PERKESO dalam Syarikat Arak

http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/05/perkeso-dalam-syarikat-arak.html Berdasarkan laporan tahunan bermula 2007 hingga 2009 dari Syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Berhad telah membuktikan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial [ PERKESO ] merupakan pemegang saham terbesar di dalam syarikat tersebut . PERKESO merupakan sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia dan polisinya adalah memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja - pekerja serta tanggungan yang layak . PERKESO memperolehi dananya melalui kutipan caruman yang dikutip setiap bulan dari potongan gaji pekerja . Persoalannya ialah hampir 90% kakitangan PERKESO merupakan kakitangan yang beragama Islam dan ini akan menimbulkan kerunsingan dan kerisauan yang serius kepada mereka apabila sumber pendapatan mereka diragui halal dan bersih . Sebagai sebuah negara ummat Islam , sepatutnya kerajaan peka perkara ini dan tidak meletakkan rakyat rasa terhina dengan perkara seperti ini ....