BN Perak tabur dakyah dan cuba balas dendam - Dr khairuddin Dato' Malek
Posted on Monday, October 19 @ 01:07:18 PDT by Paktam Penghujung Ramadan lalu, Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Jamaie telah berkunjung ke Mesir untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada wakil HAMAS di Kahirah. Sempena lawatan ke Mesir itu juga, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Dr. Khairudin Dato' Abdul Malek bersama rombongannya berkesempatan bertemu dengan pelajar Malaysia yang menuntut di sana. Terbongkar kisah kedatangan dua Adun lompat, Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi bertemu para pelajar di sana. Ikuti wawancara Wartawan Harakah Perak, JOHARI JAAFAR bersama beliau. Difahamkan pemergian Dr. bersama rombongan gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Perak (Jamaie) ke Mesir bulan lalu untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat Pelestin. Boleh ceritakan sedikit? DR. KHAIRUDDIN DATO' ABDUL MALEK: Sebenarnya lawatan kami ke Mesir pada 8 hingga 15 September lalu untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan dalam bentuk kewangan kepada rakyat Palestin.Selama enam bulan pihak kam...