Catatan

Tunjukkan catatan dari September 18, 2009

500 orang hadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Nga Kor Meng !!

Imej
TAIPING (15 Sept 09) – YB Nga Kor Ming Ahli Parlimen Taiping meraikan majlis berbuka puasa bersama penduduk Kampung Expo, Kamunting. Majlis Berbuka Puasa ini turut disertai ADUN Pokok Asam, Yee Sue Kai dan ADUN Aulong, Yew Tian Hoe berserta kaum Tionghua dan kelab penyokong PAS Taiping. Program bermula jam 6.30 petang bermula dengan ucapan aluan oleh Ketua PAS Cawangan Kg Expo. Disusuli dengan ucapan Yang Dipertua PAS Kawasan Ustaz Fakharuddin Abd Aziz. Ini menandakan perpaduan yang cukup erat telah dibina sejak Pakatan Rakyat memerintah Perak. Masjid satu ketika dahulu merupakan tempat yang asing bagi penganut agama lain kini telah berubah. Penganut agama Hindu, Kristian dan Buddha hadir bersama untuk meraikan Majlis berbuka puasa bersama. Kehadiran pelbagai kaum ini dapat menghilangkan tanggapan negatif agama lain kepada islam.Mereka menyaksikan sendiri ketertiban dan disiplinnya ummat islam dalam menjalani ibadah berpuasa. Ini satu lagi kejayaan dakwah yang telah diperjuangkan oleh