Catatan

BAGAN PINANG :KEPUTUSAN SPR MUNGKIN BEGINI !!

Posted on Friday, September 04 @ 15:26:31 PDT by KetamBatu Oleh: anoi " Oleh : Prof. Hj Sabirin Ihsan Barita terkini adalah mengenai kembali kerahmatullah ADUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan kerana serangan jantung. Semuga Allah merahmati roh almarhum. Namun bagaimanakah keputusan Suruhanjaya Pilihanraya mengenai kedudukan kerusi tersebut. Dua ADUN Perak terdahulu yang telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Speaker Dewan, telah di tolak oleh SPR pengosongan kerusi tersebut. Dan Speaker DUN Perak tidak mempunyai apa2 kuasa mengesahkan kekosongan kerusi sebaliknya SPR. Dalam DUN Kedah pula, seorang ADUN BN yang jelas melanggar peraturan kehadiran dewan juga di tolak oleh SPR kekosongan kerusi tersebut oleh SPR. Saya berasa kekosongan kerusi Bagan Pinang juga akan ditolak oleh SPR. SPR mungkin mengisytiharkan kerusi kersebut tidak kosong kerana seorang ADUN yang telah meninggal dunia pun masih layak sebagai ADUN kerana tiada keperluan baginya untuk hadir kedalam dewan untu...

TAQWA JADI DIRI SEORANG PEJUANG

Wahai orang – orang yang beriman , diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ianya diwajibkan ke atas orang – orang sebelum kamu , semoga kamu bertaqwa ( kepada Allah swt. ) ( Surah Al Baqarah : Ayat 183 ) Saudara Muslimin dan Muslimat yang dihormati sekelian. Ayat ini menjadi tema yang perlu difahami dan dihayati tatkala memasuki gerbang University of Ramadhan. Ianya merupakan satu penegasan Ilahi , bukan sahaja terhadap hukum berpuasa di bulan Ramadhan tetapi juga merupakan satu penegasan terhadap ‘kesan langsung’ dari ibadah puasa yang dilaksanakan. Ayat ini tidak sahaja menjadi dalil wajibnya ibadah puasa dengan perkataan كُتِبَ yang bermaksud فُرِضَ , tetapi turut melampirkan objektif utama yang semestinya dicapai setelah melalui proses ibadah puasa . Objektif tersebut ialah at - Taqwa dengan kalimahلعلكم تتقون . Professor Doktor Wahbah Az Zuhaili ketika menafsirkan ayat di atas menyebut bahawa Ibadah puasa melahirkan ketaqwaan kepada Allah swt. melalui beberapa faktor : [1] Pu...

Kemana Hilangnya Program Ehya Ramadhan di Perak ?

Imej
Masihkah anda ingat akan program ehya Ramadhan di dataran MBI anjuran kerajaan Pakatan Rakyat tahun lalu? Program yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaludin bermula pada 15 Ramadhan sehinggalah berakhirnya Ramadhan. Acara akan dimulakan dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai, solat Maghrib, Isyak dan bertarawih secara berjemaah. Selepas selesai bersolat tarawih, majlis tazkirah pula menyusul yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang diundang khas dari seluruh pelusuk negara. Diantara penceramah yang hadir pada tahun lalu ialah Ustaz Nasaruddin Daud, Ustaz Halim Hassan, Ustaz Datuk Mohd Nor Mansor Al-Hafiz, Ustaz Kamal Ashaari, Ustaz Nor Azli Musa, Ustaz Dr Badrul Amin dan beberapa penceramah yang lain. Program ini berjaya menarik kehadiran ratusan penduduk Ipoh untuk bersolat berjemaah walaupun sekadar di bawah khemah dan berlantaikan papan dan tikar namun setiap malam para hadirin semakin ramai yang datang ke sini untuk berjemaah. Pihak penga...

ADUN Pakatan Perak tetap hadir sidang DUN Rabu ini

ADUN Pakatan Perak tetap hadir sidang DUN Rabu ini Oleh Dzulfikar Mashoor Sun Aug 30, 09 12:19:00 pm MYT IPOH, 30 Ogos: Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pakatan Rakyat Perak akan hadir ke Sidang Dun Rabu depan seperti notis panggilan yang telah dikeluarkan speaker V.Sivakumar kepada mereka. Ianya sekaligus mengenepikan arahan Speaker Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan agar ADUN mengabaikan jemputan yang dibuat Sivakumar itu. Menteri Besar Pakatan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi menegaskan bahawa Ganesan tidak layak berbuat demikian kerana bekas Adun Sungkai itu bukanlah Speaker Dun yang sah. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang turut berkata, mustahil Ganesan boleh mengakui dirinya Speaker Dun Perak, sedangkan jawatan itu masih disandang V. Sivakumar secara sah sehingga sekarang. "Dia (Ganesan) bukan Speaker yang sah. Dia tidak berhak berbuat begitu (menghalang sidang Dun Rabu depan) kerana Sivakumar masih Speaker yang...

7 - 0 tanda rakyat dah getek (loghat perak) - Nizar

Imej
Keputusan PRK 7-0 : Rakyat Dah Getek Kata Nizar Posted on Saturday, August 29 @ 08:07:10 PDT by KetamBatu Oleh: ostarmy " Getek satu perkataan loghat perak yang begitu popular di kalangan orang perak. Perkataan ini membawa maksud benci yang teramat sangat dan mungkin seerti dengan perkataan meluat. Dan itulah perkataan yang digunakan oleh YB Dato Seri Nizar dalam menghuraikan perasaan masyarakat setelah 7 PRK yang diadakan. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kuliah subuh di masjid jamek lama gopeng pagi tadi - 29 ogos 2009. Banyak yang diperkatakan oleh YB Nizar dalam kuliah subuh kali ini yang semestinya semacam menjadi wajib hukumnya bila berada di gopeng beliau akan menyelitkan ayat-ayat rawa beliau. Berikut di paparkan laporan seorang sahabat di blognya tentang kuliah subuh YB Nizar. (Maaf pohon keizinan abg lee) Tegas beliau "Kini Sindrom Getik (Meluat/Benci) telah menular dikalangan masyarakat di Negara ini,disebabkan sikap egostik pemimpin Umno dan kekera...

UMNO terdesak sebar berita Salleh Man gelapkan duit

Imej
UMNO terdesak sebar berita Salleh Man gelapkan duit Ditulis oleh Te@M.IT FRIDAY, 21 AUGUST 2009 08:41 PERMATANG PASIR, 21 Ogos - UMNO BN semakin terdesak kali ini apabila cuba menyebarkan berita kononnya calon PAS, Ustaz Salleh Man telah menggelapkan duit pilihanraya sebanyak RM 600 000. Sehubungan dengan itu Pengarah jentera Induk PAS, Mahfuz Omar mencabar pihak UMNO ataupun mana-mana pihak membuktikan sekiranya dakwaan tersebut benar. Mahfuz juga menganggap ini merupakan satu lagi lawak jenaka UMNO, kerana mana mungkin PAS yang serba kekurangan menyimpan duit sebanyak itu. Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusuf Rawa yang dikaitkan nama beliau dengan berita itu turut menafikannya. Beliau berkata bahawa berita ini dicedok daripada seorang blogger di alamat http://bigdogdotcom.wordpress.com. Mahfuz dan Mujahid menjawab tuduhan ini ketika sidang media di Markaz Induk PAS, Permatang Pasir. Me...

Calon BN hero yang Haprak !!

Imej
Calon BN hero yang haprak Ditulis oleh http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/ FRIDAY, 21 AUGUST 2009 06:24 Sehingga kini, BN menghadapi hawa kempen yang merimaskan ekoran daripada calonnya Rohaizat Othman berdepan dengan 'penyakit' peribadi yang kini menular menjadi wabak yang bakal melemahkan seluruh urat saraf jentera kempen BN. ia suatu realiti yang sedang dihadapi, tatkala kelmarin Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan telah menabalkan Rohaizat sebagai hero (disebut juga wira). Namun, hari ini gelaran itu telah dilucutkan oleh kawan (rakan kongsi syarikat guamannya), Yusri Ishak, ekoran pendedahan peristiwa sebenar di sebalik tindakan pihak Malaysian Bar membatalkan status peguam calon BN itu. Maka, layaknya calon BN kali ini dilabelkan sebagai hero yang kini jadi haprak. Label haprak mungkin tak patut, tetapi dikira padan dengan rencahan 'bohong' yang tak berselindung dibuat oleh Ahmad Maslan dan Rohaiz...

UMNO menggelupur dengan dua isu ini !!!

Pertama: Terlondeh penyelewengan calon Umno, Rohaizat, di PRK P. Pasir. Semakin detail apabila Yusri tampil ke pentas PAS dan adakan Press Conference membersihkan dirinya dari dikambinghitamkan oleh Umno utk menyelamat tengkuk Rohaizat yg menyeleweng... http://malaysiakini.com/news/110996 Kedua: Pendedahan surat anggota SPRM berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo... http://mt.m2day.org/2008/content/view/25886/84/ Semakin terserlah UMNO dan rasuah tak dapat dipisahkan!!!

Majlis Fatwa di pergunakan !!!

Imej
Majlis Fatwa dipergunakan Ditulis oleh Te@M I.T FRIDAY, 21 AUGUST 2009 02:18 PERMATANG PASIR, 21 OGOS - Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Tantawi kesal dengan tindakan majlis fatwa yang sanggup dipergunakan pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka. Menurut beliau, media arus perdana bersikap tidak telus dan tidak adil dengan memanipulasi kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berkaitan dasar perjuangan Umno yang tidak menjurus ahlinya ke arah syurga justeru banyak melakukan kezaliman terhadap rakyat seperti amalan rasuah, menahan dan menuduh individu tanpa soal-siasat dan sebagainya. Kenyataan media arus perdana yang tidak merujuk kepada ucapan tok guru adalah satu tindakan yang tidak amanah dan menyalahi etika. Ini tidak lain hanyalah sebahagian taktik kotor BN untuk mengalih perhatian pengundi menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir dengan menyerang peribadi tok guru. Tambahan lagi, pelba...

17 pengkhianatan Umno kepada Melayu. kata kamarudin

17 pengkhianatan Umno kepada Melayu, kata Kamarudin Oleh Afyan Ali Fri | Aug 21, 09 | 10:33:02 am MYT GOMBAK, 21 Ogos: Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan 'Anwar Pengkhianat', mereka lupa bahawa Umnolah yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu. Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi. Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar. "Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib," kat Kamaruddin. "Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raj...

Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman tampil membersihkan diri

Imej
Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman tampil membersihkan diri Posted on Thursday, August 20 @ 16:23:55 PDT by TokPenghulu Oleh Di n Binjai Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman - calon BN di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir - hari ini tampil memberi penjelasan bagi membersihkan dirinya daripada 'dikambinghitamkan' berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002. Yusri Isahak, bekas rakan kongsi firma guaman Saif Ariff dan Rohaizat, membuat penjelasan itu sebagai menjawab laporan Utusan Malaysia yang memetik ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan sebagai berkata Rohaizat hanya bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan rakan kongsinya. Ahmad Maslan dilaporkan berkata, tindakan tatatertib ke atas Rohaizat berdasarkan aduan KPGNPP membabitkan pembelian satu hartanah yang dikendalikan firma mereka, waktu itu. Ahmad juga dilaporkan berkata, semua urusan jual beli untuk pihak KPGNPP dikendalikan Yusri dan dit...

Pilihanraya di Kota Siputeh ?

Kota Siputeh selepas Permatang Pasir? Oleh Nazri Abdullah Wed Aug 19, 09 6:26:52 pm MYT ALOR SETAR, 19 Ogos: Mungkinkah akan berlaku satu lagi pilihanraya kecil dalam masa terdekat? Persoalan ini sedang menunggu jawapan berikutan aduan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif yang tidak hadir persidangan dua kali berturut-turut. Abu Hasan tidak hadir sidang Dun dua kali, masing-masing pada pada 19 April dan 9 Ogos lalu, tanpa sebarang kebenaran Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail. Mengikut Perkara 51 Undang-undang tubuh Kerajaan negeri Kedah, kerusi mana-mana Adun dikira kosong jika tidak hadir persidangannya dua kali berturut turut tanpa kebenaran Speaker. Abdul Isa ketika dihubungi berkata, tidak timbul soal surat pemberitahuan kerana Undang undang tubuh negeri menyebut hanya berkaitan kebenaran speaker. "Bukan soal dia (Abu Hasan) hantar surat pemberitahuan atau tak hantar kepada saya, soalnya...

H1N1 - Malaysia ditangga teratas ?

H1N1 - Malaysia ditangga teratas? Posted on Monday, August 17 @ 17:56:42 PDT by TokPenghulu Oleh: ex_lalang " "Sehingga 11 Ogos 2009, sejumlah 208,990 kes dengan 1,716 kematian telah dilaporkan daripada 174 negara. Ia merupakan peningkatan sebanyak 835 kes dengan 28 kematian berbanding dengan hari sebelumnya." Petikan dari http://h1n1.moh.gov.my 16/8/09 Secara average 1716 kematian/ 174 negara bermaksud lebih kurang 10 kematian setiap negara. Tetapi diMalaysia hari ini sahaja sudah ada 62 kematian yg dilaporkan dan ramai lagi yg sedang dirawat dihospital2 dan juga tak kurang yg berada dirumah. Dengan jumlah 62 kes kematian yg dilapurkan, Malaysia mungkin berada dalam kedudukan Top 10 didunia. Dan kalau diukur dari segi jumlah penduduknya Malaysia mungkin berada ditangga teratas. http://www.who.int/csr/don/2009_08_12/en/index.html http://www.who.int/csr/don/GlobalSubnationalMasterGradcolour_20090806_weekly.png Adakah kedudukan ini yg pehak kerajaan tunggu2kan supaya kit...

Jadikan semangat BADAR di Permatang Pasir !!!

Imej
Permatang Pasir adalah medan menguji kekuatan pejuang-pejuang PAS. Kekuatan tenaga, fikiran hati dan perasaan . Kita terpaksa menghadapi Pilihanraya didalam Bulan Ramadhan. Bulan umat islam menahan lapar dan dahaga. Bulan menguji ketahanan iman dan taqwa. Sejarah membuktikan Badar adalah peperangan yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Dalam peperangan itulah allah memberikan kemenangan. Tentera islam berada dalam keadaan yang serba kekurangan. Peralatan senjata yang tidak mencukupi, bilangan tentera yang sedikit. diuji lagi oleh allah dengan hati dan perasaan, kerana yang akan dihadapi oleh sahabat nabi ialah orang-orang mekah yang terdiri dari saudara-saudara mereka. Tetapi kekuatan taqwa membuktikan itulah kekuatan yang sebenarnya. kekuatan yang mengundang pertolongan Allah. Mengapa perang ini begitu istimewa? Pertama, karena Perang ini Rasulullah beserta pasukannya mengalami kemenangan meskipun hanya berjumlah 313 orang sahabat (terdiri dari 82 Muhajirin, 61 dari suku Aus dan 170 dari...

Istihar Darurat Segera Untuk Bendung Wabak Influenza A (H1N1)

Isytihar Darurat Segera Untuk Bendung Wabak Influenza A (H1N1) Posted on Saturday, August 15 @ 07:28:22 PDT by TokPenghulu Oleh Mohd Ezli Mashut Angkatan Muda Keadilan Selangor memohon Kabinet mempertimbangkan pengisytiharan darurat di seluruh negara segera untuk membendung penularan wabak Influenza A (H1N1). Jumlah kematian dan jangkitan baru yang terus-menerus meningkat membuktikan keadaan wabak H1N1 di negara ini semakin kritikal dan mencemaskan. AMK Selangor amat prihatin dengan nyawa rakyat yang semakin terancam jika tindakan lebih pantas dan drastik tidak diambil. AMK Selangor juga mendesak sidang khas Parlimen membicarakan usul pelan khas menangani wabak H1N1 diadakan segera dalam masa terdekat. Sidang khas Parlimen ini amat penting untuk menilai sejauh mana keberkesanan tahap pencegahan selama ini dan pelan tindakan kecemasan yang perlu diambil segera. Menangguh masa yang lebih lama memberi ruang kepada wabak H1N1 untuk meragut dan mengancam nyawa dan kesihatan rakyat. Dalam si...

DUN PERAK BUBAR PALING LEWAT 7 NOVEMBER INI - NIZAR !!!

Imej
Wednesday, August 12, 2009 MENTERI Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin yakin Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak akan dibubarkan sebelum berakhir tahun 2009 ini. Ini kerana, katanya jika Dun Perak tidak bersidang menjangkaui tempoh enam bulan negeri Perak akan menjadi negeri 'tidak berperlembagaan' atau 'unconstitutional state'." Dun Perak mungkin kita (PAS) boleh jangka bila dia bubar, dia (Barisan Nasional) terpaksa bubar juga kerana tidak ada pilihan lain, dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak mesti bersidang tidak lebih enam bulan,"tegasnya. Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam anjuran Majlis Tindakan Dun Cukai bagi mengumpul Dana Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, di sebuah Restoran di Bukit Kuang, Chukai, pada 5 Ogos lalu.Menurutnya sidang Dun Perak akan datang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 7 November 2009 kerana persidangan lalu diadakan pada 7 Mei 2009. Katanya sidang Dun tersebut mesti diadakan...

PROTOKOL-PROTOKOL ZIONIS YAHUDI

Nukilan;HambaAllah Protokol Yahudi telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apaila seorang wanita perancis telah mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir muktamar rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Di dalam naskhah asalnya tidak digunakan kalimah “Yahudi” kecualidi dalam dua tempat sahaja. Ianya hanya menggunakan perkataan “Kita” dan “Orang bukan Yahudi”. Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni” Protokol Pertama Cara memerintah sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Siapa kuat, dialah berhak, kerana dalam hukum alam, kebenaran terletak dengan kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerin...

SAMPAI BILA NAK PAKAI TOPENG !!!

Posted on Tuesday, August 11 @ 00:30:00 PDT by AbuJihad Oleh: ustnik " Ketika isteri saya berada di sebuah klinik daerah, jururawat di situ bercakap sesama sendiri: ‘Sampai bila kita pakai topeng ini?’ Memang mereka mengeluh. Dulu tak payah pakai apa-apa. Sekarang sepanjang bertugas, mulut dan hidung sentiasa ditutup. Soalnya, sehingga bila? Saya pernah mendengar dalam berita radio tempohari bahawa H1N1 akan ‘lebih mengganas’ jika ‘bergabung’ dengan H5N1 (selsema burung). Maknanya penyakit selsema ini tak akan berkurang? (kalau ada pegawai perubatan/kesihatan berkaitan tolong huraikan) Selsema babi atau Influenza A H1N1 merebak begitu cepat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO sudah tidak mampu membilang kes dan kematian lagi. Ujian dari Allah ini datang bukan kerana Allah menzalimi manusia, tetapi manusia sendiri yang menzalimi diri mereka. Banyak hadis yang mafhumnya menyebutkan bahawa lahirnya penyakit-penyakit baru yang tidak pernah menimpa umat dahulu ialah kerana kejahatan man...

ZAMBRY TAKUT BUAT DEMO KAT STADIUM !!

Imej
Demo 'Bubar Dun Perak' ikut saranan PM - Nizar Azamin Amin Fri Aug 07, 09 9:31:29 am MYT KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Siapa yang betul? Perdana Menteri bersedia membenarkan namun Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula berpendapat perhimpunan di stadium akan membuatkan rakyat hidup tidak tenteram. Malah tidak cukup dengan itu Zambry dipetik sebagai berkata bahawa permintaan Dewan Pemuda Pas Perak untuk menggunakan Stadium Perak di sini sebagai tempat perhimpunan bagi mendesak agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan adalah bagi memenuhi keseronokan mereka semata-mata. Kenyataan ini diselar bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa permohonan untuk berhimpun di stadium itu adalah sejajar dengan saranan Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan sedia membenarkan dan menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan. "Kita boleh bagi me...

Anda Faham atau buat-buat tak faham

Anda faham atau buat-buat tak faham.. Posted on Friday, August 07 @ 18:30:00 PDT by TokPenghulu Oleh Al Mansur Kebelakangan ini ada dikalangan pemimpin DAP yang bertindak seolah-olah mereka mewakili suara rakyat dan parti. Namun apa yang kelihatan hanyalah kenyataan-kenyataan dangkal yang berasaskan emosi perkauman dan keagamaan. Saya tidak berniat menuduh, tetapi sebagai rakyat yang prihatin terhadap pluralisme di Malaysia, saya merasakan budaya ini tidak sihat untuk diamalkan oleh mana-mana pemimpin di Malaysia. Sebagai seorang muslim, kami di ajar untuk menghormati budaya dan agama lain. Kami juga dilarang untuk menghina atau merendah-rendahkan kepercayaan agama lain. Itu adalah prinsip yang diajar oleh nabi kami. Kenyataan Ronnei Liu dan Jeff Ooi baru-baru ini serta pemimpin DAP Kedah sebelum ini, seolah-olah mereka masih belum tamat belajar di Universiti Of Malaysia (UOM). UOM mengajar kita menghormati sesama kita dan tidak bertindak membelakangi sensitiviti keagamaan dan perkaum...