29 September 2009

PAS CALONKAN ZULKEFLI !!!



Abdul Rahim SabriSep 29, 0911:59am


Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar diumumkan malam ini sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.
Pemilihan Zulkefly diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat penyelarasan DAP bagi pilihanraya kecil berkenaan dekat Port Dickson.
Petang tadi, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemilihan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN.
Dewan Harian PAS bermesyuarat petang tadi untuk memuktamad pemilihan calonnya di Bagan Pinang.
Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

ISA SAMAD CALON BN DI BAGAN PINANG !!!


Abdul Rahim SabriSep 29, 095:29pm

Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.
Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Jika tidak, kata Dr Mahathir, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.Isa, kata Dr Mahathir lagi, sudah didapati bersalah dan kalau Umno letak beliau sebagai calon, ia juga bermakna bahawa Umno tidak ambil berat tentang kes-kes semacam itu.Dr Mahathir berkata, kalau pun Isa boleh menang tetapi Umno "kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno".

GANESAN TIADA HAK PANGGIL SIDANG DUN !!! - PJ PERAK

Oleh : mohd hafez sabri

Ipoh, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan sekali lagi bahawa Yb V. Sivakumar adalah speaker yang sah, manakala Ganesan dengan jelas adalah speaker yang tidak sah kerana cara Ganesan dilantik sebagai speaker adalah tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

Beliau menegaskan bahawa “Kedudukan Ganesan hingga kini masih lagi tidak sah dan tidak jelas. Dan beliau telah melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa. Beliau masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan. Sebenarnya yang bermasalah adalah Ganesan bukannya Yb V.Sivakumar.”

“Kita juga sedia maklum apa yang diputuskan dalam Sidang DUN 2 september baru-baru ini adalah sah dan sama statusnya dengan sidang yang diadakan dibawah pokok kerana dihalang oleh umno/bn untuk adun-adun PR masuk bersidang secara baik di dalam dewan sebelum ini dan ianya adalah sah kerana pada satu-satu masa hanya boleh ada satu DUN sahaja. DUN di pengerusikan Ganesan tidak sah kerana kuasa mempengerusikan sidang DUN masih di bawah Yb V.Sivakumar,” katanya.

Tambah beliau lagi “ Seluruh rakyat Perak mengetahui bahawa Yb V. Sivakumar masih lagi Speaker Dewan kerana ia diangkat keluar dari Dewan secara paksa pada Mei lalu dalam cubaan rampasan kuasa Umno-BN, sememangnya insiden mengusung keluar secara paksa speaker dari dalam dewan adalah tindakan ganas umno/bn yang telah memalukan seluruh rakyat Negeri Perak”

27 September 2009

JAMUAN HARI RAYA AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG !!



Pagi tadi saya menghadiri jamuan hari raya anjuran Ahli Parlimen Bukit Gantang YB Hj Mohd Nizar Jamaluddin. Turut hadir YB Hj Zainuddin bekas Exco Kerajaan Negeri Perak yang juga ADUN Padang Rengas, YB Kuala Sepetang ,YB Husin Din ADUN Selinsing dan Ketua bahagian Keadilan Bukit Gantang.
Dalam ucapan YB Nizar beliau menegaskan bahawa Kerajaan Haram yang ada sekarang banyak membuat pembaziran dari wang Rakyat termasuk menggunakan wang Rakyat untuk meletakkan gambar Zambry di seluruh Negeri Perak bagi meraih simpati dan sokongan rakyat.
Beliau menegaskan juga bahawa Ganesan tidak layak memanggil sidang DUN memandangkan status beliau adalah tidak sah sebagai speaker.
Isu memijak kepala lembu juga disentuh oleh YB Nizar dengan menyifatkan mereka yang terlibat segaja menimbulkan suasana yang tidak selesa di kalangan masyarakat dan merasa kesal dengan sikap Polis yang tidak mengambil tindakan sewaktu demontrasi itu berjalan.
Beliau mengucapkan selamat Hari raya dan mengharapkan agar Pakatan Rakyat akan terus kukuh untuk menjatuhkan BN pada Pilihanraya akan datang.

Radzi( Melissa) dan Ringgo di Taiping !!

Radzi (Melissa) sedang berselawat bersama-sama penonton
YDP Pas Taiping menyampaikan hamper kepada Ringgo


Ringgo sedang menyampaikan lagu dari albun terbarunya 'Pesan Tok Guru'


Konsert Kesenian Islam anjuran Pemuda PAS Taiping telah di adakan di Padang pasaraya Giant Taiping pada 26 September 2009 (Sabtu). Kehadiran orang ramai agak memuaskan walaupun dalam kesebukan menyambut AidilFitri.
Artis yang diundang untuk mendendangkan beberapa buah lagu ialah Radzi (Melissa) dan Ringgo serta penampilan istimewa Ustaz Hazlin Baharin sebagai pengacara pada malam itu.
Lagu-lagu berunsur ketuhanan telah dinyayikan oleh kedua-dua artis tersebut yang satu ketika dahulu popular dengan lagu-lagu pop rock.
Konsep hiburan berunsur islam cuba diketengahkan oleh Pemuda Pas Taiping untuk memberi hiburan alternatif kepada orang ramai khususnya anak-anak muda sekarang.





24 September 2009

KEBIJAKSANAAN PAKATAN RAKYAT TERSERLAH DALAM ISU KUIL DAN KEPALA LEMBU

KEBIJAKSANAAN PAKATAN RAKYAT TERSERLAH DALAM ISU KUIL DAN KEPALA LEMBU

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada dua Khalid - Y.B Khalid Samad dan Tan Sri Khalid Ibrahim kerana ketenangan dan kematangan mereka menyelesaikan isu Kuil di Seksyen 23 Shah Alam.

Meskipun di"serang" dengan "serangan" yang tidak bertamadun dalam satu sesi yang sepetutnya bertamadun iaitu sesi dialog, kedua-dua Khalid tersebut berjaya mengawal keadaan. Inilah hadiah kepimpinan Pakatan Rakyat ( PR )kepada rakyat Malaysia amnya dan rakyat Shah Alam khususnya.

Memang mudah untuk melatah dalam isu sesentitif ini - isu penempatan kuil. Memang mudah juga untuk meniupkan api perkauman dalam isu sebegini.Bagi parti yang tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya, memang Umno akan mengambil jalan mudah mengeksploitasi isu ini bagi mewujudkan persepsi di kalangan umat Islam bahawa PAS kononnya "membela" kuil dan tidak sensitif dengan hati dan perasaan umat Islam.

Bagaimanapun bagi PAS yang penuh yakin dengan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai dasar perjuangannya segala masalah yang timbul akan terlebih dahulu dirujuk kepada kedua-dua rujukan utama ini.Rujukan kepada Al-Quran memberi satu formula yang tuntas bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi di Shah Alam tersebut .

Pertamanya Al-Quran dengan secara jelas menyatakan di dalam Surah Al-An'am bahawa umat Islam tidak dibenarkan mencerca mereka yang mengajak manusia selain dari Allah.

Allah s.w.t menyatakan " Janganlah kamu mencerca ( herdik, hina ) mereka yang menyeru selain dari Allah. maka ( jika kamu kamu berbuat demikian ) mereka akan mencerca ( herdik, hina ) Allah secara permusuhan dan dengan tanpa ilmu pengetahuan." ( Al-An'am 6 : 108 )

Menurut Ibn Kathir di dalam tafsirnya , ayat tersebut secara jelas melarang Rasulullah s.a.w dan mereka yang beriman daripada mencerca dan menghina "tuhan-tuhan" orang-orang bukan Islam , meskipun mungkin terdapat manfaat daripada hal tersebut.

Cercaan tersebut akan membawa kepada mudarat yang lebih besar dari manfaat kerana jika cercaan itu dibenarkan penyembah-penyembah selain dari Allah tersebut akan membalas cercaan tersebut iaitu dengan mencerca Tuhan orang-orang beriman iaitu Allah s.w.t.Ibn Kathir meriwayatkan di dalam tafsirnya bahawa Ali bin Abi Talhah berkata bahawa Ibn 'Abbas memberikan komen berikut terhadap ayat Surah Al-An'am : 108

" Mereka ( golongan orang kafir ) berkata " Oh Muhammad kamu hendaklah berhenti menghina 'tuhan-tuhan"kami, jika tidak kami akan hina Tuhan kamu". Selepas itu Allah melarang orang-orang beriman daripada mencerca "tuhan-tuhan" orang-orang kafir."

Adalah jelas kedua-dua Khalid tersebut berpegang kepada ayat dalam Surah Al-An'am ( yang juga menurut Yusuf Al-Qardhawi dipanggil surah Tawhid tersebut. Apabila berpegang dengan Al-Quran manusia akan sentiasa benar meskipun seluruh dunia mengatakan mereka salah. Itulah ,saya yakin, keyakinan kedua-dua Khalid tersebut.

Jelas apa yang dilakukan oleh 50 orang yang berhimpun di hadapan Pejabat SUK Selangor pada 30 Ogos lalu dengan mengusung dan memijak kepala lembu adalah perbuatan yang tidak boleh dilihat menaikkan nama Islam jika dilihat dari mana-mana persepektif sekalipun. Malahan ia menampakan kejahilan dan buta dengan ajaran Al-Quran.

Perbuatan memijak kepala lembu membuka ruang sepenuhnya kepada penghinaan kepada Allah . Ia juga sekaligus membuka ruang kepada penghinaan kepada Islam itu sendiri.

Menghina "tuhan" orang lain, meskipun mungkin dianggap sebagai wira oleh sesetengah pihak, pada hakikatnya hanya membawa penghinaan kepada Allah.

Sebab itu Rasullullah s.a.w menyatakan di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari bahawa :"Dilaknat mereka yang mencerca ibu-bapanya sendiri, para sahabat kemudiannya bertanya " bagaimanakah seseorang itu mencerca ibu bapanya sendiri Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w menjawab " Seseorang itu mencerca bapa orang lain dan orang tersebut ( yang bapanya dicerca) akan mencerca pula bapa dia ( orang yang mula-mula mencerca) dan seseorang itu mencerca ibu orang lain dan orang tersebut ( yang ibunya dicerca) akan mencerca pula ibu dia ( orang yang mula-mula mencerca".

Lihatlah betapa berkesannya ajaran Al-Quran dan ajaran Rasulullah s.a.w bagi menawarkan penyelesaian kepada satu kekusutan. Perkara kedua yang dipegang oleh kedua-dua Khalid ini adalah prinsip "huriyyatul adyan" ( kebebasan agama ) yang disanjung tinggi oleh Islam.

Sebelum PAS memerintah Kelantan isu kebebasan agama mungkin hanya diajar di dalam masjid dan surau-surau sahaja. Bagaimanapun apabila Kelantan diperintah oleh Tuan Guru, kebebasan agama mula dijelmakan ke alam realiti. Tuan Guru meniru dari Rasullulah s.a.w dan kedua-dua Khalid pula meniru dari apa yang ditiru oleh Tuan Guru tersebut.

Sejarah Islam sarat dengan kisah-kisah yang menunjukkan bagaimana pemerintah Islam menjamin kebebasan agama. Di dalam tulisan yang ditulis oleh Ismail Raji Al-Faruqi bertajuk " the role of Islam in Global Inter-Religious Dependence" beliau menukilkan apa yang dinyatakan oleh Al-Kufi di dalam Shah-Namah seperti berikut"Apabila Muhammad Ibn Qasim berjaya menembusi benua India pada tahun 91 hijrah ( 711 Masihi ) , orang-orang Islam berhadapan dengan agama baru yang mereka tidak pernah berjumpa sebelum itu iaitu gaman Buddhism dan Hinduism.

Kedua-dua agama tersebut wujud di Sind dan Punjab iaitu kedua-dua wilayah yang dikuasai oleh Islam dan menyertai Negara Islam. Muhammad Ibn Al-Qasim telah mendapatkan arahan dari Khalifah di Damsyik tentang bagaimana nak dilakukan ke atas kedua-dua agama tersebut. Pengikut-pengikut agama tersebut menyembah berhala dan berpegang kepada agama yang jauh dari prinsip Islam.

Khalifah telah memanggil Majlis Ulama dan meminta mereka memberikan pendapat mereka dalam isu tersebut. Akhirnya diputuskan bahawa selagi mana para pengganut Hindu dan Buddha tersebut tidak memerangi negara Islam dan membayar jizyah , mereka bebas sepenuhnya untuk menyembah "tuhan-tuhan" mereka mengikut kemahuan mereka dan mereka juga berhak menguruskan kuil-kuil mereka dan menentukan kehidupan mereka sepertimana yang agama mereka mahu." [ lihat m/s 89-90 buku Islam and Other Faiths terbitan The Islamic Foundation ]Perkara ketiga yang dipegang oleh kedua-dua Khalid adalah prinsip "hiwar" ( dialog ) di dalam mencari penyelasaian sesuatu masalah.

Rakyat negara ini dapat melihat bagaimana kedua-dua Khalid tersebut begitu berani berhadapan dengan mereka yang kasar dan biadap dalam menyatakan pendirian mereka.Kebiadapan tidak dibalas dengan kebiadapan tetapi dengan ketenangan dan kematangan menjawab segala isu yang ditimbulkan. Kedua-kedua Khalid tersebut boleh sahaja memilih untuk tidak berdialog dan juga memilih untuk melawan kebiadapan dengan kebidapan tetapi mereka tidak memilih jalan mudah dan singkat.

Bagi kedua-kedua Khalid,apa yang mereka hadapai adalah secara relatifnya lebih kecil daripada apa yang Rasulullah s.a.w hadapi. Rasulullah s.a.w pernah berhadapan dengan mereka yang lebih biadap dari itu. Rasullulah s.a.w berhadapan dengan Arab Badwi yang terkenal dengan sikap keras dan biadap mereka. Badwi yang datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w di masjid menunjukkan kebidapannya dengan kencing di dalam kawasan Masjid . Para sahabat marah tetapi Rasullullah s.a.w tetap tenang dan meminta para sahabat membasuh kencing Badwi yang biadap itu.Begitulah sikap kedua-dua Khalid tersebut . Mereka hanya anggap mereka yang kasar di Majlis Dialog bersejarah itu umpama Badwi yang kencing di Masjid Nabi - basuh kencing selesai masalah !!!

22 September 2009

Aidilfitri tidak redakan kemarahan rakyat Perak

Aidilfitri tidak redakan kemarahan rakyat Perak

Nazri Abdullah Tue Sep 22, 09 8:29:23 pm MYT
BATU GAJAH, 22 Sept: Bulan Syawal pada amalan kebiasaannya adalah waktu bermaaf-maafan sesama insan atas kesilapan yang pernah dilakukan namun hal ini berbeza di Perak.

Sejumlah besar rakyat negeri ini kelihatan sangat sukar memberi kemaafan kepada kerajaan Barisan Nasional yang telah mengambil pemerintahan secara 'rampasan kuasa' sejak Februari lalu melalui tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)yang keluar Pakatan Rakyat menyokong BN.
Tinjauan wartawan Harakahdaily mendapati, kemarahan rakyat terhadap kerajaan BN Perak yang dipimpin Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir nampaknya belum surut walaupun sudah berbulan berlalu.
Buktinya, sebarang poster dan kain pemidang mengandungi gambar Zambry ataupun ADUN BN yang lain, diconteng dengan cat dan tulisan maki hamun pihak yang tidak berpuas hati di sini.
Di mana sahaja di sekitar negeri ini, kebanyakan poster BN tidak ada yang bersih seperti asal. Ada sahaja tanda kebencian dilemparkan ke gambar mereka.
Sebagai contoh, kain rentang ucapan Selamat Hari Raya oleh Zambry yang digantung di jalan masuk ke Pasar Batu Gajah dekat sini disembur cat hitam pada mukanya dan ditulis perkataan 'haram jadah' pada kain rentang berkenaan.
Satu lagi kain rentang yang digantung bertentangan, juga disembur cat serupa.
Manakala seorang lagi pemimpin, yang turut menerima kecaman penduduk setempat adalah Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman.
Kain rentangnya yang digantung di pintu pagar masuk Masjid Kampung Sri Jaya di sini, turut menerima nasib yang sama.
Menurut penduduk berhampiran, kain rentang berkenaan digantung dua minggu lalu dan kesan conteng berkenaan disedari seminggu kemudian.
Pada Hari Raya pertama, kain rentang berkenaan turut menjadi perhatian penduduk yang pulang ke kampung dan datang untuk bersolat di masjid berkenaan.
Seminggu lalu juga, Hamidah dikatakan menggunakan masjid tersebut sebagai tempat menyampaikan bantuan kepada masyarakat di kampung tersebut.
Namun yang lebih menghairankan, biarpun sudah seminggu diconteng, tiada seorang penduduk pun mengambil inisiatif membersihkan mahupun menanggalkannya, seolah-olah sengaja ditayang untuk tontonan umum.
Ketidakpedulian rakyat terhadap perkara tersebut menyerlahkan lagi betapa marahnya mereka terhadap kepimpinan BN negeri ini.
Zambry sebelum ini juga menggunakan jentera parti dan kerajaan negeri untuk membersihkan imejnya namun dilihat gagal.
Sepanjang Ramadahan lalu, beliau juga menjadi pembaca doa berbuka puasa setiap hari melalui stesen radio Perak namun ia juga dilihat gagal menarik simpati rakyat. _ -->

18 September 2009

500 orang hadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Nga Kor Meng !!







TAIPING (15 Sept 09) – YB Nga Kor Ming Ahli Parlimen Taiping meraikan majlis berbuka puasa bersama penduduk Kampung Expo, Kamunting.

Majlis Berbuka Puasa ini turut disertai ADUN Pokok Asam, Yee Sue Kai dan ADUN Aulong, Yew Tian Hoe berserta kaum Tionghua dan kelab penyokong PAS Taiping.

Program bermula jam 6.30 petang bermula dengan ucapan aluan oleh Ketua PAS Cawangan Kg Expo. Disusuli dengan ucapan Yang Dipertua PAS Kawasan Ustaz Fakharuddin Abd Aziz.

Ini menandakan perpaduan yang cukup erat telah dibina sejak Pakatan Rakyat memerintah Perak.

Masjid satu ketika dahulu merupakan tempat yang asing bagi penganut agama lain kini telah berubah. Penganut agama Hindu, Kristian dan Buddha hadir bersama untuk meraikan Majlis berbuka puasa bersama. Kehadiran pelbagai kaum ini dapat menghilangkan tanggapan negatif agama lain kepada islam.Mereka menyaksikan sendiri ketertiban dan disiplinnya ummat islam dalam menjalani ibadah berpuasa. Ini satu lagi kejayaan dakwah yang telah diperjuangkan oleh PAS sebelum ini.

Manakala dalam ucapan YB Nga , beliau rasa cukup bertuah dan berterima kasih kepada PAS kerana memberi kerjasama yang baik menjemput beliau dan rombongan menghadiri majlis berbuka puasa ini. Ini menunjukan persefahaman antara Islam dan bukan Islam tercapai seperti pemerintahan di zaman kegemilangan Islam dahulu lagi.

Turut hadir ialah ketua Kelab Penyokong PAS Taiping , Nali Raja dan wakil wanita DAP .

Sambutan amat luar biasa ramai penduduk keluar dianggarkan 500 orang hadir berbuka puasa dan bertemu YB Nga dan pimpinan PAS. Kehadiran kalangan rakyat bukan beragama Islam dan Islam bergabung hadir menjayakan majlis ini telah membuktikan kejayaan Pakatan Rakyat menyatukan perpaduan kaum. Bukan seperti perpecahan yang berlaku dalam Barisan Nasional dimana UMNO, MCA, MIC masing-masing bercakaran antara satu sama lain ujar YB Nga semasa menyampaikan ucapan sebelum buka puasa.

Beliau juga telah mengumumkan akan menganjurkan majlis berkhatan beramai-ramai untuk kanak-kanak Islam bagi musim cuti sekolah yang akan datang.

Sempena majlis itu YB Nga telah dihadiahkan sebuah terjemahan tafsir Quran dalam bahasa Inggeris oleh PAS cawangan dan disampaikan oleh YDP PAS Ustaz Fakharuddin.




17 September 2009

HUBUNGAN NUZUL QURAN, LAILATUL QADAR DAN POLITIK NEGARA

Abdullah Azzam al-Qumi Tue Sep 08, 09 1:09:30 am MYT

Bulan Ramadan dipilih Tuhan sebagai bulan untuk kita berpuasa atas beberapa perkara. Antara perkara yang paling besar, ialah sejarah turunnya al-Quran pada suatu malam dalam bulan Ramadan.

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah..." (maksud Al-Baqarah: 185)
Sebab itu juga kita digalakkan membaca, tadarus al-Quran pada bulan Ramadan sebagai suatu cara menghormati al-Quran memandangkan bulan Ramadan ini telah dipilih sebagai bulan di mana kitab suciNya diturunkan.
[Sebenarnya, kita juga digalakkan bertadarus pada luar bulan Ramadan juga. Tapi pada bulan ini kita makin digalakkan berbuat demikian, apatah lagi, bulan Ramadan itu dikenang sebagai bulan turunnya al-Quran.]
Manakala dalam bulan Ramadan itu juga ada suatu peruntukan malam yang mulia. Malam itu menjadi mulia dengan sebab hadirnya malam Lailatul Qadar di mana kemuliaannya terkait langsung dengan sebab kejadian kisah turunnya al-Quran pada malam yang lebih baik daripada seribu bulan itu.
Firman Allah SWT di dalam surah Al-Qadar, maksudnya:
[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul Qadar.
[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul Qadar itu?
[3] Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4] Pada malam itu, turun malaikat dan ruh dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5] Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbitnya fajar!"
Pada ayat pertama, disebutkan dengan jelas bahawa al-Quran itu telah diturunkan pada malam Lailatul Qadar dan sudah tentulah hal ini berlaku dalam bulan Ramadan kerana jumhur ulama menyifatkan demikian.
(Sesetengah sufi besar seperti Ibnu 'Arabi lewat kitab agungnya Futuhat Makkiyyah mendakwa Lailatul Qadar juga pernah turun pada bulan Rabiul Awwal, Rabiul Akhir dan lain-lain bulan di luar Ramadan. Wallahu'alam.)
Ini kerana, ayat pertama di dalam surah al-Qadar ini ada kaitan dan kesinambungannya dengan ayat 185 al-Baqarah yang menyebutkan bahawa al-Quran itu memang diturunkan pada malam bulan Ramadan.
Nabi Musa a.s bermunajat, berpuasa menunggu turunnya Taurat
Seperti yang termaklum, hubungan Nabi Muhammad s.a.w dengan Nabi Musa a.s itu amat erat. Seperti mana cara al-Quran diturunkan kepada umat Muhammad, maka dengan cara yang sama jugalah kejadian itu berlaku ke atas umat Musa a.s, iaitu Bani Israel.
Suatu zaman yang lalu, Nabi Musa a.s pernah bermunajat selamat 40 hari, 40 malam di atas bukit. Baginda juga berpuasa dalam tempoh turunnya 10 Rukun atau Ten Commandments itu; iaitu peristiwa seperti mana kita berpuasa untuk mengingati peristiwa turunnya al-Quran tersebut.
"Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah dia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah dia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu sebenarnya yang zalim (terhadap diri sendiri). (maksud Al-Baqarah: 51)
Peraturan dan syariat baru (Ten Commandments) itu dirakam dalam bentuk batu bersurat, prasasti untuk Bani Israel dan menurut riwayat, Nabi Musa a.s sendiri telah memecahkan batu bersurat yang terakam di atasnya peraturan baru terhadap umatnya itu. Puncanya, baginda berang ke atas sikap umatnya yang kembali menyembah anak lembu ciptaan Samiri.
Sikap marah Nabi Musa itu turut tercurah ke atas saudaranya Nabi Harun. Allah s.w.t merakamkan kejadian tersebut.
Nabi Harun menjawab: "Wahai anak ibuku! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: `Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrael sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!" (maksud Taha: 94)
Kejadian itu benar-benar mengecewakan Nabi Musa a.s kerana hampir keseluruhan Bani Israel telah kembali menuju jalan kesesatan, melainkan segolongan yang kecil sahaja yang masih setia berkiblatkan kepada ajaran Tauhid yang asal.
Samiri, mungkin seorang pengamal sihir telah mengambil kesan jejak langkah rasul untuk menguatkan lagi kesan sihirnya ke atas Bani Israel. Ketika Nabi Musa a.s bertanya kepada Samiri, maka penyihir itu berkata.
"Ia menjawab: "Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku". (Taha: 96)
Demikianlah halnya dengan nasib umat Islam hari ini. Mereka boleh disesatkan ahli sihir, wanita penyihir yang menjadi isteri pembesar secara halus dan tersirat jika agamawan dan mufti masih setia dan selesa menjaga kedudukannya dengan mengambil sikap membisu (syaitan bisu) dan tidak membuka simpulan tali pada lidahnya dalam usaha menegur amalan sihir isteri pembesar yang boleh menyesatkan aqidah umat ini secara beransur-ansur.
Sikap Muslimin terhadap Lailatul Quran
Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, kita mendapat dua bentuk kemuliaan dari langit. Pertamanya, Al-Quran yang turun dari langit pada malam Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan. Kedua kita mendapat arahan melakukan solat fardhu ketika Nabi Muhammad s.a.w menerimanya di langit pada malam Isra' Mikraj.
Rasulullah s.a.w pernah disoal tentang amalan apakah yang sebaik-baiknya diamalkan jika mereka bertemu Lailatul Qadar itu. Maka nabi meminta kita membaca doa, "Allahumma inna nas aluka ridhoka wal jannah wa na'uzubika min sakhatika wan nar..."
Oleh kerana Lailatul Qadar ini terkait dengan sejarah penurunan al-Quran, dan malaikat serta ruh pun turun mengiringi penurunan al-Quran sebagai petunjuk dan hidayah, maka selayaknya kita menghiasi malam Lailatul Qadar dengan doa yang tidak bersifat keduniaan semata-mata, seperti mohon hendak jadi kaya, mendapat projek, dan lain-lain.
Biarlah kita mohon supaya ada keberkatan (roh) pada harta kekayaan itu, iaitu kita akan pandai menggunakannya ke arah kebaikan, mengeluarkan zakat, membanyakkan sedekah dan lain-lain.
Dan jika kita mendapat projek sekali pun, ia bukanlah didapati melalui rasuah dan tidaklah kita mengalibabakan projek sehingga menyebabkan banyaknya pembinaan rumah yang terbengkalai. Atau jika mendapat projek pembelian kapal selam itu sekali pun, ia bukanlah sampai mengundang tragedi berdarah ke atas wanita Mongolia.
Syahadan, doa yang teragung adalah doa yang telah diajarkan oleh baginda tadi - "Allahumma inna nas aluka ridhoka wal jannah wa na'uzubika min sakhatika wan nar."
Hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam ada keghairahan mencari tanda-tanda Lailatul Qadar kerana mahukan imbuhan pahala yang banyak kerana malam itu dikatakan lebih baik daripada 1,000 bulan. Juga, mereka menunggu malam itu kerana pada malam itu akan dimakbulkan segala doa dan hajat.
Malah, dengan sebab tersebarnya mitos berhubung pokok-pokok bersujud pada malam tersebut, maka ada kalangan kita yang sanggup menunggu isyarat itu agar terbentang di depan mata. Adalah terlebih afdal, masa yang digunakan untuk menunggu petanda itu digunakan untuk meneruskan amalan dan berdoa untuk kebaikan kehidupan yang lebih baik dan sempurna.
Kalau kita mahu berdoa untuk mendapat imbuhan akhirat yang baik, maka hendaklah kita berdoa agar diberi sebuah dunia yang baik di mana khalifahnya adil dalam pemerintahan. Pemimpinnya banyak menyeru ke arah amal soleh dan secara tidak langsung akan menyebabkan bakal lahirnya sebuah dunia yang baik, insya Allah Ta'ala.
_

15 September 2009

UMNO PARTI ISLAM ??

UMNO Parti Islam ?
1. Ketika ditanya komen Dewan Pemuda PAS Pusat [ DPPP ] oleh wartawan mengenai kenyataan Datuk Seri Najib bahawa UMNO adalah parti Islam , spontan disambut dengan ketawa kecil oleh EXCO DPPP lantas dijawab oleh Al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abd Rani [ Timbalan Ketua DPPP ] : " Sila buktikan ! "

2. Semua orang rasa lucu apabila Najib mengumumkan bahawa UMNO adalah parti Islam .

3. Dulu Dr. Mahathir pernah isytihar Malaysia Negara Islam demikian juga Abdullah Badawi dan menantunya Khairy turut menyokong dan mengisytiharkan Malaysia adalah Negara Islam .

4. Terdahulu saya telah mencabar Khairy berdebat dalam isu Malaysia Negara Islam tetapi malang tidak bersambut . Kali ini najib pula isytihar UMNO adalah parti Islam . Tapi kali ini malas dah rasanya nak ajak mereka ni berdebat . Jawapannya sudah pasti .... akan hilang telan masa begitu sahaja .

5. Bukanlah saya takut kerana yang mengisytiharkannya kali ini ialah Perdana Menteri Najib sendiri . Andai mereka mencabar , insyaallah sebut sahaja dimana tempat dan bila tarikhnya DPPP bersedia untuk berhujjah .

6. Mudahnya hujjah bagi menjelaskan bahawa UMNO adalah parti kebangsaan bukan parti Islam . UMNO parti yang mengamalkan faham sekularisme bukan menganut faham Islam . Terlalu banyak hujjah yang boleh disenaraikan , cuma saya nak lihat 10 bukti dan hujjah dari pihak UMNO terlebih dahulu , apakah yang meletakkan UMNO tidak segan silu untuk turut mengaku sebagai sebuah parti Islam .

7. Balai disebut balai Islam apabila Balai itu berorientasikan Islam . Pusat Islam juga disandarkan kepada Islam apabila Pusat itu mengendalikan hal ehwal Islam . University Islam kerana fakulti dan kuliahnya juga berteraskan Islam . Orang Islam kerana orang itu hidup berpaksikan ajaran Islam . Maka demikianlah parti , jika mahu disandarkan kepada Islam untuk menjadi parti Islam maka mestilah dasar perjuangan parti itu berasaskan Islam .

8. Mudahnya , kalau benar dan serius UMNO mahu menjadi parti Islam , maka UMNO mesti terlebih dahulu menukar dasar dan prinsip perjuangan mereka dari kebangsaan kepada Islam . Jadikan al Quran dan Sunnah sebagai pegangan dan sumber rujuk tertinggi dalam parti itu . Amalkan gaya hidup Islam dengan mengamalkan suruhan agama dan tegakkan syiarnya seperti menutup aurat , berlaku adil , tidak rasuah , tidak zalim dan sebagainya .

9. Saya sangat mengharapkan agar UMNO menjadi sebuah parti yang mengamalkan dan memperjuangkan Islam bukan merosakkan Islam dan meruntuhkan syiarnya . Setakat mendakwa UMNO adalah parti Islam sedang kedudukan UMNO dengan Islam terlalu jauh maka ia adalah satu penipuan dan pengkhianatan terhadap ummah khasnya ahli - ahli UMNO sendiri .

10. UMNO boleh berubah apabila mereka selalu menyebut bahawa ahli mereka orang melayu dan mereka kononnya memperjuangkan melayu . Kerana kebetulannya melayu adalah beragama Islam . Tinggal lagi UMNO mesti menghentikan slogan perkauman dan perjuangan berasaskan melayu semata - mata sebaliknya membawa Islam dan prinsip perjuangannya yang tentunya tidaklah asing dengan orang melayu .
Kenapa susah sangat UMNO nak menerima Islam sebagai dasar perjuangan mereka ? kalau mereka sudah bersedia untuk mendakwa dan mengisytiharkan UMNO sebagai parti islam selayaknya mereka juga mesti bersedia untuk menukar dasar dan prinsip perjuangan mereka kepada Islam .... ada berani ke ?
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi

12 September 2009

Lapor siasatan rumah mewah khir, SPRM diberi tempoh 7 hari

Dzulfikar Mashoor Sat Sep 12, 09 2:14:23 pm MYT

AMPANG, 12 Sept : Gerakan Rakyat integriti dan Anti Korupsi (Gerak Malaysia) memberi tempoh tujuh hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan perkembangan sisatan kes kediaman mewah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo yang didakwa bernilai RM20 juta.

Pengerusinya, Mohd Nazri Mohd Yunus semalam berkata, SPRM dilihat lambat bertindak sehingga tiada apa apa laporan dikeluarkan sejak kes itu dibangkitkan sejak tiga bulan lalu.
"Kami beri tempoh 7 hari untuk menyatakan perkembangan kes atau dakwaan, jika tidak Jumaat ini Gerak Malaysia akan hantar memorandum pada SPRM. Saya tuntut pendakwaan segera.� katanya.
Ujarnya lagi, SPRM perlu bertindak secara adil dan saksama; tanpa mengira seseorang yang didakwa itu dari Pakatan Rakyat atau pemimpin penting Umno sendiri.
Ditanya mengapa perlu tunggu tujuh hari untuk mengantar memo tersebut, Nazri menjelaskan bahawa pihaknya akan bersemuka dengan SPRM bukan untuk membuat pengaduan atau laporan, sebaliknya menunggu maklum balas siasatan berbangkit.
"Berkaitan banglo mewah Khir Toyo ini, kita sudah hantar dakwaan pada 7 Julai lalu; termasuk beberapa pendedahan laman web berkaitan dan sebagainya," jelasnya.
Sambil melahirkan kekesalan atas pendakwaan terpilih SPRM dalam kes Khir Toyo itu, beliau mempersoal komitmen luar biasa SPRM sebelum ini apabila agresif menyisat beberapa kes pendakwaan yang dikaitkan dengan pemimpin Pakatan Rakyat.
"Tentang kes Tan Sri Khalid (Menteri Besar Selangor) dan kes peruntukan Dun yang kita (Gerak) hantar, saya kira dalam tempoh dua minggu siasatan terus dimulakan. Mengapa tidak dalam kes Khir Toyo ini?" soalnya lagi.
Bercakap pada sidang media di Hotel De Palma, Nazri berkata, keengganan SPRM menyiasat kes Khir Toyo bukan sahaja mengakibatkan kredibiliti suruhanjaya itu terus dipertikai khalayak, malah turut mengakibatkan Gerak sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bebas juga terpalit difitnah sebagai "buat laporan terpilih" dan proksi Mohd Ezam Mohd Noor (Umno).
Beliau juga menjelaskan bahawa pertubuhannya mempunyai beberapa dokumen bukti berkaitan kes tersebut.
Pun begitu, beliau masih menunggu mana-mana saksi kes tersebut tampil bersamanya dalam pendakwaan kes Khir itu.
Beliau turut mencabar Khir menafikan segala pendedahan terbuka yang dilakukan oleh beberapa laman web termasuk oleh mereka yang bergelar Umno Reform.
Artikel berjudul Khir Perlu Jawab! dalam Umno Reform 2, 6 Julai lalu mendedahkan Istana gaya Bali yang terletak di Jalan 1/7L, Seksyen 7 Shah Alam bernilai lebih RM20 juta.
Walaupun SPRM masih belum membuat sebarang pendakwaan kes terbabit, khalayak amnya percaya seseorang ahli politik yang bersih sebenarnya tidak mampu memiliki rumah bernilai RM20 juta, dengan menjawat jawatan Menteri Besar Selangor selama dua penggal pemerintahan sahaja._mna_

11 September 2009

FACEBOOK PALSU YB DS MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN !!!




Asalamu'alaikum. Selamat melaksanakan ibadat puasa dan salam aidil fitri.

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa usaha nakal kecilan dari sesetengah kalangan pelayar yang telah memalsukan serta menyamar satu laman Facebook yang kononya dari kepunyaan saya diatas nama saya (MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN) dan menggunakan alamat email seperti berikut "nizar.mb.perak@gov.my". Facebook ini diurus oleh pihak yang tiada kena mengena dengan saya dan saya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana mana individu atau institusi untuk tujuan tersebut.

Disyaki penyamar tersebut menggunakan alamat email pentadbiran kerajaan Perak DR yang memuatkan maklumat peribadi dan profile rasmi saya serta penulisan dan perakuan yang cuba untuk mengaibkan saya. Berita serta rencana yang dipos berunsur fitnah dan kesemuanya palsu. Oleh itu melalui blog rasmi saya ini saya menafikan sekeras-kerasnya paparan dari Facebook tersebut yang jelas dan terang bertentangan dengan peradaban dan budaya akhlak Islam. Ianya bukan dari sumber saya.

Saya memohon supaya yang bertanggungjawab membuat fitnah ini berhenti dan sebaliknya paparkan berita benar untuk mendapat sedikit keredhaan Ilahi dari menyebarkan kepalsuan dan kebatilan mengenai diri saya. Usaha sedang dibuat dengan pengurusan Facebook supaya memadamkan laman palsu tersebut. Ianya terang-terangan cuba mencemarkan imej serta integriti saya.

Saya sedia memaafkan angkara ini dari sesiapa saja yang menyamar dan mari kita sama mencari sedikit keredhaan Allah SWT dalam bulan Ramadzan ini serta pengampunan dari NYA.

Selamat menyambut hari lebaran Aidil Fitri, maaf zohir dan batin.
HIDUP RAKYAT!! BUBAR DUN PERAK!!!

YB DS Mohammad Nizar bin Jamaluddin.

10 September 2009

RAMADHAN BULAN KEBERKATAN..APAKAH KITA MERASAI KEBERKATANNYA

Ramadhan Al Mubarak..bulan yang diberkati. Memang bulan Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan keberkatan. Maksudnya bulan yang melimpah ruah kebaikan..lebih teruja untuk beramal soleh..amal soleh diganjari dengan pahala yang berlipat ganda..amal kejahatan dibalasi dengan dosa yang berganda juga kecuali bertaubat dan memohon keampunan ..Allah Maha Penerima Taubat dan membuka ruang keampunan yang lebih luas di bulan Ramadhan.
Namun apakah cukup bulan Ramadhan yang diberkati..bagaimana kita. Apakah kita selaku ummat Nabi terangsang dan teruja untuk mendapat keberkatan? Dengan makna berlimpah ruah amalan kita..bertambah-tambah kebaikan dalam diri kita..? atau kita hanya melalui bulan Ramadhan rutin biasa kita sahaja..sahur sebelum subuh..menahan lapar dan dahaga di waktu siang..berbuka dan solat tarawih..dan di hujung bulan Ramadhan ini kita menyambut hari raya...
Sebenarnya inilah peluang dan ruang untuk kita memperkasakan peribadi dan ibadah kita..ABi mencadangkan modul-modul berikut untuk antum semua :


1. Bangunlah seawal jam 4 pagi..ambil wudhu..solat tahajjud 8 rakaat..banyakkan istighfar paling tidak 100 kali,..banyakkan tahlil paling tidak 100 kali, banyakkanlah selawat paling tidak 100 kali...dan berdoalah sungguh-sungguh padaNya...mohonlah keampunanNya..mohonlah keikhlasan dariNya..mohonlah kekuatan dariNya..mohonlah agar istiqamah..mohonlah kebersihan jiwa dariNya...


2. Bacalah Al Quran sekerap yang boleh paling tidak sehari 1 juzuk.. `Sesungguhnya ibadah malam ianya lebih bersangatan kesannya pada jiwa dan lebih tetap pada bacaannya'..Al Muzzammil: 6


3. Istiqamahlah dengan wirid al ma'thurat..paling tidak wazifah sughro ( bacaan 3 kali )..jangan ditinggalkan..inilah makanan ruh yang amat lazat di bulan Ramadhan..


4. Usahakan solat fardhu subuh hingga ke 'isya berjamaah. Dan jangan tertinggal solat sunat rawatib 2 rakaat sebelum dan selepas dzohor, 2 rakaat sebelum asar, 2 rakaat selepas maghrib juga 2 rakaat selepas 'isya...Juga usahakanlah solat sunat Dhuha 2 rakaat.."Ya Allah..kalaulah rezkiku ada di langit turunkanlah ia..dan kalau ianya di bumi keluarkanlah ia..dan kalau ianya jauh dekatkanlah..dan kalau ianya dekat mudahkanlah..dan kalau ianya sedikit banyakkanlah..dan kalau ianya banyak ringankanlah ia...."


5. Usahakanlah sekerasnya agar antum tidak tertinggal untuk solat sunat tarawih..samaada berjamaah mahupun dibuat sendiri kerana kesibukan atau musafir atau yang lainnya. Bagaikan tidak ada makna bulan Ramadhan jika antum mengabaikan solat tarawih...kerana ianya hanya dapat dilaksanakan dalam bulan Ramadhan.


6. Solatlah sunat witir samaada 1 rakaat atau 3 rakaat..sebelum tidor atau pun selepas bangun dari tidor iaitu selepas mengerjakan solat tahajjud. Dan amalan ini tidak sayugianya hanya di bulan Ramadhan bahkan di setiap malam selain bulan yang berkat ini..

7. Sebelum tidor berwudhulah..jangan tidor lewat sebab nak bangun awal. Seeloknya bacalah surah al Mulk, al Waqiah dan Yaa Sin sebelum tidor..jadikanlah tidor itu juga sebagai ibadah...


7. Inilah juga peluang untuk diperbanyakkan pembacaan buku-buku Islami..menghafaz ayat-ayat Al Quran dan hadith-hadith Nabi S.A.W...sebagai memenuhi masa-masa yang terluang di bulan berkat ini.


Ya abnaie...aturlah elok-elok jadual ibadahmu ini di bulan Ramadhan..tidak sepatutnya ibadah di bulan ini sama seperti yang kita lalui di bulan-bulan yang lain. Ramadhan tetap bulan yang diberkati. Namun sewajarnya kita juga mendapat keberkatan yang sama sehingga selepas Ramadhan ini ..akan lahirlah sebuah peribadi yang hebat..yang kukuh ruhiyy ..kuat aqliy..muslih qalbiy..dan terdidik serta tenang nafsunya untuk meneruskan kerja jihad sehingga ke hembusan nafasnya yang terakhir dengan kalimah thoiyyibah..لا اله الا الله...wallahu a'lam.

09 September 2009

GEMPAR ! Pendedahan yang sangat baik ! sila siasat ! - edyesdotcom

Wednesday, September 9, 2009

http://edyesdotcom.blogspot.com/

N31 Dun Bagan Pinang mempunyai 4,925 pengundi yang mengundi melalui undi pos. Ini tidak termasuk pengundi pos haram.

Bukti dan maklumat di bawah ini mendedah bahawa penipuan secara terancang oleh pihak SPR ternyata tidak dapat disangkal lagi. Malah suara-suara yang menyatakan bahawa SPR adalah kuda tunggangan UMNO-BN ternyata benar.

Maklumat ini saya perolehi dari seorang bekas tentera yang telah bersara dari ATM lebih setahun yang lalu. Katanya, secara kebetulan dia ingin menyemak daftar pemilih abangnya secara online di laman web SPR disini Namun dia sendiri terkejut apabila dia membuat semakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan semasa tentera yang bermula dengan huruf "T" 1068XXX, namanya juga ada tersenarai dalam undi pos walaupun telah setahun menjadi pesara tentera.

Ini menunjukkan SPR gagal mengugurkan serta membersihkan senarai daftar pemilih bagi tentera yang telah bersara secara menyeluruh yang kini telah mempunyai MyKad. Nombor tentera mereka masih digunapakai sebagai pengundi pos yang sah (dibaca: sebenarnya haram).

Untuk maklumat juga katanya, anggota tentera yang bermula dengan nombor 1068xxx hingga 1070xxx adalah rekrut pengambilan pada bulan November 1986 siri 115 yang berpusat di PLR Port Dickson. Pengambilan ketika itu seramai lebih kurang 1970 orang. Jika dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 atau 22 tahun bermakna rata-rata mereka ini berpencen pada Nov 2007 dan Nov 2008. Namun sebahagian dari nama mereka, masihdigunakan sebagai pengundi pos secara haram setelah melebihi tempoh perkhidmatan bersara wajib.

Kenyataan di atas hanya merujuk kepada rekrut siri 115 dan belum termasuk rekrut dari perantis putera yang bermula dengan nombor 5337xx hingga 534xxx dimana tarikh bersara hampir sama.

Amat ketara adalah seperti nombor tentera yang berwarna merah di bawah adalah pengundi pos bagi kawasan DUN Bagan Pinang. Terdapat seramai 27 orang tersenarai daripada 362 orang sebagai pengundi pos secara haram. Jika 27 orang tersebut telah beristeri bermakna secara automatik isteri juga pengundi pos dan akan berganda menjadikan tambahan 27 orang lagi. Secara keseluruhannya menjadikan 54 orang pengundi pos haram di DUN Bagan Pinang. Undi ini memberi advantage kepada UMNO-BN.

Anda boleh periksa sendiri mengenai kesahihan sumber ini dengan memasukkan nombor tentera di bawah dengan didahului abjad "T"bagi membezakan tentera dengan orang awam. Sila klik disini untuk ke laman web SPR untuk membuat semakan.


Anggota tentera ini telah bersara pada 4 Feb 2009


1068209, 1068213, 1068217, 1068221, 1068233, 1068236, 1068242, 1068250, 1068251, 1068258, 1068261, 1068263, 1068270, 1068281, 1068283, 1068289, 1068291, 1068294, 1068314, 1068315, 1068322, 1068333, 1068337, 1068339, 1068340, 1068341, 1068343, 1068355, 1068365, 1068367, 1068368, 1068376, 1068382, 1068383, 1068384, 1068390, 1068392, 1068394, 1068399, 1068404, 1068406, 1068409, 1068416, 1068424, 1068432, 1068441, 1068465, 1068467, 1068473, 1068474, 1068477, 1068483, 1068484, 1068489, 1068490, 1068492, 1068498, 1068499, 1068511, 1068518, 1068520, 1068525, 1068527, 1068530, 1068533, 1068548, 1068554, 1068556, 1068559, 1068560, 1068570, 1068573, 1068574, 1068576, 1068579, 1068580, 1068582, 1068589, 1068602, 1068619, 1068626, 1068627, 1068630, 1068637, 1068640, 1068650, 1068654, 1068656, 1068659, 1068666, 1068678, 1068683, 1068687, 1068691, 1068693, 1068694, 1068695, 1068704, 1068709, 1068713, 1068729, 1068731, 1068746, 1068748, 1068750, 1068752, 1068753, 1068760, 1068764, 1068774, 1068775, 1068783, 1068788, 1068795, 1068796, 1068800, 1068802, 1068805, 1068806, 1068808, 1068809, 1068813, 1068816, 1068821, 1068824, 1068825, 1068828, 1068833, 1068836, 1068837, 1068842, 1068847, 1068860, 1068862, 1068870, 1068871, 1068890, 1068891, 1068902, 1068920, 1068934, 1068938, 1068940, 1068941, 1068943, 1068946, 1068947, 1068948, 1068949, 1068951, 1068956, 1068958, 1068962, 1068963, 1068965, 1068967, 1068975, 1068985, 1068987, 1068990, 1068994, 1068997, 1068999, 1069004, 1069005, 1069009, 1069012, 1069015, 1069031, 1069064, 1069078, 1069083, 1069084, 1069093, 1069094, 1069101, 1069110, 1069111, 1069114, 1069121, 1069124, 1069132, 1069133, 1069134, 1069136, 1069142, 1069143, 1069146, 1069148,1069151, 1069155, 1069159, 1069173, 1069181, 1069183, 1069192, 1069198, 1069208, 1069220, 1069227, 1069233, 1069235, 1069240, 1069253, 1069262, 1069265, 1069277, 1069279, 1069282, 1069274, 1069293, 1069297, 1069298, 1069306, 1069315, 1069331, 1069334, 1069338, 1069340, 1069344, 1069354, 1069362, 1069375, 1069379, 1069381, 1069400, 1069411, 1069421, 1069423, 1069424, 1069426, 1069437, 1069438, 1069440, 1069441, 1069442, 1069443, 1069444, 1069449, 1069452, 1069454, 1069456, 1069459, 1069465, 1069468, 1069477, 1069488, 1069494, 1069496, 1069499, 1069501, 1069503, 1069504, 1069505, 1069516, 1069523, 1069525, 1069530, 1069534, 1069536, 1069549, 1069560, 1069561, 1069562, 1069566, 1060571, 1060579, 1069581, 1069584, 1069586, 1069595, 1069597, 1069606, 1069612, 1069621, 1069628, 1069635, 1069636, 1069637, 1069649, 1069651, 1069653, 1069657, 1069668, 1069676, 1069677, 1069678, 1069682, 1069686, 1069690, 1069691, 1069693, 1069699, 1069711, 1069713, 1069714, 1069721, 1069732, 1069736, 1069743, 1069746, 1069742, 1069744, 1069745, 1069777, 1069796, 1069807, 1069812, 1069817, 1069820, 1069822, 1069826, 1069828, 1069829, 1069836, 1069841, 1069845, 1069848, 1069850, 1069853, 1069854, 1069856, 1069858, 1069868, 1069874, 1069875, 1069876, 1069878, 1069880, 1069892, 1069899, 1069900, 1069904, 1069907, 1069908, 1069917, 1069928, 1069929, 1069931, 1069933, 1069936, 1069937, 1069945, 1069949, 1069950, 1069951, 1069952, 1069968, 1069972, 1069983, 1069991, 1069993, 1069998, 1070000, 1070002, 1070014, 1070015, 1070016, 1070024, 1070028, 1070031.

A-I-B: Dengan terbongkarnya rahsia ini, ada kemungkinan SPR akan melenyapkan bukti-bukti tadi dengan membersihkannya secepat mungkin dari pangkalan data mereka. Namun saya telah mencetak keluar serta mendownload maklumat tersebut terlebih dahulu agar menjadi bahan bukti jika dinafikan oleh pihak SPR. - payahsungguh

08 September 2009

SAMSENG LEMBU BUAT KACAU !!!!

Posted on Monday, September 07 @ 07:20:57 PDT by KetamBatu

Oleh Hijat Panjang

SIKAP BIADAP UMNO JELAS TERPAPAR UNTUK SEMUA.
Umno Seksyen 23 Shah Alam buat kecoh dimajlis dialog bersama penduduk mengenai isu pemindahan kuil ke Seksyen 23.
Sabtu 5hb.Sept,09- Kehadiran Umno Taman Seksyen 23 ke majlis dialog pada hari ini adalah untuk satu tujuan yang jelas, iaitu untuk membuat kecoh. Mereka telah memulakan rancangan mereka sejak sebelum majlis tersebut bermula.

Pada lebih kurang pukul 10 pukul pagi tiba-tiba beberapa orang Umno membuat bising dipintu depan Dewan banquet MBSA. Mereka memarahi anggota penguatkuasa MBSA kerana kononnya menghalang seorang penduduk cina dan isterinya masuk. Orang –orang tesebut memaki hamun pengkuatkuasa MBSA. Saya terpaksa mencelah menredakan keadaan. Saya memberitahunya bahawa kita tidak mengahalang penghui rumah membawa anak isteri mereka dan kita hanya hendak pastikan bahawa semua yang hadir untuk sesi dialog ini adalah penduduk Seksyen 23 sahaja. Setelah tiada isu lagi yang boleh dikecohkan lagi, kumpulan itu pun masuk ke dewan .

Sekali lagi kumpulan tersebut menjerit dan memaki apabila Menteri Besar, YB Khalid Samad , YB Rodziah dan delegasi Datuk Bandar masuk kedalam dewan. Pihak pengutakuasa terpaksa mengawal keadaan. Kumpulan itu juga menyerang dan mengasari seorang pembantu wanita YB Khalid Samad apabila beliau tengah mengambil gambar. Wanita tersebut terpaksa dibawa ke bilik VIP untuk mengelakkan kumpulan itu dari terus mengejarnya.

Kesemua tindakan dan perbuatan biadap UMNO ini direkodkan sepenuhnya oleh lebih 20 wakil media akhbar , TV and penulis –penulis blog .

Majlis yang reda seketika semasa bacaan doa, mula kecoh lagi semasa pembentangan Datuk Bandar Shah Alam Mazalan Md Noor. Kumpulan pengacau tersebut tidak enggan mendengar penjelasan isu tersebut dan beberapa kali menjerit agar beliau hanya menyatakan samada pembinaan kuil akan diteruskan atau tidak.

Mereka ini merebut mikrofon walaupun sesi dialog belum bermula dan memaki hamun semua kepimpinan negeri yang berada didepan. Antara kata-kata yang telah dikeluarkan ialah " MB Bodoh , "Khalid Samad sekongkol dengan kuil"," Rodziah pelacur ", "Rodziah saya akan rogol you sekarang ! " dan banyak kata –kata kesat lagi .

Ada juga beberapa yang telah mengangkat kasut dan kerusi untuk dibaling ke arah MB dan Ahli Parlimen dan ADUN. Penguatkuasa terpaksa membuat benteng dihadapan untuk menghalang kumpulan ini daripada menyerbu Khalid Samad dan MB . Beberapa kali timbul pergaduhahan yang terpaksa diredakan keadaannya.

Wakil penduduk Hindu yang ingin bercakap juga di jerit dan dikacau oleh mereka. Pada suatu ketika orang UMNO ini menyerbu kedepan untuk menumbuk wakil penduduk Hindu ini daripada bercakap . Penguatkuasa terpaksa meleraikan mereka.

Dialog ini berakhir dengan saranan Menteri Besar bahawa, beliau ingin semua penduduk yang terlibat agar jangan membincangkan isu ini lagi. MB memberitahu bahawa Kerajaan Negeri akan mendengar pandangan jawatankuasa kuil sebelum membuat keputusan. Sehingga itu semua pihak tidak harus membangkitkan isu ini dan membiarkan Kerajaan Negeri meneliti untuk membuat keputusan muktamad.

RUANG DEMOKRASI DISALAHGUNAKAN !

Sesi dialog yang berupa 'town hall meeting' bersama penduduk hari ini disalahgunakan demi kepentingan politik UMNO. Kerajaan Negeri telah sudi mengadakan mesyuarat seumpama ini tetapi ianya pula memberikan platform untuk UMNO bersikap biadap. Segala tindakan memaki dan perbuatan biadap UMNO Seksyen 23 akan diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia dan seluruh dunia nanti.

PIHAK POLIS BERSEKONGKOL !

Sekali lagi, sejak protes dan perarakan kepala lembu tersebut, pihak polis gagal menjaga keselamatan rakyat. Kegagalan pertama ialah apabila penghasut dan penganjur protes kepala lembu masih gagal ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang. Yang hadir pada sesi dialog hari ini juga adalah orang –orang yang sama . Oleh kerana mereka masih bebas, dan seolah-olah 'di atas' undang-undang, maka ianya mengakibatkan kejadian kecoh hari ini.

Polis bertanggungjawab untuk kekecohan dan pemakian dan hasutan yang berlaku dalam sesi dialog hari ini. Ini adalah kali yang kedua dan polis terus membenarkan penghasut berbuat demikian .

Bersekongkolan polis juga terbukti apabila pihak polis gagal hadir dalam sesi dialog ini .Pada mesyuarat persiapan pada hari Khamis yang lalu semua ahli Majlis dn Datuk Bandar telah meminta kehadiran pihak polis dalam sesi dialog ini demi mengawal keadaan. Tetapi malangnya seorang pun pihak polis beruniform tidak hadir. Saya diberitahu ada 2tau 3orang SB sahaja yang hadir untuk menyaksikan kekecohan ini.

MAJORITY BELUM BERSUARA.

Jumlah penduduk Seksyen 23 yang sebenarnya ialah 323 rumah . Daripada jumlah ini 48 adalah keluarga India dan 28 adalah rumah orang Cina. Selebihnya ialah orang Melayu. Hujah bahawa kuil tidak boleh dibina dikawasan majority Melayu tidak relevan. Ini adalah kerana dalam semua projek pembangunan PKNS, adalah disyaratkan bahawa lebih 60% pembeli nya haruslah orang Melayu . Maka secara pratiknya tidak akan wujud kawasan majority Melayu di kawasan Tengah Shah Alam, iaitu Seksyen 1-24. Adakah ini bermaksud kaum lain akan dianiyayai dan ditindas hak mereka untuk beribadat ?

Justeru itu, hujah majority Melayu tidak sepatutnya wujud. Pemindahan kuil ke Seksyen 23 bukan sahaja untuk 48 keluarga yang menduduki Seksyen 23 tetapi juga kepada 2000 lebih penduduk India di kawasan Seksyen 19, 20 , 21 dan 23 keseluruhannya.

Tetapi yang hadir pada sesi dialog pada hari ini ialah sekumpulan penduduk ahli UMNO dan pro BN seramai lebih kurang 40 orang. Mereka telah hadir bersama naik bas, dengan tujuan utama untuk menimbulkan kekecohan .

Malangnya suara majority orang Melayu Seksyen 23 belum kedengaran lagi. 'Silent majority' ini sebenarnya tidak membantah pembinaan kuil kerana ianya langsung tidak menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan mereka. Isu perkauman hanya dipermainkan oleh segolongan yang beragenda politik.

CABARAN KEPADA KERAJAAN NEGERI PR

Kini cabaran besar yang terletak pada Kerajaan Negeri untuk membuat keputusan yang wajar. Adakah sesi dialog yang kecoh hari ini dengan bantahan dan laungan biadap beberapa penduduk memberikan suatu gambaran hasrat sebenar penduduk Seksyen 23?

Selain daripada kata-kata kesat dan memaki hamun kepimpinan negeri , adakah mereka ini mempertengahkan hujah –hujah rasional kenapa kuil Hindu tidak boleh dibina ditapak tersebut di Seksyen 23 ? Kalau tiada hujah rasional, apakah yang perlu dipertimbangkan ?

Jika Kerajaan Negeri ingin menawarkan suatu tapak alternative selain dari Seksyen 23, demi mengambil kira bantahan penduduk hari ini, pada pandangan saya ianya akan merupakan kekalahan politik bagi PR .

Jelas bantahan tersebut adalah agenda politik UMNO , maka jika kuil tidak dibina di Seksyen 23 sepertimana yang dicadangkan, maka ianya akan bererti bahawa Kerajaan PR walaupun berkuasa di Selangor telah mengalah kepada samseng UMNO . Adakah PR sedia menerima hakikat ini ?

PSM merasakan bahawa, rakyat dan 'silent majority' perlu bersuara. Hasrat rakyat pelbagai kaum untuk hidup harmoni harus diketengahkan . Sikap hasutan perkauman dan perangai biadap mereka harus dikecam sekeras-kerasnya. Rakyat Selangor telah bersuara secara jelas memilih Pakatan Rakyat untuk memerintah Selangor . Polisi dan tindakan UMNO Barisan Nasional yang memperjuangkan ketuanan Melayu dan mempermainkan perkauman telah pun ditolak oleh rakyat Selangor pada 8hb .Mac, 2008 yang lalu .

Justeru, rakyat perlu bangkit membantah dan melindungi hak demokrasi dan hak samarata semua rakyat. Tugas kuasa rakyat amat diperlukan pada ketika ini . Rakyat berbilang kaum harus digembeling untuk menyuarakan bantahan terhadap politik perkauman ini . Ini bukan sahaja isu diantara penduduk Melayu Muslim dan hak penduduk Hindu tetapi ia juga akan memberikan tamparan hebat kepada penganut Kristian , Buddist, Taosim dan Sikh. Hak beribadat adalah samarata dan harus dihormati. Jika hak penduduk Hindu Seksyen 23 dirampas, itu juga akan bermaksud, penganut agama Kristian , Buddist , Taoist , Sikh dan lain akan mengalami juga nasib yang sama.

Hapuskan perkauman, hapuskan politk keji UMNO Barisan Nasional, bangkitkan kuasa rakyat benteras politik perkauman.

Sivarajan

Ahli Majlis MBSA, PSM .

07 September 2009

Pilihanraya : UMNO nak lari kemana?

Pilihanraya: UMNO Nak Lari Kemana ?

Us.Nasaruddin Tantawi

1. Tentu sahaja apa yang berlaku tidak tercetus secara kebetulan melainkan segalanya adalah ketentuan Allah swt. Tuhan Yang Maha Bijak lagi Maha Adil .


2. Lantaran itu , pilihanraya kecil yang luarbiasa kali ini [ 9 kali dalam tempoh setahun ] malah sangat ajaib [ pinjam kata - kata Prof Abu Hassan ] jua berlaku atas kehendak Allah swt yang menyimpan sejuta hikmah .


3. UMNO dan BN enggan membubarkan DUN Perak bagi membolehkan kerajaan pilihan rakyat dibentuk semula selepas UMNO dan BN merampasnya tanpa semangat demokrasi . Allah kurniakan 9 pilihanraya kecil diseluruh negara . Setakat ini hanya satu di menangi oleh UMNO dan BN iaitu di Batang Ai Sarawak .


4. UMNO dan BN tidak sudah - sudah cuba melumpuhkan kekuatan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim , Allah swt taqdirkan berlaku 3 pilihanraya kecil di kawasan beliau iaitu Parlimen Permatang Pauh , Penanti dan Permatang Pasir . Ketiga - tiganya dimenangi oleh Pakatan Rakyat sekaligus menggambarkan bahawa peribadi Datuk Seri Anwar sukar digugat oleh UMNO dan BN .


5. UMNO dan BN turut memperlekeh kewibawaan Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS dan membelasahnya siang dan malam , Allah swt buat pilihanraya kecil di Kuala Terengganu . Tuan Guru diuji dengan isu perletakkan calon di Kuala Terengganu dan akhirnya Allah swt menunjuk jalan dan akhirnya Pakatan rakyat menang lagi .


6. UMNO dan BN mensasarkan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai figure yang mesti dijatuhkan dengan apa cara sekalipun . Beliau diaibkan dengan pelbagai isu yang sering dieksploitasi oleh media . Allah swt sekali lagi mengisytiharkan pilihanraya kecil di Manek Urai . Biarpun menyaksikan kemenangan tipis , tetapi setelah melihat UMNO dan BN mengerahkan seluruh tenaga luar dan dalamnya untuk memenangani pilihanraya tersebut namun realitinya mereka gagal lagi .


7. UMNO dan BN sebelumnya telah cuba mengaibkan tokoh baru PAS Datuk Seri Nizar Jamaludin Menteri Besar Perak yang dinafikan hak dan dirampas kuasanya secara mafia oleh mereka . Malah mereka melabelkan kononnya Nizar adalah penderhaka . Lalu Allah swt Tuhan Yang Maha Mendengar rintihan dan munajat hambaNya mengadakan pilihanraya kecil Bukit Gantang yang tidak mampu dielak lagi oleh UMNO dan BN . Nizar sendiri menjadi calon dan ternyata beliau menjadi Panglima Bukit gantang yang baru .


8. UMNO dan BN cuba jatuhkan negeri Kedah dengan mempalit calar pada kepimpinan Datuk Seri Azizan Razak . Bukit Selambau menjadi saksi betapa kerajaan Datuk Seri Azizan sukar untuk digugat oleh UMNO dan BN . Kini mereka tidak berani mengisytiharkan pilihanraya di DUN Seputeh , tetapi Allah swt Tuhan Yang Maha Adil lagi Saksama mentaqdirkan pilihanraya di bagan Pinang Negeri Sembilan . UMNO dan BN nak lari kemana ?


9. UMNO dan BN ada peluang menang di Bagan Pinang ini dan tentu sahaja kali ini , mereka akan berkata rakyat telah kembali kepada UMNO dan BN sebagaimana itulah ungkapan syukur mereka selepas pilihanraya kecil Manek Urai yang menyaksikan mereka kalah tipis . [ Namun belum selesai post mortem pilihanraya kecil Manek Urai , mereka terkedu seketika di Permatang Pasir setelah menyaksikan kekalahan teruk yang mereka alami dalam sebuah pilihanraya kecil .]


10. Sungguhpun begitu , saya percaya UMNO dan BN tidak akan mampu mengukir senyum jantan biarpun kemenangan bakal diperolehi mereka kelak kerana undi pos sahaja di Bagan Pinang dianggarkan sekitar 5000 . Kalaupun mereka menang , mereka bukan wakil rakyat tetapi wakil pos . Tapi .... kalau mereka kalah juga , entahlah ... saya tidak tahu nak kata apa lagi kecuali satu soalan saya nak tanya mereka , hei UMNO dan BN , nak lari ke mana lagi ?

05 September 2009

BAGAN PINANG :KEPUTUSAN SPR MUNGKIN BEGINI !!

Posted on Friday, September 04 @ 15:26:31 PDT by KetamBatu
Oleh: anoi"

Oleh : Prof. Hj Sabirin Ihsan

Barita terkini adalah mengenai kembali kerahmatullah ADUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan kerana serangan jantung. Semuga Allah merahmati roh almarhum. Namun bagaimanakah keputusan Suruhanjaya Pilihanraya mengenai kedudukan kerusi tersebut. Dua ADUN Perak terdahulu yang telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Speaker Dewan, telah di tolak oleh SPR pengosongan kerusi tersebut. Dan Speaker DUN Perak tidak mempunyai apa2 kuasa mengesahkan kekosongan kerusi sebaliknya SPR. Dalam DUN Kedah pula, seorang ADUN BN yang jelas melanggar peraturan kehadiran dewan juga di tolak oleh SPR kekosongan kerusi tersebut oleh SPR.
Saya berasa kekosongan kerusi Bagan Pinang juga akan ditolak oleh SPR. SPR mungkin mengisytiharkan kerusi kersebut tidak kosong kerana seorang ADUN yang telah meninggal dunia pun masih layak sebagai ADUN kerana tiada keperluan baginya untuk hadir kedalam dewan untuk menghadiri persidangan. Maka kematian bukanlah syarat kekosongan kerusi tersebut boleh diisi kerana seorang ahli dewan setelah terpilih boleh meneruskan pemegangan kerusi tersebut walau pun beliau tidak mengdairkan diri dalam Dewan dengan apa sahaja keadaan. Mungkinkah SPR akan mengisytiharkan begini!
Oops.. saya terlupa, Speaker DUN Negeri Sembilan adalah dari BN! Maka kerusi tersebut diisytihar kosong oleh SPR!"

03 September 2009

TAQWA JADI DIRI SEORANG PEJUANG

Wahai orang – orang yang beriman , diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ianya diwajibkan ke atas orang – orang sebelum kamu , semoga kamu bertaqwa ( kepada Allah swt. )
( Surah Al Baqarah : Ayat 183 )

Saudara Muslimin dan Muslimat yang dihormati sekelian.
Ayat ini menjadi tema yang perlu difahami dan dihayati tatkala memasuki gerbang University of Ramadhan. Ianya merupakan satu penegasan Ilahi , bukan sahaja terhadap hukum berpuasa di bulan Ramadhan tetapi juga merupakan satu penegasan terhadap ‘kesan langsung’ dari ibadah puasa yang dilaksanakan.
Ayat ini tidak sahaja menjadi dalil wajibnya ibadah puasa dengan perkataan كُتِبَ yang bermaksud فُرِضَ , tetapi turut melampirkan objektif utama yang semestinya dicapai setelah melalui proses ibadah puasa . Objektif tersebut ialah at - Taqwa dengan kalimahلعلكم تتقون .

Professor Doktor Wahbah Az Zuhaili ketika menafsirkan ayat di atas menyebut bahawa Ibadah puasa melahirkan ketaqwaan kepada Allah swt. melalui beberapa faktor :[1]

Puasa mendidik jiwa untuk takut kepada Allah swt. dalam keadaan sembunyi atau terbuka . Lantaran tiada siapa yang memantau atau memerhati orang yang berpuasa melainkan Allah swt. ( Seseorang boleh makan lalu berpura – pura lapar dihadapan manusia tetapi tidak dihadapan Allah swt. Justeru Allah swt adalah Tuhan yang Maha Mengetahui .)
Mengekang keterlanjuran syahwah dan meringankan pengaruh serta penguasaannya. ( lantaran puasa melemahkan gelora nafsu .)
Mencetus naluri yang peka ( sensitive ) dan bersifat belas simpati terhadap insan yang lain . ( Lapar sewaktu berpuasa adalah mengingatkan kita kepada mereka yang miskin dan tidak bernasib baik )
Ibadah puasa memahamkan kita pengertian persamaan kedudukan taraf orang – orang kaya dan miskin .( di sisi Allah swt.)
Meletakkan kehidupan Insan dan pengurusannya di atas system ( yang benar dan menepati fitrah ) dan mendisiplinkannya.
Memulihkan struktur dalaman tubuh , menguatkan kesihatan dan membebaskan jasad dari sebarang unsur yang memudharatkan jasad .

Definisi Taqwa.
Kalimah ‘Taqwa’ asal maknanya adalah mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan.

Menurut Syara’, ‘Taqwa’ bererti : “Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta’ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat”.[2]

Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda :

أَنْ يُطَاَع فَلا يُعْصَى وَ أَنْ يُذْكَرَ فَلا يُنْسَى وَ أَنْ يُشْكَرَ فَلا يُكْفَرَ

“Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepadaNya dan tidak mengkufuri nikmatNya”.
( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha. )[3]

Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : “Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri ? Jawab Umar: “Ya”. Tanya Ubai lagi: “Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?”.
Jawab Umar : “Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati”. Balas Ubai : “Itulah yang dikatakan taqwa”.[4]

Menurut Ibnu Abbas r.a. : “Al-Muttaqin (yakni orang-orang bertaqwa) ialah orang-orang beriman yang memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal menta’atiNya”.[5]
Menurut Hasan al-Basri : “Orang-orang bertaqwa ialah orang-orang yang memelihara diri dari melakukan perkara yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang difardhukan Allah ke atas mereka”.[6]

Berkata Abu Yazid al-Bustami : “Orang bertaqwa ialah seorang yang apabila bercakap, ia bercakap kerana Allah dan apabila ia beramal, ia beramal kerana Allah”.[7]
Martabat Taqwa .

Menurut Al-‘Allamah Mustafa al-Khairi al-Manshuri, taqwa ini mempunyai tiga martabat;[8]
Martabat pertama : Membebaskan diri dari kekufuran .

Inilah yang diisyaratkan oleh Allah dengan “Kalimat at-Taqwa” dalam firmanNya :
“…lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mu'min dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa …”.
( Surah Al-Fath . Ayat : 26 )

Maksud kalimah at-Taqwa dalam ayat di atas ialah kalimah : “لا إله إلا الله محمد رسول الله” atau dua kalimah syahadah. Kalimah ini merupakan kalimah iman yang menjadi asas atau punca kepada taqwa.[9]

Martabat kedua : menjauhkan diri dari segala perkara yang membawa kepada dosa.
Martabat ketiga : Membersihkan batin (hati) dari segala yang menyibukkan atau melalaikan diri dari Allah swt.

Martabat yang ketiga inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah;
“ Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan kamu menyerah diri ( kepada Allah swt ).”
( Surah Ali Imran. Ayat : 102 )

Muslim yang Berjuang dan Bertaqwa .

Merentasi era peradaban modern yang menyaksikan keruntuhan akhlak , moral dan aqidah ummah kini di paras bahaya , memerlukan kuasa taqwa yang tinggi untuk kembali membina struktur asas ummat Islam yang kian runtuh .

Taqwa adalah formula tepat untuk memproses penawar bagi memulihkan kecederaan iman yang sangat parah dewasa kini, khasnya dikalangan mereka yang mengaku muslim .
Kecederaan teruk di bahagian iman inilah yang meletakkan ummat Islam turut terjebak dalam kancah perlecehan akhlak , moral dan aqidah.

Saksikanlah , bagaimana dunia kini amnya dan Negara kita khasnya dilanda kehancuran peradaban Insaniyyah , sehingga hilang peri kemanusiaan sebaliknya peri kebinatangan menguasai minda sebahagian besar ummat manusia .

Menyedari reality dunia dan ummah hari ini , marilah kita mengambil kesempatan daripada ibadah puasa yang dijalani sebulan di bulan Ramadhan untuk membina syakhsiyyah muslim yang berjuang dan bertaqwa dengan mendidik jiwa , minda dan seluruh pancaindera agar tunduk dan patuh kepada Allah swt. serta siap untuk menjunjung tinggi segala tanggungjawab mempertahan dan memperjuangkan Islam di persada alam ini .

Kitalah selayaknya memikul tanggungjawab sebagai pejuang untuk menyelamatkan diri , dunia dan ummah dari bahana syahwah yang menyimpang jauh dari Manhaj Ilahi .
Pejuang yang dilengkapi sifat taqwa yang mantap sebagai alat keselamatan dan asas kekuatan diri demi memenangi pertembungan antara iman dan kufur , hak dan bhatil serta islam dan jahiliyyah .

Kurniaan Allah kepada Pejuang yang Bertaqwa

1. Pejuang yang bertaqwa akan mendapat kejayaan dunia dan akhirat
Pejuang bertaqwa akan dikurniakan kejayaan, kebahagiaan dan kemenangan oleh Allah di dunia ini dan juga di akhirat nanti.

“….maka bertaqwalah kepada Allah hai orang-orang berakal, agar kamu beroleh kejayaan”.
( Surah Al – Maidah. Ayat : 100 )

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan”.
( Surah An-Naba’: Ayat 31 )

Kejayaan yang dimaksudkan itu ialah kehidupan mereka akan dilimpahi berkat oleh Allah dan terbukalah pintu rezki seluas-luasnya kepada mereka serta terhasillah kepada mereka segala sebab yang membawa kebahagiaan dan ketenteraman hidup biarpun kehidupannya sebagai seorang pejuang sering dihalang dan diganggu gugat oleh musuh – musuh Allah swt.
Renungkanlah firman Allah ini :

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya”.
( Surah Al-A’raf : Ayat 96 )

Menurut para mufassirin , yang dimaksudkan dengan keberkatan dari langit ialah turunnya hujan dan keberkatan dari bumi pula ialah tumbuhnya tanam-tanaman dan buah-buahan.
Termasuklah keberkatan tersebut segala macam nikmat dan rezki, begitu pula segala perkara yang menyebabkan wujudnya kesejahteraan dan keamanan di atas bumi . Adalah menjadi dasar yang diakui oleh al-Quran bahawa adanya keimanan yang sejati dan agama yang benar akan menyebabkan pula wujudnya kebahagiaan di dunia. Kebahagiaan di dunia itulah yang dinikmati oleh orang-orang yang mahu beriman dan bertaqwa kepada Allah.[10]

Kemuncak kejayaan dan kebahagiaan bagi orang-orang bertaqwa ialah di akhirat iaitu mereka akan dikurniakan kenikmatan syurga oleh Allah. Bahkan syurga itu sendiri sememangnya disediakan Allah untuk mereka yang bertaqwa sebagaimana firmanNya:

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa”.
( Surah Aali Imran : Ayat 133 )

“Dan sekiranya Ahli Kitab beriman dan bertaqwa, tentulah Kami tutup (hapus) kesalahan-kesalahan mereka dan tentulah Kami masukkan mereka ke dalam surga yang penuh keni`matan”.
( Surah al-Maidah: Ayat 65 )

2. Pejuang yang bertaqwa dihapuskan kesalahan dan diampunkan dosa oleh Allah
Antara kurniaan Allah kepada orang-orang bertaqwa ialah pengampunan dosa. Kesalahan-kesalahan mereka akan dihapuskan oleh Allah dan dosa-dosa mereka akan diampunkanNya.
Ini adalah janji Allah yang termaktub di dalam al-Quran sebagaimana firmanNya:

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar”.
(Surah al-Anfal: Ayat 29 )

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa menta`ati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar”.
( Surah Al-Ahzab: Ayat 71 )

Menurut Imam An-Nasafi : Kesalahan-kesalahan (السيئات) yang dihapuskan Allah dari orang-orang bertaqwa itu ialah dosa-dosa kecil mereka (الصغائر), dan adapun pengampunan yang Ia kurniakan kepada mereka ialah ke atas dosa-dosa besar (الكبائر).[11]

Berkata Imam asy-Syaukani : “‘Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu’ maksudnya ialah Ia menutup kesalahan-kesalahan kamu sehingga tidak kelihatan (kepada orang lain) dan Ia mengampunkan dosa-dosa yang kamu lakukan.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa apa yang dimaksudkan dengan ‘kesalahan-kesalahan’ (السيئات) ialah dosa-dosa kecil dan yang dimaksudkan dengan ‘dosa-dosa’ (الذنوب) ialah dosa-dosa besar.

Menurut Imam Ibnu Kathir; “Allah berjanji kepada mereka (yakni orang-orang bertaqwa) bahawa ia akan mengislahkan amalan-amalan mereka (yakni memberi taufik kepada mereka untuk melakukan amal-amal soleh) dan Ia akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang lalu dan adapun dosa yang dilakukan oleh mereka pada masa hadapan, Ia akan mengilhamkan kepada mereka taubat”.[12]

Muslimin dan Muslimat yang dihormati sekelian.
3. Pejuang yang bertaqwa sentiasa akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah
Orang-orang bertaqwa akan senantiasa dikurniakan hidayah dan petunjuk oleh Allah. Mereka senantiasa berada di atas jalan yang benar dan terhindar dari kesesatan atau membuat pilihan yang salah dalam urusan hidup mereka. Firman Allah;

“Wahai orang-orang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (pertunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah…”.
( Surah Al-Anfal: Ayat 29 )

“Hai orang-orang yang beriman (kepada para rasul), bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, niscaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bagian, dan menjadikan untukmu cahaya (yakni hidayah dan pertunjuk) yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
( Surah Al-Hadid: Ayat 28 )

Kata Imam Ibnu Kathir; “Orang yang bertaqwa kepada Allah dengan melaksanakan arahan-arahanNya dan meninggalkan tegahan-tegahanNya, ia akan diberi taufik (pertunjuk) oleh Allah untuk mengenal yang hak dari yang batil.

Inilah yang menjadi punca ia beroleh kemenangan, keselamatan dan jalan keluar (yakni jalan penyelesaian) dalam urusan-urusan duniawinya serta menjadi punca kebahagiaannya di akhirat, jua punca pelupusan segala dosa-dosanya dan punca ia beroleh pahala yang besar dari Allah”.[13]
Kitab al-Quran yang diturunkan Allah hanya orang-orang bertaqwa sahaja yang dapat mengambil petunjuk darinya. Ini kerana hanya mereka sahaja yang menyedari betapa tingginya nilai al-Quran dan bagaimana untuk mengambil manfaat dari ajaran dan hukum-hakamnya.[14]

“Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa”.
( Surah al-Baqarah: Ayat 2 )

“(Al Qur'an) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa”.
( Surah Aali Imran: Ayat 138 )

Muslimin dan Muslimat yang dihormati sekelian.

4. Pejuang yang bertaqwa akan sentiasa dibantu dan diberi pertolongan oleh Allah
Orang-orang bertaqwa adalah kekasih Allah. Allah Ta’ala sentiasa bersama dengan mereka; membimbing, menjaga, memelihara dan membantu mereka.
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa”.
( Surah At-Taubah : Ayat 4)

“…dan ketahuilah bahwasanya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa”.
( Surah At-Taubah : Ayat 36 )

Orang yang menjadi kekasih Allah, ia tidak akan diabaikan Allah. Apabila ia berada dalam kesusahan atau kesempitan, Allah akan mengurniakan pertolongan kepadanya dan membuka jalan penyelesaian yang terbaik bagi masalah yang dihadapinya.
Bahkan orang-orang bertaqwa dikurniakan rezki oleh Allah dari jalan-jalan yang tidak disangkanya.

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya) niscaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”.
( Surah Ath-Thalaq: Ayat 2-3 )

“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa”.
( Surah Yunus : Ayat 62-63 )

Kata Ibnu Abbas; “Orang yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan menyelamatkannya dari segala bala dan kesusahan dunia dan akhirat”.

Menurut Abu ‘Aliyah; “Orang yang bertaqwa , Allah akan bukakan untuknya jalan keluar (yakni jalan penyelesaian) bagi segala macam kepayahan/kesusahan yang dihadapinya”.[15]
Apabila berhadapan dengan musuh, orang-orang bertaqwa akan sentiasa dinaungi dan dijaga oleh Allah sehingga perancangan jahat dan tipu-daya musuh-musuh mereka tidak akan mampu memudaratkan mereka sedikitpun.
“Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan”.
( Surah Aali Imran: Ayat 120 )

[1] تفسير المنير : الأستاذ الدكتور وهبة الزحيلي . رئيس قسم الفقه الإسلامي و مذاهبة في جامعة دمشق . الجزء الثاني \ ص 130 \ طبعة دار الفكر دمشق . [2] Mempertajam Mata Hati, Ibnu Athoillah As-Sakandari (Penggubah; Abu Jihaduddin Rifqi Al-Hanif), hlm. 76.
[3] Lihat hadis ini dalam Tafsir al-Qurthubi : ayat 102, surah Ali Imran dan kitab Raudhatul Muttaqin , Syarah kitab Riyadhus Salihin , jilid. 1, bab at-Takwa.
[4] Tafsir al-Qurthubi : ayat 2 , surah al-Baqarah .
[5] Tafsir Ibnu Kathir (ayat 2, surah al-Baqarah).
[6] Tafsir Ibnu Kathir (ayat 2, surah al-Baqarah).
[7] Tafsir al-Qurthubi (ayat 2, surah al-Baqarah).
[8] Al-Muqthathaf min ‘Uyun at-Tafasir, karangan al-Allamah Mustafa al-Khairi, hal. 27.
[9] Lihat tafsir al-Jalalain.
[10] Tafsir ‘Abrul Athir, Ahmad Sonhadji Mohamad, juz 9, hlm. 29-30.
[11] Tafsir an-Nasafi, Imam Abi al-Barakat Abdullah bin Ahmad an-Nasafi (surah al-Anfal, ayat 29).
[12] Tafsir Ibnu Kathir (Surah al-Ahzab, ayat 70)
[13] Tafsir Ibnu Kathir (surah al-Anfal, ayat 29)
[14] Al-Muqtathaf min ‘Uyun at-Tafasir (surah al-Baqarah, ayat 2)
[15] Radhatul Muttaqiin (Syarah Riyadhus Salihin), jil 1, bab at-Takwa, hal. 113





























01 September 2009

Kemana Hilangnya Program Ehya Ramadhan di Perak ?



Masihkah anda ingat akan program ehya Ramadhan di dataran MBI anjuran kerajaan Pakatan Rakyat tahun lalu?
Program yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaludin bermula pada 15 Ramadhan sehinggalah berakhirnya Ramadhan.
Acara akan dimulakan dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai, solat Maghrib, Isyak dan bertarawih secara berjemaah.
Selepas selesai bersolat tarawih, majlis tazkirah pula menyusul yang disampaikan oleh
penceramah-penceramah yang diundang khas dari seluruh pelusuk negara. Diantara penceramah yang hadir pada tahun lalu ialah Ustaz Nasaruddin Daud, Ustaz Halim Hassan, Ustaz Datuk Mohd Nor Mansor Al-Hafiz, Ustaz Kamal Ashaari, Ustaz Nor Azli Musa, Ustaz Dr Badrul Amin dan beberapa penceramah yang lain.
Program ini berjaya menarik kehadiran ratusan penduduk Ipoh untuk bersolat berjemaah walaupun sekadar di bawah khemah dan berlantaikan papan dan tikar namun setiap malam para hadirin semakin ramai yang datang ke sini untuk berjemaah.
Pihak penganjur juga menyediakan segala kemudahan untuk berwudhuk, tandas, juadah berbuka (moreh), dan sistem siaraya yang begitu baik. Daripada segi keselamatan pula, pasukan Unit Amal Pas Ipoh berjaya memastikan program ini berjalan dengan lancar.
Rata-rata para jemaah yang datang amat berpuas hati dan menaruh harapan yang tinggi agar program ini dapat diadakan setiap tahun.
Tetapi itu semua kini hanyalah tinggal kenangan. Segala-gala perancangan yang membawa masyarakat negeri Perak mendekati dan menghayati erti sebenar Ramadhan telah lenyap dengan rampasan kuasa yang zalim.
Tahun ini tiada langsung kedengaran program yang seakan ehya Ramadhan dianjurkan kerajaan bn perak di mana-mana pun.
Rakyat tidak disatukan lagi didalam program yang mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia ini. Tiada lagi usaha untuk mendekatkan rakyat dengan Maha Pencipta.
Adakah anda tidak merasa bersalah kerana telah menghilangkan program ibadah daripada masyarakat Ipoh? Bersediakah anda untuk menjawab dihadapan Allah kenapa program agama dilenyapkan daripada masyarakat?
Saya tinggalkan persoalan itu untuk renungan kita semua.
Wallahu a'lam.