Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 29, 2009

Nizar Bakal TPM Malaysia ??

Imej
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Nizar Bakal TPM Malaysia? Kemelut politik di Perak yang bermula awal Februari lepas bukanlah suatu musibah terburuk (أسوأ مصيبة) dalam politik PAS dan PR. Tentu ada hikmahnya serta banyak pula pengajaran yang boleh disenaraikan.Sikap serta pendirian DS Ir. Mohammad Nizar amat disenangi oleh para penyokong PR dan sungguh ditakuti oleh pendokong tegar BN, terutama UMNO. Itu, menunjukkan kepemimpinan Nizar yang hebat. Nizar memang pemimpin dan beliau memang hebat. Kepemimpinan dan kehebatan beliau sebelum ini tidak begitu terserlah kerana keadaan tidak mengizinkan. Nah, kemelut politik yang menimpa Perak ini ialah keadaan dan keizinan untuk penyerlahan Nizar. Pada muktamar PAS akan datang Nizar lebih menyerlah. Dalam PRU13 pula beliau lebih-lebih menyerlah. Setelah memenangi PRU tersebut Nizar bukan pemimpin PAS sahaja, malah pemimpin PR. Bukan di peringkat negeri sahaja, malah di peringkat pusat. Bukan AP biasa, malah sekurang-kurangnya menteri. Jika DSAI...