Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 19, 2009

Pilihanraya di Kota Siputeh ?

Kota Siputeh selepas Permatang Pasir? Oleh Nazri Abdullah Wed Aug 19, 09 6:26:52 pm MYT ALOR SETAR, 19 Ogos: Mungkinkah akan berlaku satu lagi pilihanraya kecil dalam masa terdekat? Persoalan ini sedang menunggu jawapan berikutan aduan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif yang tidak hadir persidangan dua kali berturut-turut. Abu Hasan tidak hadir sidang Dun dua kali, masing-masing pada pada 19 April dan 9 Ogos lalu, tanpa sebarang kebenaran Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail. Mengikut Perkara 51 Undang-undang tubuh Kerajaan negeri Kedah, kerusi mana-mana Adun dikira kosong jika tidak hadir persidangannya dua kali berturut turut tanpa kebenaran Speaker. Abdul Isa ketika dihubungi berkata, tidak timbul soal surat pemberitahuan kerana Undang undang tubuh negeri menyebut hanya berkaitan kebenaran speaker. "Bukan soal dia (Abu Hasan) hantar surat pemberitahuan atau tak hantar kepada saya, soalnya...