Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Dua Pelajar Universiti Malaya ditahan Polis !!!

sumber : Malaysiakini Dua pelajar Universiti Malaya ditahan polis sejak minggu lalu berhubung contengan "C4", "puaka" dan "Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.Izuddin Hilmi Mohamad Zaini ditahan 7 pagi Rabu lalu, hari lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam . Sementara rakannya Mohd Sharuddin Ahmad Rosli pula ditahan Jumaat lalu di Petaling Jaya, kata seorang pemimpin pelajar kepada Malaysiakini hari ini. Kedua-dua pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam - yang ditahan di ibu pejabat polis Brickfields - belum dibebaskan, setakat ini. Susulan insiden, polis menggeledah empat rumah pelajar, termasuk sebuah yang disewa wanita, universiti tersebut. Menurut laman web UM Today, polis sedang menjejak tiga lagi pelajar dalam siasatan mereka. Exco kepemimpinan dan kerohanian Majlis Perwakilan Mahas

Tuan Aziz Tuan Mat Calon BN DUN Manek Urai

Imej
KUALA KRAI [5.45 pm] - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat , 39, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilhan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai . Pemilihan beliau yang juga pegawai kanan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin , di Pusat Operasi BN manek Urai , petang tadi. Jumaat lalu, Pas mengumumkan pemilihan Bendahari PAS kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah , sebagai calonnya . [Nampaknya, pandai benar puak-puak UMNO memilih calon mereka di Manek Urai. Calon yang namanya seakan nama Menteri Besar Kelantan itu jelas sekali bakal mengelirukan para pengundi atas pagar nanti. Apapun pastikan UMNO dan BN dibenamkan dalam pilihanraya kecil Manek Urai nanti. Semoga dengan ini, ia akan terus memberi malu yang lebih besar kepada pemimpin mereka yang semakin "kurang ajar" mutakhir ini].

Cyberita: Keputusan Menolak Permohonan Majoriti 11 Hakim Oleh Nizar, Terbukti Mahkamah Rayuan Cuba Rombak Amalan Sistem Demokrasi !!

Imej
KUALA LUMPUR [ 1.38 pm ] - Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah tidak bertepatan dengan amalan rang undang-undang negara, kata Prof. Abdul Aziz Bari ( foto ). Dalam penghakiman setebal 49 mukasurat itu yang dikeluarkan hari ini, Hakim Md Raus berkata Nizar telah hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak walaupun tiada undi tidak percaya dijalankan. "Dalam kes ini, Zambry mempunyai sokongan majoriti 31 ahli dari 59 Ahli Dewan Undangan Negeri. Berdasarkan kepada fakta ini, Zambry dari BN mewakili keyakinan majoriti dan Sultan telah melantik beliau selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri," kata Hakim Md Raus. Dalam penghakiman beliau juga, Hakim Md Raus tidak bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim bahawa dalam mempertimbangkan soal keyakinan majoriti, usul undi tidak percaya terhadap Nizar Jamaluddin harus dibentangkan bagi menentukan samada Nizar telah atau tidak hilang k

Isu Siapa Menteri Besar Perak yang Sah, Permohonan Ir.Nizar supaya kes rayuannya didengari 11 orang hakim di tolak tanpa sebab !!! - Pahang Daily

Imej
PUTRAJAYA [8.29 pm] - Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Menteri Besar Perak, Ir. Mohd Nizar Jamaluddin (foto) yang memohon supaya rayuan beliau didengar di hadapan sidang 11 hakim. Mahkamah Persekutuan bagaimanapun tidak memberi alasan mengapa sidang 11 hakim tidak dapat diadakan, kata peguam Leong Cheok Keng . "Tiada sebab atau penjelasan diberikan mengapa permohonan kami ditolak," kata Leong. Mahkamah Persekutuan menetapkan kes rayuan Nizar akan didengarkan di hadapan sidang lima hakim. "Ini adalah tempat terakhir untuk rayuan klien kami. Jika permohonan Nizar nanti juga ditolak oleh sidang lima hakim, maka tamatlah litigasi klien kami," kata Leong. Nizar memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan samada beliau atau Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar yang sah. Permohonan ini dibuat selepas Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah. Mahkamah Rayuan

AJK BPP NEGERI PERAK 2009 - 2011

Ahli-ahli BPP Perak PESURUHJAYA : USTAZ ABU BAKAR HUSEIN TIMBALAN –TIMBALAN PESURUHJAYA 1. YB DATO’ SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN 2. DR. KHAIRUDDIN BIN DATO’ ABDUL MALEK 3. USTAZ MUSTAPHA SHAARI SETIAUSAHA SDR. MOHD MISBAHUL MUNIR HJ MASDUKI PENOLONG SETIAUSAHA SDR. ISMAD SHAHRIL BIN CHE MAT BENDAHARI TN. HAJI ABDUL RAHIM MAT ARIP PENGARAH PILIHANRAYA NEGERI TN. HAJI ASMUNI AWI KETUA PENERANGAN YB USTAZ KHALIL IDHAM LIM BIN ADBULLAH AHLI-AHLI PERHUBUNGAN YANG DILANTIK : 1. TUAN HAJI AMINUDDIN BIN ZULKIFLI 2. SDR. MUHAMMAD K. Y. TIANG ABDULLAH 3. TUAN HAJI OSMAN MASERI 4. TUAN HAJI AZHAR RIFAEI 5. SDR. KHAIRUL ANUAR BIN ISMAIL 6. DR. NAJIHATUSSALEHAH BT AHMAD 7. PUAN AMIZAN BT. BAHARUDDIN

Michael jackson dikebumikan mengikut cara islam ?

Imej
PEMINAT-PEMINAT Jacko berkumpul selepas mengetahui penyanyi itu meninggal dunia di luar pusat perubatan UCLA, Los Angeles kelmarin. LOS ANGELES - Raja Pop Michael Jackson akan disemadi dalam majlis pengebumian terbesar sepanjang sejarah dunia hiburan sekali gus mengalahkan pengebumian Elvis Presley dan James Brown, lapor sebuah akhbar semalam.Berpuluh-puluh ribu peminat dijangka menghadiri majlis itu yang diramal sehebat pengebumian Puteri Diana.Walaupun pengumuman mengenainya masih belum dibuat, Michael dijangka disemadi mengikut ajaran Islam berdasarkan pengumuman abangnya, Jermaine."Semoga Allah sentiasa bersama anda," kata Jermaine ketika mengumumkan kematian adiknya kelmarin. - AgensiSeorang anggota paramedik menceritakan detik-detik Raja Pop, Michael Jackson meninggal dunia selepas jantungnya terhenti di rumah yang disewanya di sini kelmarin.Menurut satu sumber pusat perubatan iaitu tempat Raja Pop itu dihantar bagi memulihkan jantungnya, penyanyi tersebut pengsan sele

Pimpinan PAS lebih Pintar - Anwar

Umno kecundang, pimpinan PAS lebih pintar - Anwar Mohd Khalil Abdullah Thu Jun 25, 09 11:05:35 am MYT KUALA LUMPUR, 25 Jun (Hrkh) - "Umno kecundang lagi. Kali ini mereka tumbang dalam isu kerajaan perpaduan." Menurut Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, strategi yang cuba dipasang oleh Umno tidak menjadi sebaliknya mereka kecundang. "Umno kecundang lagi dalam isu kerajaan perpaduan. Strategi mereka untuk meretakkan hubungan Pakatan Rakyat berkecai,"jelasnya dalam satu catatan di blog peribadinya. Menurutnya, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali. "Alhamdulillah, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali. Saya berulangkali menegaskan bahawa permasalahan yang sengaja digembar-gemburkan di media Umno dapat dileraikan seandainya pimpinan bersama menanganinya secara bijak,"ulasnya. Tambahnya, pimpinan PAS ternyata lebih pintar dan pastinya berpa

Isu Kerajaan Haram Perak dibangkitkan di Parlimen

Intan Abdullah Wed Jun 24, 09 4:56:38 pm MYT KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato' Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan bahawa Dewan Rakyat tidak mempunyai bidang kuasa untuk menjaga kerajaan sesebuah negeri. Beliau berkata demikian kepada Dr Muhd Puad Zarkasyi (BN-Batu Pahat) ketika membantah isi kandungan perbahasan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang mendakwa negeri Perak sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Menteri Besar haram. "Maafkan saya, yang berhormat kerana peraturan mesyuarat 36(2) tidak menjaga dan mempertahankan sebarang urusan yang menyentuh kepentingan kerajaan negeri tetapi hanya hal berkaitan parlimen sahaja," tegasnya. Lim yang sebelum itu menyentuh mengenai krisis politik yang melanda negeri Perak yang didakwa berpunca daripada 'tiga ekor katak politik'. Beliau juga menegaskan bahwa kerajaan negeri Perak yang ada sekarang ini adalah merupakan kerajaan yang haram kerana ianya dibentuk melalui kaedah yang tida

Ramai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Ponteng ?

Di dalam satu pengundian belah bahagi atas permintaan 15 anggota Dewan Rakyat, kebanyakannya dari Pakatan Rakyat ke atas Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) diadakan di dapati 48 anggota Dewan Rakyat menyokong manakala 47 membantah Difahamkan ini kali pertama Dewan Rakyat menyaksikan kelulusan satu rang undang-undang atau mana-mana seksyen diluluskan dengan kelebihan satu undi."Sejak saya menjadi anggota Dewan Rakyat, bermula tahun 1990, ini adalah kali pertama satu rang undang-undang diluluskan dengan kelebihan undi sangat tipis," kata Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditemui di lobi Parlimen. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, R. Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang menggambarkan rang undang-undang yang kompleks itu "hampir gagal."Rang undang-undang itu mempunyai 27 seksyen. Hari ini Dewan Rakyat mula membahaskan lima seksyen yang dipinda selepas ia ditolak pada sesi Mac lalu. Seksyen Dua itu membabitkan as

Tuan Guru Mursyidul Am menarik balik kenyataan beliau kepada Us Nasha

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno. Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara.

Belajar tanpa berguru , Syaitanlah gurunya

Dato' Dr Haron Din Fri Jun 19, 09 7:02:52 am MYT SAYA ingin bertanya mengenai perubatan alternatif, sama ada bertentangan dengan syarak atau tidak. Bagaimana jika ada pengamal itu yang mendakwa, dia mendapat ilmu atau petunjuk perubatan melalui mimpi. Contohnya seperti seorang pengamal mengubati pesakit dengan menggunakan dauh sirih. Daripada pemerhatiannya kepada struktur daun sirih selepas membaca mantera (doa), dia dapat memberitahu kepada pesakit tentang keadaan penyakitnya dari segi fizikal, spiritual atau gangguan. Mohon Dato' jelaskan. INSAN YANG RAGU,menerusi e-mel. ADA dua episod daripada persoalan anda. Pertama mengenai perihal pengubat yang mendapat ilmu mengubati manusia menerusi mimpi. Kedua, menggunakan daun sirih sebagai penunjuk untuk mengubati dan mengetahui perkara ghaib, tentang penyakit zahir, batin dan sebagainya. Perihal ilmu pengubatan melalui mimpi pernah saya jelaskan dahulu dalam ruangan ini, bahawa ilmu itu tidak sabit dari segi syarak. Dengan lain

Isu UG akan selesai minggu ini !!

Kekusutan Kerajaan Perpaduan insyaallah akan dapat diselesaikan dalam seminggu ini.Semua ahli Pas diminta berada dalam keadaaan tenang.Pastikan kita tidak dipermainkan oleh media semasa.Carilah sumber maklumat yang sahih dan boleh dipercaya, jangan terus mempercayai media arus perdana yang dimiliki oleh pihak musuh. Para bloggers juga dingatkan janganlah memberi komen sehingga menjatuhkan maruah pimpinan. Siapa kita berbanding dua Tok Guru ini. Mereka adalah orang yang sangat ikhlas , amanah dalam memimpin gerakan islam. Keikhlasan mereka diterjemahkan dalam kehidupan seharian mereka. Kesederhanaan Tuan Guru Nik Abdul Azizi Nik Mat (TGNA) dikagumi bukan sahaja oleh ahli Pas tetapi orang yang diluar Pas malahan orang bukan islam sendiri kagum dengan beliau .Ini terbukti apabila Lee Kuan Yew datang sendiri melawat Tuan Guru di Kelantan. Kejayaan membawa Kelantan hingga ke hari ini kalaulah tidak kerana pergantungan dengan Allah ianya tidak akan tercapai. Kehebatan Tuan Guru Haji Abdul Ha

Nizar sudah fail rayuan di Mahkamah Persekutuan sebentar tadi !!

Wan Nordin Wan Yaacob Fri Jun 19, 09 5:17:52 pm MYT PUTRAJAYA, 19 Jun (Hrkh) Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan bagi permohonan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, yang mengisytiharkan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Menurut Nizar, permohonan itu bakal didengar pada 9 dan 10 Julai ini dan beliau sangat berharap satu sejarah tercipta dengan 11 hakim diangkat mendengar permohonan beliau. Nizar berkata beliau terpaksa bertindak demikian walaupun panel hakim Mahkamah Rayuan belum mengemukakan hujah bertulis mereka dalam membuat keputusan itu bulan lalu. Datuk Md Raus Shariff, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop sebelum ini memberi jaminan untuk memberi hujah bertulis bagi menyokong keputusan mereka yang telah mengejutkan pelbagai pihak. Beliau kecewa ulasan penghakiman'yang masih tidak diterima selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan p

KRISIS PEMIKIRAN DALAM PAS !!

PAS berhadapan dengan kemelut dalaman parti yang tidaklah serius dan separah masalah dalaman UMNO sebagaimana yang cuba digambarkan oleh media arus perdana. Perbezaan pendapat antara pimpinan parti bukan bermakna PAS telah berpecah belah. Kemelut dalaman parti ini hanyalah krisis pemikiran antara pimpinan tertinggi parti akibat isu Kerajaan Perpaduan. Krisis pemikiran yang berlaku semakin berlarutan akibat masing-masing pimpinan menjadikan media sebagai saluran mempertahankan pandangan, sepatutnya perbezaan pendapat dalam perkara-perkara besar seumpaman ini dibincangkan dan diutarakan dalam muzakarah dan mesyuarat dalaman parti.Selain itu, UMNO melalui media sememangnya menunggu peluang ini, perbezaan pendapat antara pimpinan PAS dibesar-besarkan oleh media arus perdana. Pimpinan UMNO kononnya menyokong pendapat sebelah pihak dengan pujian yang melambung, selama ini tidak ada pimpinan tertinggi UMNO memuji sebegitu rupa. Tujuan pujian hanyalah untuk mengeruhkan keadaan, ini yang UMNO m

Ahli PAS di minta betenang !!

Ahli PAS diminta bertenang, tunggu arahan rasmi Idris Ahmad Thu Jun 18, 09 9:20:58 pm MYT SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis. Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi. Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok. Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya. Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur. Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasan

PAS diuji dengan Media

Apabila Pas Diuji Dengan Media Posted on Sunday, June 14 @ 18:00:00 PDT by KetamBatu Oleh: budokfelda "Sejak kekalahan teruk Pas termasuk kejatuhan kerajaan Terengganu pada tahun 2004, kepimpinan Pas telah berusaha keras untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Pas. Aku masih ingat bagaimana TGHH sendiri terpaksa turun ke peringkat akar umbi untuk mengembalikan semangat dan sokongan rakyat khususnya di Terengganu yang agak trauma selepas tewas. Ketika itu, ceramah-ceramah dan program Pas agak gersang dengan hadirin. Di Kelantan sendiri, TGNA telah mengatur semula gerak kerja selepas menang tipis 2 kerusi dengan menekankan aspek tarbiyyah. Itulah komen pertama beliau selepas kemenangan tipis Pas di Kelantan. Selepas itu, Pas meneroka medium baru untuk mengembalikan izzah parti dan jemaah serta memperkasakan media penerangan. Ketika itu, lahirnya ramai blogger. Antara yang menjadi rujukan utama ahli Pas ketika itu ialah blog Ust Nasruddin Tantawi. Sehinggalah hampir kepada PRU 12

Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS ? - Malaysiakini

Jun 17, 09 1:29pm Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan."Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat. "Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. "Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini. Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama. Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling k

SPR ada kuasa pulakk !!

SPR ada kuasa tentukan kekosongan kerusi dewan Oleh V Anbalagan bhnews@bharian.com.my Perlembagaan 8 negeri di bawah tanggungjawab suruhanjaya PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan kerusi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri di lapan negeri. Hakim Tan Sri Nik Hashim Nik Abdul Rahman berkata, lapan negeri itu ialah Perak, Kelantan, Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Perlis, Sarawak dan Kedah. Beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan lapan negeri itu selaras iaitu: "Kekosongan biasa mesti diisi dalam masa 60 hari daripada tarikh suruhanjaya itu memutuskan berlaku sesuatu kekosongan." Nik Hashim bagaimanapun berkata, Perlembagaan Negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Terengganu hanya menyebut: "Kekosongan biasa mesti diisi dalam masa 60 hari daripada tarikh berlaku kekosongan itu. "Perlembagaan empat negeri itu tidak memasukkan tanggungjawab SPR bagi menentukan kek

Laungan 'Bubar Dun' di Dewan Rakyat !!!

Imej
Persidangan Dewan Rakyat kecoh apabila bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (foto), melaungkan "Bubar DUN Perak" sejurus mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang. Rakan beliau dari Perak, Datuk Ngeh Kor Ham (DAP-Beruas) dan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) lantas mengikut dengan melaungkan slogan sama dan memakai lilit kepala hitam dengan tulisan "Bubar DUN" di ikuti beberapa rakan lain. Suasana Dewan Rakyat terus riuh dan kecoh apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bertikam lidah dengan wakil Pembangkang. Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia lantas menegur sikap wakil pembangkang itu yang jelas melanggar peraturan Dewan Rakyat dan mengarahkan mereka berhenti. Beliau mengingatkan mereka bahawa Dewan Rakyat bukan seperti Dewan Undangan Negeri Perak yang boleh mereka perlakukan sedemikian rupa. Apabila Ngeh dan Nga ingkar, Pandikar Amin memerintahkan mereka keluar Dewan. Beliau juga mengarahkan Nizar yang memulakan kekecohan itu

TERKINI !! DS Nizar dan beberapa MP di halau keluar oleh Speaker !!!

Ekoran dari tindakan DS.Nizar melaungkan kalimat 'Hidup Rakyat' dan 'Bubar Dun' serta memakai lilitan BubarDun membawa kepada tindakan Speaker menghalau keluar dari dewan hampir 10 orang Ahli Parlimen.Antaranya YB.Nga Kor Ming, Dato'Ngeh Kor Ham, YB.Gobalakrishnen, Dr.Hatta Ramli, Dr.Zulkifli, YB.Nurul Izzah dan beberapa orang lain. Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:30 AM

Nizar angkat sumpah esok !!

Imej
Satu rombongan wakil rakyat Pakatan Rakyat Perak dan penyokong-penyokong akan pergi ke Parlimen pagi esok. Rombongan ini bertujuan memberi semangat dan sokongan moral kepada Dato Seri Nizar yang akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.Rombongan ini akan bertolak awal pagi dari Ipoh dan dijangka sampai di Parlimen lebih kurang jam 9.00 pagi.Tahniah diucapkan kepada Dato Seri Nizar - Al-fatehah untuk arwah Roslan Shahrom. Sumber : Suara Perak

Nizar dinafikan Hak mendapat hujahan bertulis Mahkamah Rayuan !!

Kelab Greenboc Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Sri Nizar Jamaluddin tidak dapat memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan untuk menyemak balik keputusan Mahkamah Rayuan, mengistiharkan Zambry Kadir dari UMNO sebagai Menteri Besar Perak. Ini adalah kerana pihak Nizar masih belum menerima penghujahan bertulis daripada Mahkamah Rayuan. Hakim Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif sebelum ini berkata penghakiman bertulis akan dikeluarkan pada 29 Mei tetapi sehingga hari ini hujjahan bertulis itu gagal dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan. Banyak pihak melihat ia sebagai satu usaha dari institusi kehakiman untuk menafikan hak Nizar untuk mendapatkan pembelaan dari Mahkamah Persekutuan. Pada 11 Mei Panel Hakim Mahkamah Rayuan dalam penghakiman lisan mereka mendapati keputusan Mahkamah Tinggi lepas bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu. Mahkamah mendapati hakim Mahkamah Tinggi berkenaan telah gagal menilai dengan betul dan secukupny

Perak dapat Pesuruhjaya Baru !!!

Presiden PAS telah melantik Ust Abu Bakar Husein sebagai Pesuruhjaya PAS yang baru bagi sessi 2009-2011. Perlantikan ini dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama hari ini jam 10.00 pagi di Pejabat Agung PAS Pusat. Sebelum ini, Ust Abu Bakar Husein adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai YDP PAS Kawasan gopeng untuk beberapa penggal yang lalu. Dalam Pilihanraya umum yang lepas, beliau bertanding di DUN Pengkalan Baru dan hanya kalah dengan majoriti yang begitu kecil iaitu 14 undi. Beliau juga adalah pesara guru agama yang pernah berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh. Perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Perak disambut baik oleh kawasan-kawasan dan dewan-dewan. Dengan pengalaman sebagai pendidik agama, seluruh PAS Kawasan di Perak mengharapkan agar pengalaman mentarbiyyah di gunakan untuk mentarbiyyah ahli-ahli PAS. Beliau sememangnya sangat meminati bidang tarbiyyah haraki. Markaz Tarbiyyah Air Kuning s

Henti Bangkit Isu Kerajaan Perpaduan !!

Henti bangkit isu Kerajaan Perpaduan Mohd Rashidi Hassan rashidi@harakah.net.my Wed Jun 10, 09 11:31:00 am MYT GESAAN Dato' Mustafa Ali kepada semua pihak termasuk dalam PAS dan Pakatan Rakyat supaya menghentikan segera bercakap soal Kerajaan Perpaduan mesti diambil perhatian segera. Mustafa dalam sidang akhbarnya di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, 9 Jun lepas mahu semua pemimpin PAS berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berhubung isu kerajaan perpaduan. Tegasnya, idea bekerjasama dengan Umno (dalam isu-isu yang khusus) pernah dikemukakan dalam mesyuarat AJK PAS Pusat, namun ianya tidak dijuruskan kepada suatu keputusan yang konkrit. Katanya, idea tersebut dikemukakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tetapi ahli-ahli PAS tidak mempersetujuinya. Isu kerajaan perpaduan katanya juga, tidak pernah dibincangkan (dalam mesyuarat AJK Pusat) dan tiada keputusan yang dicapai mengenainya. Mustafa memperakui, daripada reaksi AJK PAS Pusat tidak berse

Al-Qiadah : Takliff Laa Tasyrif !!!

al Qiadah : Takliif Laa Tasyriif ALQIADAH : TAKLIF LAA TASYRIF Oleh : Nasarudin Tantawi Salam perjuangan buat semua. Kepimpinan adalah institusi terpenting bagi sebuah organisasi. Tidak ketinggalan bagi sebuah Gerakan Islam seperti Parti Islam Semalaysia ( PAS ). Justeru itu , ia mestilah menjadi institusi yang paling kukuh dan mantap bagi memastikan dasar perjuangan dapat direalisasikan dengan baik dan menepati objektif serta matlamat perjuangan itu pula dapat dicapai dengan cemerlang. Menjawat atau menyandang status sebagai seorang pemimpin dipelbagai peringkat parti mestilah dengan segala keupayaan dan kelayakkan yang diiktiraf oleh syara' , berpandukan petunjuk Al - Quran dan As - Sunnah. Kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan ( tasyrif ) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah ( taklif ). عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّ

Tubuhkan Suruhanjaya Bebas DiRaja !!!!

Irwan Muhammad Zain Sun Jun 07, 09 12:01:12 pm MYT SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Satu usul tergempar mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas Diraja siasat pengambilan secara haram kerajaan Pakatan Rakyat Perak diterima sebulat suara. Usul yang dibawa oleh PAS Kawasan Tambun, Perak itu diterima untuk dibahaskan setelah menyedari tindakan Umno/BN merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak merupakan perbuatan yang biadap dan tidak menghormati suara rakyat. Perwakilan Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik yang juga bendahari PAS Perak ketika membawakan usul tersebut menegaskan perlunya penubuhan suruhajaya tersebut bagi menyiasat perbuatan Umno/BN yang merasuah wakil rakyat bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. "Kami mencadangkan usul tergempar ini kerana tidak mahu lagi peristiwa yang berlaku di Perak berulang dinegeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain. "Kerana itu kami mendesak supaya Suruhanjaya Bebas DiRaja perlu segera ditubuhkan bagi menyiasat perbuatan rampasan kuasa itu,"

PAS Perak Tolak Rundingan dengan UMNO !!!

PAS Perak menggesa kepimpinan PAS pusat agar tidak meneruskan rancangan untuk mengadakan rundingan sulit dengan UMNO demi kepentingan sokongan terhadap parti tersebut bagi memenangi pilihanraya umum yang ke-13. "Saya cadangkan jangan ada rundingan sulit dengan UMNO sama ada di peringkat negeri atau pusat. "Lupakan sahaja UMNO, tetapi dalam masa yang sama, jangan sisihkan orang UMNO," kata Dr Khairudin Abdul Malik. Katanya, kemelut politik yang berlaku di Perak sejak Februari lalu, adalah disebabkan oleh rampasan kuasa 'ala Fiji dan Zimbabwe' yang dilakukan oleh UMNO. Beliau berkata demikian sewaktu membahaskan ucapan dasar presiden yang bertemakan "Islam Memimpin Perubahan". Dr Khairuddin juga menyatakan keyakinan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat mampu merampas kembali negeri tersebut, kerana jasa dan khidmat gabungan tersebut sudah berada di dalam minda rakyat Perak. Kemampuan PAS dan Pakatan Rakyat mentadbir dalam masyarakat majmuk di Perak, turut membe

Jangan bersekongkol dengan UMNO

Intan Abdullah Sun Jun 07, 09 12:27:40 pm MYT SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Perwakilan Dewan Pemuda PAS Pusat, Dzulkifli Ahmad mengancam mereka yang menyertai PAS untuk mengetengahkan agenda peribadi apatah lagi untuk bersama-sama Umno-BN. "Kita takut ada yang akan menggunakan perjuangan Islam untuk kepentingan agenda perjuangan mereka, kita mengancam golongan mereka yang melakukan tindakan sedemikian. "Pemuda juga tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan individu yang terbabit," katanya ketika membahaskan usul mewujudkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat insiden rampasan kuasa di Perak. Tegasnya, tiada istilah bekerjasama dengan Umno-BN dalam apa jua bentuk memandangkan PAS tidak memerlukan parti itu malah ia perlu dikuburkan. "Kita adalah penentang-penentang Umno yang tegar dan tidak akan berkompromi dengan mereka. "Jika ada pemimpin yang berbincang dengan Umno, mereka harus ingat bahawa Umnolah yang harus ditarik kepada PAS dan bukan kita yang pergi un

Nasharuddin kekal Timbalan Presiden !!

Imej
Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri Jun 6, 09 9:31am Rasmi Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden PAS - menewaskan dua pencabarnya, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.Pengumuman kemenangan beliau mendapat tepukan gemuruh para perwakilan, walaupun sebelum ini - sehingga saat-saat akhir - Husam dikatakan menang jawatan tersebut. Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad Sabu mendapat 261 undi.Ekoran kekalahan beliau, Husam dan Mohamad Sabu yang sebelum ini merupakan naib-naib presiden PAS, tidak lagi memegang sebarang jawatan tinggi parti di peringkat pusat. Pengerusi pemilihan, Datuk Mustafa Ali mengumumkankeputusan tersebut pada kira-kira jam 10 pagi ini.Bagi jawatan naib presiden pula, pemenangnya - seperti yang dijangkakan - ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat 871 undi; diikuti ahli parlimen Kubang Krian, Salahuddin Ayub (824) dan ketua penerangan PAS yang juga ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar (636).

Tiada niat bersama UMNO, BN

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa memperjelaskan bahawa kepemimpinan tertinggi parti itu tidak pernah mempunyai sebarang niat atau perancangan untuk bersama dengan Umno atau BN. Sebaliknya, kata beliau, ia hanyalah spekulasi semata-mata."Saya percaya adik-adik saya dalam Dewan Pemuda PAS bersama-sama saya dalam agenda ini," katanya ketika berucap merasmikan muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) di markas PAS di Taman Melewar Gombak malam ini." Akan kita pertahankan parti ini dari sebarang unsur yang cuba merobek dan menggangu keutuhan jemaah kita," katanya sambil menambah bahawa Islam yang diperjuang parti itu berdasarkan al-Quran dan Sunnah."Al-Quran dan al-Sunnah yang megajar kita untuk mengenal siapa musuh dan siapa kawan, ketika mana hendak berperang dan ketika mana pula hendak untuk berdamai," katanya. Sehubungan itu, katanya, prinsip dan dasar Islam yang perjuangkan oleh PAS tidak sesekali akan berganjak."Namun kaedah dan uslub (pendek

Muktamar ke 55 - Persediaan PAS untuk menggantikan UMNO

Muktamar ke 55 - Persediaan PAS untuk menggantikan Umno Dr Dzulkefly Ahmad Tue Jun 02, 09 4:58:37 pm MYT Sesungguhnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sedang berada di tahap paling baik dalam 58 tahun sejarah jatuh-bangun perjuangan politiknya. Natijah dari pelbagai dinamika politik nasional dan hasil kesediaan kepimpinan memposisi kepentingan perjuangan, PAS kini berada sekali lagi di kedudukan penting yang sekaligus menuntut parti Islam ini terus membuat beberapa pilihan strategik. Paling kritikal, atas pilihan strategik ini pula akan ditentukan keupayaan dan kelangsungan PAS, samada untuk terus mara menempah kejayaan yang lebih besar atau berpatah balik seumpama yang disaksikan pasca-kejayaan PRU ke-10, yakni keputusan PRU ke-11 April 2004 yang mengembalikan PAS pada garis sokongan tegarnya, tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Maka di ambang Muktamar ke-55 ini, punya cita-cita besar bagi meletakkan seluruh kepimpinan parti, aktivis, pendukung dan pencintanya, supaya sedar dan ins