30 Mei 2009

AL FUTHUHAT: Lebih baik la berhenti merokok !!!

AL FUTHUHAT: Lebih baik la berhenti merokok !!!

Lebih baik la berhenti merokok !!!

Tidak ada ulama yang mengatakan menghisap rokok itu wajib atau sunat. Mereka berpendapat sama ada makruh atau haram atau harus. Ini bergantung kepada kefahaman ulama tentang rokok pada masa dahulu, ketika tanaman tembakau mula diperkenalkan.

Adapun pada hari ini, apabila para doktor sepakat mengatakan rokok membawa bahaya kepada tubuh badan penghisapnya apalagi penagihnya, atau lebih teruk kepada mereka yang ada dalam majlis perokok, seperti anak dan isteri atau kawan-kawan yang tidak merokok, apatah lagi ibu mengandung yang mendapat kesan kepada bayi yang ada dalam kandungan daripada asap rokok bapanya, maka sukar mengatakan rokok itu hukumnya makruh. Apalagi untuk mengatakan hukum ”harus”.

Ramai ulama pada hari ini lebih cenderung mengatakan ia menjadi haram. Ada mereka yang menolak hukum haram merokok dengan mengatakan tidak ada nas yang terang atau dalil daripada al-Qur`an mahu pun al-Sunnah yang mengharamkan rokok. Justeru itu ada guru agama atau imam masjid yang tanpa segan silu, mereka juga turut menjadi penagih rokok.

Jawabnya, memang kita tidak perlu ada nas secara terperinci kerana merokok memang bertentangan dengan kaedah umum dalam Islam yang tidak menyukai perkara yang buruk atau mendatangkan perbuatan yang membawa kemudharatan.

Dalam hubungan ini Ibn Hazm yang berpegang kepada mazhab Zahiri, menyatakan apa-apa sahaja makanan yang memudharatkan, maka hukumnya haram. Ini berdasarkan dalil umum di mana Allah menghendaki kita semua melakukan sesuatu yang baik (ihsan). Maka jika perlakuan tidak baik itu memudharatkan, adalah haram.

Ibn Hazm berhujjah. Merokok bertentangan lagi dengan satu kaedah umum yang mengatakan ”Tidak boleh melakukan perkara memudharatkan atau kita dimudharatkan”. Jika ternyata para pakar kesihatan mengatakan merokok ini memudharatkan, maka sah lah ianya haram. Sama lah halnya orang yang meminum racun yang tentunya mudharat, maka ia membawa hukumnya haram. Apatah lagi bagi mereka yang tidak mempunyai banyak wang, seperti anak-anak remaja yang hanya mendapat ongkos daripada ibu bapa, bukan sahaja membeli rokok kurang baik, ia memudharatkan kewangan. Membazir namanya.

Semua orang tahu bahawa orang yang suka membazir itu saudara syaitan, seperti maksud sebuah hadis Rasulullah S.A.W. Bagi orang dewasa juga haram membazir wang. Menyentuh tentang merokok, ia bukan sahaja merosakkan kesihatan, membazirkan wang, malah daripada segi psikologi orang yang merokok menjadi mengsa ketagihan. Ini satu bentuk kerosakan jiwa di mana penagih akan hidup di bawah tekanan kemahuan merokok.

Ada sesetengah orang mengatakan tidak ada idea untuk menulis jika tidak merokok. Dia menjadi malas kerana tidak ada bahan untuk dihisap. Rokok sudah memperhambakan diri orang itu.

Malah ada orang sukar berpuasa kerana tidak boleh merokok. Si perokok yang sudah ada anak isteri, mungkin sanggup mengurangkan perbelanjaan kepada anak-anak atau isteri untuk menyimpan wangnya bagi keperluan membeli rokok apabila sudah ketagihan.

Pada masa dahulu ramai orang berpegang mengatakan merokok itu makruh. Ia semata-mata beralasan bau busuk perokok seperti bau busuk makan bawang besar atau bawang putih. Nabi melarang mereka ke masjid jika tidak dibersihkan mulut kerana bimbang mengganggu makmum di sebelahnya. Ini hanya hukum berdasarkan kias ”bau busuk”.

Tetapi pada hari ini setelah semua pakar kesihatan melihat rokok itu merbahaya pada segi kesihatan, pakar ekonomi mengatakan negara kerugian jutaan ringgit setahun mengimpot rokok yang tidak berfaedah itu, apakah kita masih mengatakan ianya makruh?
Mungkin ada orang berhujjah, mereka yang tidak merokok pun jatuh sakit, atau miskin atau sebagainya. Tetapi apa yang pasti merokok membawa bahaya secara perlahan-lahan, tidak seperti racun biasa yang kesannya cepat dikesan.

Anihnya pada hari ini, syarikat rokok sendiri pun mengiklankan pada kotak rokok bahawa merokok itu membahayakan kesihatan. Kerajaan membelanjakan wang yang banyak dengan kempen ”TAK NAK”, tetapi orang masih ingin merokok.

Jika dalam syariat tidak membenarkan merosakkan lima perkara, jiwa, harta, badan, keturunan dan akal, maka rokok merosakkan jiwa, menghabiskan harta, merosakkan kesihatan anak-anak, malah penagih rokok merosakkan akal ketika tidak merokok.

Akal menjadi malas dan jiwa tidak tenang, kata mereka. Dilihat daripada sudut agama, tidak ada satu alasan pun untuk mengatakan merokok itu baik dan untuk mengatakan merokok tidak membawa apa-apa kemudharatan. Oleh sebab itu ada kecenderungan ulama pada masa kini mengatakan merokok itu haram.

Apalagi kepada anak muda remaja yang boleh menjadikan merokok kepada permulaan berlakunya menghisap ganja atau dadah dan sebagainya. Berhenti merokok bermakna menutup pintu kepada dadah. Menutup pintu kejahatan adalah wajib, atau disebut sad al-Zarai`

Bagi anak muda remaja yang merokok seperti penanya, merokok kadangkala untuk memperlihatkan dirinya sudah jadi ”lelaki” atau berlagak ”hero” kerana ramai hero dalam filem merokok pada masa dahulu.

Percayalah tidak ada kena mengena langsung di antara merokok dan menjadi hero dalam masyarakat. Malah merokok pada masa kini satu keaiban.

Media sepatutnya memainkan peranan yang lebih kreatif untuk mengiklankan keburukan merokok. Tidak ada gunanya anak-anak remaja kita merokok, malah tren masa sekarang wanita muda pun turut merokok.

Apa yang jelas ia memperlihatkan anak-anak muda remaja yang merokok mengurangkan ketinggian moral dan akhlak, khuususnya anak muda Melayu beragama Islam. Satu sahaja seruan saya kepada semua perokok, tidak mengira muda atau tua, remaja atau dewasa, lelaki atau perempuan, berhentilah semua daripada merokok. Semoga kesihatan kita akan bertambah baik dan lebih terjamin, wang kita tidak dibazirkan dan tidak memperlihatkan diri kita kurang akhlak dan kurang bermoral.

Apalagi mereka yang menjadi ikon masyarakat, atau guru yang menjadi contoh kepada murid, atau imam yang menjadi contoh kepada makmum dan orang ramai. Tidak perlu lagi polimik makruh atau haram. Apa yang penting merokok itu tidak baik, tidak sunat sama sekali dan tidak pula wajib. Maka adalah baik ditinggalkan sahaja. Wallahua`lam

29 Mei 2009

Nizar Bakal TPM Malaysia ??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nizar Bakal TPM Malaysia?

Kemelut politik di Perak yang bermula awal Februari lepas bukanlah suatu musibah terburuk (أسوأ مصيبة) dalam politik PAS dan PR. Tentu ada hikmahnya serta banyak pula pengajaran yang boleh disenaraikan.Sikap serta pendirian DS Ir. Mohammad Nizar amat disenangi oleh para penyokong PR dan sungguh ditakuti oleh pendokong tegar BN, terutama UMNO.

Itu, menunjukkan kepemimpinan Nizar yang hebat. Nizar memang pemimpin dan beliau memang hebat. Kepemimpinan dan kehebatan beliau sebelum ini tidak begitu terserlah kerana keadaan tidak mengizinkan. Nah, kemelut politik yang menimpa Perak ini ialah keadaan dan keizinan untuk penyerlahan Nizar.

Pada muktamar PAS akan datang Nizar lebih menyerlah. Dalam PRU13 pula beliau lebih-lebih menyerlah. Setelah memenangi PRU tersebut Nizar bukan pemimpin PAS sahaja, malah pemimpin PR. Bukan di peringkat negeri sahaja, malah di peringkat pusat. Bukan AP biasa, malah sekurang-kurangnya menteri. Jika DSAI jadi PM, Nizar jadi TPM.

Posted by Dr. Abdul Wahab Arbain at 9:33 PM

28 Mei 2009

SIASAH SYAR'IYYAH DAN PERLAKSANAANNYA PADA MASA KINI

Siasah syar'iyyah dan perlaksanaannya pada masa kini

Oleh Dr Abdul Aziz Hanafi

Siasah Syar’iyyah atau Sains Politik Islam merupakan suatu peruntukan khas anugerah Allah swt kepada pimpinan negara/negeri Islam yang menjadikan Al-Qur’an dan Sunnah al Nabawiyah sebagai perlembagaannya.

Ianya muncul bersama kelahiran Kerajaan Islam yang pertama di Madinah al-Munawwarah yang dipimpin sendiri oleh baginda s.a.w.Kemudian diikuti pula di zaman pemerintahan para khalifah al-Rasyidin r.a. ajma’in dan di zaman selepasnya.

Fungsi dan tugasnya amat penting dalam menangani dan menyelesaikan masalah-masalah semasa yang sentiasa membaru yang memerlukan kepada jawapan yang tepat dan bijaksana dengan mengambil kira kesesuaian dan ketepatannya dengan kehendak Syariah Islam yang mulia.

Maka sudah tentu pihak yang berautoriti dalam menentukan hukum-hukum menerusi Al-siyasah al-Syar’iyyah ialah pimpinan kerajan Islam yang memiliki keupayaan berijtihad secara jama’ie hasil gabungan antara para ulamak dan kumpulan professional seperti yang pernah dilakukan di zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid ketika baginda meminta Al-Qadhi Abu Yusuf menyediakan rangka cadangan kutipan hasil-hasil pertanian termasuklah menyediakan infrastruktur ke arah menjayakan projek tersebut begitu juga mengenai system pengairan yang baik dan teratur.

Maka dengan kerjasama Osman bin Hunaif, seorang juruukur yang terkenal pada masa itu, maka petua Al-Qadhi Abu Yusuf telah berjaya dihasilkan dan dikenali dengan nama al-Kharaj.

Melihat kepada kedudukan kita sebagai sebuah jama’ah Islamiyah yang dilihat sebagai sebuah jamaah yang memiliki keupayaan memanfaatkan kesemua tenaga para ulamak dan professional kita dalam membina keutuhan hukum, undang-undang, peraturan-peraturan yang sebahagiannya terpaksa mengambil kira kesesuaian masa dan tempat berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah syarak yang konkrit.

Pembahagian Hukum Syarak

Sepanjang kajian kita dalam bidang syariah, kita mendapati bahawa hukum-hukumnya terbahagi kepada dua bahagian:

Pertama:

Dikenali sebagai hukum-hukum syarak yang ‘kulliyah’ iaitu hukum-hukum syarak yang tetap dari segi prinsip dan pelaksanaannya dan tidak tunduk kepada sebarang perubahan masa dan tempat sehinggalah ke Hari Kiamat.

Sebagai contoh, hukum-hukum mengenai urusan aqidah, akhlak, ibadah, undang-undang keluarga (pusaka), hudud dan qisas.

Kedua:

Dikenali sebagai hukum-hukum syarak yang ‘juz’iyah’.

Hukum-hukum ini agak berbeza dengan hukum-hukum syarak yang pertama kerana perlaksanaan hukum-hukum ini boleh berubah berdasarkan kepada perubahan masa dan tempat walaupun prinsip-prinsipnya masih kekal dan tidak berubah.

Sebagai contoh, pelaksanaan konsep Al-Syura boleh menerima perubahan daripada semasa ke semasa sedangkan prinsip atau konsepnya kekal dan tidak berubah sepertimana yang berlaku selepas kewafatan baginda saw khususnya di zaman khulafa’ al-Rasyidin r.a.

Hukum-hukum syarak di bahagian inilah yang pernah diungkapkan oleh para ulamak dengan kata mereka:

“Di sana terdapat beberapa hukum syarak yang berkait rapat dengan ‘illah (sebab), dengan kata lain adanya ‘illah ada hukumnya dan tiada ‘illah maka tiada hukumnya”.

Sebagai contoh, sepertimana tindakan Saidina Umar al-Khattab r.a. memberhentikan pemberian zakat kepada ketua-ketua Quraisy yang masih kafir yang sebelum ini pernah mendapatnya di zaman baginda Rasulullah saw, di zaman Saidina Abu Bakar r.a. dan di awal zaman pemerintahan baginda sendiri (sebelum pembukaan Rom dan Parsi).

Hukum-hukum syarak bahagian kedua inilah yang dikenali dengan Al-Hukum al-Siasah al-Syar’iyyah.

Pengertian Siasah Syar’iyyah

Para ulamak mengemukakan dua takrif siasah syar’iyyah:

1. Takrif ‘Am

Siasah Syar’iyyah mengikut takrif ‘am diertikan sebagai peraturan-peraturan dan undang-undang yang digubal untuk mengurus dan mentadbir negara di mana ianya sejajar dengan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah syarak walaupun tidak terdapat dalil-dalil yang tafsiliy.

Takrif ini merangkumi semua aspek peraturan dan undang-undang samada yang berkaitan dengan lembaga penggubal, pelaksana dan kehakiman termasuklah juga urusan-urusan perlembagaan, soal dalam dan luar negara.

Di antara buku-buku yang ditulis berkaitan dengan siasah syar’iyyah seperti Al-Hukum al-Sultaniyah karangan Al-Imam al-Mawardi Al-Syafi’e dan Qadhi Abu Ya’ia Al-Hanbali, kitab Al-Siasah al-syar’iyyah fi Islah al-ra’I wa ra’iyyah karangan Al-Imam Ibn Taimiyah dan kitab Tafsir al-Hukum oleh Ibn Firhaun.

Kitab-kitab yang serupa ini menyebutkan perkara-perkara yang menjadi kewajipan ke atas pemerintahan perkara-perkara yang menjadi kewajipan ke atas pemerintahan kerajaan Islam terhadap rakyat jelata dalam semua aspek kehidupan.

2. Takrif Khas

Ia diertikan sebagai suatu hukum yang agak keras yang dipetik daripada dalil-dalil yang ijmaliyah sekiranya hukum fiqh biasa tidak dapat mencapai matlamat di mana hukum serupa itu disyariatkan.

Ianya seolah-olah menyerupai undang-undang khas yang digubal apabila negara berada di dalam keadaan darurat.

Ibn Nujaim al-Hanafi menjelaskan tentang hukuman zina menyatakan bahawa siasah syar’iyyah bermaksud suatu tindakan yang dilakukan oleh pemerintahan demi untuk suatu maslahah walaupun tindakan tersebut tidak disokong oleh dalil yang juz’ie, seperti mengenakan hukuman buang daerah kepada penzina yang belum muhsan selain disebat sebanyak seratus kali.

Untuk menjelaskan lagi kedudukan siasah syariyyah, para ulamak memberikan beberapa contoh antaranya seperti berikut:

1.Boleh dikenakan hukuman bunuh ke atas pencuri yang berulang kali melakukan jenayah tersebut

2.Seseorang yang dituduh mencuri yang enggan mengaku bersalah, pihak berkuasa boleh mengenakan hukuman ta’zir seperti mengurungnya atau menyebatnya dengan syarat pada hemat pihak berkuasa bahawa besar kemungkinan tertuduh sememangnya terbabit dalam kes kecurian tersebut dan barang yang dicuri masih berada di tangannya.

Sedangkan jika menurut hukum fiqh biasa, kes seperti di atas pihak pendakwa akan mengemukakan keterangan dan bukti-bukti yang mensabitkan pertuduhan ataupun pihak tertuduh bersumpah menafikan tuduhan tersebut

3.Rasulullah saw pernah disoal mengenai unta dan kambing yang hilang di padang pasir.

Baginda menyuruh agar sekiranya kambing-kambing itu dijumpai hendaklah mereka mengurungnya sehingga didapati tuannya dan diserahkan kepadanya semula.

Adapun mengenai unta-unta yang hilang, baginda mengarahkan agar binatang tersebut dibiarkan begitu sahaja sehinggalah tuannya menjumpainya.

Hukum ini berkuatkuasa sehinggalah zaman Saidina Othman bin Affan r.a.

Di zaman baginda keadaan dan suasana agak berbeza dengan keadaan sebelumnya di mana perompak dan penyamun bermaharajalela hatta di padang pasir.

Kerana itu, baginda memerintahkan agar unta dan kambing yang hilang ditangkap dan dikurung sementara menunggu kehadiran tuan empunya, sedangkan sebelum itu apa yang dibimbangkan hanyalah binatang-binatang buas seperti singa dan harimau.

Kambing sebagai binatang yang kecil dan lemah tentunya tidak mampu melawan binatang buas tersebut sepertimana unta.

Di zaman Saidina Ali r.a. pula, segala –perbelanjaan untuk menjaga binatang tersebut diambil daripada Baitul Mal.

4.Saidina Umar r.a. menjatuhkan talak tiga ke atas lelaki yang menceraikan isterinya (talak tiga) dengan satu lafaz.

5.Penulisan mushaf di zaman Saidina Abu Bakar r.a.

6.Mengadakan jabatan-jabatan di zaman Saidina Umar r.a.7.Dasar Saidina Umar r.a. mengekalkan tanah-tanah yang dibuka di Iraq kepada tuan-tuan empunya disamping mengenakan cukai (al-kharaj) ke atas tanah tersebut sekiranya mereka masih menganut agama asal mereka

8.Keputusan Saidina Umar r.a. membuang daerah seorang pemuda di Madinah yang bernama Nasr bin Haliaj.

Pemuda ini memiliki rupa paras yang amat kacak sehingga mempesonakan seorang gadis di kota suci itu.

Mulanya Umar r.a mengarahkan pemuda itu dicukur. Namun, rupa parasnya masih lagi cantik.

Akhirnya dia dibuang daerah ke Basrah, Iraq. Pada hemat Saidina Umar r.a., jika pemuda tersebut masih dibiarkan berada di Madinah, kemungkinan besar gadis-gadis lain turut terpesona dengan kekacakannya.

Ini suatu fitnah yang besar terutama di kota suci Madinah.

Berlainan sekiranya kalau pemuda itu di Basrah sebab beliau dikira terasing di tempat orang.

Lagipun, mungkin dia akan bersikap lebih waspada terhadap dirinya.


Hukum-Hukum Yang Diputuskan Menerusi Siasah Syariyyah

Perlu ditegaskan bahawa semua hukum yang diputuskan menerusi Al-Siasah al-Syar’iyyah ianya juga digolongkan sebagai hukum-hukum syariah.

Ini kerana ianya ditentukan menerusi dalil-dalil syariah yang umum sepertimana ia diputuskan melalui al-Maslahah al-Mursalah yang diguna pakai sebagai salah satu sumber hukum.

Oleh itu, penggunaan istilah al-Hukum al-Siasah al-Syar’iyyah yang terdapat di dalam kitab-kitab berkenaan adalah penggunaaan istilah biasa dan tidak berubah kandungan dan struktur hukum-hukum tersebut.

Hukum-hukum tersebut memberi keluasan dan kelonggaran kepada pemerintah kerajaan Islam dalam melaksanakan keadilan dan memastikan kemanan tumbuh subur di dalam kehidupan masyarakat dengan syarat ianya bebas daripada sikap keterlaluan dan kecuaian dan berish daripada sebarang kepentingan diri.

Hukum-hukum yang diputuskan melalui siasah syar’iyyah lebih bersifat fleksibel.

Walaubagaimanapun, para ulamak meleraikkan syarat-syarat berikut:

1.Ianya diputuskan oleh pemerintah negara dankerajaan Islam yang menjadikan Al-Qur’an dan Al-Sunnah sebagai perlembagaannya.

Kerajaan yang tidak Islam atau orang perseorangan tidak berhak menjadikan siasah syar’iyyah sebagai saluran untuk mengeluarkan hukum-hukum tersebut

Maka dalam konteks kita sebagai sebuah Jama’ah Islamiyah yang setakat ini diamanahkan oleh Allah SWT untuk mentadbir dua buah negeri Kelantan dan Terengganu, di samping DUN-DUN dan Parlimen yang kita kuasai, maka pada hemat penulis, kita sudah berupaya insya-Allah untuk mengeluarkan hukum-hukum dan peraturan-peraturan menerusi al-Siasah al-Syar’iyyah lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan urusan dlam jama’ah, begitu juga urusan luar yang masih berada di dalam bidang kuasa kita.

2.Hukum-hukum tersebut hendaklah bertepatan dengan semangat perundangan Islam serta berpandukan kepada kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip am dalam Islam seperti kaedah Sadd al-Zara’ie dan Raf’a al-Harj sepertimana ia juga bersesuaian denga prinsip Al-syura, Tahqid al-Adalah dan prinsip Al-Ruju’ bimu’ dhakit al-umuri ila ahl al-zikri wa al-Ra’yi (merujuk semua urusan yang rumit kepada kumpulan cerdik pandai).

3.Tiada sebarang percanggahan yang hakiki dengan mana-mana dalil tafsiliy yang telah menjadi sebagai syariat’ am di setiap masa dan tempat, ataupun sememangnya ada dailil tersebut tetapi hanyalah sebagai syariat/peraturan sementara spertimana masalah penetapan harga barangataupun sedari asal tiada sebarang dalil tafsiliy berhubung dengan perkara berkaitan

Ibn Qayyim r.a. dalam kitabnya Al-Turuq al-Hukmiyah Fi Siasah al-syar’iyyah menukilkan kata-kata Ibn ‘Uqail r.a. yang bermaksud:

Sudah menjadi kebiasaan betapa dibolehkan beramalan dengan siasah syar’iyyah dalam negara malah itu merupakan suatu tekad bahkan setiap tokoh ulamak (imam) telah bersikap demikian.

Imam Al-Syafi’e r.a. menegaskan katanya…”Tiada siasah dikira sah melainkan ianya hendaklah bertepatan dengan kehendak syarak.

‘Ibn ‘Uqail r.a. pula menyatakan: “Siasah ialah suatu tindakan yang boleh membawa manusia lebih hampir kepada kebaikan dan terhindar jauh daripada kebinasaan walaupun itu tidak pernah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dan tidak pernah diturunkan melalui wahyu”.

Inilah siasah yang dikatakan siasah syar’iyyah yang adil dan saksama.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada penjelasan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa saluran al-Siasah al Syar’iyyah sepatutnya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh PAS sebagai organisasi Islam yang bersifat haraki yang mengambil tempat sebuah kerajaan Islam di rantau ini.

Kita sesungguhnya memiliki tiga fakta utama dalam memenuhi keperluan siasah syar’iyyah iaitu:

1.Timbulnya isu-isu dan masalah-masalah baru yang memerlukan jawapan yang tepat

2.Wujudnya kumpulan ilmuan yang terdiri daripada ulamak dan professional yang pada penulis dapat di manfaatkan dalam melengkapkan lagi organisasi pengurusan dan pentadbiran jama’ah

3.PAS bukan lagi sebagai sebuah badan dakwah, malah dengan izin Allah SWT telah mengorak selangkah ke hadapan sebagai sebuah kerajaan walaupun di peringkat negeri

Sama-sama kita berdoa semoga Allah swt sentiasa menganugerahkan taufik dan hidayahNya serta mengekalkan kerajaan PAS yang sedia ada dalam usahanya untuk meluaskan sempadan pemerintahannya dan meyakinkan kepada masyarakat umum betapa Islam sebagai pilihan utama mereka di masa dahulu, sekarang dan untuk selama-lamanya, Amin.

Bibiliografi
1.Al-Quran al-Karim
2.Kitab-kitab Hadith
3.Al-Asybah Wa Al-Nazair, Al-Imam Al-Sayuti
4.Al-Siasah Al-Syar’iyyah Fi Islah al-Ra’yi Wa al-Ra’iyah Ibn Taimiyah
5.Al-Turuq al-Hukmiyah Fi Siayasah al-Syar’iyyah, Ibn Al-Qayyim
6.Majalah al-Dirasat al-‘Arabiyah Wa al-Islamiyah, IPI Brunei Darussalam7.Al-Kharaj, Al-Qadhi Abu Yusuf

Akhil..Akhill !!


Akhil Hayy : Antara ujian dan nafsu


Posted on Wednesday, May 27 @ 16:27:51 PDT

by TokPenghulu Oleh: haris"


Saya tak pernah mencoret berkaitan cerita selebriti, artis serta orang glamour tetapi kali ini rasa terpanggil untuk melontar pandangan berkaitan kisah yang berlaku kepada Ustaz Akhil Hayy.Jika dulu saya antara mereka yang begitu bersemangat untuk mendengar ceramah dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Akhil Hayy. Melalui ceramahnya saya dapat rasakan beliau telah dapat membawa diri saya dan orang lain yang masih berjiwa ‘orang muda’ untuk lebih mengenali Allah Tuhan pencipta sekalian alam.
Dalam ceramahnya yang diselitkan nyanyian dan humor-humor menceriakan suasana sekitar, betapa gah nama Ustaz Akhil Hayy pada masa itu.
Tetapi kini setelah tidak lagi lagi aktif berceramah sedemikan dan disunting oleh pihak Astro bermacam cerita yang timbul dalam kehidupan Ustaz Akhil Hayy. Status artis yang dipegang telah membawanya kepada cerita-cerita yang tidak elok didengar untuk orang yang bertitle USTAZ.
Entah la zaman sekarang ni orang yang bertitle Ustaz bukan sahaja tidak dapat membawa mesej agamanya yang betul-betul mengikut kehendak agama malah boleh saja bertindak seperti mereka-mereka (artis) yang lain dalam kehidupannya.
Pelik terasa bila menyimpan rambut panjang dikatakan mengikut sunnah tetapi meninggalkan isteri berbulan-bulan dan tidak memberikan perhatian kepada anak tidak pula melanggar sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Pengakuan isteri yang Akhil Hayy pernah meminta izin untuk beristerikan Waheeda dan dia sebagai isteri yang solehah telah mengizinkan suami yang tersayang untuk berkahwin lagi tetapi Akhil Hayy tidak terus untuk membetulkan keadaan tetapi seolah-olah mahu berselindung dan akhirnya kerana Maizawati tidak tahan dengan dugaan lalu muncul di khalayak ramai untuk menyatakan kebenaran.
Bukan niat untuk menimbulkan kekalutan dalam rumahtangga orang tetapi apa yang saya ingin nyatakan bahawa Allah S.W.T tidak akan sekali-kali membiarkan hambanya mengatakan ‘Aku telah beriman dan percaya kepada Allah tanpa disusuli oleh ujian dan rintangan’
Ujian Allah adalah untuk mengetahui siapakah antara kita semua adalah yang terbaik sekali amalannya didunia ini dan untuk mengetahui siapakah yang hanya berpura-pura atau hipokrit dalam agamanya.
Semakin tinggi kedudukan seseorang semakin kuat ujian yang akan dia hadapi, jika dia tidak dapat menghadapi ujian Allah yang berupa ketakutan, lapar, kekurangan harta, hati yang lemah, kekurangan pendapatan serta godaan syaitan dan iblis dari arah depan, belakang, kiri dan kanan.
Maka jika dia tidak dapat menghadapi ujian ini dikhuatiri akan terjerumus ke lembah yang paling hina daripada orang-orang yang hina.
Serta lebih sesat daripada binatang lagi jika mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami isi A-Quran dan Hadis, mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar nasihat-nasihat agama.
Apa lagi yang nak dikata bila manusia bertuhankan nafsu dan dan berajakan harta maka kehidupan akhirat tidak lagi menjadi matlamat sebaliknya hanya mencari kehidupan dunia yang penuh dengan benda yang lagha’ dan main-main.
http://www.harisfadila.com/"

Bubar DUN Perak kalau anak jantan - Nizar cabar Zambry !!!

Bubar DUN Perak Kalau Anak Jantan, Nizar Cabar Zambry

Posted on Wednesday, May 27 @ 18:00:00 PDT by TokPenghulu
Oleh ZulMamak

Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin mencabar "Menteri Besar Mahkamah", Dr Zambry Abd Kadir supaya mengadap Sultan dan memohon perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri sekiranya beliau benar-benar anak jantan dan tidak bersembunyi di belakang pasukan keselamatan.
Beliau berkata demikian pada majlis ceramah dan taklimat yang diadakan di Wisma DAP malam semalam.Nizar berkata beliau tidak menyalahkan pihak keselamatan kerana sedar mereka digunakan oleh Barisan Nasional untuk melakukan penindasan terhadap rakyat.
Tambah beliau lagi setiap kali pilihan raya kecil diadakan UMNO dan BN akan mengarahkan pihak keselamatan berkampung di kawasan tersebut sama ada di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang atau Bukit Selambau. Tetapi peliknya apabila BN tidak bertanding di Penanti ternyata tidak ada polis di situ dan ini membuktikan pihak polis bekerja untuk UMNO dan BN."
Ini jelas menunjukkan wang rakyat dihabiskan untuk BN bukannya untuk menjaga rakyat dan ketenteraman awam." Nizar berkata.BN cukup cemburu dengan gabungan kemas dan mantap Pakatan Rakyat dan ia tidak sanggup melihat gagasan tersebut diterima oleh rakyat Perak.
"Di Perak sebelum ini kita tidak pernah nikmati perpaduan dan keharmonian antara bangsa-bangsa yang ada di Perak, namun dalam masa Pakatan Rakyat memerintah kita berjaya lahirkan masyarakat Perak yang saling menghormati, bertoleransi antara satu sama lain.
"Kita mahukan cucu cicit kita pada masa akan datang saling menghormati antara bangsa yang ada. Itulah yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.
Jika ini berterusan maka tidak ada peluang lagi bagi mereka." kata Menteri Besar lagi.Tambah Nizar mahkamah rakyat adalah ruang yang terbaik untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.
Majlis tersebut yang dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis, Nga Kor Ming juga turut dihadiri oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Khor Ham, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Perak.
Sebelum itu polis menahan 2 orang di luar Wisma DAP kerana dipercayai ingin hadir ke majlis yang diadakan semalam.
Seorang daripada yang ditahan adalah ahli majlis perbandaran Taiping, Simon Uthaya Kumar a/l Sellaiyah sementara seorang lagi dikenali sebagai Haridats.
Difahamkan mereka berdua telah dibawa ke balai polis yang berdekatan untuk disoal siasat.!!"

MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!http://zulmamakpng.blogspot.com/" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

27 Mei 2009

TAHALLUF AS SIASI !

Menguasai Isu Dasar Dalam Pilihanraya
Memahami Hukum Tahalluf As Siasi

Mukaddimah

Selari dengan senario perkembangan politik yang menyelubungi PAS serta kecenderungan ke arah persefahaman dengan parti-parti alternatif lain seumpama PKN, DAP dan PRM yang mengarah ke arah pengekploitan isu oleh parti-parti yang memerintah terutamanya UMNO, maka dirasakan perlu bahawa diutarakan kepada setiap unit Penerangan dan Penyelidikan UPU seluruh Kawasan Selayang akan keperluan memahami agenda ini.

Antara agenda psikologi dan saraf yang bakal diutarakan oleh BN ialah:-

1. Persoalan kafir mengkafir
2. Kepimpinan Negara Oleh Bukan Islam
3. Mengundi Bukan Islam
4. Berkerjasama Dengan Bukan Islam

Semua isu ini banyak berkaitan dengan persoalah tahalluf yang diutarakan oleh PAS dan melihat kepada perkembangan terkini, sekalipun PAS berada di peringkat offensif (menyerang) namun PAS masih perlu ada strategi yang mantap untuk mengatasi isu yang ditimbulkan ini.

Artikel yang dibentangkan ini adalah antara langkah untuk memberi faham kepada setiap jentera Penerangan dan Penyelidikan akan dasar isu dan disebarkan luaskan melalui beberapa kaedah:-

1. Dijadikan sebahagian daripada isi kandungan kuliah oleh para murabbi PAS di setiap madrasah/surau atau masjid.

2. Mengenalpasti setiap UPU mempunyai individu yang banyak berinteaksi dengan masyarakat umum seperti di kedai kopi, pasar atau seumpamanya dan mula membicarakan hal ini secara langsung.

3. Menerbitkan risalah ringkas yang menghuraikan isu dasar ini untuk disebarkan disetiap UPU yang dikenalpasti kubu kuat UMNO, pengundi atas pagar etc.

4. Bahan utama dalam usrah agar setiap ahli mengetahuI isu dasar secara ilmiah (nas dan dalil) untuk berhujah dengan baik dan bernas dengan masyarakat umum.

Takrif

Tahalluf adalah suatu perjanjian persefahaman untuk berkerjasama dan bantu membantu untuk menghadapi lawan. Boleh berlaku di bawah beberapa situasi berdasarkan sirah Rasulullah dan para sahabah:-

1. Boleh berlaku antara kumpulan Islam seperti perjanjian dengan puak Aus dan Khazraj untuk tujuan penyatuan umat di bawah panji Islam dan penegakkan negara Islam

2. Boleh berlaku dengan golongan bukan Islam seperti persefahaman antara Rasulullah dengan golongan Bani Hashim dan Bani Abdul Mutolib sebelum hijrah. Juga perjanjian antara Rasulullah dengan Kabilah Khaza’ah selepas perjanjian Hudaibiyah.

3. Rasulullah mengiktiraf perjanjian antara sesama gologan jahiliyah yang bersatu untuk menentang kezaliman iaitu peristiwa melibatkan seorang lelaki dari kabilah Zabid telah dizalimi oleh Al-A’as bin Wasil. Beberapa orang bangsawan Mekah yang bersimpati membuat persepakatan perfahaman di rumah Abdullah bin Jad’an untuk menentang sebarang bentuk kezaliman. Berhubung ini Rasulullah bersabda:-

“Sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah suatu pakatan yang aku sangat suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah. Kalau aku diajak kepadanya di zaman Islam nescaya aku menyahutnya”


Kaedah Hukum

Diizinkan oleh syarak apabila melengkapi syarat-syarat yang boleh dilaksanakan Tahalluf dan bukan ketikamana Tahalluf tidak diizinkan.

Syarat-Syarat

1. Membawa Maslahah dan Tidak Mengikat Sehingga Menjejaskan Prinsip

1.1 Hubungan Rasulullah dengan keluarga dari kalangan Bani Hashim dan Bani Abdul Mutolib khasnya Abu Tolib. Walaupun mereka tidak Islam, tetapi mereka mempertahankan Rasulullah dengan bersedia berkorban apa sahaja. Tetapi apabila Abu Tolib cuba memujuk Rasulullah dengan tawaran golongan bangsawan Quraisy agar baginda bertolak ansur, maka dengan tegas baginda bersabda dengan sabda yang mashyur:-

“Wahai bapa saudaraku. Demi Allah! Kalau mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku agar aku meninggalkan urusan ini, nescaya aku tidak akan meninggalkankannya sehinggalah Allah memberi kemenangan kepada agamanya ataupun aku mati kerananya”

Akhirnya Abu Tolib dan keluarganya (kecuali Abu Lahab) mengambil keputusan untuk mempertahankan Rasulullah . Ini adalah kerjasama yang jelas antara seorang Rasul dan Abu Tolib yang masih belum Islam. Dan ini berterusan sehingga Abu Tolib meninggal.

1.2 Hubungan antara Abu Bakar dengan Ibnu Dugnah yang sedia memberikan perlindungan kepadanya terpaksa dibatalkan apabila Ibnu Dugnah mensyaratkan kepada Abu Bakar agar jangan membaca al-Quran di luar rumah kerana boleh mempengaruhi orang lain.

Maslahah Diizinkan

1. Ke Arah Kedaulatan Islam dan Perlaksanaan Syariat

Apabila semakin ramai orang Islam yang terjebak dengan pelbagai ideologi asing (seumpama sekularisme, komunisme, sosialisme), dan ketika itu pula kedapatan kumpulan bukan Islam yang sanggup memberikan laluan kepada perlaksanaan Islam untuk mencantas ideologi asing ini. Maka hubungan dengan kumpulan ini boleh dibuat dalam konteks berkerjasama ketika berpilihanraya, persidangan dewan dan seumpamanya dengan syarat mereka bersedia untuk menerima kepimpinan Islam, mengakui kedaulatan dan perlaksanaannya dengan sepenuhnya.

Pada masa yang sama kita tidak memaksa mereka untuk menganut Islam tetapi mengambil peluang memperkenalkan Islam kepada mereka.

Ini berlandaskan kepada dalil Pembentukan Piagam Madinah dengan puak muhajirin Quraish dan puak Yahudi yang bermastautin di Madinah.
Dalam konteks Piagam Madinah ini disebut bahawa Rasulullah telah sanggup mengorbankan dua perkara kecil (tetapi besar pada pandangan kita dan orang yang tidak memahami) yang turut tidak dipersetujui oleh dua sahabat besar baginda iaitu Saidina Umar dan Saidina Ali iaitu:-

i. Menghilangkan perkataan Bismillah pada permulaan isi perjanjian piagam ini

ii. Menghilangkan perkataan Muhammad Rasulullah sesudah Muhammad dan diganti
dengan hanya Muhammad bin Abdullah sahaja.

Apapun penghapusan ini tidak menjejaskan isi kandungan asas Piagam Madinah (terdapat 47 fasal dan peraturan) yakni menuntut agar semua puak Muhajirin Quraisy dan 12 Kabilah Yahudi yang berada di Madinah ketika itu untuk bernaung di bawah pentadbiran dan pemerintahan yang ditunjangi oleh Rasulullah.

2. Menentang Kezaliman, Penyelewengan dan Keruntuhan Moral

Melibatkan perkara yang dirasai oleh semua golongan termasuk juga golongan bukan Islam. Bolah diadakan persefahaman dalam perkara ini seperti mendesak diwujudkan keadilan dalam undang-undang (kes Anwar Ibrahim), pembebasan tahanan tanpa bicara (kes ISA), kejujuran dan kesaksamaan (kes SPR dan kempen pilihanraya) dan seumpamanya.

Dalilnya ialah persetujuan Rasulullah terhadap Persefahaman Pakatan Menentang Kezaliman Semasa Zaman Jahiliyah seperti sabda Rasulullah:-

“Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi”

2. Mengakui Kepimpinan Islam dan Tidak Menjejaskan Matlamat Perjuangan

2.1 Rasulullah menangguhkan Tahalluf dengan puak Bani Syaiban apabila mereka tidak bersedia untuk bersama menegakkan negara Islam dan mempertahankannya apabila menerima ancaman musuh di mana Bani Syaiban menyatakan mereka tidak sanggup menghadapi Parsi tetapi sanggup menghadapi kabilah Arab sahaja jika berlaku peperangan ketika Piagam Madinah dibentuk.

2.2 Rasulullah membatalkan cadangan untuk Tahalluf dengan Bani Amar apabila mereka mahu bekongsi jawatan kepimpinan negara tanpa menerima Islamnya dalam Piagam Madinah.


3. Tidak Berwala’ Kepada Musuh dan Tidak Redha Dengan Pakatan Mereka

Mengakui dengan kepimpinan orang bukan Islam dan bertahalluf dengan musuh Islam untuk memerangi orang Islam. Firman Allah:-

“Janganlah orang yang beriman itu mengambil orang kafir sebagai wali dengan meninggalkan orang yang beriman. Barangsiapa yang berbuat demikian maka lepas dia dari Allah, melainkan kerana memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka dan Allah memperingatkan kamu terhadap dirinya (siksanya) dan hanya kepada Allah kembalimu”

Berwali bermakna menjadikannya sebagai pemimpin, teman akrab, pelindung atau penolong. Keadaan takut adalah darurat. Kesetiaan dalam keadaan itu dilahirkan secara zahir tetapi hatinya tidak redha disamping berusaha untuk membinasakan diri dengan merancang bagi meneruskan perjuangan dengan hijrah dan sebagainya.


Mawada’ah

Disana terdapat persefahaman sementara waktu dengan golongan yang bermusuh kerana maslahah. Persefahaman ini dinamakan Mawada’ah dan ada juga ulamak yang meletakkannya dalam perkara Hadanah (Gencatan Senjata)

Disebut dalam syarah mazhab, diantara maslahahnya ialah:-

1. Mengharapkan mereka masuk Islam atau mereka akan membayar jizyah atau menolong kerena memerangi golongan yang lain. Tetapi ulamak bertelingkah menentukan tempoh masanya, ada yang menghadkan empat bulan dan ada juga yang mengharuskan menurut maslahah diantaranya kerana orang Islam masih berada dalam kelemahan.


2. Adapun jika tiada apa maslahah atau mudharat lebih banyak dari maslahah maka tiada diharuskan.


Isti’anah (Meminta Bantuan Atau Pertolongan)

Apabila adanya persefahaman maka berlakulah tolong menolong yakni mereka berjanji untuk menolong kita dan kita juga berjanji untuk menolong mereka dalam perkara yang diizinkan syarak tanpa mengorbankan prinsip dan dasar Islam.

1. Mereka Menolong Kita

Menurut As-Syeikh Syed Sabiq dalam Fiqus Sunnah – Harus menerima pertolongan orang-orang fasik dan munafik kerana Rasulullah membenarkan Abdullah bin Ubai menyertai peperangan bersama-samanya dan kisah penyertaan Abu Mahjan yang mabuk dalam peperangan menentang Quraisyh.

Adapun pertolongan dari orang kafir, terdapat khilaf di kalangan fuqaha’:-

1. Imam Malik dan Imam Ahmad tidak mengharuskannya secara mutlak. Imam Abu Hanifah mengharuskannya dengan syarat orang Islam yang mengusai urusannnya.

2. Imam Syafei mengharuskannya dengan dua syarat:-

2.1 Apabila orang Islam dalam keadaan lemah

1.2 Apabila didapati orang bukan Islam itu cenderung kepada Islam dan memandang baik terhadapnya. Dibenarkan dia memberi pertolongan dengan diberi imbuhan dan bukan bahagian ghanimah (harta rampasan perang)


2. Kita Menolong Mereka

Menurut Syahrusi dalam kitab al-Mabsut dan Syeibani dalam kitab al-syairul kabir, Rasulullah menghantar Tamar Ajwad kepada Abu Sufyan dan mengutus lima ratus dinar ke Mekah supaya dibahagikan kepada orang yang perlu dibantu ketika Mekah dilanda kemarau.

Menurut Ibnu Qaim al Jawazih dalam kitab Ziadul Ma’ad, apabila Samamah bin ‘Asal, seorang pemimpin Bani Hanifah memeluk Islam, beliau telah memerintah supaya jangan dihantar bekalan gandum ke Mekah sehingga Mekah berada dalam kesempitan hidup. Berikutan itu pimpinan Musyrikin Mekah mengutus wakil untuk merayu kepada Rasulullah supaya menasihati Samamah agar menghentikan sekatan tersebut dan ini dilaksanakan.

Kesimpulan

Tahalluf itu boleh dibahagikan menurut keadaan berikut:-

1. Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat:-

1.1 Kepimpinan mestilah di tangan orang Islam

1.2 Mengiktiraf negara Islam

1.3 Menerima perlembagaan Islam dan syariatnya

2. Tanpa Membentuk Negara:-

2.1 Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang besar

2.2 Maslahah bersama untuk menentang kezaliman, penyelewengan membebaskan
orang tahanan tanpa diadili dan seumpamanya

2.3 Berlindung sementara di masa lemah

2.4 Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan harakah
Islamiyah


Perhatian


Dalam soal Tahalluf ini hendaklah diberi perhatian kepada beberapa perkara yang boleh menjejaskan maslahah, antaranya ialah:-

1. Matlamat menegakkan negara Islam adalah sangat penting dalam strategi yang diambil oleh harakah islamiyah. Oleh itu jangan terikat dengan janji yang boleh menghalanginya atau syarat-syarat yang mengikatnya.

2. Mengutamakan persefahaman dengan kumpulan Islam yang berpengaruh dan mempunyai titik pertemuan dalam perkara prinsip yang boleh dipercayai, bukannya yang lemah dan tidak berperanan, kemudian barulah dengan kumpulan bukan Islam.

3. Kita sedang berhadapan dengan masyarakat yang cetek pengetahuan terhadap Islam. Mereka tidak tahu perbezaan diantara Islam dan perbandingan dengan ideologi asing seperti sekularisme, kapitalisme, sosialisme, komunisme dan seumpamanya.. Oleh itu golongan islam hendaklah mempunyai sakhsiah yang kuat, yang membezakan mereka dengan parti-parti lain dan perlu diberi kefahaman tentang perbezaan antara Islam dengan ideologi lain. Jika tidak maka tahalluf dengan kumpulan bukan Islam akan memberi kesan negatif.

4. Persefahaman dengan kumpulan bukan Islam tidak berpanjangan, samada mereka akan menerima Islam atau pertarungan akan berlaku juga akhirnya. Oleh itu hendaklah membuat ikatan-ikatan yang longgar yang tidak membelenggukan kita dan kepentingan prinsip perjuangan kemudian nanti.

5. Kenyataan lisan dan senario semasa yang perlu dihadapi dengan tegas agar tidak menjejaskan prinsip kerana kumpulan lain pasti cuba menyatakan prinsip berdasarkan selera tersendiri seperti PKN dengan demokrasi ala UMNO, DAP dengan Malaysian Malaysia dan PRM dengan Sosialisme (Kesaksamaan).

6. Berwaspada apabila berhadapan dengan tipudaya mereka (jika ada) dengan bergantung harap sepenuhnya kepada Allah dan kebijaksanaan kurniaNya.


Penutup

Tahalluf boleh dilakukan dalam konteks untuk menguasai negara secara menyeluruh dan secara khusus menghadapi isu atau situasi yang khusus dengan memenuhi syarat dan nas yang diizinkan syarak.

Apabila adanya golongan samada Islam atau fasik atau munafik atau musyrik mengemukakan perkara yang dihormati oleh Islam atau benar menurut dasar dan perlaksanaannya atau diharuskan dan membawa maslahah yang nyata, maka hendaklah diterima dengan syarat tidak ada dalam perlaksanaannya perkara yang boleh menjejaskan jamaah atau hak dan cara yang tidak diizinkan oleh syarak.

26 Mei 2009

Alhamdulillah semua telah di bebaskan !!!

Nizar Zambry : Semua Tahanan Telah Dibebaskan - Greenboc

Kesemua 14 orang yang ditahan termasuk tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri dan seorang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang ditangkap pagi tadi berhubung tindakan memfailkan saman terhadap "Menteri Besar Mahkamah", Dr Zambry Abd Kadir atas tindakan beliau memecat ketua-ketua kampung lantikan Pakatan Rakyat telah dibebaskan daripada IPK Ipoh sebentar tadi.
Mereka yang dibebaskan termasuk Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran, ADUN Teja, Chan Lih Kang, ADUN Menglembu, Lim Phek Her, ADUN Jalong, Leong Mee Ming, ADUN Pasir Pinji Thomas Su dan ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai, ADUN Tronoh V. Sivakumar dan ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh.
Turut menyambut mereka di luar IPK Ipoh termasuk Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat negeri.Dalam sidang akhbar yang diadakan di luar kawasan IPK, Nizar berkata perjuangan rakyat untuk menuntut keadilan berhubung pemecatan ketua-ketua kampung dan puasa sunat serta mogok lapar akan tetap diteruskan walaupun Barisan Nasional menyalahgunakan institusi polis untuk menekan dan menindas rakyat.

"Kami akan teruskan program puasa sunat dan mogak lapar sehingga hari Khamis. Perjuangan untuk rakyat menetang kezaliman tetap diteruskan," kata beliau kepada media.
Sementara itu 5 pekerja sebuah syarikat penyedia siaraya yang mendirikan kemah untuk program mogok lapar berkenaan masih ditahan. Mereka teridir dari dua rakyat tempatan dan 3 warga Burma.

Terkini !! MB buat lawatan ke sekolah di Kg Tawas, Ipoh

MB Nizar bersama rombongan sempat membuat lawatan ke Sekolah kanak-kanak "terencat akal" (down sindrom) di Kg tawas sebaik sahaja memfailkan saman di Mahkamah Tinggi sebentar tadi. Mengikut sumber MB telah menyampaikan sumbangan dari Pakatan Rakyat dan Kelab Penyokong PAS.

Di Wisma DAP - Polis masih berkawal dan belum lagi bersurai.

TERKINI !! MB Nizar failkan saman di mahkamah sebentar tadi

Mengikut sumber dari Ipoh..MB Nizar dan rombongan telah selesai memfailkan saman kepada Zambry di Mahkamah Tinggi sebentar tadi atas tindakan kerajaan Pimpinan Zamry memecat ketua kampung lantikan Kerajaan Pakatan Rakyat

TERKINI !!! SIVA JUGA TELAH DI TAHAN

Sebentar tadi Siva dan pengawal pribadi juga ditahan Adun lain yang di tahan ialah
ADUN Teja, YB. Chan Lih Kang, ADUN Menglembu,YB Lim Phek Her, ADUN Jalon, YB.Leong Mee Ming, ADUN Pasir Pinji, YB.Thomas SU dan ADUN Simpang Pulai, YB.Chang MIng dan sekurang-kurangnya 3 orang awam lain baru sahaja ditangkap polis sebentar tadi.

TERKINI !! dari Wisma DAP

Dato Ngeh sedang berucap " kesal dengan Malaysia semacam Negara Polis

DS.Nizar berucap merasmikan Program Puasa dan Mogok Lapar


Dr.Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng juga berucap dengan merasa kesal atas slogan Malaysia Boleh, dalam keadaan kita tidak boleh melakukan sesuatu termasuk Mogok Lapar"
Sementara diluar Wisma kereta Polis bersusun dan sebahagian anggota Polis menawan khemah yang pasang petugas
Sekarang ini sedang berlangsung Majlis Perasmian Program Puasa Sunat dan Mogok Lapar yang diadakan di dalam Wisma DAP dengan dipengerusikan oleh ADUN Canning, YB Wong Kar Woh.
Majlis dimulai oleh taklimat ringkas Pengerusi yang mengesahkan 5 orang ditangkap pagi tadi, sebuah belon besar untuk pelancaran turut dirampas oleh polis.

Banyak lagi ranjau di depan Zambry..!!!

Masih banyak Ranjau Dihadapan Zambry
Posted on Saturday, May 23 @ 00:18:34 PDT by TokPenghulu Oleh: SunanHayat

"Walaupun Zambry baru shj memenangi kesnya di Mahkamah Rayuan, tetapi ia tidak dianggap sebagai "panadol" yang boleh menghilangkan migrin bagi memerintah Perak dengan tenang dan selesa..Maruah bukanlah sesuatu yang penting bagi seseorang UMNO/BN, kerana dunia politik mereka sememangnya berlumpur dengan segala jenis kehinaan.. Jangan pula hairan melihat ramai manusia di"silapmata"kan dengan melihat kehinaan itu sebagai sesuatu yang amat menarik., kerana 1500 tahun dahulu Nabi pernah berpesan bahawa ALLAH melihat dunia seperti bangkai., tetapi bangkai itulah yg dihurungi manusia berhati lalat, hering, dan buaya..
Dihadapan Zambry masih ada lagi Mahkamah Persekutuan yang akan terus menyegarkan memori melayu yang mudah lupa.. Semakin lama kes ini berlarutan, maka semakin peritlah UMNO/BN mendepani PRU-13..
Dihadapan Zambry juga bercerakah duri dan kaca yang ditabur oleh Siva.. Apakah masih ada lagi hakim2 seberani Abd Aziz itu.. Yang pasti kes-kes sakaan Siva ini bakal menghantui Zambry siang & malam..
Zambry juga berhadapan dengan kes Sidang DUN bawah pokok yang menanti perbicaraan tentang kesahannya.. Kesan dari Sidang DUN bawah pokok itu juga amat besar.. Ia bakal menentukan kesahan hukuman Jawatankuasa Hak & Kebebasan DUN terhadap Zambry, exco2nya, dan 3 ekor virus H1N1 yg hina itu..
Walauapapun, selagi UMNO/BN berkeras memilih mahkamah sebagai wacana perjuangan hina mereka.., maka selama itulah kuasa dan RM tidak akan memberi ketenangan dan kebahagian kepada mereka.. Kebahagiaan akhirat..?.?.. Faham2 sendiri lah.."

25 Mei 2009

Ahli gerakan Islam perlu tahu uslub dakwah

Ustaz Zainudin Hashim Fri May 22, 09 11:26:08 am MYT

Perbincangan ini adalah mengenai keperluan anggota-anggota jemaah mengetahui selok-belok kaedah yang berkesan bagi menyampaikan mesej dakwah, sama ada di kalangan saudara-saudara seagama, ataupun kepada mereka yang bukan Islam. Ia lebih dikenali dalam konteks dakwah sebagai 'uslub dakwah' atau gaya, pendekatan, cara, kaedah dan sebagainya.

Ini penting kerana dengan memelihara uslub ini akan lebih menceriakan arena dakwah, kerana ia lebih memfokuskan kepada golongan sasaran, serta menentukan sama ada dakwah yang dijalankan itu benar-benar menepati acuan, kaedah atau sebaliknya matlamat jangka panjang dan pendek, ia bergantung kepada sejauhmana penerapan itu dibuat.
Menurut golongan para pendakwah atau daie, kejayaan atau keberkesanan dakwah yang dilakukan oleh pendakwah, ada kaitan dengan pengamalan seseorang pendakwah yang tersirat dalam ciri-ciri yang disebutkan sebelum ini.

Antara lain ketaatan kepada pemimpin, menjaga kerahsiaan, memperkasa diri dengan amalan-amalan Islam seperti memberi perhatian kepada pengukuhan ilmu-ilmu alat, membudayakan pembacaan al-Quran, memastikan isteri dan anak perempuan menutup aurat, mewajibkan perkara sunat untuk diri sendiri, tidak melaga-lagakan pemimpin, menjaga solat berjemaah, memimpin pertubuhan, mampu kendali majlis keramaian atau usrah, menepati janji dan tidak merokok.

Pada masa yang sama juga, pendakwah khususnya di kalangan anggota gerakan Islam meletakkan perkara-perkara berikut sebagai asas kepada uslub dakwah:

1. Berhikmah:
iaitu meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya, ia disaring daripada firman Allah SWT menerusi ayat 125 urah an-Nahl yang bermaksud:

"Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik."

Hikmah yang dimaksudkan dalam ayat di atas mengandungi pelbagai tujuan yang boleh diselaraskan kepada uslub dakwah, antaranya:

a) Menghormati kotak pemikiran golongan sasaran,
maknanya pendakwah perlu melihat tahap mentaliti mereka sebelum menyampaikan sesuatu idea, ditakuti jika tidak sampai apa yang diutarakan, berkemungkinan besar akan menjadi sia-sia, kerana baginda Rasulullah s.a.w. ada menegaskan bahawa: "Bercakaplah kepada orang ramai menurut tahap cara berfikir mereka."

b) Menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami dengan mengelak bahasa bunga yang merumitkan golongan sasaran atau menggunakan bahasa secara berterus-terang hingga dapat digarap dengan mudah.

c) Memilih waktu yang sesuai untuk bercakap pada perkara berhubung Islam atau dakwah, ia disandarkan kepada satu peristiwa yang pernah terjadi pada Abdullah bin Mas'ud (sahabat Nabi), di mana beliau sering bercakap tentang Islam pada setiap hari Khamis, salah seorang pendengar setianya bertnya, alangkah bagusnya jika engkau dapat bercakap tentang Islam setiap hari wahai Ibnu Mas'ud, beliau menjawab;

aku tidak mahu berbuat demikian bimbang ia akan membosankan kamu semua, aku berbuat demikian sebagai meneladani apa yang pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. ke atas kami.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

d) Mengehadkan masa ketika bercakap
iaitu pendakwah tidak meleret-leret ketika menyampaikan pandangannya tentang sesuatu topik, kerana boleh jadi yang mendengarnya seorang yang sakit, orang tua atau yang mempunyai keperluan lain, lebih-lebih lagi ketika menyampaikan khutbah para jemaah tidak boleh balik awal sebelum solat dilaksanakan dan sebagainya, Rasulullah s.a.w. bila berkhutbah menggunakan pendekatan yang sederhana dan segera agar tidak menyebabkan jemaah lama menunggu.

2. Nasihat yang baik:
Iaitu satu nasihat atau peringatan yang boleh melunakkan hati-hati manusia yang keras dengan amalan ahli dunia yang lupakan akhirat khususnya pada hari ini, di mana ramai manusia yang lebih cenderung kepada aspek sukan dan hiburan keterlaluan hingga boleh meninggalkan tugas utama sebagai Muslim/Muslimah iaitu solat fardu lima waktu, begitu juga pendakwah adalah disaran untuk memperbanyak mengingatkan manusia tentang dosa, pahala, syurga, neraka, balasan baik dan buruk. Ia adalah bertujuan untuk mencairkan manusia.

Pendakwah atau daie perlu memelihara perkara berikut:

* Ringkas yang berkesan dan tidak menjemukan penyampaian.
* Menghimpunkan antara perkara baik dan buruk untuk difikirkan.
* Memperbaykan sebutan mengenai nikmat Allah ke atas manusia.
* Menyediakan jalan untuk menuju kesempurnaan dalam hidup di dunia dan akhirat.


3. Berbahas dengan cara yang baik:
Berbahas adalah salah satu wasilah atau pendekatan dalam menyampaikan sesuatu hujah, adakalanya ia bersifat mulia dan pada ketika yang lain pula bersifat buruk, ia bergantung kepada sejauh mana cara berbahas tanpa mengikut aliran emosi, berbahas dengan cara mulia ada disebut dalam ayat di atas, surah an-Nahl 125 maksudnya:

"Berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik."

Ada pun berbahas yang cenderung kepada sifat tercela disebut Allah dalam surah al-Haj ayat 8 maksudnya:

"Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran."

4. Berbahas dengan cara yang mulia berdasarkan elemen terbaik yang digunakan oleh pendakwah, iaitu mengemukakan hujah mudah tetapi benar yang boleh membuka minda manusia seperti yang ditegaskan Allah mengenai kisah Nabi Ibrahim a.s. yang berdialog dengan kaumnya, di mana kisah itu dipaparkan menerusi ayat 258 surah al-Baqarah maksudnya:

"Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah yang menghidupkan dan yang mematikan," ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?" maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim."

Pendakwah boleh juga mengambil inisiatif dengan menggunakan pendekatan al-Quran bagi menguatkan hujahnya ketika berbahas atau berdialog dengan golongan sasaran, apatah lagi mereka yang agak degil dan keras kepala.

Ayat 35-37 surah at-Tur boleh dijadikan modal berdakwah, firman Allah maksudnya:

"(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri? (35). Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (sudah tentu tidak!) bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya). (36) Adakah pada tangan mereka perbendaharaan Tuhanmu (sehingga mereka boleh memberi atau menahan sesuatu nikmat atau pangkat), atau merekalah yang berkuasa mentadbirkan segala-galanya?(37)"

Pendekatan dakwah melalui kisah teladan dalam al-Quran atau pada Sirah Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya kisah-kisah benar yang dipaparkan dalam al-Quran sebenarnya mampu menarik minat golongan sasaran kepada Islam, kerana ia bukanlah kisah dongengan, tetapi kisah benar yang dikisahkan Allah Yang Maha Benar untuk menjadi bahan renungan, kesedaran dan membuka minda untuk berubah.

Sebagai contoh kisah yang dipaparkan melalui ayat 259 surah al-Baqarah yang bermaksud:

"Atau (tidakkah engkau rasa pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)?" Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama 100 tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Dia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari." Allah berfirman: "(tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama 100 tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging" Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: "Sekarang aku mengetahuiNya (dengan yakin), Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Kesimpulan daripada ayat di atas, bahawa Allah SWT menganjurkan kepada manusia untuk melancong (bukan tujuan maksiat) bagi melihat kebesaran Allah SWT, penting untuk memikirkan pada bahan-bahan ciptaan Allah di muka bumi, menentukan aspek kematian dan kebangkitan yang pasti berlaku, penjelasan mengenai tempoh mati dan hidup tidak boleh dikiaskan dengan kehidupan di dunia, membuktikan kekuasaan Allah dalam melakukan apa sahaja walaupun tidak dapat diterima oleh akal fikiran manusia yang terbatas.

5. Menggunakan teknik soal jawab ketika berdakwah:
Penggunaan teknik soal jawab dalam berdakwah, dianggap sebagai satu cara terbaik, kerana ia disandarkan kepada cerita dalam al-Quran, di mana Allah SWT bertanya kepada manusia dalam banyak yang bersifat soalan yang perlu dijawab oleh manusia, antara ayat-ayat berkenaan ialah:

* Ayat 1-3 surah al-Ma'un: "Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? (1). Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, (2) Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.(3)"

* Surah al-Fil: "Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1) Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2) Dan ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan,(3) Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, (4) Lalu ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.(5)"

6. Membawa contoh-contoh perumpamaan atau bidalan ketika berdakwah:
Penguasaan tentang ayat-ayat al-Quran menjadi keutamaan kepada pendakwah, justeru mereka boleh menggunakan ayat-ayat bersifat perumpamaan seperti yang disebut oleh al-Quran menerusi ayat 261 surah al-Baqarah:

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."

Kesimpulannya, apabila uslub dakwah yang disyorkan di atas dapat direnungi bersama oleh mereka yang bergelar pendakwah, khususnya yang menjadi anggota gerakan Islam, insya-Allah ia akan menjadi satu pendekatan yang mampu mencairkan manusia yang cemderung kepada kebenaran Islam. Selamat Mencuba. - lanh

5 strategi kemenangan !!!

Oleh
Ustaz Nasrudin TantawiTimbalan Ketua Pemuda Pas Pusat

Kemenangan yang diburu tidak mudah untuk dicapai , namun kita tidak boleh putus asa . Kerja kuat dan gigih berusaha adalah ikhtiar yang dituntut sebelum kemenangan dikurniakan oleh Allah swt .
Sebegai sebuah Gerakan Islam , sekurang – kurangnya kita mempunyai 5 strategi utama untuk memastikan kemenangan kekal menjadi milik kita .

1. Taqwa. [ taat ]
Saidina Umar al Khattab Rha pernah mengutuskan surat wasiat kepada Komander Tentera Islam di Iraq iaitu Saad bin Abi Waqqas Rha :

( فإني آمرك ومن معك من الأجناد، بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العدة مع العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة

Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa kepada Allah swt dalam apa jua keadaan . Sesungguhnya Taqwa adalah sebaik – baik persediaan dan strategi yang paling kuat di dalam peperangan .
Aku perintahkan engkau dan siapa jua yang bersamamu bahawa kamu mestilah benar – benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus dikalangan kamu jua dari musuh – musuh kamu . Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih ditakuti ke atas mereka berbanding musuh – musuh mereka .

Sesungguhnya orang – orang Islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada Allah swt . Jika tidak demikian , tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka . Kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah bilangan mereka dan persediaan material kita jua tidak lah sama berbanding persediaan material yang mereka miliki .
Andai kita juga turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan hebat daripada kita .

Saidina Umar al Khattab .
Berasaskan wasiat Saidina Umar al farouk , petugas parti mestilah memberi perhatian serius agar tiada dikalangan kita terjebak atau terjerumus dalam kancah maksiat dan mungkar . Sebaliknya bertaqwa kepada Allah swt . Melaksanakan apa yang diperintah dan tinggalkan apa yang dilarang oleh Allah swt .

Maksiat dan mungkar menjadi penghalang utama kemenangan dan kalaupun menang , kita bimbang ia hanyalah kemenangan yang rapuh dan menjadi istidraj [ pemberian -kemenangan - yang tidak diredhai oleh Allah swt ]

Semua petugas parti [ pemimpin mahupun ahli biasa ] sewajarnya mempertingkatkan hubungan dengan Allah swt dan senantiasa meletakkan diri dalam situasi beribadah kepada Allah swt. Maksud saya , pastikan apa jua kerja dan tugas yang kita lakukan adalah kerana Allah swt dan ia menjadi ibadah yang soleh walau hanya menampal poster dan memasang bendera .

2 . Juhud [ gigih dan bersungguh - sungguh ]
Biarpun kita telah menang di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dan kita harapkan kejayaan hatrik di Bukit Gantang , tetapi kita tidak boleh leka dan over confident . Kerana kemenangan kita sebelumnya di Permatang Pauh , Kuala Terengganu atau lainnya dalam pilihanraya yang pernah kita hadapi , semuanya didahului dengan kerja kuat dan gigih . Tanpa kerja kuat kita tidak akan berjaya . Ini realitinya !

Tiada kemenangan yang boleh dicapai hanya dengan menggosok lampu ajaib aladin . Malah lampu itu pun tiada ditangan kita , apatah lagi aladin tidak wujud dikalangan kita .
Ikhtiar adalah satu kewajipan dan kesungguhan adalah satu tuntutan . Jangan ada mereka yang hanya berpeluk tubuh dan membatu diri menyaksi keperluan yang perlu diselesai dan disempurnakan . Lebih malang kalau hanya banyak cakap , komplen sana sini dan memperhabiskan biskut kopi di markaz sahaja .
Saya percaya , jika kita bersungguh – sungguh kita akan menang .

من جد وجد

3. Tawakkal . [ bergantung kepada Allah swt ]
Jangan putus harap kepada Allah swt biarpun kita menghadapi kesukaran dalam perjuangan ini . Sekalipun cabaran yang kita hadapi serta tekanan yang kita alami terlalu getir dan berat , setelah kita kerahkan segala upaya yang kita miliki , kita mesti yakin dan sandarkan keputusannya kepada Allah swt .

Setelah gigih berdakwah berhadapan dengan 1001 ragam manusia jahiliyyah , Nabi saw pernah bersabda [ berdoa ] :

اللهم قد بلغت فاشهد

– Ya Allah ! sesungguhnya telah aku sampaikan [ kebenaran ini ] maka saksikanlah ! -

4. Munazzamah [ sistematik ]
Jangan bekerja atau bertugas secara rawak atau rambang . Sebaliknya bertindak secara terancang dan berpandukan arahan serta peraturan yang telah ditetapkan oleh parti . Setiap tindakan mestilah melalui syura samaada di peringkat UPU , MTD , Kawasan , Negeri atau Pusat .

Sekalipun kita membawa kebenaran , namun tanpa rencana dan strategi yang terancang pasti sahaja kita boleh tewas .
Inilah yang telah dipertegaskan oleh Saidina Ali Karramallahuwajhah .

الحق بدون النظام يغلبه الباطل بالنظام

Kebenaran yang diperjuangan tanpa sistematikanya akan dikalahkan oleh kebathilan yang diurus secara sistematik .
Aktiviti dan gerakkerja dalam tempoh yang terhad dan kemampuan kewangan yang terbatas ini mestilah di pastikan bahawa kita tidak membazir masa dan tenaga dengan aktiviti yang tidak menepati sasaran atau gerakkerja yang tidak membawa pulangan besar kepada perjuangan .

5. Istiaanah bissobri was solah . [ mohon pertolongan dengan sabar dan doa ]
Kemenangan yang kita dambakan ini adalah daripada Allah swt , justeru itu kepadaNya kita wajib memohon kemenangan ini . Allah swt mengajar kita agar memohon pertolongan dengan sabar dan solat .

Sabar
Sabar adalah kunci kejayaan dan kemenangan . Tapi ramai yang salah faham dengan menganggap sabar sebagai kalah dan penakut . Bukankah kita mahu Allah bersama kita dalam perjuangan ini ? maka Allah swt telah berfirman :

إن الله مع الصابرين

– Sesungguhnya Allah bersama dengan orang – orang yang sabar .

Sabar dalam tindakan agar tidak gopoh dan melencong dari matlamat asal perjuangan kita .
Sabar dalam gerakkerja dan tugas . Jangan merungut dan mempersoalkan arahan .
Sabar , agar diri tidak terpengaruh dengan provokasi musuh
Sabar dari panahan fitnah perjuangan yang mungkin dari godaan manusia dan harta
Sabar , moga tidak terlalu excited dengan sorakan ramai dan laungan penyokong yang ramai
Sabar dari terjebak dan terjerumus ke dalam lembah maksiat dan mungkarSabar menerima arahan pimpinan biarpun berat dan sukar untuk dilaksanakan
Sabar dengan karenah ahli yang pelbagai ragam
Sabar jua dengan karenah pimpinan
Sabar untuk bertahan dengan akhlak mulia sekalipun berdepan dengan penghinaan musuh
dan 1001 keadaan yang memerlukan kita sabar .

Namun bukanlah makna sabar sehingga membenarkan musuh memijak kepala kita . Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

Wahai manusia ! Jangan sekali – kali kamu bercita – cita mencari musuh sebaliknya mohonlah kesejahteraan daripada Allah swt . Andai bertemu jua dengan musuh , bersabarlah ! Namun begitu , ketahuilah bahawa sesungguhnya syurga itu berada di bawah kilatan mata pedang .

Solat
Membawa maksud munajat dengan memanjatkan doa kepada Allah swt agar Allah memberikan kekuatan kepada kita serta kemenangan yang telah dijanjikan . Serentak itu , agar Allah mengurniakan petunjukNya kepada rakyat atau pengundi dan melembutkan hati mereka untuk menerima mesej perjuangan kita .

Siang kita mengurus organisasi , mengatur strategi dan menggerakkan jentera serta material bagi memburu kemenangan , manakala sebelah malamnya pula kita bersimpuh mengadap Allah penuh khusyu’ memohon petunjuk dan kekuatan diri serta memohon nusrah dan maunah buat perjuangan suci ini .

Selamat berjuang . Semoga berjaya mencipta hatrik !!

PAS tetap laksanakan ' Kepimpinan Ulama"

Ditulis oleh Harakahdaily

Saturday, 16 May 2009

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Majlis Syura Ulama PAS menyerahkan kebijaksanaan pewakilan dalam muktamar nanti untuk membuat pilihan memilih pucuk pimpinan yang bersesuaian dengan keputusan Muktamar pada Oktober 1982.
Muktamar 1982 itu telah memutuskan dengan jelas dan nyata bahawa PAS melaksanakan dasar kepimpinan ulama dalam menerajui PAS.
Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat pada 10 Mei lalu yang dihadiri seluruh ahli syura memperincikan keluhan dan rasa tidak puas hati sama ada melalui akhbar atau 'blog'.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din berkata, keputusan muktamar itu telah digunapakai tanpa sebarang masalah dan dihayati dengan teguh dan patuh.
Maka ketika itu Presiden PAS ialah seorang ulama, iaitu Almarhum Yusuf Rawa dan timbalannya pula adalah Almarhum Dato' Fadhil Noor.
Jelasnya, apabila Fadhil Noor ditabalkan menjadi Presiden pula maka Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi menjadi timbalannya.
"Manakala selepas Hadi naik menjadi peneraju utama maka Ustaz Hassan Shukri pula menjadi timbalannya dan kemudian bertukar kepada Ustaz Nasaruddin Mat Isa hingga sekarang.
"Itulah mantapnya kepimpinan ulama yang diterima pakai hingga sekarang," tegas Haron Din ketika dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.
Beliau juga yakin seluruh ahli PAS memahami prinsip itu dan tidak ada kegusaran kerana mereka akur kepada muktamar.
Jelasnya, selagi muktamar tidak ubah keputusannya maka selama itulah PAS akan terus diterajui kepimpinan ulama.
Bagaimanapun, beliau kesal dengan propaganda oleh media arus perdana yang memainkan isu dalaman PAS dan melaga-lagakan antara ulama dengan profesional.
Katanya, laporan media kerajaan seolah-olah menggambarkan ada pergolakan dalaman PAS dengan merebut jawatan yang dilihat sebagai suatu kurang sihat.
"Mungkin mereka (media) terpengaruh dengan politik Umno yang telah begitu parah dalam persaingan merebut jawatan.
"Maka akhbar yang dipunyai Umno ini seolah-olah sengaja untuk menggambarkan kemelut politik yang ada dalam PAS, sehingga sebahagian pimpinan PAS yang terheret ke dalam kencah itu lalu membuat komen seperti ada pertarungan dalaman merebut jawatan," jelas beliau.
Tambah Haron, modal asas media arus perdana ini adalah pertembungan antara ulama dengan profesional.
Mengulas Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang akan memantau pemilihan PAS, Haron berkata badan itu perlu bukti yang kukuh jika benar ada unsur-unsur rasuah.
Apa yang membimbangkan kata beliau, 'penyakit' rasuah dalam Umno cuba hendak dipalitkan ke dalam PAS.
"Keadaan ini seolah-olah hendak menggambarkan bukan sahaja Umno berpolitik wang malah PAS pun sedemikian," katanya.
Justeru, tegas beliau selagi tidak ada bukti nyata yang dapat diketengahkan perkara ini PAS menganggap unsur itu tidak wujud.

Dakwah Non Muslim !

DAKWAH NON-MUSLIM - MASALAH DAN STRATEGI

1.0 Pengenalan

Dakwah Islamiah kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia adalah suatu amal yang penting untuk dilaksanakan oleh pendakwah. Menyampaikan risalah Islam kepada manusia sejagat merupakan tanggungjawab setiap Muslim baik saudara baru mahupun di sebaliknya seperti yang ditunjukkan oleh sunnah baginda Rasulullah s.a.w. Baginda diutuskan untuk alam sejagat sebagai suatu rahmat dan menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat bukan Islam adalah bertepatan dengan tuntutun menyebarkan rahmat Allah itu. Ia juga berperanan menyumbang kepada keharmonian negara dalam jangka panjang di samping mewujudkan masyarakat bersatupadu yang mampu mempertahankan negara kita.

2.0 Masalah Dakwah Non-Muslim

Peristiwa pengislaman bangsa Monggol yang pernah menakluki empayar Islam dalam tahun-tahun 600H boleh dijadikan renungan bagi semua yang berminat dalam dakwah kepada non-Muslim. Bangsa Monggol yang bengis dan kejam telah memusnahkan sebahagian besar tamaddun Islam serta membunuh beratus ribu orang Islam telah berjaya diIslamkan oleh pendakwah Islam. Dakwah kepada non-Muslim tidak pernah menghadapi cabaran yang begitu besar selepas zaman Rasulullah s.a.w. seperti yang dihadapi semasa penaklukan Monggol itu.

Abul Hasan Ali Nadwi dalam bukunya "Islam and the World" (ms102) telah mencatatkan peristiwa ini dengan katanya mengenai kedudukan orang Islam ketika itu: "They were powerless. Now, when all seemed lost, the spiritual power of Islam brought itself to the fore to accomplish a wonderful miracle of conquest. A few unknown and sincere uslim preachers and courtiers commenced the workd of the propagation of Islam among the ruling circles of the Tartars and its magic did the rest. The conquerors of the Muslims became the captives of Islam."
Tanggungjawab dan tugas dakwah kepada Non-Muslim bukanlah suatu usaha yang baru tetapi iainya mempunyai sejarah yang lama. Masalahyang dihadapi dalam usaha ini boleh dilihat dari segi makro dan dari segi mikronya.

2.1 Masalah Makro

Masalah makro adalah masalah yang disebabkan oleh kedudukan umat secara umum yang menjadi penghalang dan penyebab negatif dalam dakwah kepada non-Muslim.

2.1.1. Prejudis

Islam sebaga satu cara hidup yang mempunyai nilai=nilai yang tinggi tidak begitu difahami dan kurang dapat disaksikan oleh masyarakat bukan Islam amnya baik di Malaysia mahupun di Barat. Media umumnya dan media Barat khususnya amat prejudis dan sering memberikan gambaran buruk dan negatif terhadap dikaitkan secara sedar atau tidak dengan Islam. Ungkapan 'fundamentalist,' extremist', 'terrorist,' dan 'conservative' atau kolot sering dikaitkan dengan Islam. Umat Islam digambarkan sebagai mundur dan jahil dan Islam dipamerkan sebagai ketinggalan zaman dan tidak relevan.
Gambaran negatif oleh media Barat begini merupakan penerusan dari semangat peperang salib dan juga usaha pergerakan zionis yang terus memerangi Islam dan umat Islam. Dakwah kepada non-Muslim menerima padah dari angkara media yang tidak saksama ini.

2.1.2. Keadaan Ummah

Umat Islam umumnya pada hari ini berada dalam keadaan yang mundur dan lemah dalam pandangan mata dunia. Kebanyakan negara Islam digolongkan dalam "dunia ketiga" yang merupakan gelaran bagi negara yang mundur. Negara Islam amat bergantung kepada negara Barat dalam banyak perkara seperti kemajuan sains dan teknologi, kekuatan ketenteraan, dan sebagainya. Masyarakat non-Muslim tidak dapat melihat keagongan dan kebaikan Islam sebagai suatu cara hidup. Hakikat "khaira ummah" seperti yang dijanjikan oleh al-Quran tidak dapat dizahirkan. Dakwah Islamiah tidak mendapat galakan dari keadaan umat Islam hari ini.

2.1.3. Masyarakat dan Negara Islam

Contoh suatu masyarakat dan negara yang menjalankan Islam sebagai satu cara hidup tidak dilihat oleh non-Muslim pada hari ini. Apa yang diutarakan oleh Islam dalam pelaksanaan sistem politik, ekonomi, sosial dan kekeluargaan tinggal konsep sahaja kepada mereka. Penyelesaian yang dijanjikan oleh Islam belum dilihat dan masih teori yang belum diuji. Persoalan begini malah membingungkan setengah orang Islam sendiri, apatah lagi non-Muslim umumnya.

2.2 Masalah Mikro

Masalah mikro pula adalah masalah yang disebabkan oleh kedudukan atau waqi' individu Muslim yang menjadi penghalang dan penyebab negatif dalam dakwah kepada non-Muslim.

2.2.1 Kejahilan

Kejahilan dalam umat yang wujud dalam individu Muslim serta berbagai permasalahan yang disebabkan oleh kejahilan itu merupakan penghalang utama dalam dakwah kepada non-Muslim. Kejahilan berlaku dalam kehidupan seharian seorang Muslim kerana tidak mempunyai ilmu dan kefahaman Islam ayng basic.
Seseorang yang menunaikan haji umpamanya akan melihat penzahiran kejahilan yang amat malang ini. Kita boleh mengambil iktibar dari keadaan umat Islam di beberapa tempat seperti di Kosova, Albania, Rusia mahupun Kemboja dan seumpamanya di mana umat Islam hanya tinggal nama dan jahil dalam amalan Islam. Individu muslim yang tidak beramal dengan Islam dari segi ibadat dam muamalatnya, dari segi aqidah dan akhlaqnya akan menjadi penghalang kepada dakwah umumnya dan dakwah kepada non-Muslim khususnya.

2.2.2. Kesedaran Dakwah

Individu Muslim yang tidak memainkan peranan dakwah tidak dapat membantu usaha dakwah kepada non-muslim. Ramai Muslim tidak menyedari bahawa tanggungjawab menyampaikan Islam walaupun sepotong ayat adalah tanggungjawab setiap individu Muslim. Ianya merupakan tugas utama para Rasul dan gelaran 'rasul' atau 'messenger' itu memberikan gambaran jelas terhadap peranan utama utusan Allah dari Adam as sehingga muhammad saw. Mengikut contoh baginda Rasulullah saw dengan sebaiknya adalah contoh baginda saw sebagai saw sebagai penyampai risalah ilahi yang merupakan penyampaian rahmat ke seluruh alam - rahmatan lil-alamin.

2.2.3 Penyelarasan dan Kerjasama

Usaha dakwah yang serous perlukan penyelarasan dan kerjasama dari pihak yang berkuasa. Sokongan moral dan material merupakan penggalak kepada usaha dakwah seperti yang telah sekian lama dilaksanakan oleh diayah Nasrani di seluruh dunia sejak zaman penjajahan lagi. Penyelarasan boleh mengurangkan pertindihan kerja dan memastikan kesamaan dalam menangani isu-isu yang berkaitan. Keutamaan atau aulawiyah dalam menjalankan usaha dakah kepada non-Muslim boleh ditentukan dan disepakati dan perselisihan terutamanya dalam perkara-perkara furu' yang berkaitan dengan fiqah boleh dihindarkan.

3.0 Strategi

Strategi dkawah kepada non-Muslim boleh diolah setelah mengenalpasti masalah yang dihadapi. Perincian terhadap strategi dari segi jangka panjang dan jangka pendek boleh digariskan jika perlu.

3.1 Mengatasi Permasalahan Makro

Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi permasalahan yang berbentuk makro boleh dikira jangka panjang kerana memerlukan masa dan keupayaan yang melibatkan umat secara seluruhnya.

3.1.1. Prejudis Media

Rangkaian media Islam perlu diwujudkan. Dalam era ICT ini kemudahan media internet boleh dimanfaat dengan segera bagi mengatasi prejudis media conventionla. Sehingga hri ini usaha ke arah membentulkan kefahaman dan imej Islam belum mencapai tahap yang diperlukan walaupun kesedaran dan usaha awal dalam bidang ini ada. Merobohkan tembok yang menghalng kefahaman Islam yang sebenar merupakan strategi dakwah yang penting dalam dakwah kepada non-Muslim.
Di Malaysia, prejudis dan kekeliruan terhadap kesejagatan Islam telah membawa kepada anggapan bahawa Islam itu synonim dengan Melayu. Natijah yang natural dari prejudis sebegini ialah reaksi keluarga seseorang yang ingin memeluk Islam dengan menentang keras hasrat itu kerana menyangka mereka akan kehilangan anak atau saudara yang akan menjadi Melayu. Keadaan sosioekonomi dan politik negara kita seolah-olah memperkuatkan lagi kekeliruan kefahaman ini sehingga apa yang dilakukan oleh orang Melayu, baik orang biasa mahupun pemimpin, disangka berpunca dari ajaran Islam.
Kekaburan terhadap Islam hakiki menebalkan lagi prejudis masyarakat bukan Islam terhadap Islam.

3.1.2 Khaira Ummah

Umat Islam yang maju dan diamis bukanlah suatu yang mustahil. emikir dan penulis Barat seperti Huttington dalam bukunya "The Clas of Civillisations" telah meramalkna kebangkitan semual umat Islam dalam millenium baru ini. Penerimaan Islam oleh masyarakat Barat dan Amerika adalah satu kenyataan yang membimbangkan mereka. Ramai saintis dan teknologis Muslim sedang menyumbang kepada kemajuan hari ini melalui institusi-institusi di Eropah dan Amerika. Pakar-pakar perubatan Muslim memainkan peranan utama dalam perkembangan dan pengamalan perubatan di Barat. Oleh itu kebangkitan umat Islam di bawah identiti Islam bkanlah suatu impian semata-mata. Realiti "khaira ummah" boleh dicapai insya Allah.

3.2 Mengatasi Permasalahan Mikro

Strategi dalam mengatasi permasalahan mikro berkisar sekitar perkara-perkara yang berkaitan dengan pembinaan insan iaitu peningkatan kualiti individu Muslim dalam masyarakat. Dalam hal ini peranan individu Muslim dari kalangan saudara baru adalah penting.

3.2.1 Tarbiyah

Tarbiyah atau pendidikan Islam merupakan perkara yang asasi dalam pembinaan kualiti individu Muslim. Tarbiyah meningkatkan kefahaman Islam secara umum dan ilmu-ilmu Islam secara khusus. Individu yang berilmu dapat menyampaikan Islam secara natural dalam interaksi seharian melalui muamalat dan akhlaq Islam. Perkim telah mempopularkan "dakwah bil-hal" dalam konteks ini di mana dakwah Islam disampaikan melalui perbuatan dan amal yang dikehendaki Islam. Bagi melahirkan pendakwah atau dai', taribyah yang diperlukan adalah lebih serious dari tarbiyah bagi individu Muslim lain. Kemahiran dan ketrampilan yang diperlukan oleh pendakwah hendaklah diberi perhatian. Pengetahuan khusus seperti perbandingan agama, uslub dakwah kepada non-muslim, bahasa yang erkaitan seperti Inggeris, Mandarin dan Tamil adalah perlu. Sehubungan dengan ini memajami masyarakat yang menjadi sasaran dakwah merupakan pengetahuan yang penting bagi melaksanakan dakwah yang efektif.

3.2.2. Masyarakat Sasar Dakwah

Dakwah kepada non-Muslim perlu megambilkira kedudukan mereka dari segi iktiqad dan sosial. Setiap kumpulan sasar dakwah mempunyai ciri yang teretntu yang perlu difahami untuk keberkesanan dakwah. Oarng Cina di malaysia umpamanya dari segi iktiqad kebanyakan mereka adalah beragama tradisi Cina dan terdapat segolongan ang beragama Kristian. Agama tradisi orang Cina mengandungi kombinasi dan suatu campuran di antara agama asal oarng Cina, Taoisme, dengan Confucianisme dan Buddhisme beserta amalan kuno dalam menyembah orang tua yang telah meninggal (ancestor worhsip).
Bagi orang India pua, para pendakwah perlu mengetahui asas-asas Hinduisme dalam perbezaan dan persamaan dengan Islam. Begitu juga dengan asas persamaan dan pebezaan Kristianiti dalam mengajukan mesej dakwah Islam kepada orang Kristian yang terdiri dari Cina, India dan bumiputra Sabah dan Sarawak. Oleh itu perkara utama dalam menjalankan dakwah effektif terhadap masyarakat bukan Islam ialah memahami iktiqad dan kepercayaan mereka.
Dengan maklumat asasi agama anutan golongan sasar itu, pendakwah boleh menimbangkan pendekatan yang terbaik dalam dakwahnya. Selain dari permasalahan iktiqad ialah persoalan perwatakan sosial golongan sasar dakwah dari segi budaya dan adat resamnya. Bagi kaum cina umpamanya, pendakwah hendaklah memahami bahawa tamaddun orang cina merupakan tamaddun yang telah lama wujud dan mempunyai sejarah yang lebih lama dari sejrah Islam. Oleh yang demikian adalah tabii bagi masyarkat cina untuk merasakan ketinggian peradaban dan keunggulan kaumnyua dan tidak mudah melihat Islam sebagai alternatif yang munasabah secara spontan.
Perasaan intellektualisme ini diperkuatkan pula oleh kedudukan masyarakt Cina di Malaysia yang umumnya lebih baik kedudukan duniawinya dari masyarakat Islam. Oleh itu memahami topograpi intellektual dan minda sosial masyarakat yang menjadi sasar dakwah adalah penting untuk dakwah yang berkesan. Masyarakat Islam hendaklah dididik mengenai peranan mereka dalam dakwah secara umumnya dan dakwah kepada non-Muslim secara khususnya.

3.2.3 Sokongan dan Penyelarasan

Sokongan serius dari pihak yang berkuasa dalam berbagai perkara yang berkaitan dengan dakwah kepada non-Muslim adalah penting malah kritikal. Penglibatan secara langsung dari peribadi kepimpinan negara amat membantu seperti yang ditunjukkan oleh Tunku Perdana Menteri dahulu. Beliau dengan usaha dan perhatian peribadinya telah berjaya menyampaikan Islam kepada ramai pemimpin non-Muslim ketika itu.
Perhatian peribadi sebegini terbukti berkesan suatu masa dahulu dan perlu diusahakan agar dakwah kepada bukan Islam umumnya dapat diarus perdanakan. Sokongan moral dan material dari agensi-agensi kerajaan yang ada hubung terus dengan dakwah Islam adalah penting juga. Dasar kerajaan yang khusus terhadapa saudara baru dengan memberi perhatian khas dalam perkara-perkara yang munasabah dapat melonjakkan keberkesanan dakwah kepada non-muslim.
Di Jordan umpamanya masyarakat Islam Chechnya telah sekian lama diberi kerusi perwakilan khas dalm Parlimen dan pemimpin negara terutamanya Malik Hussein dahulu dilihat memberi perhatian terhadap kebajikan golongan tersebut.

4.0 Langkah-langkah Praktikal

Di samping orang Islam sendiri perlu menjadi lebih peka terhadap kepentingan dakwah sebagai tuntutan iman dengan mereka sendiri mengamalkan ajaran Islam, beberapa langkah praktikal dapat diambil. Diantarnya ialah:

4.1 Interaksi Sosial

Interaksi di antara orang Islam dan masyarakat sasar bagi dakwah Islam perlu ditingkatkan. Dalam hal ini peranan orang yang telah amsuk Islam dari kaum berkenaan adalah besar dan lebih berkesan. Pertemuan dan majlis-majlis seperti Majlis Hari Raya atau Kongsi Raya, Majlis Dialog, Majlis Muhibbah dan sebagainya boleh diadakan bagi tujuan penerangan dan penjalinan hubungan persaudaraan. Kegiatan 'outstreach' secara individu ataupun kumpulan boleh meningkatkan interaksi sosial yang dapat mengurangkan prejudis dan salah faham terhadap Islam, Masyarakat bukan Islam yang miskin dan lemah boleh diberi bantuan material melalui pelbagai cara seperti program anak angkat, keluarga angkat, sumbangan aidil fitri, sumbangan ehsan dan sebagainya. Dakwah 'bil hal' sebegini adalah effektif dalam menonjolkan kemurnian Islam dari ceramah dan syarahan yang berapi-api.

4.2. Badan dan Institusi Sasar

Majlis-majlis interaksi boleh diadakan dengan badan dan pertubuhan yang berpengaruh dalam masyarakat bukan Islam. Bagi masyarakat Cina pertubuhan seumpama adalah seperti Dewan Perniagaan Cina, Persatuan Kebajikan Cina mengikut sukunya seperti Persatuan Hokkien, Hainan, Kwantung, Hakka dan lain-lain. Selain dari itu persatuan dan institusi yang berkaitan degnan sekolah-sekolah Cina juga adalah badan-badan yang berpengaruh. Begitu juga keadaannya dengan masyarakat India dan orang Asli.

4.3 Bahan bacaan dan cetakan

Penulisan dan makalah serta buku-buku asas mengenai Islam dalam bahasa Inggeris, Cina dan India hendaklah diedarkan di kalangan masyarakta bukan Islam melalui skeolah-sekolah, rumah-rumah, hotel-hotel, hospital dan klinik, pejabat-pejabat kerajaan yang ada urusan kaunter, kaunter informasi kompleks membeli belah dan lain-lain yang seumpama. Dalam hubungan ini pengiklanan yang berunsurkan dakwah boleh dibaut dalam akhbar-akhbar Inggeris, Cina dan India. Mendapatkan ruang yang tertentu dalam akhbar Inggeris, Cina dan India bagi makalah-makalah Islam secara bersiri juga dapat diusahakan.

4.4 Media Internet

Di samping hubungan media tradis, penggunaan internet dan lama sarang bagi penyebaran Islam dalam bahasa yang berbagai terutamanya Cina dan India boleh digunakan. Walaupun secara menyeluruh lman web Islam dalam bahasa Inggeris masih kekurangan, ianya tidak menghalang dari usaha mewujudkan laman web islam dalam Mandarin dan Tamil.

4.5 Pertubuhan Islam

Saudara Baru Kewujudan pertubuhan sebegini perlu digalakkan bagi membetulkan kefahaman masyarakat bukan Islam tentang kedudukan Islam sebagai agama bagi semua manusia. Persatuan boleh menganjurkan majlis interaksi sosial dan majlis penerangan Islam. Sehubungan dengan ini khasnya bagi dakwah kepada masyarakat Cina, kewujudan masjid atau pusat islam yang mempunyai senibina ala Cina seperti yang tehadap di negeri China dapat menonjolkan kesejagatan Islam dengan berkesan. Khutbah dan majlis ceramah dalam bahasa Cina dan inggeris boleh diadakan dalam masjid ini. Khutbah sebegini boleh disiarkan melalui television ke seluruh negara.
Para pendakwah hendaklah bekerjasama dengan pertubuhan saudara baru yang berkenaan dalam menganjurkan program dan kegiatan di kalangan golongan sasar. Pengalaman berbagai pihak seperti Darul Arqam Singapura mendapati bahawa dakwah yang dijalankan oleh saudara baru sendiri adalan lebih berkesan apabila berhadapan dengan masyarakat bukan Islam.

4.6 Mengekalkan Budaya dan Adat yang sesuai dengan Islam

Masyarakat Islam dan pihak-pihak yang berkuasa perlu lebih toleransi dengan menerima budaya dan adat masyarakat bukan Islam yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. Di antaranya ialah mengekalkan penggunaan nama asal yang maknanya baik, masakan dan makanan Cina dan India yang halal, pakaian tradisi yang menutup aurat, dan dialek serta bahasa. Adanya 'kuih bulan' yang halal dalam pasaran boleh dianggap positif dalam merapatkan jurang budaya di antara orang Islam dan Cina.
Tradisi membawa 'tanglung' yang berkaitan dengan 'kuih bulan' boleh dimanfaatkan untuk dakwah. Sehubungan dengan ini kajian secara serius yang berbentuk ilmiah dan objektif perlu dibuat terhadap adat resam dan budaya, khususnya budaya Cina dan India, bagi memahami sejauh mana budaya dan adat resam tersebut tidak bercanggah dengan Islam.
Islam hendaklah ditonjolkan sebagai 'agama mesra' yang boleh menerima nilai-nilai murni dan baik dalam budaya dan adat semua kaum. Usaha biarlah ditumpukan kepada mencari persamaan di antara Islam dan bukan Islam dari membersar-besarkan perbezaan. Budaya hormat ibu bapa dan orang tua begitu ketara dalam masyarakat Cina dan India juga.

4.7 Wasilah yang innovatif

Masyarakat bukan Islam hendaklah didakwah dengan cara yang innovatif. Pendakwah hendaklah sentiasa memikirkan teknik dan cara baru dalam menyampaikan Islam. Umpamanya masyarakat bukan Islam didekati dengan menekankan bahawa penerimaan islam itu bukanlah satu perubahan baru tetapi adalah sebenarnya dalam keadaan fitrah. Kegiatan rekreasi melalui kumpulan nasyid Islam, riyadah, mendaki, pertandingan bola dan sebagainya boleh menarik minat remaja kepada Islam.
Menganjurkan kelas-kelas tution dan komputer munkin berkesan dalam keadaan tertentu. Dalam berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam penonjolan hendaklah diberi kepada hubungan persaudaraan dan kemanusiaan.

5.0 Penutup

Masalah Dakwah kepada non-Muslim yang dikemukakan merupakan sebahagian masalah utama sementara strategi yang disarankan adalah pendekatan penting dari pandangan penulis. Dakwah bukanlah tugas dan usaha yang remeh. Oleh kerananyalah para rasul diutuskan dan mereka yang memilih untul melaksanakan tugas dan usaha ini akan dan mereka yang memilih untuk melaksanakan tugas dan usaha ini akan diuji keikhlasan dan ketabahan mereka. Bagi yang berjaya Allah SWT menjanjikan ganjaran yang lumayan. _______________________________________________________________ Ir Dr Muhamad Faud Yeoh BSc(Hons), BA Syariah, MPhil, PhD dilahirkan di Bagan Datoh Perak adalah Timbalan Presiden Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan ahli Lembaga Pengarah Intitut Kefahaman Islam (IKIM). Beliau merupakan seorang Jurutera Perunding dan Peguam Syarie yang berdaftar di negeri Perak.

Matinya Demokrasi !!

Wan Nordin Wan Yaacob Sun May 24, 09 7:58:47 am MYT

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Rayuan yang memberi kemenangan 3-0 kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir pada 22 Mei lalu adalah satu keputusan yang telah diskripkan.

Demikian kata Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu semasa diminta mengulas keputusan kes rayuan Dr Zambry bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan Dato' Seri Ir NIzar Jamaluddin selaku MB yang sah.
Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Mohammad Nizar Jamaluddin.
Mengulas lanjut Mohamad Sabu berkata, keputusan yang telah diskripkan itu menandakan matinya demokrasi di negara ini.
"Keputusan ini sangat pelik kerana ia telah bocor dahulu, seluruh media BN telah menanti hanya untuk umumkan sahaja, satu lagi tanda sebelum keputusan dibuat ramai Adun dan pemimpin BN hadir, tak macam semasa keputusan di Mahkamah Tinggi,"ujarnya.
Meskipun begitu Mohamad Sabu masih mengharapkan akan berlakunya pembubaran Dun oleh pihak BN.
Dalam keputusannya, panel tiga hakim yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian pada 21 Mei sebulat suara menerima rayuan Zambry.
Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Dato' Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.
Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Dato' Md Raus Sharif, Dato' Zainun Ali dan Dato' Ahmad Maarop.
Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.
Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail - sebagai pencelah - turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi pemerhati bagi pihak BN. - mks. _

21 Mei 2009

UMNO Usahlah degil pertahan kubu rapuh di Perak !!!

Muhammad Yusri Amin Thu May 21, 09 5:16:43 pm MYT
KOTA BHARU, 21 Mei (Hrkh) - Umno tidak seharusnya terus berdegil mempertahan kubu yang rapuh di Perak, memandangkan kedudukan Barisan Nasional (BN) belum selamat dengan bilangan Adun yang ada sekarang.

Ini kerana BN dan Pakatan Rakyat masing-masing ada 28 kerusi. Dan tiga kerusi lagi mewakili Bebas, selepas keluar daripada Pakatan.
Oleh itu banyak pihak tampil mendesak supaya Dun Perak dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya peringkat negeri diadakan.
Bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Ahmad Rusli Ibrahim berkata, pandangan pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Osman dan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah amat jelas mengenai krisis di Perak.
Katanya, jalan penyelesaian paling sesuai dilakukan ialah membubarkan Dun bagi membolehkan rakyat diberi semula mandat bagi menentukan kerajaan yang lebih stabil.
Ditanya kemungkinan wujud kerajaan perpaduan di Perak beliau yang juga anggota Dewan Negara beliau berkata, tidak timbul soal penyatuan di antara dua parti.
"Perkara itu hanya timbul semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. Memang pada masa itu ada cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.
"Namun sekarang jelas isu tersebut sudah berakhir. Lagi pun Dato' Seri Najib Razak dari awal lagi menolak kerajaan campuran di Perak. Maka jalan yang ada sekarang ialah bubar Dun," ujarnya ketika ditemui di sini.
Mengenai pertandingan dalam PAS pada muktamar yang akan diadakan bulan depan katanya, demokrasi terus dipertahankan dalam parti itu.
Menurutnya pertandingan yang sihat bagi merebut jawatan timbalan dan naib presiden memperlihatkan sikap keterbukaan dalam usaha memantapkan lagi organisasi parti.
"Ini adalah menunjukkan sesuatu yang sihat dan baik. Pelaksanaan demokrasi sepenuhnya berlaku dalam PAS.
"Kita berharap semua pihak tidak memberikan gambaran yang negatif terhadap penyertaan beberapa tokoh yang menawarkan diri bagi membantu presiden," katanya. - mj _