ada ketikanya sepanjang hari penuh dengan mesyuarat, missed callsnya terlalu banyak, tak terdaya nak call semula. Ada seorang hamba Allah, telepon saya, apabila saya angkat, ungkapan pertamanya cukup menyakitkan hati hanya kerana saya tidak menjawab panggilannya, saya hanya bersabar, bila tidak tahan dengan leteran dan perlian serta tohmahannya, saya pun jawab minta maaf, line tak clear dan tutup panggilan. Selepas it...

UMNO takut Pilihanraya - Greenboc

Nampaknya UMNO/BN masih meneruskan agenda jahatnya untuk merampas Perak dengan menggunakan kaedah tidak demokratik. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia di dalam keputusannya menyatakan bahawa kerusi Behrang masih lagi disandang oleh Jamaluddin Mat Razi dan Changkat Jering masih diwakili oleh Osman Jailu. Dengan keputusan itu juga kredibiliti Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah tercalar dan turut dipersoalkan oleh rakyat yang mana dilihat keputusannya itu lebih dipengaruhi oleh elemen yang datang dari parti kerajaan. Ini kerana bekas Pengerusi SPR sendiri, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebelum ini telah menyatakan: "mengikut perundangan pilihan raya, sebaik sahaja notis kekosongan diterima daripada Speaker, pilihan raya kecil wajar diadakan. Mengikut skop perundangan, kata beliau, SPR perlu menerima langkah Speaker mengumumkan kekosongan yang tidak boleh dicabar atau diketepikan.". "Sama ada seseorang wakil rakyat itu mahu mengambil tindakan mahkamah konon...

SPR : Dua exco Perak masih Adun

Feb 3, 09 1:00pm Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang didakwa kosong masih lagi disandang oleh wakil-wakil rakyat PKR. Dalam mesyuarat khasnya pagi ini, SPR memutuskan wujud keraguan pada surat peletakan jawatan Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Osman Jailu masing-masing sebagai wakil-wakil Behrang dan Changkat Jering. Pengerusi SPR Datuk Abdul Aziz Yusuf mengumumkan demikian susulan wujud kekeliruan selepas Speaker DUN Perak V Sivakumar menyerahkan surat-surat tersebut kepada SPR negeri semalam. Pada hari yang sama Jamaluddin dan Mohd Osman turut menyerahkan surat, menyatakan bahawa surat peletakan mereka itu tidak berkuatkuasa. Surat peletakan jawatan itu diserahkan selepas desas-desus kedua-duanya akan meninggalkan PKR dan menyertai BN sejak minggu lepas. Jamaluddin dan Mohd Osman semalam bagaimanapun menyatakan akan kembali bertugas seperti biasa dan "tidak timbul mereka telah bertukar parti."

Persoalannya kenapa kedua Exco ini tidak jujur ?

Imej
A pa yang perlu dilakukan kini oleh kedua-dua exco Perak yang diculik ialah BERKATA BENAR. Rakyat menuntut supaya mereka berlaku jujur terhadap apa yang sebenarnya berlaku sepanjang tempoh "kehilangan" mereka sehingga mereka tidak dapat dihubungi oleh pimpinan Pakatan Rakyat, malah oleh ahli keluarga mereka sendiri. Memberi alasan sakit di belakang badan dengan kemudian dikatakan berada di negeri Pahang untuk mendapatkan rawatan menjadikan rakyat terus sangsi dan berteka-teki terhadap apa yang sebenarnya berlaku. Lebih melucukan salah seorang menteri yang bermasalah Syed Hamid Albar namanya yang cuba melakukan "cover-up" untuk sdra berdua menyatakan sdra mungkin pergi bersiar-siar di Pahang. Mengapa perlu takut untuk menyatakan hal sebenar? Mengapa perlu berhelah untuk menipu rakyat? Mengapa perlu risau jika anda tidak melakukan apa-apa kesalahan? Akibat daripada ketidakwujudan kejujuran, maka rakyat tidak dapat untuk bersama anda sekalipun rakyat mengetahui anda ...

Pilihanraya Kecil Dun Behrang dan Dun Changkat Jering memang pasti akan di adakan

Pilihanraya kecil Dun Behrang dan Dun Changkat Jering memang pasti akan diadakan walaupun dua bekas adun kawasan itu membuat injuksi di mahkamah . Itu sekadar usaha dua bekas adun dan bekas exco yang kecewa. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, surat peletakan jawatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat memang wujud berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Speaker Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak. "Surat itu memang ada dan ia ditujukan kepada Speaker. "Ini bermakna beliau ada bukti bagi mengatakan yang kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering sememangnya telah kosong. "Dalam Perak ini, Speaker mempunyai kuasa berhubung hal tersebut," katanya. Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, tindakan ADUN terbabit, Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi selama lima hari dengan sendirinya telah memak...

Kenyataan Rasmi Bekas ADUN Behrang & juga Bekas EXCO Perak - Ref.Perisik Rakyat

Exco kerajaan Perak, Jamaluddin Mat Radzi menafikan beliau telah menghilangkan diri minggu lalu dan telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang. Dalam kenyataannya yang diedarkan kepada media di sebuah hotel dekat dengan lapangan antarabangsa KLIA , wakil rakyat PKR itu berkata beliau mengambil cuti sakit selama tiga hari mulai 28 Januari . "Buat masa ini, saya akan meneruskan tugas saya dan tanggungjawab saya seperti biasa dan tidak timbul isu kononnya saya telah bertukar parti," katanya. Kenyataan yang diedar oleh pegawai khasnya Firdaus Saharuddin jam 3.40 petang tadi, Jamaluddin juga berkata beliau masih berkhidmat sebagai Adun Behrang dan menyifatkan kenyataan Speaker DUN Perak semalam "tidak berasas sama sekali". Dalam sidang media ringkas, pegawai itu berkata Jamaluddin kini sedang dalam perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur . Beliau bagaimanapun menafikan wakil rakyat PKR itu bertemu dengan pemimpin-pemimpin Umno berhubung d...

Keputusan Speaker DUN Perak tidak boleh dicabar

PETALING JAYA: Keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar berhubung kekosongan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan Behrang adalah muktamad dan tidak boleh dicabar. Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari berkata, tindakan ADUN kedua-dua kawasan tersebut iaitu Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi selama lima hari dengan sendirinya telah memaksa Speaker untuk membuat keputusan itu. "Ke mana mereka selama lima hari ini? Jika benar mereka telah menyertai Umno sekali pun, maklumkan kepada kerajaan negeri. "Mengapa setelah Speaker umumkan akan hantar surat kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), baru mereka nak melatah," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Jamaluddin semalam yang mahu mencabar Speaker kerana mengumumkan peletakan jawatan mer...

Speaker DUN Perak serah surat pada SPR

Imej
Feb 2, 09 10:43am Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak mengenai kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang. Beliau menemui pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak, Adli Abdullah jam 8 pagi ini. Semalam, Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu. Jamaluddin bagaimanapun menafikan beliau telah meletak jawatan dan masih kekal sebagai ahli dewan undangan negeri. Beliau yang juga exco kerajaan negeri turut mencabar kesahihan surat tersebut. Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Mohamad Nizar Jamaluddin mengadap Sultan Perak pagi ini. Pertemuan tersebut berlangsung selama 25 minit di Istana Kinta pada jam 10 pagi. Beliau bagaimanapun enggan bercakap dengan pemberita berhubung pertemuan ter...

Kontroversi: Kasihan, Dua Exco ADUN PKR Perak Bakal Kehilangan Ganjaran Jutaan Ringgit Akibat Surat Perletakkan Jawatan Mereka Itu Kelmarin ! - Pahang

PDO [6.17 am] - Nampaknya senario politik Perak semakin bertambah panas sekarang. Ini berikutan penafian kedua-dua Exco ADUN PKR bahawa mereka sudah menghantar surat perletakan jawatan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri petang semalam. Bahkan, kedua-dua ADUN terbabit tiba-tiba berbicara soal saman pula. Anehnya mereka sebenarnya yang memulakan, kini mereka pula takut berhadapan dengan kenyataan. Amatlah wajar sekali jika mereka sudah tidak yakin dan hilang kepercayaan kepada PKR maka mereka harus berbuat demikian. Tindakan meletakkan jawatan adalah satu langkah bijak demi maruah mereka yang memang sudah tercalar sekarang ini. Namun langkah menafikan dan masih mengatakan mereka tidak pernah keluar parti, jadi calon bebas atau pun menyertai UMNO. Dalam hal ini Pakatan Rakyat dilihat lebih bijak sekarang. Kedua-dua ADUN terbabit kini seolah-olah terperangkap dek permainan politik mereka sendiri. Khabarnya mereka ditawarkan ganjaran RM10 juta jika menyertai UMNO . Bahkan Jamaluddin sen...

Dua EXCO Perak : Apa yang berlaku

By Anwar Ibrahim Categories: Anwar , Catatan , Demokrasi , Hebahan , Isu Semasa , Pakatan Rakyat , Politik and Sidenotes Dari Perakexpress.com Ini adalah terjemahan sebahagian daripada artikel Raja Petra dalam Malaysia Today semalam. https://mt.m2day.org/2008/content/view/17434/84/ “Dua EXCO PKR ini telah hilang. Mereka telah hilang sejak empat hari lalu dan tiada sesiapa yang tahu dimana mereka tetapi mereka bukan ‘hilang’, sebaliknya berada didalam tangan pemimpin Umno. Dan UMNO mahukan mereka bersetuju kepada satu perjanjian. Terima RM10 juta seorang dan ‘menyeberang’ kedalam Umno ataupun dihantar kepenjara diatas tuduhan rasuah. Pada hari dimana dua EXCO PKR ini ditahan dan di lindungi oleh Umno, seorang ADUN UMNO melompat kedalam PKR. Ini menghancurkan rancangan Umno. Mereka hanya memerlukan dua ADUN PKR untu...

Kehilangan 2 Adun KeADIlan Perak Membimbangkan

Kehilangan dua Adun KeADILan yang juga exco kerajaan Perak sejak empat hari lalu membimbangkan bukan saja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka. Demikian kata Ketua Perhubungan KeADILan Perak Osman Abdul Rahman. Kedua-dua exco tersebut ialah Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jalu. Menurut Osman, bagaimana pun pihaknya menjangka kehilangan itu ada kaitan dengan cubaan Barisan Nasional memujuk mereka dengan imbuhan termasuk tawaran wang ringgit. “Kami percaya ada usaha-usaha oleh Barisan Nasional untuk memujuk kedua-dua exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Najib Tun Razak termasuk menggugurkan kes rasuah mereka berdua,” kata Osman dalam sebuah kenyataan akhbar. Kedua mereka ditangkap dalam satu serbuan meragukan menjelang Pilihanraya Umum Mac tahun lepas. Kes mereka akan dibicarakan bermula 10 Februari depan. “Dari awal lagi kami amat yakin pertuduhan dalam kes tersebut adalah satu pertuduhan palsu yang direkacipta oleh Umno dan BN sebagai satu ugutan politi...

Presiden PAS dan rombongan pimpinan serah dana RM 250,000.00, tinjau penderitaan Gaza

Imej
Presiden PAS dan rombongan pimpinan serah dana RM 250,000, tinjau penderitaan Gaza Harakahdaily Sat | Jan 31, 09 | 12:07:29 am MYT RAFAH, Mesir 31 Jan (Hrkh) - Bendahari PAS Dr Hatta Ramli memaklumkan kepada Penolong Pengarang Harakahdaily Azamin Amin melalui sistem pesanan ringkas (sms) bahawa Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan 20 anggota rombongan PAS telah berjaya menyampaikan sumbangan bantuan kemanusiaan PAS sejumlah RM250,000 untuk meringankan derita penduduk Gaza di Palestin. Kata Dr. Hatta yang kini berada di sana, Ustaz Hadi dan rombongan termasuk sembilan ahli parlimen PAS mahu melihat sendiri kemusnahan yang dialami rakyat Palestin di samping menyumbangkan sedikit sebanyak bantuan kemanusiaan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung umat Palestin akibat serangan Zionis. Rombongan pimpinan PAS yang berle...

Majlis Penyerahan Borang Ahli PKR dan Pembubaran UMNO Bota Esok - Malaysiakini

Salamun'alaik Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh...Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.Kepada anak2 Perak, khursusnya asal Bota / Parit, anda dijemput balik malam ini ataupun pagi esok, kerana, DSAI akan turun ke bota untuk menerima penyerahan borang beramai-ramai keahlian PKR dan pembubaran Cawangan UMNO Bota.Kemungkinan juga (mungkin) kemasukan ADUN lain.Sekian...harap maklum.- virusinside.com

UMNO GELONGSOR TANPA BREK

Imej
UMNO gelongsor tanpa brek Dilulus terbit pada Wednesday, January 28 @ 07:25:00 MYT oleh TokBatin Oleh hamirdin " Gelongsor yang sedang dialami oleh UMNO sekarang sukar dibrek. Satu satunya lorong yang masih ada untuknya ialah ke bawah. Mungkin mengapa berlaku gelongsor ini menjadi sesuatu yang dicari cari oleh penyokong mereka. Teknologi mencekik UMNO . Media arus perdana telah hilang sesuatu yang sangat penting iaitu public trust . Dulu rakyat Malaysia mempercayai apa sahaja yang dihamburkan oleh media arus perdana yang dikuasai oleh UMNO. Teknologi telah mengubah semua ini. Saluran berita telah bercambah dengan banyaknya, dan dengan itu liputan yang dipersembah oleh media arus perdana kuasaan UMNO menjadi hambar, lesu dan telah dijangka. Lebih pilu lagi ialah apabila media ini membuat putar belit, yang mana maklumat lebih awal telah diperolehi oleh audien melalui internet, sms atau channel berita lain. Apabila putar belit ini dipersembahkan kepada rakyat, bukan rakyat yang berj...

MB nafi tawar Nasaruddin jadi MB

IPOH 27 Jan. - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim melompat parti kerana beliau ditawarkan jawatan sebagai Menteri Besar. Beliau yang juga Menteri Besar Perak berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah menawarkan apa-apa jawatan termasuk Menteri Besar dan Exco kepada bekas Ahli Parlimen Parit itu. Malah katanya, parti komponen Pakatan Rakyat tersebut juga tidak menawarkan sebarang dana kepada Nasaruddin. Bagaimanapun jelas beliau, sebagai ADUN PKR, kerajaan negeri akan menyalurkan dana sebanyak RM200,000 setahun untuk melaksanakan projek-projek kecil di kawasan diwakili. ``Mungkin dia kecewa dalam parti dia (UMNO), ini bukan tindakan yang tidak bermoral, (sebaliknya) tindakan ini adalah tindakan yang cerdik,'' katanya. - Utusan

UMNO PERLU DIBUBAR, BUKAN DIROMBAK

Imej
Dilulus terbit pada Sunday, January 25 @ 22:35:01 MYT oleh alghaib Oleh : Ustaz Idris Haji Ahmad Utusan Malaysia melaporkan, KUALA LUMPUR 21 Jan. – UMNO perlu dirombak besar-besaran dari segi struktur dan gerak kerja jika parti itu mahu terus relevan dan diterima rakyat. Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ia melibatkan langkah memenuhi segala tuntutan perubahan yang dimahukan oleh rakyat. 1.Tertarik juga dengan dengan pandangan Dato’ Mukhriz anak bekas Presiden Umno.Maklumlah kena lantang sikit supaya dapat tarik perhatian untuk calon Ketua Pemuda Umno. Sebenarnya bukan rombak tetapi bubar sahaja Umno. 2.Umno sudah rosak idealisme perjuangan sejak zaman bapak dia yang berkuasa 22 tahun dan disambung pula oleh Pak Lah. 3.Kalau dulu Umno nampak juga dia yang bersifat nasionalis memperjuangkan Melayu dan masalah rakyat yang tertindas di kampung-kampung. Memang daripada awal lagi Umno bukan parti yang hendak menegakkan Islam yang syumul. Masalah sekarang perjuangan ag...