Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 22, 2008

MAHATHIR , NAJIB MENCIPTA MASALAH DALAM UMNO

Imej
Safar Jumaat Wed Oct 22, 08 2:31:52 pm MYT KETIKA kebimbangan mendatangi Dr Mahathir Mohamad, dengan membuat dakwaan mengatakan ada orang Umno cuba menyekat kemaraan Najib Tun Razak untuk jadi PM (lihat Harakah Bil 1383 20-23 Oktober 2008), tidak ramai yang ingat, dialah orangnya yang 'menyebabkan Najib sampai hari ini masih belum menjamah kerusi Perdana Menteri. Disebabkan Dr Mahathir berkeyakinan penuh, orang-orang Melayu (dalam Umno) mudah lupa, maka, ayat itu keluar dari mulutnya sedangkan sepatutnya, orang-orang yang menyokong Najiblah sepatutnya mengatakan, "Dr Mahathirlah orangnya yang menyebabkan Najib tidak jadi PM." Apa tidaknya, ketika Najib tidak pernah tewas dalam semua pertandingan Umno, sedangkan Abdullah Ahmad Badawi gagal mempertahankan kerusi Naib Presiden Umno dalam tahun 1993, akibat serangan 'team wawasan' yang diketuai Anwar Ibrahim, - apabila berlaku kekosongan kerusi Timbalan Perdana Menteri, ekoran pemecatan Anwar, Dr Mahathir melantik Abd...