Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 6, 2009

SOLAT HAJAT PUN TAK BOLEH !!! - Mutaligat

Negara 'One Malaysia' pimpinan Najib Razak menghalang umat Islam menunaikan solat hajat. Apa nak jadi dengan pemimpin BN sekarang. Lebih teruk dari Malaysia Islam Hadhari pimpinan Tun Pak Lah (TPL). Apa yang hendak kita hukumkan kepada pemimpin seperti ini yang mengaku Islam tetapi pada masa yang sama tidak membenarkan umat Islam melakukan solat hajat. Apakah mereka tidak takut kepada Allah.? Adakah dengan menghalang umat Islam menunaikan solat hajat di masjid akan menyebabkan solat hajat tersebut tidak boleh dilakukan di tempat lain? Tidak takutkah mereka kepada doa orang yang dizalimi kerana dihalang dari menunaikan solat hajat? Blogger Misabah melaporkan bahawa JAIP telahpun mengeluarkan surat arahan kepada Masjid Ittihadiyyah, Kg. Tengku Husein untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti mulai Maghrib sehinggalah ke Subuh esok. Tujuannya tidak lain untuk menghalang orang ramai dari menunaikan Solat Hajat dan Munajat mulai pukul 5 pagi esok. Menurut sumber lain, arahan itu buk

JAIP keluar surat tidak membenarkan sebarang aktiviti mulai Magrib hingga subuh esok !!!

JAIP telahpun mengeluarkan surat arahan kepada Masjid Ittihadiyyah, Kg. Tengku Husein untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti mulai Maghrib sehinggalah ke Subuh esok. Tujuannya tidak lain untuk menghalang orang ramai dari menunaikan Solat Hajat dan Munajat mulai pukul 5 pagi esok. Menurut sumber lain, arahan itu bukan sahaja kepada Masjid Ittihadiyyah, malahan seluruh masjid di sekitar bandararaya Ipoh juga turut diarah tutup oleh JAIP.Tindakan ini adalah atas arahan kerajaan haram BN. Orang ramai sekadar mahu menunaikan Solat Hajat dan Munajat untuk memohon kepada Allah swt keamanan dan keadilan di bumi Perak sempena sidang DUN, serta menjauhi segala perancangan jahat dari anasir-anasir yang jahat.Dalam sidang DUN pagi esok, ada dua pihak yang akan bertelingkah melalui perbahasan masing-masing, iaitu ADUN PR dan BN. Rakyat Perak berhak menyokong mana-mana pihak yang disukai dan sebagai tanda sokongan mereka boleh guna apa sahaja cara yang tidak bercanggah dengan syarak dan undang-un

Laluan Ke bangunan SUK Perak ditutup 7 hari..!!!

Harakahdaily Wed May 06, 09 4:21:06 pm MYT IPOH, 6 Mei (Hrkh) - Semua laluan ke pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini dari Jalan Kuala Kangsar, Jalan Silibin, Jalan Lahat, dan Jalan Hospital akan ditutup sementara dan dilencongkan mulai 9 malam ini hingga esok sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Menurut laporan agensi berita Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias, berkata orang ramai hendaklah menggunakan jalan alternatif bagi mengelak kesesakan lalu lintas sepanjang tujuh hari persidangan itu berlangsung. Beliau berkata cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh sudah menetapkan 13 kawasan penutupan dan lencongan jalan ketika perasmian DUN pagi esok. Laluan yang akan ditutup dan dilencongkan ialah simpang Jalan Lim Bo Seng, Jalan Horley, simpang Jalan S.P Seenavasagam, Jalan Kompleks Islam, simpang Jalan Istana, simpang Masuk Medan Istana, susur dari bangunan pejabat Tanah, susur Jalan Kuala Kangsar, simpang Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan