29 April 2010

TMB : PAS Ucap Tahniah dengan wujudnya Gerabak Khas Wanita

K
Posted on Wednesday, April 28 @ 18:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Kenyataan Media Oleh Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana memperkenalkan gerabak khas untuk penumpang wanita KTM Komuter. Ini adalah satu penghormatan kepada kaum wanita dan keunikan buat sistem pengangkutan awam dinegara ini.

PAS amat menyokong langkah ini kerana ia mampu memberikan keselesaan kepada penumpang wanita yang selama ini terpaksa berhimpit-himpit dengan penumpang lelaki khususnya ketika waktu puncak. Malah langkah ini dapat mengurangkan masalah ganguan seksual kepada penumpang wanita.
Langkah ini menepati syariat Islam yang meletakan wanita ditempat paling istimewa yang perlu dilindungi dan dilayani dengan sebaiknya. Kemudahan KTM ini walaupun baru namun diyakini akan mendapat sambutan meluas berikutan jumlah penumpang komuter setiap hari yang ramai.
Perkara ini sudah lama diadakan diluar negara seperti di Jepun dan beberapa negara Eropah. PAS mencadangkan agar selepas ini diwujudkan juga gerabak khas untuk mereka yang bekeluarga dan juga warga emas termasuk golongan OKU bagi memudahkan mereka mendapat perkhidmatan yang lebih baik.
PAS berharap inisiatif ini juga diambil oleh pengusaha pengangkutan awam yang lain agar masalah-masalah penindasan atau pencabulan wanita ditempat awam dapat dikurangkan disamping meningkatkan imej perkhidmatan awam dimata masyarakat.
 
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

27 April 2010

Kalau BN pulih ini keputusannya !!!

Najib kata sokongan terhadap BN telah pulih... benar ke sokongan telah pulih kalau Zaid dapat 23,272 berbanding BN dapat 24,997???

Kalau benar-benar pulih inilah keputusannya...

KEPUTUSAN PRU 2004

P094 - HULU SELANGOR
1. ISMAIL BIN KAMUS (PAS).......................13,324
2. PALANIVEL A/L GOVINDASAMY (BN)....... 27,807 

MAJORITI ............. 14,483


N09405 - HULU BERNAM 
1. MOHAMED IDRIS BIN ABU BAKAR (BN)....9,264 
2. ABDUL SUKOR BIN ALI (PAS)......................2,713

MAJORITI 6,551

N09406 - KUALA KUBU BAHARU
1. DATO' CH'NG TOH ENG (BN)..........10,005 
2. KUAN WAI SOON (DAP).......................2,549

MAJORITI 7,456

N09407 - BATANG KALI
1. HALILI BIN RAHMAT (KEADILAN).............. 4,070 KLH
2. ZAINAL ABIDIN BIN SAKOM (BN)........ 12,898 

MAJORITI 8,828



Kindle Wireless Reading Device (6" Display, Global Wireless, Latest Generation)

26 April 2010

Tahniah!! walaupun klah tapi undi meningkat

Oleh: hermansamsudeen




"Tahniah kepada Datuk Zaid Ibrahim dan jentera Pakatan Rakyat, khususnya kepada petugas PAS yang berusaha bersungguh-sungguh di Hulu Selangor. Tidak lupa juga pada sokongan media seperti Harakah, Suara Keadilan, Malaysiakini, Roket dan semua jaringan termasuk blogger Pakatan yang berkerjasama menangkis fitnah BN dan menyebarkan fakta yang benar kepada rakyat.
Walau pun Pakatan kalah kali ini tetapi jika diperhatikan jumlah undi yang diterima, cukup mengembirakan. Undi Pakatan tidak merosot malah bertambah.
2004 pakatan dapat 13, 324 undi, 2008 dapat 23,177 dan 2010 dapat 23,272 undi…..boleh dikatakan bahawa Pakatan kini mpunyai 23,000 pengundi tetap untuk 2013…
sedangkan BN yg menang dgn majoriti 14 483 undi pada 2004 kini hanya mampu memperoleh majoriti 1,725 undi.
Walaupun kehilangan kerusi Hulu Selangor, namun itu sedikitpun tidak merencatkan perkembangan sokongan rakyat kepada Pakatan. BN belum boleh menabik dada dengan mengatakan sokongan rakyat telah pulih kerana mereka hanya menerima 24,997 undi kali ini berbanding 2004 dimana mereka begitu gagah dengan 27,807 undi. Mereka masih hilang hampir 3,000 pengundi.
Hulu Selangor memang sangat mendebarkan buat Pakatan kerana hanya menang tipis pada 2008 dengan majoriti 198 dengan BN menguasai 3 DUN dalam Parlimen ini. Sebab itu saya anggarkan sebelum ini peluang Pakatan BN adalah 50/50.
BN boleh kata ‘undi mereka meningkat’….tapi Pakatan lebih layak mengunakan perkataan itu sekarang.
Ada yang mengatakan bahawa kemenangan Kamalanathan ini umpama kemenangan K.Parthiban di DUN Ijok satu ketika dahulu sebelum Pakatan merampas Kerajaan Selangor….
Jika Pakatan gunakan semangat kekalahan ini untuk melawan lebih hebat lagi selepas ini, maka kehilangan 1 kerusi Parlimen hari ini akan digantikan dengan kemenangan menguasai Kerajaan Persekutuan 2013 nanti.
Yang pasti, ada hikmahnya kekalahan dan penambahan undi ini. Ini juga satu peringatan agar Pakatan jangan terlalu selesa dengan kemenangan kecil sebelum ini.
Semua ini adalah satu latihan buat jentera Pakatan dimasa akan datang.
Tahniah buat semua….Allahuakhbar...Allahuakhbar...Allahuakhbar..

PERJUANGAN BELUM BERAKHIR



Posted on Sunday, April 25 @ 17:23:20 PDT
Dilulus untuk paparan oleh kerissakti

Analisis IsuOleh: ruhan
"Keputusan PRK Parlimen Hulu Selangor telah pun diketahui. BN-MIC telah memenanginya. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana bagi PRK Parlimen pasca-PRU ke-12 kedudukannya seri.

Dahulu Pakatan Rakyat merampas kerusi Kuala Terengganu dari tangan UMNO. Kini, BN-MIC merampas kerusi Hulu Selangor dari tangan Pakatan Rakyat.

Namun demikian, bacaan terhadap kecenderungan yang ditunjukkan oleh pengundi-pengundi Melayu amat merisaukan. Sebahagian besar mereka turut menyokong persahabatan kerajaan dengan Yahudi yang memperjuangkan ideologi zionis. Percambahan sokongan ini menunjukkan bahawa perkiraan keagamaan tidak menjadi keutamaan kepada insan yang mengaku mereka Islam. Kesannya kepada masa depan negara amat menggerunkan.

Kedua, di kawasan majoriti Melayu yang letaknya terceruk, gula-gula politik masih laku. Hal ini akan memudahkan lagi tugas UMNO menghadapi setiap pilihan raya di kawasan-kawasan seumpama itu pada masa akan datang. Pakatan Rakyat perlu mencari jalan yang sebaik mungkin untuk mengatasi keadaan ini secara menyeluruh.

Kawasan-kawasan yang boleh digula-gulakan ini perlu dikenal pasti jumlahnya di seluruh negara. Adakah kehilangan semua kerusi itu akan menyebabkan Pakatan Rakyat tidak mampu menguasai Putrajaya? Adakah kehilangan banyak kerusi itu di peringkat Dewan Undangan Negeri akan menyebabkan Pakatan Rakyat tidak mampu menambah jumlah negeri yang gagal dikuasai BN? Hal ini sangat-sangat penting difikir dan dicari jalan untuk menyelesaikannya secepat mungkin kerana PRU Ke-13 sudah semakin dekat.

Ketiga, pendirian berubah-ubah kaum India juga sudah menjadi duri dalam daging Pakatan Rakyat. Banyak yang perlu diselesaikan oleh pemikir-pemikir kaum India dalam Pakatan Rakyat kerana merekalah yang lebih tahu selok-belok kaum mereka sendiri.

Keempat, sampai bilakah kaum Cina akan memihak kepada Pakatan Rakyat? Inilah persoalan yang sangat penting difikirkan oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat sebelum terlewat. Mungkinkah PRK Parlimen Sibu, Sarawak akan menyerlahkan sikap sebenar kaum Cina dalam politik tanah air? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

BN tidak perlu mendabik dada dengan kemenangan di Hulu Selangor. Sibu menanti untuk direbut. Untuk kali pertama DAP terlibat secara langsung dalam PRK Pasca-PRU Ke-12. Bagaimana nasib mereka? Mampukah kedudukan 8 - 3 menjadi realiti? Segala-galanya berada di tangan kaum Cina untuk kali ini.

Pakatan Rakyat tiada jalan lain untuk kali ini selain daripada memenanginya. Sama-samalah kita lihat PAS membantu DAP pula. Sama-samalah kita lihat PKR membantu DAP pula. Akan adakah pula pemimpin DAP kencing kawan di Sibu? Perjuangan belum selesai. BN masih jauh ketinggalan kerusi berbanding Pakatan Rakyat dalam PRK Pasca-PRU Ke-12!!!

http://bilahrotan.blogspot.com
"
 

24 April 2010

Surat Terbuka Buat Mufti Perak



Posted on Friday, April 23 @ 19:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh 
SongkokPutih

Kenyataan MediaOleh MOHD AKMAL BIN KAMARUDIN
Dengan penuh rasa insaf dan tanggungjawab saya mewakili sahabat-sahabat yang cintakan keamanan dan membenci kekejaman rejim Zionis Laknatullah ingin melontarkan pandangan berdasarkan jika benar laporan didalam naskhah Berita Harian keluaran 17 April 2010 yang dipaparkan di muka hadapan atau di laman web : Links

PENDAHULUAN

Matlamat Yahudi Yang Utama : Memerintah Setiap Negara
Pada tahun 1897 di Basle, Swirtzeland 300 sarjana Yahudi telah berkumpul secara sulit untuk merancang beberapa agenda atau Protokol Yahudi. Perhimpunan ini dipimpin oleh Teodrl Hezl. Matlamat utama perhimpunan ini adalah untuk memastikan bahawa bangsa Yahudi akan kekal memerintah di setiap negara walaupun negara itu diperintah oleh bangsa selain Yahudi.
Protokol Yahudi ini akhirnya telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apabila seorang wanita Perancis telah berjaya mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir Muktamar Rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke Bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni”
Salah satu protokolnya ialah:
Protokol Kedua
Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa Yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum Yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman Yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan Yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.
PENDEDAHAN APCO WORLDWIDE DI PARLIMEN OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Dalam jawapan secara bertulis kepada YB Tian Chua (PKR Batu), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa satu kontrak telah dimeterai antara Kerajaan Malaysia dengan Firma Perunding Perhubungan APCO Worldwide bernilai hampir RM77 juta setahun.
Syarikat Firma Perunding Perhubungan APCO Worldwide ini telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan “Strategi Komunikasi” dan “Membina Imej” Negara serta mengagongkan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak.
SIAPAKAH APCO?
Perkara ini telah didedahkan Ketua Pembangkang YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam Parlimen yang mulia .
Ahli Lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel iaitu:-
1. Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman)
2. Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat)
3. Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.
Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi Intifada Palestin. Semasa intifada Al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.
Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjatamengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet adalah berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.
APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth anak kepadaMargery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO danASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.
APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.
1. Jonathan Winer yang merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana diamenuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.
2. Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma’alim Fil Tariq dan Fi Zilal Al-Qur’an) seorang “musuh” dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.
Peranan APCO di Negara-negara lain
1. Klien dan bekas klien APCO juga termasuk beberapa ‘tokoh’ yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa menjadi Presiden Nigeria. Jeneral Sani Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan danpembunuhan aktivis-aktivis.
2. Nursultan Nazarbayevdiktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupakan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk “membeli” beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.
3. Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian – kebanyakannya Muslim – juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.

ISU DEMONSTRASI BANTAHAN HUBUNGAN KERAJAAN MALAYSIA DENGAN APCO DI PERKARANGAN MASJID SULTAN IDRIS SHAH II
  1. Setiap muslim yang beriman pasti mahukan kemanisan iman. Terdapat tiga perkara yang menjaminkan seseorang mendapat kemanisan iman. Salah satu nya sebagaimana yang disebut dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim ialah seseorang itu membenci maksiat (kemungkaran) seperti ia benci jika di campakkan ke dalam api neraka. Oleh yang demikian, sebab itulah kita guna halaman luar masjid kerana ia berkaitan dengan iman kerana mempertahankan agama dari ancaman musuh laknatullah adalah wajib. Jesteru itu, Allah menjanjikan jaminan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
  2. salah satu cara membenci ialah seperti yang diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim a.s sedang berjalan-jalan di suatu tempat, maka dia digoda iblis dan syaitan. Lalu, junjungan besar itu telah membaling batu ke arah iblis tersebut.
Tindakan peserta himpunan tempohari itu sebenarnya warisan daripada sunnah Nabi Ibrahim a.s.
Yahudi Zionis adalah iblis besar abad ini. Maka.. sikap pesrta himpunan hanya luahan daripada fitrah, sunnatullah dan sunnah Nabi Ibrahim ke atas musuh-musuh Allah seperti Iblis dan kaum-kaum yang ingkar kepada suruhan Allah.
Sesiapa yang pergi menunaikan fardhu haji, mereka tentunya pernah merasai pengalaman membaling batu di Mina ini. Kita diminta bermalam di Mina sebelum melontar batu-batu kepada 'iblis' di ketiga-tiga tiang; Jamratul Aqabah, Jamratul Wusta dan Jamratus Sughra. Bermalam di Mina itu bertujuan persediaan untuk meneruskan agenda besar ini; simbolik baling batu kepada iblis.
Maka, apabila tiba zaman Nabi Musa a.s (Taurat) hingga ke zaman Nabi Muhammad s.a.w. (al-Quran), maka terteralah satu hukum; lelaki dan wanita yang berzina sesudah berkahwin, maka hukumannya adalah direjam (dibaling) dengan batu sampai mati.
Kesimpulannya, inilah antara contoh-contoh sunnatullah yang telah diterjemahkan dalam bentuk hukum rejam dan sunnah nabi. Ia sesuai dengan fitrah asal kesemulajadian manusia. Iaitu, apabila kita mula membenci sesuatu perkara, hati kita akan terdorong untuk baling dan mencampakkan sesuatu kepada sesuatu yang kita benci itu. maka bidapkah kami yang hanya membaling telur ke arah papan yang tertera lambang zionis.
3. Isu penggunaan telur busuk : ? Telur busuk itu hanyalah laungan dibibir kami sahaja, sesuai dengan Yahudi dan Israil yang lebih busuk dari telur busuk .Dalam demontrasi ini kami tidak gunakan batu sebab mungkin akan terkena kepada orang ramai dan ada yang tercedera, Telur adalah simbolik penentangan kami terhadap isu APCO. Disini juga kami ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak menggunakan telur busuk seperti yang didakwa dan hanya melibatkan 7 biji telur ayam yang baru dibeli dikedai berdekatan. kami juga menggunakan kasut sebagai ganti kepada batu yang boleh membahayakan orang ramai ke arah papan yang tertera lambang Israel dan Umno, peristiwa lontaran ini berlaku berdekatan pintu pagar luar masjid dan agak jauh dari org ramai. Perbuatan inikah yang menyebabkan Tuan Mufti kata kami biadab dan hukumnya haram. Dan yang peliknya kenapakah Tuan Mufti orang yang pertama menghidu bau telur busuk sedangkan kami peserta demonstrasi tidak dapat menghidu bau busuk tersebut.

  1. Ulama meletakkan satu kaedah iaitu sesuatu perkara yang ingin dijadikan hukum, hakim atau mufti mesti terlebih dahulu ada gambaran sesuatu perkara itu, maknanya ia mesti ada gambaran dan suasana himpunan seperti di manakah himpunan itu diadakan, guna telur busuk atau tidak, apa tujuan mereka berhimpun , apakah objek yg mereka lontar dan sebagainya.
Para ulama menyebut kalau berhukum tanpa ada gambaran maka hukum itu salah seperti yang sabit dari hadis Nabi SAW bahawa hakim yang berhukum tanpa pengetahuan dan gambaran terlebih dahulu maka tempatnya di neraka
  1. Berkenaan dengan perlantikan Ahli JawatanKuasa Masjid tanpa mengikut tatacara perlantikan yang betul dengan membelakangi peraturan yang diguna pakai sebelum ini, adalah merupakan pencemaran terhadap masjid yang di lakukan oleh Parti UMNO dan Barisan Nasional. Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) seluruh Perak yang dilantik hanya mereka yg menyokong Parti UMNO sahaja. Terdapat di kalangan pengerusi masjid jarang- jarang datang ke masjid malahan ada yg tak pernah datang ke masjid. Dan yang paling memalukan mereka ini mempunyai masalah moral. Sebenar nya, inilah pencemaran yang paling besar pernah yang di lakukan umno pada masjid seterusnya membunuh peranan institusi masjid yang sebenar iaitu sebagai rumah ibadah dan gedung ilmu.
Mengapa pencemaran dan penghinaan terhadap masjid yang dilakukan oleh Umno danBarisan Nasional tidak dikritik oleh SS Mufti, sedangkan ini adalah suatu yang lebih besar tidah dilihat oleh Mufti
Almarhum Dato’ Fadhil Nor pernah menceritakan, seorang murid yang belajar sepuluh tahun dengan seorang guru tetapi tidak pernah naik darjah. Suatu hari dia bertanya kepada gurunya. “ Tuan, saya telah belajar hampir sepuluh tahun tetapi kenapa tidak naik darjah?” maka tuan guru itu pun pergi dekat satu tembok lalu dia mengambil arang dan membuat titik pada tembok tersebut. Maka beliau bertanya kepada muridnya itu, “ apakah yang kamu nampak di hadapan kamu?” Jawab murid itu: “ Titik hitam” . “ Sebab itulah kamu tidak naik darjah, tembok yang besar kamu tidak nampak tetapi titik hitam yang kecil itu kamu nampak.”
Telur yang dilontar ke arah lambang zionis di luar masjid sekitar 5 minit dikritik hebat dan diiktiraf sebagai biadab. Pengerusi dan jawatankuasa masjid yang tidak berakhlak dan terlalu jarang datang masjid sehingga ada yang tak pernah peduli untuk meningkatkan peranan masjid tetapi masih dilantik untuk tempoh tiga tahun tidak dikritik dan tidak biadab
6. Sekiranya pihak Tuan Mufti merasakan bahawa dengan menyokong kami akan menjejaskan Tuan Mufti, maka diam adalah sebaik-baik jawapan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت
“Sesiapa yg beriman dgn Allah dan hari akhirat maka berkatalah perkara yg baik atau diam”
(Hadis riwayat bukhari dan muslim)
Perjuangan kami ada fakta melalui hadis yang pernah diungkapkan oleh Junjungan besar Nabi SAW :
أفضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر
“Jihad yang paling afdhal perkataan yg benar di hadapan pemerintah yg zalim”
Persoalan jihad ini mesti didahulukan bagi yang mampu dan pihak kami mampu sertasanggup menerima ancaman dari pemerintah dan sama sekali tidak sanggup menerima ancaman Allah seperti firman Allah :
ö@è% bÎ) tb%x. öNä.ät!$t/#uä öNà2ät!$oYö/r&ur öNä3çRºuq÷zÎ)ur ö/ä3ã_ºurø—r&ur óOä3è?uŽ�ϱtãur îAºuqøBr&ur $ydqßJçGøùuŽtIø%$# ×ot�»pgÏBur tböqt±øƒrB$ydyŠ$|¡x. ß`Å3»|¡tBur !$ygtRöq|Êö�s? ¡=ymr& Nà6ø‹s9Î) šÆÏiB «!$# ¾Ï&Î!qß™u‘ur 7Š$ygÅ_ur ’Îû ¾Ï&Î#‹Î7y™ (#qÝÁ/uŽtIsù 4Ó®Lymš†ÎAù'tƒ ª!$# ¾ÍnÍ�öDr'Î/ 3 ª!$#ur Ÿw “ωöku‰ tPöqs)ø9$# šúüÉ)Å¡»xÿø9$# ÇËÍÈ
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).
(Surah Taubah ayat 24)

Dengan pendedahan yang telah dijelaskan di atas maka disini saya ingin bertanya kepada Tuan Mufti dan agar saya diberikan PENJELASAN secara Ilmiah dari pihak Tuan Mufti :
Pertama : Mengapakah Kerajaan Malaysia sanggup melantik sebuah Syarikat Firma Perunding yang mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Rejim Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal menyeksa dan menzalimi orang Palestin diberi peluang untuk membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?
Dengan pengupahan APCO sebagai Firma Perunding kepada Kerajaan Malaysia, ini bermakna pengaruh Zionis, kini telah mula dibenarkan untuk menentukan hala tuju negara, serta mempunyai akses kepada semua kepentingan kerajaan termasuklah maklumat-maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Adakah ini tidak membimbangkan pihak Tuan Mufti?
Selain Israel dan Amerika Syarikat yang dapat mengakses maklumat-maklumat ini, perlu diketahui juga oleh pihak Tuan Mufti bahawa di antara pemimpin ASERO, satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng iaitu seorang bekas polis Singapura.
Kedua : Apakah Pendirian Tuan Mufti setelah mendengar penjelasan yang telah saya jelaskan di atas, adakah Tuan Mufti masih lagi menyokong usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia pimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak atau akan bersama-sama kami menentang kerjasama antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat Firma Perunding APCO Worldwide. Dengan ini saya serta sahabat-sahabat yang cintakan keamanan dan keselamatan negara Malaysia memohon Tuan Mufti untuk menyatakan pendirian Tuan Mufti. (Kenyataan ini disiarkan didalam Blog Dewan Pemuda PAS Negeri Perak : dppperak.blogspot.com).

KESIMPULAN
1. Keputusan Perdana Menteri untuk bekerjasama dan berganding bahu serta membuka ruang Malaysia kepada pengaruh rejim Zionis dan anti-Islam wajib dipertikai oleh setiap rakyat yang cintakan Malaysia.
2. Perdana Menteri Malaysia mesti memohon maaf kepada seluruh masyarakat dunia umumnya dan Malaysia khususnya yang cintakan keamanan dan prihatin pada rakyat palestin kerana telah bekerjasama dengan rejim Zionis.
  1. Semua Ulama dan ahli fikir yg mengetahui tindakan Kerajaan Malaysia ini mesti memandang perkara ini sebagai suatu perkara yang besar. Ada seorang datang bertanya kepada Sayyidina Abdullah ibnu Umar Radhiyallahu ‘Anhu tentang hokum darah nyamuk yang terkena baju. Abdullah ibnu Umar Radiyallahu Anhu bertanya: “orang ini datang dari mana?“ mereka memberitahu bahawa dia datang dari Iraq. Kata Abdullah bin Umar:Darah Sayyidina Hussin Cucu Rasulullah SAW yang ditumpahkan dengan zalim kamu tidak tanya tetapi darah nyamuk yang terkena baju yang kamu tanya” Sepatutnya mufti jawab begitu kepada wartawan berita harian, kenapa tidak Tanya tentang APCO zionis busuk ceroboh Negara kita “ kamu datang dari akhbar yang besar untuk Tanya hokum telur busuk ?
4. Harapan kami agar mufti tegas dengan ilmunya seperti Imam Nawawi iaitu Penyusun Kitab Riadhus Solihin yang selalu Dato Mufti gunakannya ketika mengajar di Masjid dan Surau-surau. menurut riwayat bahawa apabila Baginda Sultan Az Zahir telah mengadakan persiapan perang untuk memerangi orang-orang Tatar(Monggol), timbul satu persoalan adakah diharuskan mengambil harta rakyat untuk kepentingan perang melawan musuh. Lalu Baginda bertitah meminta fatwa dari Imam Nawawi. Imam NAWAWI telah memberikan penjelasan seperti berikut:-
“Ampun Tuanku
Adalah patik sememangnya mengetahui bahawasanya tuanku dahulunya adalah seorang tawanan yang tidak ada sebarang harta benda, tetapi dengan pertolongan Allah dilimpahkan kurnianya kepada tuanku dengan dijadikan tuanku seorang raja.
Ampun Tuanku
Adalah patik telah mendengar bahawasanya tuanku ada memiliki seribu orang hamba, tiap-tiap seseorang ada mempunyai beberapa ketul emas. Manakala 200 org khadam wanita milik tuanku, masing-masing mempunyai barang-barang perhiasan yang bernilai.
Andaikata tuanku sendiri membelanjakan semua itu untuk keperluan perang sehingga mereka tidak lagi mempunyai barang-barang itu, maka patik bersedia memberikan fatwa untuk membenarkan tuanku mengambil harta rakyat”.

Kesimpulannya, beliau berfatwa bahawa baginda tidak dibenarkan mengambil harta rakyat selamamana kekayaannya sendiri masih dapat dipergunakan. Baginda sultan Az Zahir murka kepadanya kerana fatwanya yang amat menggemparkan sehingga baginda mengeluarkan perintah supaya Imam Nawawi segera keluar dari damsyik. Imam Nawawi menerima sahaja perintah pengusiran itu dengan girang hati. Lalu beliau pun keluar ke Nawa. Para ulama’ syam telah berusaha menjemput beliau balik semula ke Damsyik, tetapi beliau enggan sambil berkata ‘ saya tidak akan balik ke Damsyik selagi baginda masih berkuasa”
5. Harapan kamai agar mufti tidak seperti Ali Abdul Raziq seorang ulama Azhar suatu ketika dahulu yang menulis buku memisahkan agama dengan politik pemerintahan islam. yang mahu meletakan agama di masjid sahaja tanpa melibatkan politik islam. Politik islam perlu disangkut dipintu masjid. Akhirnya Majlis ulama azhar telah menarik balik segala anugerah akademik dan gelaran yang diberi oleh Al Azhar. Ini menunjukkan betapa hinanya ulama seperti itu.
Rasul pernah mengecam mereka yang mengetahui sesuatu perkara tetapi menyembunyikannya dgn sabdanya :
من سئل عن علم يعلمه فكتمه ألجم يوم القيامة بلجام من نار
Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu yang diketahuinya maka dia menyembunyikannya nescaya pada hari kiamat kelak dia akan dikekang dengan tali kekangan dari api neraka.
(hadis riwayat ahmad)


MOHD AKMAL BIN KAMARUDIN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Perak

Wahai Anak Selangor , Kembalilah dan janganlah benarkan warismu ditipu lagi



Posted on Friday, April 23 @ 16:15:16 PDT
Dilulus untuk paparan oleh 
SongkokPutih


ArtikelOleh W Fauzdin NS
Gabungan PR telah menasihati semua penduduk di Hulu Selangor agar menjauhi parti yang bersekongkol dengan APCO/Yahudi serta yang terus melakukan rasuah dan kezaliman. PR juga telah menawarkan calon yang tidak hipokrit, merendah diri serta insaf di atas perbuatan lampaunya untuk terus memperjuangkan nasib rakyat di Hulu Selangor.

Tidak sampai 48 jam lagi, rakyat Hulu Selangor sendiri akan membuat pilihan. Meskipun beberapa ratus orang dari mereka telah `diusir' dari menunaikan kewajipan untuk memilih calon mereka angkara dari SPR, namun kita masih mengharapkan agar kecerdikan pengundi-pengundi yang ada untuk membuat keputusan.

Kepulangan anak-anak Hulu Selangor dari perantauan mungkin boleh menyelamatkan kaum keluarga dan saudara mereka yang masih diulit oleh tipu daya sekutu APCO ini. Pimpinan serta jentera PR telah berikhtiar dan berusaha untuk menyedarkan mereka dari mengalami nasib yang menimpa pengundi-pengundi di Bagan Pinang sekarang. Di sana mereka ditipu hidup-hidup termasuklah perajurit-perajurit di sekitar kem Bagan Pinang. Sebelum itu, di Manek Urai juga rakyat di tipu hidup-hidup dengan sebuah jambatan jutaan ringgit. Butakah mata kita setelah Tuhan tunjukkan semua tipu muslihat golongan ini? Mengundi mereka bererti kita menggalakkan mereka terus menipu dan menipu seperti di awal-awal pencalonan lagi mereka sudah menipu rakyat di hulu Selangor. TPM berjanji dengan calon tempatan dari MIC, tetapi apa yang terjadi? Calon mereka pula mengikut jejak pemimpin penipu ini dengan sijil yang beliau ada.

Isu APCO diselesaikan di Parlimen sahaja tanpa ada jawapan dari Najib. Jawapan mereka adalah DS Anwar mesti dikenakan tindakan kerana tidak mahu bersekongkol dengan APCO. DS Anwar sebaliknya berani mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka di Hulu Selangor pada malam esok berkaitan APCO dan keselamatan negara. Soalnya, adakah Najib punyai keberanian seperti Obama yang beliau agung-agungkan itu? Amat rugi sekali Najib sewaktu bertemu Obama tidak meminta tips atau petua dari pemimpin sekutu Israel itu bagaimana untuk menjadi pemimpin yang berani berhujah. Obama terkenal kerana berani berdebat sewaktu pemilihan Presiden Amerika sebelum ini. Mengapa tidak dengan Najib? Mengapa yang baik tidak diikut, tetapi yang buruk begitu cepat diikuti oleh Najib?

Kembalilah wahai anak jati Hulu Selangor di perantauan. Satu undi dari kamu sama seperti sebutir peluru yang kamu halakan ke arah sekutu APCO. Teruskan perjuangan.


...
http://armormech.blogspot.com/2010/04/wahai-anak-selangor-kembalilah-dan.html 

23 April 2010

1MAlaysia : hanya pada tarian, logo, majlis perkahwinan dan sebutan salam sahaja



Posted on Thursday, April 22 @ 12:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh 
SongkokPutih


ArtikelOleh: anak_perelih
"Apabila membaca artikel/berita di Utusan Malaysia semlaam (5 April 2010) bertajuk : "PM: 1Malaysia difitnah kerana pembangkang sedar kebaikannya", Saya berfikir, jika inilah indikasi konsep 1Malaysia diterima rakyat, maka sah lah bahawa konsep 1Malaysia hanyalah pada kulitnya... Ianya tidak mendalami satu gagasan yang diimpikan/dirancang untuk rakyat berpadu/bersatu. INi dapat dilihat apabila PM berkata :

"Kefahaman rakyat terhadap gagasan 1Malaysia semakin meningkat apabila banyak badan korporat menggunakan 1Malaysia sebagai simbol dalam logo mereka. Sebutan Salam 1Malaysia umpamanya menjadi kelaziman sekarang dan ada juga perkahwinan 1Malaysia. Jadi saya lihat ia sudah menjadi satu gerakan massa"

Kenyataan PM ini telah mengsahkan bahawa konsep 1Malaysia hanyalah satu retorik untuk membina imej BN/UMNO dan mendapatkan kembali sokongan pengundi bukan Melayu yang telah lari dari BN dan gagasan 1Malaysia bukanlah sesuatu yang "meletakkan kepentingan rakyat di atas segala kepentingan lain dan mengutamakan keberkesanan serta keberhasilan sesuatu program yang dirancang", tetapi hanyalah satu "PR exercise" atau "rebrading" untuk memulihkan imej BN dan mendapatkan kembali undi dari Bukan Melayu.

Adakah perlaksanaan konsep 1Malaysia hnaya pada Tarian 1Malaysia, Penggunaan logo 1 Malaysia, Majlis perkahwinan 1Malaysia dan Salam 1Malaysia sahaja tanpa pengisian pengisian untuk mengubah minda rakyat untuk bersatu tanpa mengambilkira faktor kaum atau dasar dasar untuk menujudkan perpaduan antara kaum dinegara ini supaya kepentingan rakyat diletak "di atas segala kepentingan lain dan mengutamakan keberkesanan serta keberhasilan sesuatu program yang dirancang"???

Sepatutnya PM berhujah tentang dasar dasar dan tindakan kerajaan untuk memupuk perpaduan antara kaum, usaha usaha meletak " kepentingan rakyat di atas segala kepentingan lain dan mengutamakan keberkesanan serta keberhasilan sesuatu program yang dirancang" yang diterima semua rakyat sebagai indikasi konsep 1Malaysia diterima dan difahami semua rakyat, bukannya benda benda retorik/kulit seperti disebutkan oleh beliau. Ataupun beliau tiada apa satu pun dasar/tindakan yang boleh disebut untuk menyokong dasar 1 Malaysia tersebut???

Kerana konsep 1Malaysia adalah hanya pada kulit sahajalah, UMNO dilihat cuba menipu rakyat dengan bercakap tentang 1Malaysia dan dimasa yang sama bercakap tentang perkauman sempit seperti yang banyak disiarkan di Utusan Malaysia serta ucapan beberapa pemimpin UMNO sendiri serta dasar dasar yang meminggirkan rakyat seperti GST dan lain lain lagi."
 

22 April 2010

Campurtangan politik: Penerbit ntv7 letak jawatan


Regina Lee
Apr 22, 10
6:10pm
Penerbit kanan ntv7 Joshua Wong mendakwa terdapat campur tangan melampau daripada pihak kerajaan dan juga penapisan yang keterlaluan.

Wong (kiri), yang menerbitkan rancangan popular bahasa Mandarin 'Editor's Time', berkata 'larangan yang tidak munasabah' dikenakan ke atas rancangannya yang sering-kali membincangkan isu sosio politik di negara ini.

“Pihak pengurusan tertinggi ntv7 bersikap tidak munasabah. Kebebasan disekat dan mereka yang engkar akan dihukum sehingga menjejaskan sikap profesionalisme kakitangan,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, hari ini.

Wong berkata masalah bermula daripada aduan SMS yang dihantar oleh seorang pengadu ke Jabatan Perdana Menteri kepada ketuanya selepas episod pertama ranvcngan itu ke udara.

Episod itu adalah forum membabitkan pemimpin BN dan Pakatan Rakyat dengan dua penganalisis politik berhubung pencapaian kedua-dua gabungan itu sejak pilihan raya umum 2008.

Pengadu berkenaan mendakwa rancangan itu menghina polisi kerajaan BN dan perbincangan politik menjadi sesuatu yang “membahayakan”.

Wong juga mendakwa SMS itu berbaur perkauman dan ia memberi amaran bahawa masyarakat Cina “semakin biadap” dan “Melayu perlu berperang”.

Wong, yang telah menjadi wartawan lebih 16 tahun juga mendakwa SMS pengadu itu dihantar kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kepada ketuannya.

Sehubungan itu, pengurusan tertinggi ntv7 menuntut Wong dan juga pengacara program berkenaan Lee Siad Huey untuk memberi penjelasan.

Sejak aduan itu, Wong berkata cadangannya selaku penerbit untuk membawa MP DAP, Tony Pua ke rancangan itu juga ditolak.

Malah, mereka diberi amaran bahawa rancangan itu akan ditamatkan, jika arahan tiidak dipatuhi.

Selain itu, Wong berkata cadangan bagi memaparkan perjalanan kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor juga tidak mendapat restu.

“Akhirnya, semua perbincangan politik diarah dihentikan. Selain itu, kami dilarang menjemput tokoh pembangkang sebagai tetamu,” katanya.

Wong berkata lebih mendukacitakan bahawa ketua-ketuanya gagal mempertahankannya atau menyiasat aduan itu atau juga membuat laporan polis mengenai SMS itu yang mempunyai unsur-unsur hasutan.

Nik Aziz gempur Hulu S'gor mulai esok


Nik Aziz gempur Hulu S'gor mulai esok
Jimadie Shah Othman
Apr 22, 10
1:13pm
Setelah didakwa 'agak lemah' di permulaan kempen, PAS kini kelihatan mula menggempur habis-habisan BN di Hulu Selangor dengan menurunkan tokoh besar mereka Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi berkempen untuk kemenangan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim.

NONENik Aziz - mursyidul am parti Islam itu - yang baru pulang daripada mengerjakan umrah di tanah suci dijadual berada dua hari di kawasan parlimen tersebut mulai petang esok.

Esok, beliau akan memberikan memberikan kuliah Maghrib di Masjid Kuala Kubu Bharu dan pada malamnya berceramah di Changkat Asa, Hulu Bernam.

Manakala pada Sabtu, menteri besar Kelantan itu akan memberikan kuliah Subuh di Masjid As-Salam Bukit Sentosa dan pada malamnya sekali lagi berceramah di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu.

Kehadiran tokoh popular itu dijangka memberikan kesan yang besar kepada perubahan mood pengundi di Hulu Selangor di hari-hari terakhir sebelum pengundian dijalankan pada Ahad.




Apple iPod touch 8 GB, Case, and Charger Bundle

20 April 2010

Tanpa gasoline Iran akan lumpuh - Benjamin Netanyahu



Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 20 April 20: Selepas beberapa hari Malaysia mengumumkan langkahnya menghentikan eksport gasoline - petroleum bertapis - kepada Iran, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hari ini mendesak dunia agar menghentikan eksport gasoline ke Iran untuk menghentikan negara itu dari meneruskan projek nukleurnya.

Gesaan itu dibuat Netanyahu melalui rancangan “Good Morning America” (Selamat Pagi Amerika) di saluran tv ABC yang dipancar di Amerika.

"Jika anda menghentikan Iran dari mengimport petroleum bertapis (refined petroleum) - nama fency untuk gasoline - regim ini akan lumpuh kerana Iran tidak mempunyai kepakaran penapisan," kata Netanyahu dalam rancangan itu sebagaimana yang dipetik oleh agensi berita hari ini.

Amerika sedang menjalankan kempen besar-besaran untuk menekan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar mengenakan sekatan ke atas Iran yang disifatkan oleh negara barat sebagai sedang membina senjata nukleur.

Bagaimanapun Iran mendakwa, apa yang dibuat oleh negara itu adalah menggunakan tenaga nukleur untuk menghasilkan tenaga elektrik untuk kegunaan awam di negara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tindakan menghentikan eksport gasoline ke Iran selepas tiga hari berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama baru-baru ini.

"Sekatan tambahan tidak boleh dielakkan di masa terdekat kecuali satu tindakan yang betul diambil oleh Iran," kata Najib kepada wartawan di Washington, lapor agensi berita antarabangsa.

"Ia terletak kepada Iran sekarang untuk bertindak bagi mengelakkan lebih sekatan dikenakan," tambahnya.

Bagaimanapun, laporan itu dinafikan oleh Najib. Penafian itu dibuat kepada wartawan Malaysia yang menyertai lawatan beliau ke Amerika itu.

Najib menyatakan bahawa laporan media asing yang memetik beliau sebagai berkata Malaysia sudah menghentikan bekalan gasoline ke Iran, sebagai tidak tepat.

"Ia tidak betul dan keputusan itu bukan diambil bersendirian oleh Petronas. Ia membabitkan jualan setempat dan ia tidak lagi diperlukan, oleh itu mereka tidak lagi melakukannya (menjual)," katanya kepada wartawan Malaysia pada Jumaat.

Najib berkata ia merupakan transaksi komersil semata-mata dan jika ada permintaan untuk jualan setempat, terpulang kepada pihak-pihak terbabit memutuskannya.

Namun begitu, agensi berita antarabangsa itu mempertahankan laporannya.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melantik firma perhubungan awam yang berpusat di Washington, APCO Worlwide menjadi penasihat kerajaan Malaysia dan seterusnya menghasilkan slogan 1 Malaysia.

Anwar menunjukan bukti di Parlimen bahawa APCO juga adalah syarikat yang terlibat dalam membina imej Ehud Barack melalui projek One Israel.

Beliau juga menunjukkan bukti bahawa APCO adalah syarikat yang dikuasai oleh orang Yahudi termasuk para bekas perisik kanan Isreal.

DAP cabar Umno buat pengakuan tak minum arak


Apr 20, 10 6:53pm
Pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lim membuat cabaran itu ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pemberi Maklumat.

Dakwanya, jika minum alkohol dijadikan kayu pengukur bagi memilih menteri-menteri BN, ramai pemimpin berkenaan akan tersingkir.

"Jika minum pada zaman lalu menghalang seseorang daripada memegang jawatan, kita akan kehilangan separuh daripada jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat,” kata Lim.

Pemimpin veteran DAP itu juga membidas tindakan BN yang menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim yang disifatkannya sebagai terdesak dan tidak mempunyai kelas.

"Biarlah kita tingkatkan standard politik dan pilihan raya di negara ini kerana ia gelanggang bagi berkhidmat kepada rakyat dan negara. Kita tidak patut mengheret serangan peribadi dan mengaibkan pemimpin dengan cara sedemikian,” katanya.

"Sebagai contoh, Lim berkata DAP telah mengarahkan kepada ahlinya supaya tidak menyentuh atau bercakap mengenai rakaman video Chua Soi Lek,” kata Lim lagi.

Saya sudah taubat, pemimpin Umno terus tenggelam dengan arak - Zaid

Inkues Teoh: Karpal kata Nazri 'kurang ajar'



Apr 20, 10 11:51am
Inkues Teoh Beng Hock bersambung hari ini dengan peguam Karpal Singh menuduh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz sebagai “kurang ajar” kerana melabelkan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand 'pembohong'.

NONEKarpal (kiri, berkerusi roda), yang mewakili keluarga Teoh, minggu lalu mengemukakan permohonan bagi mendakwa Nazri menghina mahkamah berhubung kenyataannya itu.

"Ini adalah kesalahan yang serius kerana beliau cuba campur tangan dan pelaksanaan keadilan,” Karpal memberitahu inkues.

"Menteri itu 'bermulut besar' dan ini bukan kali pertama beliau membuat kenyataan yang tidak bertanggung-jawab itu.”

Semasa disoal di Dewan Rakyat, semalam, Nazri bertegas mempertahankan kenyataannya itu.

Kornoner Azmil Muntapha Abas akan memutuskan pada 26 April ini sama ada akan mendengar permohonan Karpal bagi mendakwa Nazri atas tuduhan menghina mahkamah.

NONEPada perbicaraan hari ini, peguam Malik Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan negeri Selangor memaklumkan inkues bahawa pihaknya telah menulis surat kepada Kementerian Undang-undang Thailand pada 13 April lalu memohon kehadiran Pornthip bagi memberi keterangan.

Inkues juga dimaklumkan bahawa Kementerian Undang-undang Thailand telah memberitahu kerajaan Selangor dalam sepucuk surat bertarikh 8 April yang Pornthip tidak dapat hadir kerana sibuk dengan tugasan lain.

Bagaimanapun kerajaan Selangor belum menerima surat itu.

Menurut Malik, beliau juga tidak dapat mengesahkan sebab sebenar Pornthip tidak dapat hadir memberi keterangan.

NONEPada 11 April lalu, Pornthip (kiri) berkata dia tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung semula kerana 'tekanan politik' dari kerajaan Malaysia.

Pornthip memberitahuMalaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.
Hari ini juga menandakan ulang tahun ke-31 Teoh jika beliau masih hidup.

Di luar perkarangan mahkamah, pemuda DAP juga menghadiahkan keluarga Teoh dengan kek dan bunga bagi meraikan sambutan itu mengikut tradisi masyarakat Cina

Hulu S'gor: BN lwn PKR, 2 calon Bebas tarik diri



Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor Ahad ini akan menyaksikan perebutan satu lawan satu antara calon BN dan PKR selepas dua calon Bebas menarik diri hari ini.

Siang tadi, V S Chandran mengumumkan diri, diikuti oleh seorang lagi calon Bebas, Johan Mohd Diah.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengesahkan Johan Mohd Diah telah menarik diri.

Berikutan itu, calon BN, P Kamalanathan akan berdepan dengan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim Ahad ini.
Kerusi tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya dari PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad bulan lalu.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Johan menandatangani borang menarik diri di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru, kira-kira pukul jam 9.05 malam ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Lewat petang tadi Johan, yang juga AJK Pemuda Umno Bahagian Shah Alam, mengadakan sidang media di Felda Sungai Tengi, Hulu Bernam, antara lain mengenai persediaannya menghadapi pilihan raya.

Wan Ahmad Wan Omar berkata calon yang berhasrat menarik diri daripada bertanding perlu berbuat demikian selewat-lewatnya 12 tengah malam ini.