Serahkan kepada rakyat
Wednesday, February 25, 2009 (*) Bloggers@HOT - Serahkan kepada rakyat ! Hanya satu sahaja yang dapat menyelesaikan kemelut politik yang semakin meruncing di Perak sekar ang, bubarkan DUN Perak supaya pilihan raya negeri dapat diadakan. Hanya rakyat yang dapat menyelesaikan krisis politik yang makin meruncing sekarang. Demikian dinyatakan oleh pakar perlembagaan negara, Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas penggantungan Dato Dr Zambry Kadir yang dilantik oleh Sultan Perak mengetuai kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional 6 Februari lalu. Bagaimanapun beliau bersama 7 orang anggota EXCO yang dilantik kemudian digantung oleh Speaker DUN Perak V.Sivakumar 18 Februari lalu kerana…… Tindakan speaker itu telah dikutuk oleh para pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beberapa laporan polis turut dibuat. Mengulas perkembangan itu Aziz berkata meskipun tindakan Speaker DUN Perak itu kelihatan melampau ia adalah di dalam bidang kuasa bel...