Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 9, 2009

YDP lancar Kutipan dana Pilihanraya Peringkat Taiping

Kamunting. 7 Jan . YDP telah melancarkan Dana Pilihanraya P.036 Kuala Terengganu di Markaz Tarbiah Pas Kawasan Taiping. Beliau mengharapkan Dana ini akan dapat membantu kerja-kerja pilihanraya di Kuala Terengganu. Beliau juga mengharapkan lebih ramai sukarelawan akan berada di sana bagi melicinkan kerja-kerja kempen menjelang pilihanraya. PAS perlu menang dalam Pilihanraya ini. Kemenangan ini adalah kemenangan islam. Kemenangan ini juga menilai sejauh mana kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat dan BN.PAS perlu sokongan padu dari ahli kerana kita berhadapan bukan sahaja dengan BN tetapi dengan Jentera Kerajaan Negeri dan Pusat kata YDP. Beliau mengharapkan agar kita sama-sama berdoa agar kemenangan akan berpihak kepada islam.

SEDIKIT FAKTA TENTANG YAHUDI

Disenaraikan antara sejarah kekejaman Yahudi yang tidak akan dapat dilupakan bangsa Palestin ? sebelum dan sesudah wujudnya negara Israel? KAUM Yahudi mengaku mereka keturunan Nabi Daud. Mereka percaya kawasan sekitar Bukit Zion atau Palestin adalah bekas kerajaan Nabi Daud yang telah ditawan dari Bani Al-Yabusiyyah. YAHUDI memilih segi tiga terbalik sebagai lambang mereka, yang bermaksud materialisme, manakala segi tiga betul adalah spiritualisme. Gabungan kedua-duanya ? segi tiga betul dan terbalik ? membentuk berbucu enam yang menjadi lambang agama Yahudi hingga kini.YAHUDI menganggap mereka bangsa pilihan dan bangsa-bangsa lain mereka panggil kafir atau goyem. Agama Yahudi hanya untuk mereka cenderung untuk bersikap ekskusif, menolak orang lain kerana berasa bangsa lain tidak setaraf dengan mereka. PERKATAAN Zionisme diambil sempena nama Bukit Zion. Pertubuhan Zionis Sedunia diwujudkan pada tahun 1897 dengan matlamat menguasai seluruh alam khas untuk bangsa mereka di Zion (Palestin...