Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 3, 2008

KERAJAAN NEGERI AKAN MENYEMARAKKAN SELURUH SEKOLAH AGAMA DI PERAK

Imej
IPOH, 24 JULAI – Menteri Besar Perak, Dato’ Seri ir. Mohammad Nizar Jamaluddin memberi jaminan bahawa seluruh sekolah agama di perak akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri bagi memastikan tempat menimba ilmu terbabit akan terus terpelihara. “Saya selaku menteri besar bertanggungjawab menyaksikan dan melaksanakan amanah ini dan sudah pasti suatu hari nanti kita ingin melihat Sekolah Raja Perempuan Taayah dan Sekolah Izzuddin Shah bertukar kepada kolej atau universiti,” katanya ketika berucap di majlis lawatan kerja ke Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh. Sebelum itu beliau diberi taklimat oleh pengetua sekolah, Tuan Haji Chu Bakhir Mohd Nordin. Beliau turut menjawab soalan pada sesi dialog bersama tenaga pengajar sekolah antaranya membincangkan pendekatan terbaru untuk menyemarakkan seluruh sekolah agama di Perak.

HARAKAHDAILY DI BACA 12.2 JUTA HALAMAN, WARGA IPOH PENGUNJUNG TERTINGGI, TAHNIAH PERAK !

Imej
HARAKAHDAILY akan berubah wajah menjelang Muktamar PAS Ke-54 ini. Tentulah jauh lebih menarik dan kreatif, berbanding sekarang. Ini semua langkah meningkat dan memajukan akhbar talian internet itu untuk seluruh pengunjung.Warga Ipoh nampaknya antara peminat tegar Harakahdaily.Net. Kunjungan pelawat yang besar tercatat sebagai pengunjung utama di Malaysia berbanding warga Kuala Lumpur, Shah Alam mahupun Kota Bharu.Minat ketara ini menunjukkan rakyat Perak lebih peka dan sarat dengan perasaan ingin tahu tentang perkembangan politik tanahair. Selepas Ipoh, Harakahdaily mencatatakan Kuala Lumpur sebagai pengunjung teramai dan diikuti dengan Kajang (bukan Shah Alam) dan Kota Kinabalu.Maklumat ini ditegaskan oleh rakan saya, Amir Ramadhan, seorang konsultan bebas IT yang memantau operasi Harakahdaily pada Seminar Harakah 2X Seminggu semalam. Paling mengkagumkan, ia ditatap dan dilayari oleh penduduk daripada 129 negara di seluruh dunia termasuk menerima kunjungan pelawat kira-kira 150,000 se

BUANG MELAYU TEGAKKAN ISLAM

Imej
Jika anda menjenguk ke laman ini, http://nikabduh.wordpress.com/ , anda akan memperolehi sedikit sebanyak intipati yang berguna bagi merungkaikan simpulan yang wujud di benak dan kepala anda. Hasil nukilan anakanda Mursyidul Am PAS ini, Sdr. Nik Abduh bukan sebarangan nukilan. Gabungan antara nas dan bernas pemikiran menjurus kepada satu pemahaman yang mendalam. Sekaligus menyuntik ketajaman pemikiran dan keteguhan iltizam untuk membuat penilaian ke atas isu-isu berbangkit yang selama ini mengkucar-kacirkan koloni Islam sejagat. Umum mengikuti perkembangan isu muzakarah, muqabalah, bubar parti antara PAS dan UMNO sehingga membawa kepada kedangkalan kenyataan Karpal Singh, hingga mencetuskan kesinambungan imej buruk DAP. Lantas peluang ini dimanfaatkan oleh media perdana dengan hebahan menyeluruh tentang keretakan hubungan komponen Pakatan Rakyat. Mujur PKR berdiam diri dan hanya fokus tentang Anwar Ibrahim. Paling menggelikan hati bila UMNO tanpa disedari telah membuka pekung di dada

FATWA DR YUSUF QARDAWI TENTANG TUDUHAN ZINA /LIWAT

Imej
(imbasan kembali)Menuduh orang-orang dengan tohmahan-tohmahan, terutama tohmahan-tohmahan yang besar seperti berzina, liwat dan membunuh merupakan satu perbuatan yang diharamkan secara tegas oleh Islam. Bahkan ia termasuk dalam dosa-dosa besar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah dan azab-Nya.Sebabnya, tohmahan-tohmahan seperti itu berupaya untuk menyerang kemuliaan diri orang-orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan. Ianya juga boleh menyebabkan orang ramai berburuk sangka terhadapnya… Perkara sedemikian juga menyebabkan tersebarnya kejahatan di kalangan orang-orang yang beriman. Oleh itu, al-Quran mengecam keras perilaku seperti ini dan mengancam para pendusta yang melakukannya dengan seksaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah s.w.t.: “Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.” (Surah al-Ahzab 33:58)Allah s.w.t. juga berfirman: “Sesunggu

'Petugas' Ber'tshirt' Pagoda,Anugerah Allah Untuk Rakyat Perak

Imej
Saya tidak mampu mengawal emosi hingga menitis air mata apabila membaca tulisan Tarmizi Mohd Jam kisah seorang petugas PAS bertshirt pagoda yang kini bergelar MBB.ila melihat tajuk tersebut saya menyangka yang dimaksudkan ialah Tuan Guru Nik Aziz yang selalu mengenakan tshirt pagoda di rumahnya.Telahan saya ternyata meleset apabila tokoh yang dimaksudkan ialah MB baru bagi rakyat Perak daripada PAS. MasyaAllah,itu saja ungkapan yang terbaik untuk saya ungkapkan,rupanya bukan Kelantan saja dianugerah Allah pemimpin seperti Umar Abdul Aziz tetapi anugerah yang sama kini dikurniakan Allah kepada rakyat Perak.Bersyukur dan bertahmidlah memuji Allah atas anugerah ini.Inilah hasil tarbiyyah yang ada dalam PAS walaupun sering diperlekeh oleh mereka yang tidak duduk di medan juang yang sebenar,namun ternyata PAS punyai tokoh-tokohnya yang layak untuk memimpin ummah ini ke jalan bahagia di dunia dan akhirat. Saya juga punya cerita yang hampir sama,cuma menunggu masa untuk dianugerah Allah kepad

19,139 penduduk dapat bekalan air percuma

Imej
IPOH, 30 Julai : Pengumuman Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sebelum ini akan memberikan air percuma untuk 20 meter padu pertama kepada golongan miskin tegar terbukti apabila 19,139 penduduk miskin tegar dan berpendapatan kurang RM700 akan dapat menikmatinya mulai Ogos ini. Golongan miskin teger tersebut telah dikenal pasti daripada mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan Majlis Agamma Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP). Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Air Perak (LAP) di sini kelmarin. Daripada 19,139 penduduk tersebut, 5,000 daripadanya adalah golongan miskin tegar yang akan dapat menikmati bekalan air percuma pada kadar 20 meter padu pertama. "Kesan daripada pemberian air percuma itu, keuntungan LAP akan menurun sebanyak RM2 juta setahun," katanya. Keputusan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak memberikan air perc

PERMATANG PAUH JADI TUMPUAN KEMBALI

Imej
Parlimen Permatang Pauh setelah dikosongkan oleh penyandangnya, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden KeAdilan. Kini telah sahlah Ketua Umum Parti KeADILan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding ditempat itu. Anwar mula mewakili Permatang Pauh pada tahun 1982 menewaskan calon PAS, Zabidi Ali (14,352 majoriti), 1986 menewaskan Mohamad Sabu (10,479 majoriti), 1990 mengalahkan Mahfuz Omar (16,150) dan 1995 menewaskan calon DAP, Abdul Rahman Manap dengan 23,515 majoriti.Pada tahun 1999, Wan Azizah menang dengan majoriti 9077 menewaskan bekas Setiausaha Politik Anwar, Dato' Dr Ibrahim Saad, dikatakan kerana undi simpati terhadap Anwar. Pada 2004 kerusi Permatang Pauh dikekalkan dengan majoriti yang kecil (590 undi) dengan menewaskan bekas Imam Besar Masjid Negara, Dato' Pirdaus Ismail. 2008 menyaksikan Wan Azizah mengekalkan kerusinya dengan majoriti lebih besar iaitu 13,388. Satu lagi fakta yang manarik berlaku disini ialah kejadian pada PR ke 11 dimana calon BN