TUAN IBRAHIM TUAN MAN: Bilamana Umno tidak menyerang PAS
Posted on Februari 3, 2010 by HermanSamsudeen “kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah.”-Tuan Ibrahim Oleh Dato’ Tuan Ibrahim b. Tuan ManNaib Presiden dan Pengerusi Lembaga Tatatertib PAS Berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti bukanlah sesuatu tempat yang mudah dan selesa. Ia adalah tempat yang akan menerima pelbagai kecaman dan kritikan, dan di waktu yang sama saya tidak boleh membela diri kerana sebarang jawapan kepada kritikan berhubung keputusan JK Disiplin, akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti, yang tidak perlu diketahui oleh umum. Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah. Bahkan saya sangat bersetuju suatu pindaan Perlembagaan parti perlu dibuat agar Pengerusi JK Disiplin tidak diambil dari kalangan AJK Pusat; kera...