21 Disember 2011

Umno Tidak Boleh Dipakai Lagi - Bekas Pengarah Pendidikan



Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim yang juga pelakun bersiri 'Cucu Opah nak kahwin lagi' rasa terpanggil untuk bersama turun padang memberikan penjelasan kenapa perlu rakyat tolak Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Jelas sekali ujarnya, Umno dan BN mempunyai kepimpinan yang sudah korup dan tidak releven lagi untuk memegang tampuk pemerintahan ekoran terlalu banyak skandal sehingga boleh membawa negara ke arah kehancuran.

"Saya walaupun tidak sihat, rasa bersalah sekiranya tidak bersuara mengatakan yang hak sebab itu saya datang untuk menyampaikan apa yang terpendam dalam lubuk hati selama ini.

"Umno dan BN tidak boleh pakai lagi apatah untuk kita bergantung harap membela nasib orang Melayu, " ujarnya ketika ditemui selepas program ceramah perdana di Pekan Darat, Butterworth semalam.

Apa guna dirinya yang diberikan kesihatan sihat tinggal diam di rumah padahal penyelewengan terus berlaku dengan memperdayakan rakyat miskin sebagai 'kambing hitam' bagi mengaut undi, katanya.

"Kerajaan BN memang begitu, mereka akan membahagikan harta kekayaan sesama kroni dengan membiarkan rakyat berputih mata terutamanya bagi mereka yang sememangnya mempolopori bidang tertentu.

"Kes lembu membabitkan Menteri Wanita, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sungguh memalukan kerana ia bukan pendedahan golongan yang mencari kesempatan sebaliknya didedahkan Audit Negara yang telus dan profesional," terangnya.

Tambah beliau, akibat terlalu banyak penipuan dan penyelewengan membuatkan rakyat mempertikaikan keikhlasan BN yang sanggup memberikan wang RM500 kepada setiap keluarga sedangkan negara terus dicengkam bebanan hutang yang tinggi.

Jika kerajaan terlalu prihatin terhadap rakyat bukan sekarang mereka mulakan pemberian RM500 itu tetapi sejak dulu lagi sebab kemiskinan rakyat sudah lama, katanya.

"Jika BN benar-benar mahu bantu rakyat kenapa hari ini baru nak bagi RM500. Mereka buat secara mendadak semata-mata dengan tujuan yang tersembunyi," tambahnya.

Pemberian itu pun, bagi beliau, disebabkan timbul perasaan irihati setelah rasa tergugat dengan pemberian beberapa skim oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

"Adalah tidak lojik lagi, rakyat yang sudah matang masih tidak berani buat perubahan demi kebaikan semua pihak serta negara," kata Datuk Adnan.

Menceritakan kesungguhan dirinya untuk turun berkempen di mana sahaja sekiranya dijemput beliau yang ada pertalian dengan pejuang kemerdekaan Leftenan Adnan menambah, semua itu dibuat untuk membuang perasaan bersalah dalam dirinya yang bekerja untuk kerajaan sedangkan kerajaan yang disanjung melakukan penindasan, penipuan dan penyelewengan yang ketara memalukan.

Peliknya, ujar beliau, kenapa mereka yang ada jawatan tinggi dalam kabinet tidak langsung timbul perasaan bersalah atau meletakan jawatan bila gagal sebagai menteri sebaliknya terus bangga dengan kesalahan yang dibuat.

Beliau bertanya apakah kapasiti mereka yang asyik melakukan penyelewengan mengaku sebagai Umat Islam sedangkan mereka memakan daging saudara sendiri.

"Pesanan saya kepada rakyat gunalah otak, guna akal, guna jari, guna perasan dan gunakanlah kesempatan yang ada untuk menegakan yang hak memerangi yang batil. Jangan takut buat perubahan yang menguntungkan semua pihak," tegasnya lantang.

Program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu turut menyaksikan penyerahan 15 keping borang permohonan menjadi ahli PAS di sekitar kubu kuat Umno di Permatang Binjai.

Kemasukan itu diketuai bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Permatang Binjai, Saudara Hasni.

Borang diserahkan kepada Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang dijemput khas memberikan ucaptama bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man dan Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man. -HD

20 November 2011

Dokumen, Bukti UMNO/BN peralat bantuan RM100 untuk sekolah.


Dokumen arahan dari Kementerian Pelajaran sila lihat diakhir entry..


Kerajaan didakwa memperalatkan cara penyerahan bantuan persekolahan RM100 untuk semua pelajar apabila mensyaratkan wakil rakyat atau pemimpin yang dipilih hadir membantu ketika penyampaiannya dibuat.


Pemimpin pembangkang juga berpendapat, tindakan itu sekali gus menunjukkan kerajaan tidak jujur menyalurkan bantuan dengan cuba mendapatkan political mileage atau pulangan politik.

"Ini menunjukkan bahawa duit tersebut bukan sangat bertujuan untuk membantu murid atau keluarga, tetapi lebih kepada kepentingan politik, (tunjukkan) yang beri itu Umno atau BN," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Arahan itu dikesan melalui sepucuk surat daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk Dr Rosli Mohamed bertarikh 11 November lalu kepada pelbagai bahagian pengurusan sekolah, termasuk semua pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Kandungannya menyatakan, mesyuarat jemaah menteri pada 28 Oktober memutuskan, wakil rakyat atau "wakil terpilih kerajaan persekutuan" hendaklah membantu menyampaikan bantuan itu kerana ia "touch point" kerajaan kepada rakyat.

"Sehubungan itu, semua JPN hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap keputusan tersebut dan memastikan pengagihan bantuan dianjurkan oleh pihak sekolah bagi mencapai hasrat kerajaan," surat itu dipetik.

Bantuan itu ekoran pengumuman bantuan persekolahan RM550 juta atau RM100 kepada setiap pelajar oleh Menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu.

Langgar batasan

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, arahan Dr Rosli itu jelas menunjukkan bagaimana ketua pentadbir kementerian tidak profesional, tidak amanah dan tidak jujur kerana "menjadikan kementerian sebagai alat politik".

"Penyampaian itu disampaikan oleh Umno dan BN dengan sendirinya membuktikan bahawa bantuan itu sendiri bukan bertujuan untuk meringankan beban rakyat, tetapi bertujuan mendapat habuan politik," katanya.

Dalam masa yang sama, kedua-dua pemimpin itu juga melihat tindakan Dr Rosli melanggar batasan seorang penjawat awam.

"Bagi saya benda begini serahkan pada sekolah. Macam tak ada kepercayaan. Apakah pegawai pendidikan tidak mewakili kerajaan? Saya tak kisah jika menteri pelajaran atau KSU, pengarah pelajaran negeri, guru besar... wakili kerajaan.

"Ini penghinaan. KSU beri imej tidak baik, macam tak ada kepercayaan pada sektor kerajaan," kata Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena.

Manakala Saifuddin pula menyifatkan tindakan Dr Rosli itu terang-terang melangggar prinsip dan etika sebagai penjawat awam.

"Saya nasihatkan dia berhentilah bermain politik. Ia menyalahi prinsip penjawat awam tidak boleh memihak," kata anggota parlimen Machang itu.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Berita dari  anak sungai derhaka

19 November 2011

RM250 Juta Boleh Membantu 62500 Keluarga Umno

Kes National Feedlot Corporation (NFC) satu lagi bukti kerajaan BN telah gagal menjadikan Pertanian Satu Perniagaan, jauh sekali untuk menjadikan ia sebagai Food Security. Ini adalah lambang kebobrokan dasar BN selama ini dalam semua perkara daripada hilang enjin kapal terbang, kapal selam yang tidak boleh menyelam, RM32 juta wang PPRT lesap,stadium runtuh, perhentian bas Kuala Berang Runtuh dan banyak lagi jikalau hendak disenaraikan

Memang kerajaan BN gagal menjaga keselamatan makanan untuk rakyat sehingga terpaksa bergantung kepada negara luar. Pada tahun 1990 negara mengimport makanan sebanyak RM4.6 bilion dan mendadak meningkat kepada RM26.7 bilion pada tahun 2010. Sedangkan Malaysia tanahnya luas tetapi semua makanan seperti beras, bawang, cili, sayuran terpaksa bergantung kepada negara lain.

Negara Indonesia, Thailand, Kemboja walaupun iklim negara sama dengan negara kita tetapi mampu menampung keperluan makanan di negara mereka malahan boleh dieksport ke negara Malaysia. Harga cili naik sehingga RM20 sekilo kerana Thailand banjir, ini hanya satu contoh. Apa pemimpin negara buat untuk merancang keperluan permakanan negara kita? Menteri Pertanian buat apa? Rakyat tentu tidak lupa bagaimana cerdiknya pemimpin BN yang pernah jual saham BERNAS kepada syarikat Wan Tan di Hong Kong. Jika sektor strategik pun kerajaan BN pernah jual kepada negara asing. Ini semua bahana kerana penyakit “Kroni diutamakan, kepentingan rakyat di kemudiankan”. Buktinya projek NFC anak syarikat Agroscience Industries Sdn Bhd di Gemas Negeri Sembilan diberi kepada bukan ahlinya, maka inilah akibatnya.

Peruntukan wang sebanyak RM250 juta ketika Tan Seri Muhyiddin Yasin menjadi Menteri Pertanian. Target pengeluaran lembu pada tahun 2010 sebanyak 60,000 tetapi hanya mampu sebanyak 8000 ekor. Kesannya wang rakyat mengalir begitu banyak kerana negara terpaksa mengimport lembu daripada negara luar kerana kegagalan projek ini. Kita tidak kisah jika lembu ini diberi kepada penyokong Umno tegar di kampung-kampung yang berada di bawah paras miskin, kerana mereka ada kebolehan untuk membela lembu Sekurang-kurangnya dapat meningkat taraf hidup mereka. Sebaliknya diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian.

Berapa banyak wang negara mengalir keluar akibat dasar bebal pemimpin negara kita yang gagal menjaga keselamatan makanan. Apa akan terjadi kepada rakyat jika terjadi sesuatu kepada negara ini atau negara yang mengeksport makanan seperti bencana alam. Pemimpin BN ia tidak bimbang kerana boleh membeli beras atau makanan yang berkualiti tinggi.

Sepatutnya masalah kekurangan daging lembu akan dapat diatasi jika diberi kepada ahlinya, bukan diberi kepada keluarga Datuk Sharizat Jalil. Wang sebanyak itu boleh membeli 125, 000 ekor lembu yang berharga RM2000 seekor. Cuba bayangkan 125,000 ekor boleh diagihkan kepada 62,500 ahli Umno yang miskin, jika dua ekor sekeluarga. Sekurang-kurang 62500 keluarga Umno yang miskin dapat dikurangkan. Tetapi apa boleh buat pemimpin negara bukan sahaja tidak menjaga kebajikan rakyat malahan ahlinya juga terbiar.

18 November 2011

PAS PERAK INGATKAN AGAR BANTUAN RM 100 KEPADA PELAJAR SEKOLAH PERLU MELALUI SEKOLAH BUKAN MELALUI PEMIMPIN UMNO

 Mohd Hafez Sabri .
IPOH, 16 Nov, Pesuruhjaya PAS Perak Uastaz Abu Bakar Hussain menegaskan agar mekanisme pembayaran wang bantuan sebanyak RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara perlulah melalui saluran yang sebenar

Menurut beliau, PAS Perak bimbang jika terdapat salahguna kuasa yang akan dimainkan pemimpin umno yang merasakan duit itu adalah pemberian dari umno.

Beliau menyatakan, rakyat perlu jelas bahawa duit yang akan diberikan itu datangnya dari duit rakyat juga, ianya hasil dari kutipan cukai dan berbagai kos yang dibebankan kerajaan kepada rakyat.

Memetik ucapan beliau “ Pihak kami mendengar desas desus di Perak ini kemungkinan ada sekolah yang akan berikan duit RM 100 itu melalui pemimpin UMNO”

“ Jadi kami mengharapkan agar perkara ini tidak berlaku, dan jika ia berlaku juga ini merupakan salahguna kuasa dan pembohongan dari UMNO”

Beliau menyatakan, Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan di laman web, Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor menunjukkan, wang bantuan tersebut akan dimasukkan ke akaun Bank Simpanan Nasional dan akaun khas akan dibuka untuk sekolah yang tidak mempunyai akaun tersebut.





--------------------------------------------------------------------------------

17 November 2011

SEJENAK DI KEMBOJA

 Antara rumah tempat berteduh Rakyat Islam Kemboja
Daging korban di jemur untuk di keringkan supaya dapat tahan lama kerana rumah mereka tiada elektrik apalagi peti ais
Ada juga yang memotong daging menjadi kecil dan di masukkan kedalam perut lembu dan di jemur untuk di keringkan
 Papan untuk menulis sekadarnya
 Disni mereka menimba ilmu
 Pusat pengajian sekolah untuk anak2 islam kemboja
antara rumah yang ada

09 November 2011

'MISI KORBAN DI KEMBOJA"

 Perasmian ibadah korban di sempurnakan oleh Us Hj wan Ahmad Tarmizi
 Sembelihan di sempurnakan oleh Imam Tempatan

 Melawat Pusat penterjemahan Al- Quran ke bahasa Kemboja (cukup dhoif)
 Quran terjemahan siap untuk di gunakan
 sebuah kitab al quran RM 60 ringgit sahaja untuk di wakafkan
 Kitab Zadul Mutaalim (kitab bahasa melayu) juga di terjemahkan ke bahasa kemboja
inilah pusat terjemahan kitab al-quran dan kitab zadul mutaalim ( sebuah rumah kampung yang dhoif)

05 November 2011

"LIVE FROM MEKAH"

HULURKAN BANTUAN ANDA

EKSKLUSIF PARLIMEN LARUT: Parit Inilah Kami Mandi, Membasuh Dan Buang Air Besar

Pilu dan sedih apabila melihat keluarga ini, jalan untuk sampai ke rumah ini jauh kedalam. kami menulusuri jalan kampung dan akhirnya memasuki kawasan ladang kelapa sawit. nun jauh disudut ladang tersebut bersebelahan dengan laluan keretapi (tanah rizab) tinggallah 10 orang anak beranak ini.
Ketua keluarga, En. Othman Hussin, 54 tahun. sudah 38 tahun menetap disini. beliau bersama isteri, anak dan juga 4 orang cucunya melalui kehidupan ini yang tidak tahu penghujungnya. krew Teratak Kampung bersama Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin meninjau bagi melihat keadaan keluarga ini dengan lebih dekat lagi.
En. Othman Hussin sudah tidak bekerja, dahulunya bekerja sebagai pengawal keselamatan. namun atas faktor kesihatan beliau terpaksa berhenti kerja. keluarga ini agak bernasib baik kerana ada lagi dua orang ahli keluarganya yang masih berkerja sebagai penjaga kebun limau berhampiran.

Keadaan sekitar rumah mereka amat menyedihkan, seumpama bermain pondok-pondok dizaman kecil. tetapi itulah realitinya kehidupan keluarga ini, hiba hati mengenangkan masih ada lagi kehidupan susah seperti ini sedangkan sudah 54 tahun negara mencapai kemerdekaan dan diwar-warkan sebagai negara maju.
Rumah ini tidak mempunyai bekalan air, oleh itu mereka terpaksa bergantung harap kepada air hujan dengan menadah besen di luar pondok, apabila air tersebut penuh. air itu dimasukkan pula kedalam tong-tong yang sedia ada. "macamana kalau nak mandi, basuh baju dan buang air" soal saya kepada En Othman. "tu..." Ya Allah terkejut sungguh. saya tak percaya dan menyoal sekali lagi. "takkan di situ pakcik?". soal saya bersungguh-sungguh. "ye la... di parit ni lah kami mandi, basuh baju dan buang air besar". "kan xdak dinding pakcik?, camner nak buang air besar". soal saya lagi. "nak buat macamana.... itu jerr yang termampu".
Sayu sungguh melihat keluarga ini, menurut En Othman. selama 38 tahun beliau duduk disini, beliau tidak pernah menerima sebarang bantuan atau sumbangan dari mana-mana pihak sedangkan menurut beberapa orang kampung, rumah tok ketua tak jauh pun dari situ. 
Melihat 4 orang cucunya, terdetik bagaimanakah masa depan mereka. cucu sulungnya iaitu Rohayati, 13 tahun sudah tidak bersekolah kerana masalah kewangan. adiknya pula iaitu Durani 10 tahun seorang pelajar yang cerdik. mendapat tempat ke 5 dalam peperiksaan. sayu hati apabila mendengar beliau membaca Surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. pelajar yang bijak seperti ini terabai kerana masalah kewangan. Durani juga difahamkan mengajar kakaknya tulisan dan ejaan Jawi.
Bekalan elektrik juga tidak ada di rumah ini, untuk memasak pula mereka terpaksa memasak di luar rumah. Sekiranya hujan barulah dapur gas digunakan untuk memasak. selain itu kawasan rumah tersebut selalu dilanda banjir.
Kepada yang berminat untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga ini boleh berhubung dengan 
Us Mohamad Fakhrudin 0134806470 
(ketua Lujnah kebajikan PAS Perak)
Ustaz Mohd Akmal Kamarudin 0195452471
Ustaz Mohd Fairuz Isa 0165570972
Ustaz Abd Qahar 0195092469

Keadaan Luar Pondok yang didiami
Keadaan pondok dari jauh
Merenung masa depan

Ustaz Mohd Akmal melihat tong-tong yang telah diisi air hujan
inilah tong @ besen yang digunakan untuk menadah air hujan



keadaan dalam pondok

tempat tidur
Inilah parit yang digunakan untuk mandi, membasuh dan juga membuang air besar
dapur memasak
Adik Rohayati, 13 tahun yang sudah tidak bersekolah
Ustaz Mohd Akmal melihat keadaan 'tandas'
bergambar kenangan bersama adik Durani, 10 tahun