Jangan Sampai Terpesong Akidah
Kenapa bila sebut pasal Melayu tidak itu dan tidak ini ramai yang melenting. Ada saja orang yang marah. Yang dah pencen dan dah takde gigi pun nak turut serta melenting. Kononnya pejuang Melayu. "Takkan Melayu Hilang Di Dunia". Berebut nak masuk surat khabar kerana nak bagi ulasan. Bila agama dihina, buat tak tahu saja. Malah ramai pulak yang keluarkan pendapat ikut akal dan buah fikiran sendiri. Hal ehwal agama, terutama hal perundangan dan aqidah janganlah ambil remeh dan ambl mudah. Takut nanti tersalah cakap nanti terpesong pulak aqidah kita. Kalau kita tak boleh menyelesai masalah jangan pula jadi penyakit yang menyusahkan orang lain. Kalau tentang bangsa melayu, jangan ada orang yang tersalah cakap, wow! ada yang sanggup mati. Ingat lah bangsaku, yang dinilai dan ditanya nanti bukan bangsa kamu, tapi agama kamu. Jangan menyesal kemudian hari, buruk padahnya. p/s...istighfarlah..selagi pintu taubat masih terbuka.