Kelab Greenboc Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Sri Nizar Jamaluddin tidak dapat memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan untuk menyemak balik keputusan Mahkamah Rayuan, mengistiharkan Zambry Kadir dari UMNO sebagai Menteri Besar Perak. Ini adalah kerana pihak Nizar masih belum menerima penghujahan bertulis daripada Mahkamah Rayuan. Hakim Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif sebelum ini berkata penghakiman bertulis akan dikeluarkan pada 29 Mei tetapi sehingga hari ini hujjahan bertulis itu gagal dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan. Banyak pihak melihat ia sebagai satu usaha dari institusi kehakiman untuk menafikan hak Nizar untuk mendapatkan pembelaan dari Mahkamah Persekutuan. Pada 11 Mei Panel Hakim Mahkamah Rayuan dalam penghakiman lisan mereka mendapati keputusan Mahkamah Tinggi lepas bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu. Mahkamah mendapati hakim Mahkamah Tinggi berkenaan telah gagal menilai dengan betul dan secukupny...