Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 14, 2009

UMNO JANGAN CEMARKAN SISTEM RAJA BERPELEMBAGAAN

By Anwar Ibrahim Categories: Anwar , Catatan , Demokrasi , Hebahan , Islam , Isu Semasa , Pakatan Rakyat and Parlimen Sekonyong-konyong saya dipersalahkan serta dituduh bertindak dengan tidak menurut lunas-lunas Perlembagaan oleh Pak Lah di atas apa yang berlaku di Perak. YAB Perdana Menteri sewajarnya mengetahui yang sengaja membelakangkan kehendak Perlembagaan Persekutuan serta Undang-Undang Tubuh Negeri Perak ialah timbalan beliau Dato’ Seri Najib Razak. Namun ingatan Pak Lah yang pendek itu bolehlah difahami kerana kita mengetahui reputasi beliau sewaktu mengendalikan mesyuarat. Sayugia diingatkan tindakan Dato Najib yang cuba menjatuhkan pentadbiran Menteri Besar Perak Dato’ Seri Nizar dengan cara mengugut, merasuah serta bermain silap mata dengan menghilangkan individu tertentu, sebenarnya mengenepikan Perlemb

Zambry, exco dirujuk pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak - Cina Islam

Imej
IPOH, 14 Feb.:-Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah Selasa lalu, akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Rabu ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar. Sivakumar yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin, telah dihantar pada pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong. Katanya keputusan tersebut adalah ekoran surat aduan yang diterimanya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning, Wong Kah Woh Khamis lalu yang meminta supaya ketujuh-tujuh Adun Barisan Nasional (BN) tersebut dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina dewan, lapor Bernama "Setelah bersidang, pihak jawatankuasa berpendapat terdapat asas ataupun prima facie terhadap aduan y

MB PERAK DAPAT SAMBUTAN HEBAT DI KG BARU

Imej
Dikirim pada Februari 13, 2009 oleh pemudawilayah KUALA LUMPUR, 13 Feb - Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin yang menyertai solat jumaat di Masjid Kampung Baru tengahari tadi sempat memberi ucapannya selepas memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dekat sini pagi tadi. “Saya berterima kasih atas sokongan seluruh, dan kita tunggu keputusan mahkamah secepat mungkin,” katanya berikutan ‘rampasan kuasa’ yang berlaku di Perak. Beliau meminta rakyat negeri Perak khususnya dan sokongan seluruh amnya untuk bersama-sama membantah kerajaan baru BN di Perak sekarang sebagai tidak sah dan Pakatan Rakyat masih kerajaan yang sah. “Kempen mengumpul tanda tangan menyokong pemerintahan Pakatan rakyat di Perak akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat,” tambah beliau. Turut mengulas berkenaan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang dan kerusi Dun Bukit Selambau, beliau memohon kebersamaan penyokong Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil ini untuk

PARLIMEN BUKIT GANTANG : PAS ADA ENAM CALON

Imej
Parlimen Bukit Gantang: PAS ada enam calon PAS mempunyai enam calon berpotensi bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang pada April 7 depan dan kini dalam proses menentukan calon yang paling sesuai. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pandangan daripada akar umbi juga penting dalam pemilihan calon. “Pendapat daripada parti komponen dalam Pakatan Rakyat akan turut dipertimbangkan sebelum calon dinamakan," katanya dalam satu kenyataan semalam. Dalam menganalisa calon PAS yang mungkin akan bertanding di Parlimen berkenaan, saya sebelum ini telah mengemukakan 3 nama awal iaitu DS . Muhammad Nizar Jamaluddin, Ust . Idris Ahmad dan Ust . Nor Azli Musa. Dalam beberapa hari terakhir ini saya menerima beberapa csdangan lain dari komen pembaca. Nama lain yang disebut ialah Ust . misbahul Munir masduki , Dr. Khairuddin Dato ' Malek, Hj . Asmuni Awi dan, Hj . Mohd Sabu . Apun nama yang disenaraikan, InsyaAllah saya yakin TG . Hj . Abdul Had

"Saya masih Speaker sah"

Imej
Johari Jaafar Sat Feb 14, 09 8:25:47 am MYT IPOH, 14 Feb (Hrkh) - Adun Tronoh, V. Sivakumar menegaskan beliau masih Yang Dipertua Dewan Undangan Nwgeri Perak yang sah, sekaligus menafikan tohmahan pihak tertentu yang beliau telah dilucutkan jawatannya. Beliau mengulas laporan sebuah surat khabar Tamil yang mendakwa beliau telah terlucut dari jawatan tersebut selepas Barisan Nasional merampas Kerajaan Perak. "Ramai yang menyangka saya telah kehilangan jawatan tersebut, ianya adalah tidak benar sama sekali,"tegasnya. "Saya dilantik melalui proses undian oleh Dewan Undangan Negeri dan hanya akan dilucutkan melalui proses yang sama,"tegasnya lagi dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkannya semalam. Menurutnya beliau akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sebagai yang Dipertua Dun dan berhak ke atas kemudahan yang diperuntukkan kepadanya. - mks. _

KEPUTUSAN LAMPAU P.59 DAN N.25

Imej
Posted by Pemuda Pelapis on 3:10:00 AM Berikut ini adalah sisipan keputusan pilihanraya tahun 2004 dan 2008 sebagai rujukan bersama di dalam membuat sedikit pertimbangan dan ramalan tentang apa yang bakal berlaku dengan keputusan pilihanraya kecil bagi kedua-dua kawasan itu nanti. KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM KE-12 - TAHUN 2008 Parlimen P.59 - Bukit Gantang, Perak Roslan Shaharum (PAS) memperolehi 20,015 undi Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) memperolehi 18,449 undi Morgan (Bebas) memperolehi 872 undi PAS menang dengan majoriti sejumlah 1,566 undi Pemilih berdaftar seramai: 55,471 Jumlah yang keluar mengundi: 40,301 Kertas undi rosak sejumlah: 851 Kertas undi tidak dikembalikan: 114 Peratusan mengundi: 72.65% Dewan Undangan Negeri N.25 - Bukit Selambau, Kedah V.Arumugam (Bebas) memperolehi 13,225 undi Krishnan A/L Subramaniam (BN) memperolehi 10,863 undi Bebas menang dengan majoriti sejumlah 2,362 undi Pemilih berdaftar seramai: 34,977 Jumlah yang keluar mengundi: 25,798 Ke