25 Februari 2010

CINA ISLAM KEMALANGAN DI BUKIT BERAPIT

Bloggers yang dikenali ramai sebagai Cina Islam atau nama sebenar YB Ustaz Khalil Idham Lim, Adun Titi Serong dan juga Ketua Penerangan PAS Perak terlibat dengan kemalangan jalanraya di Bukit Berapit, Jalan lama Kuala Kangsar ke Taiping.

Kemalangan tesebut berlaku kira-kra jam 4.30 petang tadi, kenderaan beliau bertembung dengan sebuah lori yang tiba-tiba keluar dari persimpangan. Sebelah kiri kenderaan beliau mengalami kerosakan teruk. Alhamdulillah, beliau besama pemandunya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

YB Khalil telah menghubungi saya kira-kira 10 minit tadi untuk memaklumkan kemalangan yang berlaku dan meminta saya mengantikan tempat beliau ceramah malam ini di Air Kuning. Beliau sekarang besama YB Zainuddin yang bergegas ke tempat kejadian setelah diberitahu berada di IPD Kuala Kangsar untuk membuat laporan polis.

Beliau bersama pemandunya dalam perjalanan menuju ke Tapah bagi menghadiri program jamuan teh petang ini bersama rakyat dan ceramah perdana di Air Kuning, Tapah malam ini.

23 Februari 2010

Khalil : Zambry dalam ketakutan



ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim didampingi oleh DS. Nizar dan ADUN PR yang lain semasa memberi kenyataan medianya.



IPOH : Penolakan Zanbry untuk melantik ADUN Pakatan Rakyat sebagai ahli mesyuarat dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah(JKTD) membuktikan beliau berada dalam ketakutan dan tidak sanggup berdepan dengan ADUN Pakatan Rakyat setiap kali mesyuarat sekiranya dijemput, demikian pkenyataan ringkas ADUN Titi Serong,Drs. Khalil Idham Lim dalam sidang media isu yang berkaitan di Pejabat Pakatan Rakyat Perak di sini pagi ini.

Beliau juga menjelaskan bahawa selayaknya ADUN Pakatan Rakyat dilantik dalam JKT kerana merekalah yang mewakili rakyat dan kami masih menerima aduan rakyat.

"Sebenarnya wakil Zambry dalan JKTD yang ada sekarang adalah tidak layak kerana dia tidak mewakili rakyat" katanya.

Menyentuh Isu sambutan Tahun Baru Cina, Drs. Khalil kesal dengan pembaziran yang dilakukan oleh Zambry dan mempertikaikan kewajaran sambutan diadakan sebanyak dua kali . Pertama di kediaman rasmi MB dan kedua di Cenderiang yang dihadiri oleh DYMM Sultan Perak.

"Sebagai Cina Islam saya mengesahkan sambutan Raya Cina tidak jadi masalah untuk orang Islam, cuma yang saya persoalan ialah pembaziran bila dibuat berulangkali" Jelasnya dengan nada kesal.

22 Februari 2010

Umno Bercelaru Antara Perarakan Maulid dan Bertafakur Depan Tugu Negara

Umno semakin bercelaru antara perkara usul dan furuk dalam agama. Isu perarakan maulid seolah-olah kalau tidak buat boleh menjejaskan aqidah. Pada fahaman mereka kalau tidak ada perarakan semacam mengerjakan haji tidak ke Arafah. Sedangkan perarakan maulid hanyalah salah satu program di dalam upacara sambutan maulid nabi SAW, yang dilakukan setengah tempat di negara ini.

Tetapi isu ini menjadi panas kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan program perarakan maulid pada 26hb Feb 2010. Walaupun program perarakan tetap dijalankan, pemimpin Umno bising dengan menuduh kerajaan di bawah pimpinan Lim Guan Eng menghina agama dan tidak menghormati hari kebesaran nabi Muhammad SAW. Lainlah ceritanya kalau kerajaan Pulau Pinang tidak mengistiharkan 12 Rabiulawal bukan cuti umum. Tetapi pemimpin Umno akan mengintai apa sahaja isu yang berlaku di Pulau Pinang untuk dieksploitasi supaya meniupkan kemarahan orang-orang melayu kepada Pakataan Rakyat. Fokus mereka bukan untuk ambil Pulau Pinang tetapi ialah untuk menanamkan perasaan benci di kalangan pengundi melayu di negeri-negeri lain. Kerana umno sedar dengan demografi dan kerusi di Pulau Pinang sukar untuk mereka mengambil balik negeri tersebut, walaupun Umno sapu bersih di kawasan Melayu.

Dengan timbulnya isu perarakan maulid Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak golongan yang belajar agama dalam Umno untuk tampil memberikan hujah dan hukum berhubung isu perarakan maulidur Rasul dan bertafakur dihadapan tugu negara. Pada masa ini Umno sengaja menimbulkan rasa kurang senang masyarakat Islam di negara ini dengan memainkan isu perarakan maulidur Rasul di Pulau Pinang, tanpa memberikan kefahaman kepada ahli mereka tentang hukum syiar berkenaan diadakan. Umno menjadikannya bahan politik dan menjaja di seluruh negara seolah-olah perarakan berkenaan adalah sesuatu yang wajib dan menjadi sunnah Rasulullah. Ramai kalangan ahli Umno yang tidak tahu sejarah sambutan Maulidur Rasul ini.

Di antara fakta sejarah mencatatkan bahawa sambutan ini mula diadakan secara rasmi oleh ipar kepada Sultan Salahuddin Al-Ayubi, iaitu Muzaffaruddin Gekburi, yang menjadi penguasa daerah di Irbil, Syria Utara. Sambutannya dibuat secara sederhana dengan majlis doa dan majlis selawat. Kemudian Sultan Salahuddin mengangkat sambutan ini keseluruh pelusuk Kerajaannya dengan niat untuk menyemarakkan syiar agama dan bukannya perayaan yang bersifat ritual semata-mata. Sultan Salahuddin juga mengunakan perayaan berkenaan untuk membangkitan rasa cinta kepada perjuangan Rasulullah dan memberikan semangat kepada tentera Islam yang dipimpinnya untuk menghadapi perang Salib ketika itu.

Sambutan pertama diadakan oleh Sultan Salahuddin pada 1184 (580 H) dengan mengadakan pertandingan sayembara puisi khas untuk Rasulullah. Pertandingan ini dimenangi oleh Syekh Ja'far al-Barzanji bin Husin bin Abdul Karim yang menulis puisi panjang bertajuk 'Iqd Al-Jawahir (ertinya kalung permata). Puisi inilah yang dibukukan dan dipanggil oleh orang-orang Melayu sebagai buku Barzanji yang diambil sempena nama penulisnya.

Adapun perarakan yang dibuat Sultan lebih kepada perarakan tenteranya yang beramai-ramai ke medan perang sehingga sebahagiannya menemui syahid, sedang yang sebahagian lagi yang masih hidup berjaya menakluki Baitulmaqdis pada 1187 (583 H). Akhirnya sambutan ini telah menjadi tradisi dibeberapa negara termasuk di Malaysia. Walaubagaimana pun sambutannya bukanlah perkara yang diwajibkan dalam Islam, begitu juga jika mahu mengadakan perarakan kerana Islam lebih menuntut umatnya mengamalkan sunnah Rasulullah dan menjunjung Islam sebagai panduan hidup.

Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini pernah mengharamkan majlis sambutan dan perarakan Maulidur Rasul yang didalamnya wujud percampuran antara lelaki dan perempuan. Walaubagaimana pun Fatwa itu dilanggar dan hingga kini masih lagi berlaku percampuran lelaki dan perempuan terutamanya dalam sambutan diperingkat Kebangsaan dan Negeri. PAS bertegas agar umat Islam menunaikan perkara wajib iaitu mengikuti Sunnah Rasulullah dan mengangkat Al-Quran sebagai Perlembagaan hidup berbanding melakukan perkara-perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah.

Kita lihat sahaja, setiap kali ada sambutan dan perarakan, wang rakyat akan dihabiskan untuk menempah baju baru kepada peserta perarakan dan mengundang penyanyi-penyanyi untuk berhibur sedangkan tidak semua rakyat dapat hadir ke dalam majlis itu. Sebaiknya wang berkenaan digunakan untuk membantu fakir miskin yang masih wujud dinegara ini. Tidak mengapa jika perarakan tidak diadakan kerana boleh digantikan dengan program lain seperti kuliah, berzanji dan majlis-majlis lain yang melibatkan rakyat kebanyakkan diseluruh pelusuk Masjid dan surau dinegara ini.

PAS pelik kenapa Umno begitu bersungguh memainkan isu ini sedangkan dalam masa yang sama mereka menutup mata dan teliga melihat Presiden mereka setiap tahun bertafakur di hadapan tugu negara yang sebelum ini difatwakan sebagai perbuatan syirik oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Ke mana dokumen keputusan Majlis Fatwa itu disimpan. Kenapa ahli-ahli Umno tidak bangkit berdemo atau mengadakan bantahan bila pemimpin umno bertafakur di hadapan tugu negara setiap tahun.

PAS menghargai jasa anggota keselamatan negara, dan mahu jasa mereka itu dikenang dengan Kerajaan memperbanyakan bantuan kepada waris-waris mereka dan bukannya menghabiskan duit membeli bunga untuk dikalungkan pada patung tugu yang tidak bernyawa itu. PAS menyeru kepada ahli Umno supaya mendalami Islam dan bukannya mengambil Islam mengikut keperluan mereka dan membuang sebahagian hukum Islam untuk kepentingan politik mereka.



Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

18 Februari 2010

al banjari - Jom !! Datang ke Konvensyen Blogger PAS Perak


Lokasi penunjuk arah ke tapak Konvesnyen Bloggers PAS Perak

Di bawah dimaklumkan ATURCARA RASMI sepanjang hari Konvensyen Bloggers PAS Perak 2010 yang akan berlangsung di BIO Career Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan. Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan blogger al-Banjari di talian 012-4026129.

Kepada mereka yang mahu menyertai Konvensyen ini sila maklumkan awal kepada beliau. Tempat adalah TERHAD. Walaupun program ini adalah program Tertutup parti, namun penyertaan juga tetap dibuka kepada UMUM*. Sila hadir ke meja pendaftaran untuk pengesahan tempat atau smskan ke nombor di atas. Selamat Datang dan Selamat berkonvesnyen.

TARIKH
20 FEB 2010 (SABTU)
TEMPAT
Dewan Konvensyen Banjaria - BIO CAREER, Parit Buntar, Perak.
MASA
8.30 AM – 5.00 PM

PESERTA KHUSUS :


1. BLOGGER PAS Perak
2. Ketua Penerangan PAS Kawasan
3. SU Lajnah Penerangan PAS Kawasan
4. Jemputan Khas

PROGRAM [PAGI]

8.30am - 9.30am
Pendaftaran Blogger PAS | Jemputan dan wakil Penerangan PAS Kawasan seluruh Perak

9.45am - 10.15am
Jamuan pagi (Tea break) kepada semua peserta konvensyen.

PROGRAM 1
[ 10.15 am - 10.45 am ]
Ucapan Alu-Aluan dan Perasmian Konvensyen Bloggers PAS Perak dari Ketua Penerangan PAS Negeri - YB Drs. Khalil Idham Lim.

PROGRAM 2
[ 11.00 am - 12.30 pm ]

SEGMEN KHAS
(Penerangan Isu Semasa dan Sesi Dialog)
Bersama Tetamu Khas
YAB Dato' Seri Muhammad Nizar bin Jamaluddin

dan Pelancaran Khas Album Alternatif
Monolog dalam Lagu Doa buat Tok Guru

(projek usahasama alBanjari Online dan Q-Har Entertainment ) untuk
Tabung Dana Bloggers PAS Perak.

MAKAN TENGAHARI
[ 12.30pm - 2.00pm ]

Buffet Makan Tenghari di Bio-Cafe dan Solat Zohor Berjemaah.

PROGRAM [ PETANG ]
PROGRAM 3
[ 2.15 pm - 3.00 pm ]
Pembentangan Kertas Kerja 1 oleh Penceramah Khas
Tajuk Kertas Kerja : Cabaran Media Baru Pakatan Rakyat untuk PRU13

PROGRAM 4
[ 3.15 pm - 4.00 pm ]
Pembentangan Kertas Kerja 2 oleh Penceramah Khas
Tajuk Kertas Kerja : Perang Saraf dan Gerilya Maya : Serang siapa ?

PROGRAM 5
[ 4.00 pm - 4.30 pm ]
Persembahan Khas dari Q-har
(Monolog dan Lagu) - Muzik alternatif - album Doa buat Tok Guru

PENUTUP PROGRAM
[ 4.30 pm - 5.00 pm ]
Hi-Tea dan Penutup Program oleh Yg. Bhg. Pesuruhjaya PAS Perak

KEMUDAHAN DEWAN KONVENSYEN
1. Liputan WIFI 100 %
2. Berhawa dingin dan bertaraf 5 bintang
3. Kemudahan Surau Lelaki dan Wanita yang besar
4. Bilik Media Khas
__
* Program ini dianjurkan oleh Lujnah Penerangan PAS Negeri dan Dakwah dengan kerjasama CINA ISLAM dan ALBANJARI ONLINE

17 Februari 2010

16 Februari 2010

PELBAGAI KAUM HADIR SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PAKATAN RAKYAT DI TAIPING !





16 Feb. Taiping. Pelbagai kaum menghadiri sambutan tahun baru anjuran Pakatan Rakyat Perak yang diadakan di Dewan Kwantung, Taiping. Kehadiran di anggarkan sekitar 5,000 orang.

Majlis dimulakan pada jam 11.00 pagi dengan tarian singa menyambut kehadiran para tetamu dan tamat jam 1.30 tengahari. Para tetamu islam di hidangkan dengan makanan halal pelbagai jenis.

Antara tetamu istimewa yang hadir ialah Tuan Ibrahim Tuan Man Naib Presiden Pas, Lim Kit Siang, YB Menteri Besar Perak yang Sah Dato' Seri ir.Nizar bin Jamaluddin, Ustaz Abu Bakar Husin, Pesuruhjaya Pas Perak, Dato' Nge Ko Ham , Mustafa Kamil Ayub, Pengerusi PKR Perak,Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Meng, Ketua Pemuda DAP Perak, YB Sivakumar , speaker DUN Perak serta di hadiri oleh para Adun-adun Perak dan Pimpinan Pakatan Rakyat.

kehadiran yang ramai membuktikan rakyat negeri Perak menolak Politik Racis yang di amalkan oleh Umno dan Barisan Nasional kata Nizar.

JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA ANJURAN PAKATAN RAKYAT


TARIKH
16HB.FEBRUARI.2010
(SELASA)

TEMPAT
DEWAN KWANTUNG, TAIPING
(BERSEBELAHAN MAHKAMAH)

JAM
11.00 PAGI - 1.00 TENGAHARI

ORANG RAMAI DI JEMPUT HADIR

15 Februari 2010

SU politik Nor Yakcob letak jawatan


Feb 15, 10 5:15pm

Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan
jawatan berkuatkuasa semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.

Bagaimanapun, beberapa lamanweb melaporkan bahawa seorang setiausaha politik telah diminta meletak jawatan selepas ditangkap bersama-sama wang tunai RM2 juta di Pulau Pinang Khamis lalu.

Laporan itu juga menyebut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut merampas kereta dan rumah mewah.

Manakala akaun banknya telah dibekukan tahun lalu, selepas SPRM dikatakan mendapati dia hidup di luar kemampuannya.


Berarak maulud tapi rasuah, tolak sunnah Nabi


| Print | E-mail
Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 15 Feb: Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. kemudian menolak apa yang diperintahkannya, rasuah, sapu duit rakyat dan salahguna kuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Bagi saya, tak berarak tidaklah berdosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh? Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi?" soal beliau.

Dengan merujuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendedahkan Umno sudah jadi parti perasuah, beliau juga mengecam Umno yang berarak, berselawat kemudian rasuah.

"(Lagi) selawat lagi sapu duit rakyat. Berarak berselawat kemudian salah guna kuasa," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau menyifatkan, itulah nilai perarakan maulud dan selawat ke atas Nabi bagi Umno.

"Berarak berselawat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jumpa duit tunai berjuta milik setiausaha politik menteri. Itu baru setiausaha politik, belum lagi menteri.

"Guna agama untuk kepentingan politik. Mungkin kerana tahun harimau, Umno mengganas sehingga hari keputeraan Nabi pun dijadikan dagangan politik murahan mereka," katanya.

Beliau menyifatkan sikap Umno yang membesar-besar dakwaan palsu kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul sebagai perbuatan menghalalkan cara.

"Matlamat Umno nak kucar-kacirkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah.

"Yang penting bagi Umno untuk dapat kembali kuasa. Inilah perangai orang gila talak," katanya.

Padahal, kata Mahfuz, di Kedah perarakan maulud telah dibatalkan sejak zaman regim Umno memerintah lagi.

"Tak ada pula Tun Abdullah Badawi persoalkan Datuk Seri Mahadzir Khalid, bekas Menteri Besar Kedah kenapa dia batalkan perarakan maulud. Banyak lagi negeri negeri lain di bawah regim Umno tak berarak pun.

"Kenapa media arus perdana tak persoalkan? Nampak makin jelas media jadi ketuloi (barua) Umno," katanya.

Beliau menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia supaya menjauhkan dari bahaya Umno dan Barisan Nasional demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negar

12 Februari 2010

LAPORAN POLIS DARI BADAN-BADAN NGO PERAK TERHADAP BLOGGER FITNAH TUAN GURU DATO’ NIK ABDUL AZIZ DAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

12 Februari 2010

28 Safar 1431H
Email : mohd hafez sabri

Kami melahirkan rasa kesal terhadap seorang penulis blog yang membuat lakaran begitu mengaibkan membabitkan individu yang dihormati oleh masyarakat dalam dan luar Negara Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai menteri besar negeri Kelantan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ketika ini sedang menghadapi pertuduhan.Sebuah blog jeffrydamien09.blogspot.com menyiarkan gambar yang telah diubahsuai mempamerkan aksi melampau terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Anwar dengan aksi liwat.

Tindakan bloger terbabit bercanggah dengan undang-undang dan boleh mencetuskan provokasi melampau. Blog itu ditulis seorang yang menggunakan nama jeffrydamien yang menggambarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang diliwat Anwar.Pihak kami memandang perbuatan itu amat tidak wajar dilakukan dan bersifat provokatif yang boleh menyebab berlakunya ketidakstabilan politik negara.Tindakan itu juga tidak bertanggungjawab.

Kami memohon pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada bloger terbabit kerana bertindak di luar batasan.Siasatan boleh dibuat mengikut Akta Multimedia, Akta Fitnah dan Kanun Keseksaan yang mempunyai peruntukan jelas mengenai perbuatan fitnah.

Kami berpendapat bahawa penyiaran gambar lain yang mencolok mata yang melibatkan individu lain seperti gambar separuh bogel yang diubah suai dengan wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan dalam blog “anwar al-juburi” turut diambil tindakan yang sewajarnya.

Bertarikh pada 11 haribulan Februari 2010

PERTUBUHAN : ANGKATAN BELIA ISLAM PERAK : CIKGU SUHAIMI AB LATIF
TERAS PERAK: USTAZ WAN AHMAD TARMIZI
INSTITUT PEMIKIR MUDA MALAYSIA : SDR HAFEZ SABRI
JEMAAH ISLAH MALAYSIA ( JIM ) : ir MEGAT





11 Februari 2010

85% daripada 11073 undian tolak Zambry sebagai MB Perak

Dalam satu undian terkini di bahagian Poll akhbar Sinar Harian edisi internetnya menunjukkan ramai 85 % rakyat tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Undian itu telah memberi tamparan hebat kepada Zambry dan penyokongnya kerana kononnya sebelum ini rakyat menerima dan memberi sokongan padu kepada Zambry sebagai MB Perak.

Betul kata Presiden PAS, TG Haji Hadi bahawa Dato` Seri Muhamad Nizar masih lagi diberi kepercayaan dan diterima oleh rakyat untuk menerajui Perak.

Sekarang terbukti dengan nyata sekali yang rakyat memang memberi sokongan padu kepada Nizar yang dilihat lebih menitik berat akan kebajikan dan keharmonian rakyat.

Dalam Poll itu, Sinar Harian telah mengajukan persoalan, “Keputusan Mahkamah Persekutuan isytihar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah diterima semua pihak”.

Keputusan terkini Poll terbabit menunjukkan 85% tidak bersetuju Zambry sebagai MB Perak daripada 11073 undian yang telah dibuat. Manakala yang dapat menerima Zambry sebagai MB Perak hanya sekadar 15% jauh ketinggalan di belakang.

03 Februari 2010

TUAN IBRAHIM TUAN MAN: Bilamana Umno tidak menyerang PAS

Posted on Februari 3, 2010 by HermanSamsudeen

“kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah.”-Tuan Ibrahim
Oleh Dato’ Tuan Ibrahim b. Tuan ManNaib Presiden dan Pengerusi Lembaga Tatatertib PAS
Berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti bukanlah sesuatu tempat yang mudah dan selesa. Ia adalah tempat yang akan menerima pelbagai kecaman dan kritikan, dan di waktu yang sama saya tidak boleh membela diri kerana sebarang jawapan kepada kritikan berhubung keputusan JK Disiplin, akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti, yang tidak perlu diketahui oleh umum.
Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah. Bahkan saya sangat bersetuju suatu pindaan Perlembagaan parti perlu dibuat agar Pengerusi JK Disiplin tidak diambil dari kalangan AJK Pusat; kerana ia akan dilihat ‘tidak adil’ terutama bilamana kita terpaksa membicarakan AJK sendiri atau pemegang jawatan parti. Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya. Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyak karenah dalaman.
Bilamana saya dihadapkan dengan kes membabitkan dua tokoh di Selangor , Dato’ Dr Hassan Ali dan YB Khalid Samad, kedua-duanya adalah sahabat baik yang semua orang tahu. Saya mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Khalid Samad, bahkan kalau ke Shah Alam, Markaz PAS Seksyen 18 adalah tempat penginapanan saya. Di situlah saya berehat dan tidur selepas program di Shah Alam, dan Khalid Samad antara orang terawal saya hubungi, memaklumkan bahawa saya masuk kawasan jajahan takluknya, sebagai Ahli Parlimen. Biasa kami akan berjumpa, minum-minum berbual-bual. Bahkan selepas hukuman dijatuhkan kepada beliau saya hubunginya di luar Negara, memaklumkan keputusan, dan memohon keampunan Allah kalau saya tersilap dalam membuat keputusan kepada sahabat sendiri.
Tapi apakan daya, hukuman dan keputusan terpaksa dijatuhkan. Hanya saya rasa kurang terbeban bilamana keputusan dibuat dengan sebulat suara oleh semua Ahli JK Disiplin. Di kalangan kami ada bekas hakim dan peguam veteran PAS, Dato’ Abd Mutalib Embong dan Tuan Guru Hj Osman, seorang ulamak terkenal yang pernah menuntut di Makkah al-Mukarramah dalam bidang syariah.
Saya memaklumkan kepada YB Khalid Samad, agar menggunakan peruntukan perlembagaan untuk membuat rayuan kepada JK Pusat dan Syura, sekiranya beliau rasa hukuman tidak berpatutan. Saya masih ingat kata-kata beliau sebelum beliau ke luar negara, dalam pertemuan sewaktu membincangkan isu kalimah Allah, beliau berkata: “Kalau ana bersalah, hukumlah, jangan anta rasa berat pulak.” Saya menjawab : “ InsyaAllah, semoga Allah memudahkan urusan ini.” Beliau menyatakan dengan keputusan ini beliau sukar untuk merasmikan mesyuarat agung cawangan –cawangan yang telah membuat jemputan tetapi beliau boleh hadir atas sifat sebagai Ahli Parlimen, dan aktiviti beliau boleh berjalan macam biasa.
Saya teringat bila mana Umar al-Khattab melucutkan jawatan Khalid al-Walid ( bukan menggantungnya ) sedangkan Khalid tidak melakukan apa-apa kesalahan. Khalid terus berjuang sehingga penyokong hairan dengan tindakannya. Mereka bertanya: “Kenapa kamu tidak nampak apa-apa perubahan?” Beliau menjawab: “Aku bukan berperang kerana jawatanku, tetapi kerana Allah!” Bahkan beliau terus mengemukakan cadangan kepada penglima baru bilamana melihat tentera Islam hampir kalah. Inilah semangat Khalid al-Walid. Saya yakin kita perlu mencontohinya.
Kami tidak ada agenda untuk menjatuhkan seseorang atau menaikkan seseorang. Hukuman berdasarkan fakta yang ada di hadapan kami adalah hasil soal siasat dan penghujahan yang lama dan panjang, semata-mata untuk memberi keadilan kepada tertuduh. Kami tidak boleh mengikuti kehendak orang ramai yang hanya berdasarkan andaian, bukan fakta siasatan. Saya yakin pengumuman keputusan akan menjadi tajuk utama berita, kerana media perdana telah memainkan isu ini beberapa waktu sebelumnya dengan pelbagai andaian hukuman. Mereka telah berjaya membawa pemikiran massa kepada satu hukuman jangkaan yang mereka ada agenda tersendiri.
Selepas keputusan diumumkan saya menjangka UMNO akan memainkan isu ini bagi melemahkan pengaruh PAS, khususnya di Selangor. Ternyata andaian saya meleset. UMNO tidak menyerang sebaliknya saya diserang oleh ahli PAS dan rakan-rakan sendiri, yang hadir dalam mesyuarat bersama dan sering berjumpa sama. Kenapa mereka tidak datang jumpa dan bincang terus, kenapa perlu menggunakan media untuk menyerang JK Disiplin yang ditubuh oleh parti dan mempunyai hak dan kelayakan dalam perlembagaan parti? Apa untung bagi parti dengan tindakan tersebut?
Saya sebenarnya cuba untuk menjawab tohmahan itu, tetapi sebarang jawapan hanya akan menimbulkan polimik yang lebih besar dan berpanjangan. Tambahan pula ada beberapa fakta yang ditemui tidak sesuai jadi tatapan umum. Cuma saya bertanya sendirian, kenapa UMNO tidak mengambil kesempatan menyerang sedangkan mereka telah membentuk pemikiran massa ke arah itu. Bahkan yang hebat menyerang adalah ahli PAS atau penyokong PAS. Mungkin kerana simpati terhadap Khalid Samad, atau geram dengan Hassan Ali.
Komentar dari Abdullah Karim saya anggap melampau dan saya difahamkan Dewan Pemuda Pusat akan melakukan sesuatu, dan Pejabat Agong juga akan bertindak. Beliau sebenarnya telah menghantar surat memaklumkan akan mengikuti isteri ke luar negara dalam tempoh yang panjang, dan sehubungan itu beliau melepaskan semua jawatan dalaman parti dan jawatan di peringkat Negeri Pahang. Mesyuarat telahpun menerima permohonan beliau.sayangnya saat-saat akhir sebelum beliau keluar Negara, kesempatan diambil untuk menyerang JK Disiplin Parti. Kritik kemudiannya tinggal.
Saya dukacita kerana beliau seorang peguam, yang memahami prosedur hukuman dan siasatan. Kita tidak boleh menghukum berdasarkan andaian dan kehendak massa. Hukuman mestilah berdasarkan fakta yang kita temui dalam siasatan. Seandainya ada fakta yang terselindung atau yang tudak dikemukan sebagai bahan kes, maka kita tidak boleh mengambilnya sebagai alasan penghakiman. Memang saya akui bahawa beliau ada menghantar satu laporan kepada JK Disiplin, tetapi saya telah maklumkan prosidur bahawa dia kena hantar kepada SU Agong untuk dibuat penilitian, kesahihan penama-penama yang disebut, apakah ia benar ahli PAS atau bukan, sejauh mana ada kes yang boleh dirujuk kepada JK Disiplin atau kes hanya melibatkan urusan pentadbiran parti.
JK Disiplin adalah hakim, bukan badan untuk menyiasat. Takkan beliau tak faham, semua parti politik mempunyai mekanisma yang sama. Bahkan dalam prosedur perundangan biasa pun, mana ada seorang yang dituduh terus diheret di hadapan hakim untuk bicara. Pihak polislah perlu menyiasat, mencari bukti dan menentukan apakah ada kes sebagaimana yang dituduh atau tiada kes. Aduan yang dia buat hanya berupa ‘hear say’, dan dia juga faham dan sudah diberi tahu bahawa aduan beliau tidak boleh diambil tindakan, hanya dengar cakap, tiada bukti. Untuk memanggil orang yang berkenaan dalam pertuduhan beliau, penama tersebut bukan ahli PAS. Kita tiada kuasa memanggil bukan ahli dan apa jaminan ianya tidak bertindak merosakkan nama baik parti sekiranya dipanggil. Ini JK Disiplin parti, untuk menjaga ahli agar tidak melakukan tindakan merosakkan nama baik parti, dan bertindak diluar perlembagaan parti.
Apa yang mendukacitakan saya ialah saya telah jelaskan bahawa inilah prosedur laporan disiplin parti, yang telah diamalkan sejak awal penubuhan parti lagi, dan beliau memahaminya dan menerimanya pada waktu itu, tapi kenapa tiba-tiba dia sanggup mengeluarkan kanyataan menyerang prosedur tersebut. Soal dia tidak berpuas hati dengan hukuman ke atas tertuduh, saya pelik bukan dia yang kena tuduh. Bahkan kalau kita baca tulisan YB Khalid sendiri dia rasa puas hati bilamana segala dakwaan beliau terhadap Hassan Ali dibuktikan benar oleh JK Disiplin, sehingga Hassan Ali didapati bersalah dan dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang merugikan PR dan parti. Yang kena hukum berpuas hati, yang tak ada kena mengena pulak tak puas hati.
Sebagai pimpinan kita sepatutnya menyalurkan komentar melalui saluran parti dan memelihara adab dalam jamaah. Semua harus fikir apakah tindakan yang kita lakukan itu menguntungkan parti atau sebaliknya, kerana kenyataan kita bukan keputusan perbicaraan, yang terpaksa berdasarkan fakta dan bahan yang ada di hadapan kita.
Kepada Allah saya memohon ampun andainya tindakan yang diambil tidak tepat dengan apa yang sepatutnya; dan semoga Allah tidak membebankan saya dengan bebanan yang lebih berat di akhirat. Ingatlah, kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah.

Wassalam.

02 Februari 2010

Tuan Guru Nik Abdul Aziz hadir di Mahkamah memberi sokongan pada Anwar


Kedutaan Amerika Ke PAS Perak

Kunjungan Wakil Kedutaan Amerika Ke PAS Perak - Greenboc

Ipoh, Kunjungan Wakil Kedutaan Amerika En. Jeremy Nathan, Timbalan Penasihat Politik Kedutaan United States di sini pagi semalam telah disambut mesra oleh Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain selaku Pesuruhjaya PAS Negeri, YB Dato’ Seri Hj Nizar, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri dan beberapa pimpinan Harian PAS yang lain.

Dalam pertemuan tersebut, Pesuruhjaya PAS Negeri telah memberi taklimat tentang dasar-dasar perjuangan PAS dan perkembangan isu-isu politik terkini di Perak.

Manakala wakil kedutaan Amerika, Mr. Jeremy menyatakan hasratnya bertemu PAS Perak untuk mengetahui perjuangan PAS sebenar yang selama ini kegiatan dan perjuangan PAS tidak mendapat liputan yang tepat melalui media arus perdana.

Beliau menyatakan kekagumannya kepada PAS yang begitu terbuka pemikiran dan tindakan, ia sangat berbeza dengan gambaran yang diterima dari pihak lain yang mengambarkan PAS sebagai fanatik agama, anti pembangunan dan berbagai persepsi negatif yang lain.

Menurut wakil kedutaan U.S itu, Melalui kunjungan-kunjungan beliau ke PAS Kelantan dan Terengganu sebelum ini ternyata semua tohmahan adalah palsu. PAS juga disifatkan bijak dalam menanggani apa sahaja isu seperti penggunaan kalimah Allah, perkauman, rasuah dan sebagainya. Beliau berjanji akan memberi gambaran sebenar tentang PAS kepada rakyat dan media Amerika.

Suasana menjadi semakin rancak dalam sesi dialog dan soal jawab antara pimpinan PAS Perak dan En. Jeremy yang masing-masing memberi pandangan terhadap isu-isu politik nasional dan Perak. Beliau begitu peka terhadap perkembangan politik di negara ini, dan ingin mengetahui isu sebenar dari sumber yang sah. Melalui pertemuan seumpama ini, beliau mendapat gambaran sebenar dari sumber yang benar dan tepat.

Ditanya oleh wartawan samada kunjungan beliau menemui PAS Perak ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang akan memutuskan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar pada 9 Februari nanti, Jeremy menyatakan bahawa kunjungan ini sebenarnya telah lama dirancang dan hanya kali ini ada beliau ada kesempatan.

Beliau menjelaskan tujuannya adalah untuk berkenal-kenalan dan bertanya tentang peluang pelaburan yang ada di Perak.

“Amerika tidak memihak kepada mana-mana parti politik,” jelasnya lagi kepada pihak media dan kedatangannya hanya kebetulan dengan keputusan kes Nizar-Zambry yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari ini.

Walau bagaimana pun ramai yang melihat kunjungan wakil Kedutaan Amerika tersebut menemui pemimpin PAS pada hari ini sebagai memberi semangat dan sokongan kepada kes Nizar menjelang 9 Februari ini.