11 Februari 2010

85% daripada 11073 undian tolak Zambry sebagai MB Perak

Dalam satu undian terkini di bahagian Poll akhbar Sinar Harian edisi internetnya menunjukkan ramai 85 % rakyat tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Undian itu telah memberi tamparan hebat kepada Zambry dan penyokongnya kerana kononnya sebelum ini rakyat menerima dan memberi sokongan padu kepada Zambry sebagai MB Perak.

Betul kata Presiden PAS, TG Haji Hadi bahawa Dato` Seri Muhamad Nizar masih lagi diberi kepercayaan dan diterima oleh rakyat untuk menerajui Perak.

Sekarang terbukti dengan nyata sekali yang rakyat memang memberi sokongan padu kepada Nizar yang dilihat lebih menitik berat akan kebajikan dan keharmonian rakyat.

Dalam Poll itu, Sinar Harian telah mengajukan persoalan, “Keputusan Mahkamah Persekutuan isytihar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah diterima semua pihak”.

Keputusan terkini Poll terbabit menunjukkan 85% tidak bersetuju Zambry sebagai MB Perak daripada 11073 undian yang telah dibuat. Manakala yang dapat menerima Zambry sebagai MB Perak hanya sekadar 15% jauh ketinggalan di belakang.