Catatan

Tunjukkan catatan dari November 17, 2010

Perak lewat seminggu Hari Raya Qurban

Imej
BumiPerak, Tuesday, November 16, 2010 Jika diperhatikan kepada banner diatas, ianya bukanlah buatan Umno cawangan tetapi bertaraf negeri kerana terkandung ucapan hari raya daripada Menteri Besar Zambry serta barisan kepimpinan kerajaan BN mereka. Jika pada hari raya Aidilfitri yang baru lalu, Umno memperkenalkan kita dengan bulan Islam yang baru, tetapi pada hari raya Aidiladha kali ini, Umno sekali lagi membuat kejutan dengan menyambut raya lewat seminggu daripada yang telah ditetapkan. Ketika seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1431H tahun ini, Zambry dan juga Umno Perak membuat suatu kelainan dengan merayakannya pada 17 Zulhijjah 1431H (rujuk banner diatas). Sekarang ini, Zambry boleh melakukan apa saja kerana pasti mendapat pembelaan daripada Harussani biarpun perkara tersebut jelas melanggar syariat Islam.