Catatan

Tunjukkan catatan dari September 5, 2008

HIKMAH SAHUR

Disalin dari: Meneladani Shaum Rasulullah Oleh: Syaikh Salim bin Ied Al Hilali dan Syaikh Ali Hasan Ali Abdul Hamid 1. Hikmah Sahur Allah telah mewajibkan kita semua berpuasa sebagaimana Ia telah mewajibkan kepada orang2 sebelum kita dari kalangan Ahlul Kitab, seperti dalam firmanNya: "Hai orang2 yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas oarng2 sebelum kamu, agar kamu bertakwa." [Al Baqarah: 183] Pada awalnya, hukum puasa adalah sama dengan apa yang ditetapkan bagi Ahlul kitab, yaitu tidal makan, minum, dan berhubungan badan setelah tidur (diwaktu malam). Artinya jika salah seorang diantara mereka tidur, maka dia tidak makan sampai malam berikutnya. Dan setelah di nasakh, Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam memerintahkan untuk sahur sebagai upaya untuk membedakan antara puasa kita dgn puasa Ahlul Kitab. Dari Amr' bin al 'Ash Radhiallahu'anhu, Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Perbedaan antara p...

Pelapis ulama PAS 'paling tidak memuaskan'

Imej
dikemaskini Barisan pelapis kepemimpinan ulama PAS kini berada dalam keadaan krisis – pengetahuan mereka yang berusia bawah 40 tahun "paling tidak memuaskan" dan tertumpu aspek keagamaan sahaja. "Saya selalu dengar ceramah-ceramah ulama muda ini. Masih stereotaip (hujahnya). Daripada ucapannya, kita tahu sudut bacaannya, kefahamannya," kata Naib Presiden PAS Mohamad Sabu kepada Malaysiakini . "Masih mengecewakan saya," jelasnya lagi, mengulas prestasi kepemimpinan ulama yang disokong beliau sejak ia diperkenalkan awal 1980-an selepas PAS terpengaruh dengan kejayaan Revolusi Islam di Iran. Berbeza dengan generasi tua pemimpin ulama parti itu, kata penceramah popular itu, barisan muda lulusan agama dalam PAS sekarang dilatih di negara-negara Arab yang tidak demokratik sehingga menyebabkan mereka hanya bertujuan lulus peperiksaan. "Sebab kita lihat, latar pengajian mereka di Mesir, Arab Saudi, atau Syria. Negara-negara ini terkongkong daripada sudut pol...

DR OSMAN TAMPIL PERTAHAN LAPORAN KES LIWAT ANWAR

Malaysiakini | 4 September 2008 Dr Mohd Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, muncul hari ini untuk mempertahankan hasil pemeriksaannya yang tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Mohd Saiful telah diliwat. Dr Osman telah mengambil cuti lebih sebulan lalu selepas kebocoran laporan perubatannya ke atas Saiful itu, pada 28 Julai lalu. Doktor tersebut, yang ditemani peguamnya - M Puravelan dan Yusri Kamaruddin - mengadakan sidang akhbar di Majlis Peguam pada jam 12 tengahari ini. Beliau mengesahkan bahawa akuan berkanunnya, yang disiarkan oleh Malaysia Today memang ditandatanganinya. “Saya tidak terbabit dalam politik, saya akan sentiasa bercakap benar,” kata Dr Osman yang kelihatan agak gementar. Dalam akuan bersumpahnya, Dr Osman mempertahankan laporan perubatannya itu di mana beliau tidak menemui sebarang kesan liwat selepas memeriksa dubur Saiful. Saiful telah mendakwa dia telah diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pad...

MEREALISASIKAN AGENDA MENDAULATKAN ISLAM DALAM MASYARAKAT MAJMUK

Dipetik dari blog Pejuang Kebenaran Pendahuluan Sekiranya perkataan ‘agenda’ bermakna satu senarai program yang ingin dilaksanakan dan perkataan ‘daulat’ dimaksudkan dengan mengamal atau mempunyai asas perundangan atau kuasa yang tertinggi (exercising or possessing supreme jurisdiction or power), maka agenda mendaulatkan Islam di Malaysia masih bersifat problematik. Peruntukan-peruntukan yang ada dalam Perlembagaan negara mengenai Islam, tidak memungkinkan Islam didaulatkan kerana Islam telah dan akan disubsume dibawah kerangka Perlembagaan yang secara hakikinya bersifat sekular. Ini dirumitkan lagi dengan pentafsiran masyarakat majmuk yang di lihat secara intrinsiknya berkecenderungan untuk berkonflik sekaligus melahirkan ketidakstabilan politik. Dalam konteks dan suasana inilah Islam dikompromikan; dan sekaligus Islam memiliki status diperintah bukan yang memerintah. Kolonialisme dan Islam: Sebenarnya kuasa kolonialisme, terutamanya Inggeris, telah meminggirkan peranan Islam dengan ...