300 pemuda Umno Kubang Kerian berhimpun bantah pencalonan di tolak
Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir Mon | Oct 13, 08 | 7:58:12 pm MYT KOTA BHARU, 13 Okt (Hrkh) - Ketika Dato' Seri Najib Razak tersenyum puas untuk menduduki kerusi pemimpin utama negara Mac depan, namun di peringkat bawah pertembungan semakin hangat berlaku. Di Kelantan dua kali perhimpunan di kalangan ahli yang tidak puas hati diadakan. Baru-baru ini wanita Umno Rantau Panjang dan Umno Kubang Kerian membantah ketidakadilan yang berlaku. Dan petang ini lebih 300 Pemuda Umno dari Bahagian Kubang Kerian berhimpun secara aman di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Umno Negeri. Mereka menuntut Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantau Umno Negeri menyiasat secara telus dan adil sebanyak 40 aduan salah laku pengendalian mesyuarat cawangan yang didakwa berlaku di bahagian itu. Kumpulan itu juga membantah pembatalan pencalonan Mohd Syahbuddin Hashim, 28 yang sebelum ini mendapat sokongan cawangan bertanding merebut jawatan Ketua Pergerak...