30 Julai 2009

Utusan Minta Maaf

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Akhbar Utusan Malaysia hari ini diserbu oleh pelbagai pihak khasnya para penyokong Pakatan Rakyat yang selama ini memboikot akhbar milik Umno itu. Turut diserbu adalah laman web utusan, namun apa yang mereka cari tidak ditemui kerana ia hanya disiarkan dalam akhbar utusan versi cetak sahaja.

(Utusan Online telah memasukkan juga permohonan maaf itu pada sebelah petangnya.) Yang dicari adalah permohonan maaf Utusan kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disiarkan di muka depan akhbar itu.Ia disiarkan di penjuru kanan atas muka depan akhbar itu dengan tajuk "Permohonan Maaf".


Permohonan maaf itu dibuat ekoran laporan Utusan sebelum ini yang mendakwa Nik Aziz berkata, "Nasihat saya wajib didengar" menjelang muktamar PAS yang lalu.


Ekoran itu Nik Aziz memfailkan samannya terhadap akhbar itu. PERMOHONAN MAAF Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.


YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.


Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.


Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.


Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.


Posted by Abu Izzah At-Tualanji at 09:04

29 Julai 2009

"HIMPUNAN BUBAR DUN PERAK; 2 OGOS

Semua dijemput ke 'Himpunan Bubar Dun Perak' pada 2 Ogos

KUALA LUMPUR, 29 Julai : - Sempena memperingati kemelut pencabulan demokrasi di Perak, Pemuda PAS Perak akan mengadakan satu program Himpunan Pemuda PAS Perak bertemakan '1 Hitam Perak-Bubarkan Dun Perak'.

Program tersebut akan diadakan pada 2 Ogos, jam 11 pagi sehingga 6 petang di Markas PAS Kawasan Bagan Serai. Demikian seperti yang diumumkan melalui Harakahdaily hari ini.

Antara pimpinan yang bakal menyampaikan pidato pada sebelah siangnya adalah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad; AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu , Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain dan Dato' Seri Ir Mohamed Nizar Jamaludin.
Kemudian, pada sesi malamnya, terdapat beberapa ceramah yang diadakan di zon-zon tertentu. Di Zon 1 iaitu sekitar Larut, Zon 2 di Sungai Siput, Zon 3 di Lumut dan di Zon 4 iaitu di Tanjung Malim .Program ini adalah bertemakan pakaian hitam sebagai tanda era kegelapan pada sistem demokrasi di Perak.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 7:23 PM

MAMPAT Rancakkan Usaha Legalisasi Pakatan Rakyat

MAMPAT Rancakkan Usaha Legalisasi Pakatan Rakyat
Posted on Tuesday, July 28 @ 17:30:00 PDT by AbuJihad
Berita Oleh: addin_77

"Semalam tanggal 27 Julai menjadi satu lagi titik sejarah dalam perkembangan gabungan parti pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Memang untuk Pakatan Rakyat berdiri sebagai sebuah badan gabungan parti politik yang mempunyai legitimasi undang-undang sendiri mungkin akan mengambil sedikit masa, namun penubuhan Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat (Mampat) hasil dari mesyuarat pemuda Pakatan Rakyat semalam nyata membuka jalan yang lebih terang.

Dalam kenyataan alu-aluannya sempena penubuhan Mampat ini, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat menegaskan bahawa yang paling penting, Mampat harus tampil berperanan memimpin anak-anak muda negara ini bagi membina real politik baru dan masa depan negara yang lebih cemerlang. Penubuhan Mampat, selain menjadi satu lagi batu asas ke arah pembentukan Pakatan Rakyat yang sah berdaftar, menurut Nasrudin bertujuan untuk meminimakan perbezaan yang berisiko membawa Pakatan Rakyat terjerumus ke kancah pertelingkahan dan percanggahan dalam sebarang tindakan.

Bagi merealisasikan hasrat ini, Nasrudin menambah, Mampat telah ditetapkan untuk bermesyuarat sebulan sekali, tetapi jika ada hal-hal tergempar dan segera, mesyuarat boleh sahaja dipanggil pada bila-bila masa. Kehadiran dari setiap parti untuk mesyuarat ini diputuskan seramai lima orang, yang mana ketua dan setiausaha dari setiap parti adalah ahli mesyuarat tetap. Mesyuarat juga akan berfungsi untuk menyelaraskan semua tindakan bersama Pakatan Rakyat dan sekaligus akan mampu membentuk satu pasukan kerja yang kukuh dan padu dalam mendepani apa juga cabaran politik semasa.
Jelas, penubuhan Mampat bakal menjadi ruas kepada Pemuda BN. Bagi membuktikannya, maka segala aktiviti kepemudaan parti-parti dalam Pakatan Rakyat selepas ini haruslah dijenamakan semula sebagai aktiviti Mampat, tiada lagi aktiviti DPP, AMK atau DAPSY. Agenda-agenda nasional yang sebelum ini digagaskan di peringkat pemuda parti masing-masing mestilah dipindahkan menjadi agenda nasional Mampat. Jika wacana ilmiah DPP – Pemuda Umno dilihat mampu menghasilkan kesudahan yang baik untuk rakyat, maka ia harus distruktur semula sebagai wacana ilmiah Mampat – Pemuda BN./Malaysian Insider

http://addin77.blogspot.com"

27 Julai 2009

Majnun gilakan Laila ...!!!

Pemimpin Umno umpama Majnun gilakan Laila - Nik Aziz

Salmah Mat Husain Mon Jul 27, 09 6:26:09 pm MYT

KOTA BHARU, 27 Julai (Hrkh) - Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Inilah perasaan yang menimpa pemimpin Umno sekarang apabila sedaya upaya berusaha menjalinkan hubungan dengan PAS.

Sedangkan ia tidak lebih seperti bertepuk sebelah tangan.
"Saya pun tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, macam cerita Majnun pula apabila seorang pengembala kambing berhajat untuk mengahwini anak raja.
"Macam-macam kerenah yang dibuat oleh Majnun sehingga pada suatu hari dia duduk seorang diri di bawah pokok sementara menunggu kambing sedang makan rumput, Majnun bercakap seorang diri.
"Apabila kawan dia tanya kamu bercakap dengan siapa, lalu Majnun menjawab, saya sedang bercakap Laila, seorang anak raja.
"Macamana seorang pengembala kambing mahu mengahwini anak raja. Mahu tidak mahu dia menulis nama Laila atas pasir. Dia tulis nama Laila lalu dia baca sendiri berulang kali.
"Kawan dia bertanya lagi, kamu bercakap dengan siapa, lalu dia jawab lagi dengan Laila. Mana Laila, kawan dia tanya, ini� Majnun menunjukkan nama Laila yang dia tulis di atas pasir," katanya Menteri Besar Kelantan ketika ditemui di pejabatnya hari ini.
Sebelum ini pemimpin Umno beriya-iya benar mahu mengadakan kerjasama dengan PAS kononnya untuk perpaduan orang Melayu.
Impian itu dicetus semula pemimpin Umno ekoran kenyataan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta kerajaan pusat memberi kerjasama penuh kepada kerajaan negeri dan melupakan sengketa politik.
Ekoran itu Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, Umno akan membincangkan perkara tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat ini.
Sebelum ini Umno amat mengharapkan perpaduan Umno dan PAS dijalin semula selepas idea kerajaan perpaduan yang dicetus ditarik balik.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, apa yang berlaku terhadap Umno sekarang hampir serupa kisah dengan Majnun yang tetap berkeras mahu berkahwin dengan anak raja.
"Walaupun dia tak dapat kahwin dengan anak raja, tetapi sekurang-kurangnya dia boleh menulis nama Laila dan bercakap dengan Laila seorang diri," katanya.
Beliau juga mempertikaikan laporan akhbar mengenai isu tersebut kerana apa yang disentuhnya sebelum ini hanya berkaitan hubungan kerajaan negeri dan pusat, bukan berkaitan parti.
Katanya akhbar menyebut mengenai perkara itu, namun beliau tidak tahu menahu pun tentang perkara tersebut.
"Sepatutnya perkara yang melibatkan saya kena tanya saya dulu. Orang lain tidak ada hak untuk menjadi jurubahasa kepada saya.
"Saya tidak pernah sebut lupakan perkataan sengketa lama. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu sebagaimana yang disiarkan sebuah akhbar harian baru-baru ini.
"Tuan-tuan boleh check balik semula record pertemuan antara saya dengan Dato' Mustapa Mohamed di Kuala Lumpur sempena Fiesta Kelantan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat baru-baru ini," ujarnya. - mj_

25 Julai 2009

GMI dan Pemuda PR tetap adakan Perhimpunan 1 Ogos !!

Saturday, July 25, 2009

Demo:GMI dan Pemuda PR tetap adakan Perhimpunan 1 Ogos..!

Pemuda Pakatan Rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetap dengan pendirian akan mengadakan perhimpunan aman bagi menyatakan aspirasi rakyat supaya kerajaan Barisan Nasional memansuhkan akta zalim ISA.
Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh, meminta orang ramai yang ingin menyertai perhimpunan 1 Ogos ini berpakaian hitam atau merah dan bukanya putih.
Pakaian putih kata beliau hanya akan digunakan oleh golongan pro ISA yang mengelar diri mereka Pewaris yang turut akan mengadakan perhimpunan pada hari yang sama tetapi bertujuan meminta kerajaan BN mengekalkan akta itu.
Menurut Syed Ibrahim, GMI tidak akan meminta permit Polis kerana termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan rakyat berhak berhimpun secara aman.
"Berhubungan dengan perhimpunan kitam kita tegaskan semula berhimpun ditiga tempat iaitu di Sogo, Masjid Jamek dan Masjid negara dan kita akan menyerahkan deklarasi rakyat kepada Istana Negara. Kita serius dalam menyampaikan deklarasi ini dan kita telahpun membuat temujanji dengan Istana Negara dan kita telah menyerahkan surat temu janji baru-baru ini.
Sementara itu pemimpin PAS,Salahuddin Ayub berkata, beliau berharap Perdana Menteri Najib Razak memansuhkan akta zalim berkenaan sebagai menunjukkan beliau komited dengan laungan 1 Malaysia rakyat diutamakan.
"Saya nak sebut pada petang ini ialah Perdana Menteri Najib Razak komited dengan slogan 1 Malaysia dan rakyat diutamakan saya tegaskan bahawa masanya Najib mengambil keputusan memansuhkan terus akta yang zalim ini.
"Apa yang GMI telah rancang ini adalah tindakan mengatasi politik tidak ada kena mengena dengan parti politik, tiada kepentingan mana-mana pihak. Apa yang kita buat pada 1 Ogos ini ialah untuk kepentingan dan masa depan generasi Malaysia," katanya.
Ketua Penerangai PKR Tian Chua berkata, selagi ISA tidak dimansuhkan, apa juga isu yang dibangkitkan rakyat akan ditutup oleh kerajaan dengan cara menggunakan akta berkenaan.
Katanya, Najib perlu mengambil keputusan memansuhkan akta ini kerana banyak parti komponen BN telah menyuarakan hasrat supaya akta berkenaan dimansuhkan.
"Banyak isu-isu yang berlaku kebelakangan ini ada kaitan dengan kuasa yang dipegang oleh kerajaan menggunakan ISa, satu akta yang membenarkan tahanan tanpa bicara terhadap sesiapa. Pa pun isu masyarakat yang kita bangkitkan akan ditutup kerana kerajaan mempunyai kuasa ISA.
"Bekas Perdana Menteri setuju bahawa ISA patut dimansuhkan dan ada banyak lagi parti komponen Barisan Nasional telah menyatakan perkara yang sama termasuk MCA, PPP, Gerakan kita juga mengharap ini bukan perhimpunan yang dihadiri oleh NGO dan rakyat tetapi anggota Barisan Nasional juga dimobilisasikan menyertai perhimpunan aman ini," katanya.
Sementara itu, wakil DAP Ronnie Liu berkata, perhimpunan aman berkenaan merupakan cara rakyat membantu kerajaan untuk membuat keputusan sama ada untuk mengkaji semula atau memansuhkan akta berkenaan.
Perhimpunan berkenaan diadakan bagi menghantar deklarasi kepada Istana Negara untuk memansuhkan ISA, membebaskan tahanan ISA dan menutup Kem Tahanan Kemunting turut disertai oleh Pemuda Gerakan.
Sumber:Anjung Info

24 Julai 2009

KEMATIAN TEOH BENG HOCK DEDAH PEKUUNG BARISAN NASIONAL

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Kematian Teoh Beng Hock dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu membuka pelbagai pekung Barisan Nasional.

Kematian Teoh Beng Hock menimbulkan isu teknik siasatan SPRM yang secara jelas bersifat satu seksaan ( torture ) ke atas mereka yang disiasat oleh badan itu.

Teknik “torture” ini juga dilakukan oleh pihak polis ke atas mereka yang ditahan di bawah ISA. Yang menghairankan Nazri Aziz tidak segan silu menyokong teknik penyiasatan SPRM tersebut.

Ketua Polis Selangor mengesahkan bahawa rakaman CCTV menunjukkan Teoh iaitu mantan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah memasuki bangunan itu jam 5.15 petang Rabu. Bagaimanapun siasatan hanya berakhir jam 3.45 pagi Khamis.

Siasatan untuk tempoh yang lama tersebut dengan menafikan hak Teoh untuk tidur adalah semata-mata bertujuan menyiksa mental dan emosi Teoh bagi memudahkan SPRM mendapatkan pengakuan dan maklumat-maklumat tertentu dari Teoh.

PAS menentang cara penyiasatan yang berbentuk penyiksaan sebegini kerana Islam melarang sebarang bentuk “dhorar” berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w “ La dhorar wala dhiror fi al-Islam” ( tidak boleh menyiksa dan tidak boleh disiksa dalam Islam” ).

Al-Quran sendiri secara jelas menyatakan bahawa “ Allah telah memuliakan Bani Adam” ( Al-Isra’ : 17 : 70 ).

Jenayah penyiksaan ( torture ) pemerintah ke atas rakyat telah dinyatakan di dalam Al-Quran melalui kisah Firaun . Di dalam Surah Tho Ha, Allah s.w.t menyatakan "Oleh itu, pergilah kamu berdua kepadanya ( Firaun ), kemudian katakanlah: "Bahawa sesungguhnya kami ini Rasul-rasul dari Tuhanmu, maka bebaskanlah kaum Bani lsrail mengikut kami, dan janganlah engkau menyeksakan mereka” ( 20 : 47 )

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ahmad di dalam sanadnya , Rasulullah s.a.w menyatakan “ Sesungguhnya Allah s.w.t akan mengazab mana-mana orang yang menyiksa manusia di dunia ini.” ( lihat Sunan Abu Dawud Vol 1V m/s 865 dan Musnad Ahmad b.Hanbal Vol 111 m/s 404 al-Maktab Al-Islami , Cairo )

Dalam satu lagi Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ( radiyallah ‘an huma ) , Rasulullah s.a.w menyatakan bagaimana seorang wanita akan masuk neraka kerana penyiksaan yang perempuan itu lakukan ke atas seekor kucing .

Rasulullah s.a.w menyatakan “ Telah masuk seorang wanita ke dalam neraka kerana beliau mengikat kucingnya dengan tidak memberi makan kepada kucing itu dan tidak melepaskannya untuk makan makanannya yang melata di muka bumi” ( lihat Sahih Bukhari , Vol 1V m/s 337 )

Dalam Kitab Al-Kharaj karangan Abu Yusuf dilaporkan bahawa Khalifah Umar Abdul Aziz telah menulis kepada pegawai-pegawainya dengan melarang mereka mengikat para banduan dengan rantai atau gari dan memerintahkan mereka member makan secukupnya kepada para banduan dari wang Baitul Mal ( Lihat Abu Yusuf, Kitab Al Kharaj m/s 314-315 )

Imam Ibn Hazam pula menyatakan di dalam Al-Muhalla bahawa Al-Quran atau Al-Sunnah atau Ijma’ tidak membenarkan sebarang penyiksaan dalam bentuk elemen pukul, pemenjaraan , ancaman atau penghinaan bagi tujuan mendapatkan pengakuan seseorang kononnya beliau melakukan jenayah .

Ibn Hazam menyatakan bahawa larangan penyiksaan tersebut adalah berasaskan bahawa kulit, darah dan kemuliaan insan adalah suatu yang suci dan tidak boleh dicabuli melainkan dengan satu nas yang terang dan jelas atau dengan satu ijma’.

Berdasarkan nas-nas di atas , PAS menentang sekeras-kerasnya teknik dan gaya penyiasatan yang dilakukan oleh SPRM ke atas mendiang Teo kerana ianya adalah satu kaedah yang tidak menghormati kemuliaan manusia tanpa mengira kaum atau agama mereka.

PAS meminta mereka yang didapati terlibat dengan penyiasatan ala Gestapo tersebut atau mereka yang mengizinkan teknik penyiasatan tersebut di bawa ke muka pengadilan .
Seksyen 331 Kanun Keseksaan mungkin boleh digunakan ke atas mereka yang terlibat dengan penyiksaan ke atas mendiang Teo sehingga membawa kepada kematian beliau.

Kes Teo juga menunjukkan satu amalan diskriminasi yang ketara di pihak SPRM. SPRM seperti biasa agak cepat bertindak jika tuduhan rasuah atau salah guna kuasa dibuat ke atas ahli-ahli politik Pakatan Rakyat .

Bagaimana tahap kelajuan penyiasatan kes rasuah dan salah guna kuasa akan berubah dengan drastik jika ia melibatkan para pemimpin Umno.Dalam kes di Selangor , SPRM cepat menyiasat Mentei Besar Tan Sri Khalid dalam kes korban lembu di mana Pengarah SPRM dengan sombong dan bongkak menyatakan “ kita ada bukti yang kuat untuk mendakwa Tan Sri Khalid” .
Dalam kes penyiasatan ke atas Teo kita juga dapat melihat ketergesaan SPRM.

Namun apabila terdapat aduan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan Khir Toyo kita tidak melihat kelajuan yang sama.

Untuk peringatan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pernah sebelum ini mendedahkan tiga penyelewengan Datuk Seri Khir Toyo ketika memimpin negeri itu sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Penyelewengan berkenaan membabitkan tindakan cuba mengelak cukai, menukar sistem perakaunan anak syarikat kerajaan negeri, dan pembelian apartmen di Mekah “untuk tujuan yang meragukan”.Tan Sri Khalid berkata, Khir semasa menjadi Menteri Besar mempengerusikan tiga syarikat negeri dan mendapat imbuhan tiga buah kereta tetapi ini tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).“Salahguna kuasa kedua yang dilakukan Khir Toyo ialah menerima hadiah jam tangan bernilai RM 150,000 daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad atau PNSB,” katanya.

Beliau berkata, apabila menyedari menerima habuan seperti itu adalah satu kesalahan, Khir cuba membayar balik secara memasukkan wang tunai RM150,000 ke dalam akaun syarikat.
Selain itu, kata Tan Sri Khalid, Khir Toyo juga membuat pembelian apatmen di Mekah untuk “kegunaan beberapa anak Selangor yang terpilih sahaja” dengan perbelanjaan lebih RM 9 juta.

Dan yang terbaru adalah pendedahan Adun Sekinchan ke atas kos banglo mewah Khir Toyo yang didakwa terlalu tinggi.Kita ingin bertanya apa yang SPRM telah lakukan ke atas Khir Toyo?
posted by hanipamaidin @ 12:41 AM 3 comments

23 Julai 2009

Isu Pegang lilin hanya bersifat politik - Nik Aziz

Salmah Mat Husain Foto Rizal Tahir Thu Jul 23, 09 8:17:49 pm MYT

KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang menghebohkan isu anggota parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin memegang lilin pada satu program di Ipoh lebih bersifat politik.

Mursyidul Am PAS itu berkata, tindakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir memintanya mengeluarkan fatwa mengenai perkara itu tidak lebih sebagai kenyataan politik.
"Zambry ni orang politik bukan orang yang kaji Islam, apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun dia tak pakai, lagi pun keluar fatwa ni tugas mufti," ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Zambry yang memintanya mengeluar fatwa berhubung isu memegang lilin.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan 2009 di Dataran Warisan di sini, petang ini.
Menteri Besar Perak sebelum ini meminta ulama PAS mengeluarkan fatwa berhubung tindakan Nizar memegang lilin ketika hadir pada satu majlis di Perak Jumaat lepas.
Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim hari ini menafikan majlis menyalakan lilin yang turut dihadiri beliau dan Nizar majlis berkabung memperingati kematian Teoh Beng Huat.
Menurutnya gambar tersebut merupakan majlis menyalakan lilin diadakan semasa sesi sidang media 17 Julai lalu bertempat di Wisma DAP Ipoh.
Idham juga menjelaskan amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun dan bukan amalan agama.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, sekiranya beliau dijemput masyarakat Hindu atau Cina ke tempat ibadat mereka, beliau akan bertanya terlebih dahulu adakah program keagamaan atau adat resam.
"Saya kata kalau soal agama saya tak boleh pergi, tetapi adat resam atau budaya saya boleh pergi.
"Tiap-tiap tahun anak cucu kita menyambut ulang tahun kelahiran mereka dengan memacak lilin atas kek mengikut umur.
"Kalau setahun sebatang lilin kemudian menghembuskan, jadi lilin ni digunakan sebagai satu perkara yang simbolik terhadap sesuatu perkara lain. Begitu juga dalam masalah yang diheboh sekarang ni," ujarnya.
Menurutnya Rasulullah saw menghantar surat pada raja-raja Mesir, Iran dan India menggunakan ayat al-Quran. - mj _

22 Julai 2009

ISRA' MIKRAJ


Fahri Abdullah al-Masri Mon Jul 20, 09 7:01:44 pm MYT


Isra' Mikraj adalah antara proses kematangan kerohanian Rasulullah s.a.w dalam menempuh perjuangan baginda. Ketika ini, seluruh tubuhnyadibalut keletihan. Jiwanya dibungkus keresahan.

Letih, lesu dan resah gelisah yang berkubang di jiwa raganya dipendam bersendirian saat mengenang apakah lagi malang nasib yang jatuh ke atasnya bertimpa-timpa pada masa-masa yang akan datang.
Khadijah, saudagar wanita, penyokong sendi kekuatannya telah wafat. Abu Talib, bapa saudaranya, tonggak perjuangan dan penampan kepada serangan kafir Quraisy telah pun pergi meninggalkannya.
Selama ini, rasa segan terhadap Abu Talib dalam kalangan musyrikin itulah yang menyelamatkannya daripada serangan yang berlaku akibat dakwah itu.
Bermodalkan kedudukannya sebagai anak saudara Abu Talib, maka tiada sesiapa pun yang berani menyentuh baginda.
Tetapi keadaan telah berubah kini. Dengan kewafatan Khadijah disusuli pemergian Abu Talib, akar tunjang dan tonggak kekuatan lambang keutuhan perjuangan dakwah baginda telah hilang.
Pemergian kedua-duanya berlaku dalam tahun yang sama. Hal ini begitu terkenal dalam sirah sehingga sejarawan telah menamakan tahun tersebut sebagai 'Tahun Kesedihan' ('amul huzni).
Bayangkan, bagaimana baginda dapat menempuh kehidupan ini bersendirian dengan Fatimah yang masih kecil. Apalah sangat yang mampu dilaksanakan gadis sekecil itu melainkan dengan menyapu najis unta yang dilumurkan ke atas kepala baginda ketika sedang bersujud di depan Kaabah.
Allah maha besar! Allah maha berkuasa. Tidak sesekali Dia meninggalkan kekasihNya dihimpit derita itu bersendirian. Sudahlah ketika kecilnya dia kehilangan bapa ketika masih dalam kandungan, malah al-Amin juga ditinggalkan oleh ibu dan datuknya ketika masih kecil.
Kini, menjelang dewasa, ketika dia diarahkan Tuhan untuk menyebarkan dakwah, maka dia diuji dengan rasa bersendirian menanggung bebanan dakwah ini.
Bagi tujuan menghibur baginda, dan atas tujuan mengingatkan pertalian perjuangan risalah ini yang ada kaitan dengan perjuangan nabi terdahulu, maka itulah antara sebabnya kenapa baginda dijemput Tuhan ke langit tertinggi.
Isra' Mi'raj adalah suatu peristiwa yang teragung dalam bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat, beramai-ramai ke Madinah.
Ertinya, Isra' Mi'raj adalah 'turning point', titik permulaan Islam mula bertapak di Mekah, solat mula diisytiharkan sebagai suatu amalan dan ketika itu hidup Muslimin penuh dengan riwayat sengsara dan gangguan sehingga memaksa mereka mencari perlindungan di Madinah. Lalu, dengan itu terbentuklah sebuah Negara Islam yang pertama di dunia.
Ini kerana, sejurus kembalinya baginda membawa khabar berita, gambaran peristiwa langit, maka baginda dicela Abu Lahab, bapa saudaranya sendiri. Bermula saat itu, tekanan ke atas baginda telah bermula. Itu perkara yang pertama.
Yang kedua, Isra' Mi'raj adalah satu 'turning point' di mana Islam itu terasas dengan begitu kukuh oleh kerana telah termaktub suatu resolusi dari langit mengenai kefardhuan solat yang mana sebelum itu, solat belum lagi diperkukuhkan sebagai suatu amalan yang wajib.
Tiga pihak, dua kejadian
Resolusi mengenai kewajipan solat itu melibatkan tiga pihak, dua kejadian. Pihak yang terlibat dalam hal 'mewajibkan' solat itu ialah Allah s.w.t, Nabi Musa a.s yang berunding dengan Rasulullah s.a.w dan hasil ulang-alik Nabi Muhammad s.a.w menemui Allah s.w.t untuk mengurangkan jumlah bilangan solat fardhu tersebut.
Selain itu, dua peristiwa yang menyebabkan timbul rasa ghairah supaya diwujudkan suatu mekanisme perhubungan langsung antara manusia dengan penciptaNya, ialah kerana baginda telah menyaksikan gelagat para malaikat yang telah bersujud, rukuk kepada Tuhan dengan lain-lain perbuatan yang mirip kepada solat hari ini.
Peristiwa kedua, ialah ketika Nabi Muhammad s.a.w sendiri diangkat menjadi imam untuk mengerjakan solat di mana para makmum di belakangnya adalah nabi-nabi yang terdahulu sebelum baginda.
Lalu, terfikir di benak baginda, alangkah baiknya jika diwujudkan suatu mekanisme yang menyebabkan manusia sentiasa dapat berhubung dengan Tuhannya lewat ibadat tersebut.
Keghairahan Rasulullah s.a.w mengenai solat itu tergambar ketika hampir tiba saatnya baginda wafat. Di bibir baginda hampir tidak lekang menyebutkan, "Ummati.. as-Solah.." (Umatku.. sembahyang..)
Betapa tidak! Nabi Muhammad s.a.w telah naik ke langit menyaksikan malaikat bersujud hingga baginda tentang bagaimana mahu umatnya bersujud sebegitu rupa dengan tempoh lama dan penuh semangat.
Tetapi, amalan berat seperti solat ini telah diminta dikurangi oleh Musa a.s apabila nabi itu teringatkan pengalaman Bani Israel yang berat menerima perintah solat tersebut.
Sebab itu, kita dapatlah memahami kenapa sampai begitu tebal sekali baginda mengingatkan hal tersebut kepada umatnya berhubung solat, hatta ketika hampir wafat sekali pun. Tidaklah disebut hal zakat, puasa dan lain-lainnya, melainkan solat itulah yang kerap diperingatkan baginda.
Pembebasan Palestin
"Maha suci Allah yang membawa hambaNya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa (Palestin) yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah juga yang amat mengetahuinya." (Surah al-Isra': 1)
Ada riwayat menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w diarah Jibril agar berhenti, bersolat dua rakaat, seperti di Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah s.a.w akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu) dan Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa a.s dilahirkan).
Unsur kesengajaan memang wujud di sini walaupun dalam nas di atas, hanya perihal Israk sahaja yang dihebahkan Tuhan. Langsung sahaja Tuhan menyebut tempat berlepas Rasulullah s.a.w itu dari Masjidil Aqsa yang kini berada dalam tahanan Yahudi Zionis.
Seolah-olah Tuhan mahu beritahu kita sesuatu, apakah tindakan kita untuk membebaskan Masjid al-Aqsa? Sebagai Muslimin individu yang terhad kuasanya, kita mungkin boleh diampunkan dengan sebab kita telah mengeluarkan wang ringgit untuk membantu seadanya, termasuk menggesa negara berbuat sesuatu tanpa melibatkan PBB.
Yang patut menjawab di hadapan Allah s.w.t kelak ialah para pemimpin negara Islam yang tunduk berdiam diri dan hanya bertawakal kepada PBB untuk menyelesaikan kemelut berkenaan.
Syahadan, mungkin tak perlu diletakkan perihal mi'raj ke langit oleh sebab langit itu tiada nama yang khusus seperti halnya di bumi. Tapi, sengaja disebutkan Masjidil Aqsa guna menyentuh hati nurani Muslim agar peka ke atas pergolakan di sana yang berombak dengan lautan darah dan membadai dengan air mata.
Pada zaman ini, kita boleh saja menaiki pesawat terbang ke udara. Perihal naik ke udara itu tidak perlulah ditekankan sangat sebab kawasan langit dan laluan udara tempat laluan pesawat itu tidak penting sangat untuk diketahui.
Yang penting diketahui adalah tempat di mana pesawat kita mahu berlepas (departure) dan tempat di manakah pesawat itu bakal mendarat (landing). Ertinya, terbang ke awan itu sudah diketahui umum, tapi yang diperkirakan orang ketika mahu berpergian ke mana-mana ialah di tempat mana pesawat mereka mahu berlepas dan di tempat mana ia akan mendarat.
Sebab itu, kita jangan hairan kenapa nas itu tidak menghebahkan soal mi'raj, sebaliknya cuma menyebut tempat berlepas ketika Isra' (berjalan malam). Tuhan menyebutkan Masjidil Aqsa itu bererti, tempat itu amat penting dan bernilai.
Sebagai termaklum, selepas peristiwa Isra' Mi'raj, solat difardhukan. Tempoh daripada kisah itu hingga penghijrahan ke Madinah memakan masa selama setahun. Dan, ketika di Madinah juga, Muslimin masih berkiblat kepada Masjidil Aqsa.
Maka, sebelum mendapat arahan bahawa Muslimin wajib solat fardhu lima waktu, Nabi Muhammad s.a.w diminta 'berkenalan' terlebih dahulu dengan kiblat pertama kita di Baitul Maqdis itu, sebuah daerah kelahiran Nabi Isa a.s dan tempat Nabi Musa a.s menempatkan Bani Israel dalam sebuah negara merdeka dalam riwayat-riwayat terakhir perjuangan dakwahnya.
Maka, sejurus tibanya baginda ke Mekah, ketika itulah bermulanya solat dengan kiblat terarah ke Masjidil Aqsa; kiblat pertama yang mana Nabi Muhammad s.a.w telah diperkenalkan terlebih dahulu dengannya sebelum ini.
Seolah-olahnya, sebelum menerima perintah solat yang wajib itu, Tuhan juga mahu berbicara kepada kekasihnya, "Inilah nantinya yang akan menjadi kiblat umatmu kelak!"
Mirip kisah tarbiyah Musa - Khidhir
Perjalanan kerohanian Nabi Muhammad s.a.w bersama Jibril a.s itu mirip kepada tarbiyah Khidhir a.s ke atas Musa a.s dalam surah al-Kahfi. Dalam perjalanan, ada saja penglihatan yang terbentang dan pengajaran yang baginda lihat.
Diriwayatkan bahawa baginda telah menyaksikan golongan yang sedang bertani dam terus menuaikan hasil pertaniannya.
Baginda juga menyaksikan tempat berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun, kaum sedang memecahkan kepala, kaum yang menutup kemaluan dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah berbau busuk.
Rasulullah dibawa ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim yang sedang berada di Baitul Ma'mur bersama beberapa kaumnya.
Rasulullah s.a.w juga melihat golongan yang sedang menanggung satu bebanan. Ketika bebanan itu berat, mereka menambah lagi bebanan itu sehingga mereka tidak terdaya lagi menanggungnya.
Demikian iktibar ke atas penguasa yang tidak kuat menanggung amanah rakyat, tapi masih sanggup lagi menanggung amanah rakyat yang akhirnya menyebabkan mereka menderita azab yang parah di akhirat kelak.
Demi sesungguhnya, iktibar dan pengajaran Isra' Mi'raj ini tak akan sampai tamat diulas kerana falsafahnya sangatlah kaya sekali sehinggakan kita tidak akan jemu-jemu meneliti kisah ini.
Sebuah kisah yang sarat dengan inti pengajaran dan padat dengan iktibar khususnya kepada pemerintah yang masih enggan menginsafi segala kejahatan yang dilakukannya selama ini sehingga mengundang musibah besar ke atas rakyatnya pula.
4:25 p.m, 19 Julai Sekolah Pemikiran Kg Baru

21 Julai 2009

Perjalanan Malam (Isra')...


Menyusul selepasnya adalah artikel dalam Bahasa Inggeris:


“PERJALANAN MALAM” (Isra’) yang ditempuh Nabi dari Mekah ke Baitulmaqdis dan “pengangkatan” (Mi‘raj) Baginda ke langit, pada hakikatnya, adalah dua tahap daripada satu pengalaman mistik, yang berlaku hampir setahun sebelum peristiwa hijrah ke Madinah

(cf. Ibn Sa‘d 1/1, 143).


Menurut riwayat hadith yang terkenal – yang banyak dikutip dan dibincangkan oleh Ibn Kathir dalam huraiannya pada surah 17:1, dan Ibn Hajar dalam Fath al-Bari VII, 155 ff. – Rasulullah, yang ditemani Malaikat Jibril, mendapati dirinya dipindahkan dalam suatu malam ke tapak istana Nabi Sulaiman di Baitulmaqdis, di mana Baginda memimpin satu kelompok jemaah Nabi-Nabi terdahulu dalam solat; yang sebahagiannya ditemui semula di langit. Pengangkatan ini, secara khusus, sangat penting dari sudut pandangan teologi Islam justeru kerana dalam rangka pengalaman inilah solat lima waktu difardukan, dengan perintah Allah, sebagai sebahagian daripada ikatan aqidah Islam.
Memandangkan Nabi sendiri tidak memberikan sebarang penjelasan yang kukuh berkait dengan pengalaman ini, maka para pemikir Islam – termasuklah di kalangan Sahabat – sering berbeza pandangan tentang keadaannya yang sebenar. Majoriti para Sahabat berpendapat bahawa Isra’ dan Mi’raj ini kedua-duanya berlaku secara fizikal – dengan perkataan lain, Nabi telah dibawa dengan jasadnya ke Baitulmaqdis dan kemudian ke langit – manakala kalangan minoriti percaya bahawa ia hanya melalui pengalaman ruh. Dalam kalangan yang kecil ini, kita dapati, khasnya, ‘Aisyah, isteri Nabi dan sahabat yang paling dekat dengan Baginda dalam tahun-tahun kerasulan yang berikutnya, yang begitu positif mempertahankan pandangan bahawa “Baginda hanya dibawa dengan ruhnya sahaja (bi-ruhihi), sedangkan tubuhnya tidak meninggalkan tempatnya” (cf. Tabari, Zamakhshari dan Ibn Kathir dalam tafsiran mereka pada surah 17:1); Ulama besar Hasan al-Basri, yang lahir dalam generasi berikutnya, turut mendukung pandangan tersebut (ibid).
Dan berbeza dengan pendirian ini, ahli-ahli teologi Islam yang menegaskan bahawa Isra’ dan Mi’raj ini adalah pengalaman fizikal telah merujuk pada pandangan dan keyakinan majoriti para Sahabat – tanpa, bagaimanapun, berupaya untuk menunjukkan sebarang hadith yang dapat menjelaskan bahawa Nabi sendiri menyatakan demikian. Sebahagian sarjana Islam menekankan maksud ungkapan asra bi-‘abdihi (“Dia memindahkan hambanya di waktu malam”) yang tercatat dalam surah 17:1, dan percaya bahawa ungkapan ‘abd (“hamba”) itu menyerlahkan keadaan makhluk hidup yang sempurna, iaitu, gabungan jasad dan ruh.
Interpretasi ini, bagaimanapun, tidak mengambil kira kemungkinan bahawa ekspresi asra bi-‘abdihi hanya merujuk pada sifat keinsanan Nabi yang sejajar dengan maksud ayat-ayat al-Qur’an lain yang menjelaskan bahawa, Baginda, seperti Nabi-Nabi yang lain, hanyalah hamba Allah yang tidak kekal, dan tiada sebarang keupayaan ajaib. Ini, pada pandangan saya, telah dinyatakan sepenuhnya dalam penyataan akhir pada ayat di atas – “Sesungguhnya – Hanya Dia yang Maha Mendengar, Maha Melihat” – diikuti dengan penjelasan bahawa Nabi telah diperlihatkan ayat-ayat Allah (min ayatina), iaitu, disingkap sebahagian, namun tidak semua, dari kebenaran dan kenyataan sebenar daripada ciptaan Tuhan.
Hujah yang paling ampuh dan meyakinkan bagi mendukung tafsiran ruhaniyah dalam kedua-dua Isra’ dan Mi’raj ini dijelaskan dalam pernyataan simbolik hadith sahih mengenai dua pengalaman ini: tafsiran, yang dilakarkan secara sangat simbolik yang tidak memungkinkan ia difahami secara literal, iaitu dalam bentuk “fizikal”. Justeru, sebagai contoh, Rasulullah mengungkapkan apa yang ditemuinya di Baitulmaqdis, dan seterusnya di langit, beberapa Nabi terawal, yang mana semuanya tanpa ragu telah pun wafat di kurun yang lampau.
Menurut sebuah riwayat hadith (yang dikeluarkan oleh Ibn Kathir daripada riwayat Anas, Baginda menziarahi Nabi Musa di kuburnya, dan mendapatinya sedang bersembahyang. Dalam hadith yang lain, juga dari riwayat Anas (cf. Fath al-Bari VII, 185), Nabi menggambarkan bagaimana, dalam Perjalanan Malamnya, Baginda bertemu dengan seorang perempuan tua, dan ketika itu diberitahu oleh Jibril, “Perempuan tua ini adalah dunia yang fana’ (ad-dunya)”. Dalam riwayat hadith yang lain, dari Abu Hurairah (ibid.), Nabi “melintasi sekumpulan manusia yang sedang menyemai dan mengetam padi, dan setiap kali mereka selesai menuai, [pucuknya] tumbuh semula. Jibril berkata, ‘Mereka ini adalah pejuang di jalan Allah (al-mujahidun).’
Kemudian mereka melintasi sekumpulan manusia yang kepalanya hancur dimusnahkan batu; setiap kali berkecai, ia kembali bulat seperti sediakala. [Jibril] berkata, ‘Ini adalah kalangan yang kepalanya keras tidak mengendahkan sembahyang.’…Kemudian mereka melalui sekelompok manusia yang menghadam daging mentah yang busuk, dan melemparkan daging yang enak dan baik. [Jibril] berkata: ‘Ini adalah golongan penzina.’
Dalam sebuah hadith yang sangat masyhur tentang mi‘raj (dikeluarkan oleh Bukhari) Nabi mengungkapkan kisahnya dengan berkata: “Ketika aku sedang berbaring di atas tanah di sebelah Kaabah [lit., “dalam linkungan hijr”], nah! tiba-tiba datang Malaikat menghampiriku, dan membedah dadaku lalu mengeluarkan hatiku. Dan kemudian bejana emas penuh dengan iman dibawa kepadaku, dan hatiku dibasuh [di dalamnya] dan dipenuhi [dengannya]; kemudian ia ditempatkan semula ke kedudukan asalnya…” Memandangkan “iman” adalah konsep yang abstrak, jelas bahawa Nabi menanggapi persiapan sebelum Mi‘raj ini – termasuk Mi‘raj, dan perjalanan Malam ke Baitulmaqdis – seluruhnya adalah pengalaman ruhiyyah.
Walaupun tiada hujah kukuh untuk meyakini bahawa Perjalanan Malam ke Baitulmaqdis berlaku dengan “jasad”, namun, tiada alasan untuk meragui kebenaran dan realitinya. Ahli teologi Islam yang terawal, yang tidak difikirkan mereka menguasai ilmu jiwa atau psikologi dengan sempurna, telah memutuskan dua alternatif: sama ada ia berlaku dengan fizikal atau sekadar mimpi. Oleh kerana mereka merasakan – dan benarlah – bahawa peristiwa yang menakjubkan ini akan hilang kehebatannya jika dizahirkan dalam alam mimpi, maka mereka berusaha untuk menginterpretasinya dalam pengertian fizikal dan mempertahankan hujah dan pandangan ini dari semua interpretasi lain, seperti yang telah diutarakan oleh ‘A’isyah atau Al-Hasan al-Basri.
Mutakhir ini, bagaimanapun, kita telah mendapati bahawa pengalaman mimpi bukanlah alternatif khusus kepada perlakuan fizikal. Kajian ilmu psikologi moden, walaupun baru bertunas, telah membuktikan bahawa tidak semua pengalaman rohani (iaitu, pengalaman yang tidak melibatkan sebarang organ manusia) hanya bersifat subjektif dalam menjelmakan pengaruh “minda” – apa jua yang dimaksudkan oleh istilah ini – tetapi ia boleh, dalam situasi tertentu, menjadi suatu realiti atau “fakta sebenar” dalam maksud yang objektif bagi perkataan ini daripada semua pengalaman yang dilalui manusia dengan organ fisiologinya.
Kita mengetahui hanya sedikit tentang kualiti dan keupayaan tertentu dari aktiviti psikologi, lantaran itu sangat mustahil untuk mencapai takrif akhir dan muktamad mengenainya. Bagaimanapun, pemerhatian ahli psikologi moden telah mempastikan kemungkinan – yang telah didakwa dari masa lampau oleh ahli mistik daripada seluruh aliran dan fahaman – tentang “kebebasan” sementara ruh manusia daripada tubuhnya. Dalam keadaan pemisahan sementara ini, ruh atau jiwa dapat bergerak bebas dan merantau melangkaui zaman dan tempat, untuk menyaksikan rangkuman kejadian dan fenomena yang lahir dalam realiti dan dimensi yang luas, yang hanya dapat dicerap oleh persepsi simbolik dengan kefahaman yang mendalam, jelas dan menyeluruh.
Tetapi untuk mengungkap dan menzahirkan “pandangan” yang dialami (sebagaimana kami nyatakan kerana kekurangan lafaz dan istilah yang lebih baik) kepada kalangan yang tidak pernah melalui pengalaman seperti ini, maka individu tersebut - dalam hal ini, Rasulullah – terpaksa memerihalkan dan mengungkapnya secara kiasan; dan ini dapat menjelaskan peranan kata-kata kiasan dalam hadith-hadith yang berkait dengan pandangan mistik daripada Isra’ dan Mi’raj ini.
Dalam hal ini, saya ingin menarik perhatian pembaca kepada perbincangan tentang “pengangkatan ruh” oleh salah seorang Ulama besar Islam, Ibn al-Qayyim (Zad al-Ma‘ad II, 48 f.):
“‘A’ishah menegaskan bahawa Perjalanan Malam (Nabi) berlaku dengan ruhnya (bi-ruhihi), sementara tubuh Baginda tidak meninggalkan tempatnya. Hal yang sama juga dinyatakan dari pandangan yang disampaikan oleh Al-Hasan al-Basri. Namun perlu difahami perbezaan antara pernyataan, ‘Perjalanan Malam berlaku dalam mimpi (manaman)’, dan pernyataan, ‘ia [berlaku] dengan ruh tanpa tubuhnya’. Perbezaan antara dua pernyataan ini sangat penting…apa yang dilihat oleh seorang yang bermimpi hanyalah penghasilan semula (amthal) beberapa bentuk pandangan yang telah terbuku dalam fikirannya, lalu dia bermimpi [sebagai contoh] dirinya diangkat ke langit atau dipindahkan ke Mekah atau ke tempat [lain] di dunia, sementara [pada hakikatnya] ruhnya tidak diangkat atau dipindahkan…
“Riwayat yang disampaikan kepada kami berhubung hal Isra’ dan Mi’raj Rasulullah boleh dikelaskan kepada dua kelompok – kumpulan pertama mempertahankan pandangan bahawa pengangkatan berlaku dengan ruh dan jasad, sementara kumpulan kedua menegaskan bahawa ia hanya berlaku dengan ruh, sementara tubuhnya tidak meninggalkan tempatnya. Tetapi pandangan ini [juga] tidak mengertikan bahawa Isra’ dan Mi’raj itu berlaku dengan mimpi: mereka hanya bermaksud bahawa hanya ruhnya sahaja yang melangkah dalam Perjalanan Malam dan diangkat ke langit, dan ruh menyaksikan peristiwa yang [hanya sepatutnya] dapat disaksikan setelah wafat [lit., mufaraqah, “perpisahan”].
Keadaannya dalam situasi tersebut sama dengan keadaan [ruh] selepas mati...tetapi apa yang dialami Rasulullah dalam Perjalanan Malamnya adalah jauh lebih besar dari pengalaman [biasa] yang dilalui ruh selepas mati, dan, tentunya, lebih jauh daripada makna mimpi yang dilihat seseorang dalam tidur…merujuk pada Nabi-Nabi [yang ditemui Rasulullah di langit], ia tidak lain hanyalah ruh mereka yang tinggal di sana selepas berpisah dengan tubuh, sedangkan ruh Rasulullah diangkat ke sana ketika Baginda masih hidup.”
Adalah jelas bahawa pengalaman rohani ini bukan hanya tidak lebih rendah tahapnya, tetapi, sebaliknya, jauh lebih hebat daripada setiap pengalaman yang dilalui dan dicatat oleh anggota tubuh; dan telah jelas tanpa perlu disebut lagi, sebagaimana telah dinyatakan Ibn Qayyim, bahawa ia setanding dengan makna “pengalaman mimpi”, selama pengalaman ini hanya wujud dalam fikiran insan yang bermimpi, sementara pengalaman rohani yang dirujuk di atas tidak kurang “benarnya” (iaitu, objektif) dari yang dilalui “oleh anggota tubuh”.
Dengan menganggap bahawa Isra’ dan Mi’raj ini berlaku dengan ruh dan tidak dengan tubuh, kita tidak menafikan nilai luar biasa yang menyangkut pengalaman kenabian ini. Sebaliknya, telah jelas bahawa pengalaman ini mengatasi keajaiban yang dilalui dalam pengangkatan tubuh, yang memperlihatkan ketinggian syaksiah dan kesempurnaan rohaninya – sesuatu yang kita harapkan daripada seorang pesuruh Tuhan yang sebenar.
Bagaimanapun, adalah mustahil bagi kita manusia biasa untuk dapat memahami secara sempurna pengalaman ruhaniyah sedemikian. Minda kita hanya dapat bekerja bersandarkan elemen daripada kesedaran kita tentang masa dan tempat; dan setiap yang melangkaui batasan dan ruang lingkup ini akan selalu menghalang percubaan kita untuk mencapai maksudnya yang sebenar.
Sebagai kesimpulan, harus diperhatikan bahawa Perjalanan Malam Rasulullah dari Mekah ke Baitulmaqdis, berlaku sebaik sebelum Pengangkatannya, membuktikan bahawa Islam bukanlah suatu kepercayaan baru tetapi merupakan tradisi yang berkesinambungan dari risalah suci yang sama yang disampaikan oleh Nabi-Nabi terdahulu, yang menempati Baitulmaqdis sebagai kediaman rohani mereka. Pandangan ini diperkukuh oleh hadith (dipetik dalam Fath al-Bari VII, 158), yang mana Nabi, dalam Perjalanan Malamnya, telah menunaikan solat di Yathrib, Sinai, Bethlehem, dan lain-lainnya. Pertemuan Baginda dengan Nabi-Nabi yang lain, yang disebut dalam peristiwa ini, menyerlahkan idea yang sama. Hadith yang masyhur daripada babak penting Perjalanan Malam ini di mana Nabi telah memimpin jemaah solat dalam sebuah kuil suci di Baitulmaqdis, yang mana semua para Nabi berdiri membentuk saf di belakang Baginda, menunjukkan secara figuratifnya tentang kepercayaan bahawa Islam, sebagaimana disampaikan oleh Nabi Muhammad, adalah pelengkap dan penyempurna kepada tradisi agama manusia, dan Nabi Muhammad adalah Rasul pembawa risalah Allah yang terakhir dan teragung.

Sumber Rujukan:
Muhammad Asad; The Message of the Qur’an
Muhammad Asad: Sahih al-Bukhari – The Early Years of Islam

20 Julai 2009

Rakyat diseru hadiri perhimpunan MANSUH ISA 1 Ogos nanti


Irwan Muhammad Zain
Mon Jul 20, 09 5:13:44 pm MYT

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyeru seluruh rakyat dan ahli-ahli PAS bersama-sama pejuang memansuhkan kezaliman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berarak ke Istana Negara pada 1 Ogos.

Sebagai Komander perhimpunan MANSUH, beliau menyeru agar ahli-ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia yang prihatin agar dapat turut berdemonstrasi secara aman pada hari tersebut dengan memakai baju merah dan hitam.

"Saya menyeru agar seluruh rakyat Malaysia yang prihatin beramai-ramai turun untuk berdemonstrasi secara aman dan berarak ke Istana Negara pada 1 Ogos nanti tanda bantahan terhadap akta zalim ISA.

"Akta rimba ini sudah tidak sesuai lagi digunakan dan ia juga satu tanda kezaliman BN yang menggunakan akta ini kepentingan plitik mereka," tegas beliau.

Tegas beliau lagi, demonstarsi ini diadakan sebagai tanda bantahan terhadap akta ISA dan menuntut agar mereka yang masih ditahan supaya dibebaskan dengan segera.

Perhimpunan MANSUH anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dijadualkan diadakan pada 1 Ogos nanti bermula pada pukul 2.00 petang dari beberapa tempat sebelum berarak menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada pihak istana menuntut supaya akta itu dimansuhkan. - mns_

'Teoh mati 4-5 jam sebelum ditemui ' - Malaysiakini

'Teoh mati 4-5 jam sebelum ditemui'
Jul 20, 09 1:46pm
kemaskini 4.13pm Siasatan awal mendapati Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia empat atau lima jam sebelum mayatnya ditemui dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu, kata ketua polis negeri.

Menjawab soalan kemungkinan setiausaha politik seorang exco kerajaan Selangor itu jatuh dari Tingkat 14, yang menempatkan pejabat SPRM itu, Datuk Khalid Abu Bakar berkata:
"kemungkinan besar."

Ditanya mengenai barang-barang yang diambil dari pejabat SPRM itu semalam, Khalid berkata, polis melihat semula tempat kejadian dan apa yang tertinggal pada hari pertama kejadian.

Petang semalam, polis mengambil beberapa dokumen dan selak tingkap di Tingkat 14 bagi membantu siasatan kematian Teoh yang menimbulkan pelbagai pertanyaan.

Dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di ibu pejabat polis negeri di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, rakaman CCTV menunjukkan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah memasuki bangunan itu jam 5.15 petang Rabu.

Bagaimanapun tiada rekod Teoh keluar keesokannya selepas dilaporkan selesai siasatan jam 3.45 pagi Khamis.

Khalid juga berkata, polis sudah mendapat telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai penyiasat SPRM.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berkenaan rekod telefon tersebut kerana masih dalam siasatan polis.

Musa, dalam sidang itu, berkata polis setakat ini telah berjaya menyiasat 60 peratus kes kematian tersebut.

Teoh, 30, setiausaha kepada pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor ditemui mati di koridor Tingkat Lima plaza berkenaan selepas disoal siasat berhubung kes salah guna peruntukan DUN oleh beberapa
wakil rakyat.

19 Julai 2009

Ribuan Banjiri Perhimpunan tuntut keadilan untuk Teoh

Ribuan banjiri perhimpunan tuntut keadilan untuk Teoh

Abdul Rahim Sabri Jul 19, 09 6:44pm

dikemaskini 11pm
Lebih 3,000 orang membanjiri Stadium Kelana Jaya menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock yang ditemui mati Khamis lalu, selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.
Pemimpin utama Pakatan Rakyat, termasuk pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Husam Musa, berucap kepada hadirin.
Poster dan kain rentang dipasang di sekitar kawasan stadium tersebut, yang memaparkan gambar Teoh, dengan tulisan ‘Keadilan untuk Beng Hock"Dalam ucapannya, Kit Siang mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh - setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hean Wah.

Beliau juga mahu kabinet membuat keputusan segera mengenainya.Lim turut menggesa ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan supaya meletak jawatan.
Perhimpunan tersebut bermula jam 4.30 petang dan berakhir pada kira-kira jam 7 malam.
Kematian Teoh yang dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, telah menimbul kemarahan penyokong pembangkang yang mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasatkan kejadian tersebut.


Teoh di bawah jagaan SPRM’

Mengulas lanjut, beliau berasa amat marah dan sedih dengan kematian Teoh ketika di bawah pengawasan SPRM“Dia pemuda sihat ada idealisme dan mahu menyambung pembangunan negara.

Beliau menghadiri siasatan kepada SPRM tapi keluar sebagai mayat, Bagaimana jadi begitu?“Kematian beliau penuh dengan misteri menyebabkan rakyat mahu mengetahui apa yang berlaku,“Dia (Teoh) jadi saksi, bukan suspek.
Bukan begini caranya (menyiasat). Dan mereka harus bertanggungjawab di atas kematian Teoh. Kerana Teoh berada di bawah penjagaan SPRM.“Kita berasa marah dan sedih. Sebab kita manusia,” kata Kit Siang.
Beliau juga mempersoalkan tindakan SPRM yang tidak menyiasat berhubung skandal PKFZ yang membabitkan RM12.5 bilion dan juga banglo mewah milik bekas menteri besar Selangor Dr Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.“Ada siasatan? Tidak ada siasatan kepada mereka.
Tiada siasatan daripada pihak SPRM.“Tapi Teoh disiasat dengan hanya kerana dikata ada ADUN menyalahgunakan wang peruntukan RM2,400 untuk membeli bendera Malaysia,” katanya.

Guan Eng kecam polis, SPRM

Sementara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengecam pihak polis dan SPRM yang didakwanya bersikap‘double standard’ kerana tidak membuat siasatan terhadap terhadap pemimpin negera sekiranya pemimpin Pakatan membuat laporan polis.
“Sebaliknya kalau MB atau ketua menteri buat laporan polis, awak mahu keterangan. Ini ‘double standard’ yang diamalkan, bersih, cekap, betul... poorah!.
“Kita tak nampak siasatan skandal PKFZ (oleh SPRM), sampai sekarang ada tak? SPRM pun poorah,” katanya.
Sehubungan itu, Guan Eng yang juga anak lelaki Kit Siang, turut senada dengan ayahnya menuntut agar suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan dengan segera menyiasat kematian Teoh.
Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng yang juga setiausaha DAP, turut mengumumkan DAP akan membentuk tabung khas bagi membantu keluarga Teoh.“Tidak kira apa bangsa , kita berganding bahu untuk mempertahankan hak mereka.
Kita dirikan Malaysia untuk rakyat yang menegakkan budaya demokrasi,” katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

‘Khalid: Banyak persoalan timbul’

Sementara itu, menteri besar Selangor berkata pihaknya mahukan kebenaran dan keadilan berhubung siasatan terhadap kematian Teoh kerana banyak persoalan yang belum terjawab, terutama mengapa selepas disiasat, Teoh sanggup duduk di pejabat SPRM.
Katanya, banyak laporan kepada SPRM berhubung dakwaan rasuah pemimpin BN yang telah dibuktikan, tetapi tiada tindakan yang diambil terhadap mereka.
Sehubungan itu, Abdul Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak menyokong penubuhan suruhanjaya diraja untuk menjalankan siasatan segera terhadap kematian Teoh.
“Tidak ada yang kita mahu selain daripada itu. Kalau Najib benar-benar mahukan satu Malaysia, tubuhkan suruhanjaya diraja. Kalau Najib tak buat, dia cakap tak serupa bikin, bukan satu Malaysia.
“Rakyat mahukan keadilan. Ini bukan soal politik, bukan soal perkauman tapi ini soal keadilan dan kepercayaan rakyat, katanya.Sehubungan itu, Abdul Khalid menyokong cadangan Guan Eng untuk menubuhkan tabung khas bagi membantu keluarga Teoh.
Manakala Husam mendakwa SPRM menjadi alat yang cuba melindungi amalan rasuh pemimpin BN.
Beliau mendakwa SPRM cuba untuk menjatuhkan kerajaan Selangor sebagaimana modus operandi mereka ketika kerajaan Perak pimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tumbang ekoran kes rasuah dua pemimpin PKR.
Husam mendakwa siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadap kedua-dua pemimpin tersebut, tidak dilanjutkan.
Menurutnya, PAS turut menyokong penubuhan suruhanjaya diraja tersebut bagi menyiasat kematian Teoh.

Utusan, Berita Harian dibakar

Di akhir perhimpunan tersebut, seorang penyokong bertindak membakar akhbar Utusan Malaysia and Berita Harian ekoran ulasan mengenai kematian Teoh yang didakwa berbaur perkauman.
Ini berkaitan dengan beberapa laporan yang menganggap PKR cuba melemahkan institusi yang didominasi oleh orang Melayu seperti SPRM.

18 Julai 2009

Mati dalam tahanan ....SPRM

Mati Dalam Tahanan :Satu Lagi Episode Malang

1. Negara sekali lagi gempar dengan tragedi malang yang menimpa . Tragedi yang melenyapkan rasa rungsing akibat kemerosotan undi majoriti PAS di Manek Urai .

2. Semua tertumpu kepada peristiwa malang yang membawa kepada terbunuhnya mendiang Teo Beng Hock .

3. Bagaimana beliau yang juga merupakan setiausaha politik kepada Yb Ean Yong Hian Wah [ EXCO Selangor ] itu terbunuh adalah satu persoalan besar yang perlukan siasatan segera dan terperinci oleh pihak berwajib .

4. Lebih besar bencananya ialah bagaimana beliau boleh terbunuh dalam [ atau sewaktu masih dalam ] tahanan SPRM . Tentunya ini akan mengundang pelbagai spekulasi dan tentunya SPRM dilihat sebagai pihak yang paling hampir untuk bertanggungjawab .

5. Rakyat mengharapkan satu siasatan rapi , telus dan bertanggungjawab diambil oleh pihak kerajaan untuk menyiasat tragedi ini dan jika ada pihak yang bersalah , hukuman setimpal mestilah dijatuhkan .

6. Sehingga hari ini terlalu banyak tragedi malang seperti cedera dan terbunuh dalam tahanan . Samaada tahanan SPRM atau tahanan polis . Sedangkan menjadi tanggungjawab penuh pihak yang menahan , menjaga keselamatan dan kebajikan tahanan sebelum ia disabitkan bersalah . Individu yang ditahan untuk soal siasat tidak boleh di dera , dipaksa atau dicederakan , apalagi dibunuh mati kerana individu itu bukan pesalah sebelum ia disabitkan bersalah melainkan ia hanyalah individu yang membantu siasatan .

7. Sekalipun pihak yang menahan tidak melakukan pembunuhan tersebut , keselamatan tahanan tetap dibawah jagaan mereka selama ia masih dalam tahanan [ atau premis tahanan ] . Selayaknya tragedi seperti ini tidak berlaku apalagi dalam kawasan pihak yang menahan . Malangnya di negara kita hari ini , siapa jua yang ditahan tidak mempunyai jaminan keselamatan diri . Mereka seperti dihukum terlebih dahulu sebelum mereka disabitkan bersalah .

8. Jika satu atau dua kes , mungkin rakyat boleh terima ia sebagai suatu tragedi yang tidak disengajakan atau diluar tanggungjawab mereka . Tetapi jika kes mati dalam tahanan ini kian menjadi - jadi , Kerajaan wajib mengeluarkan satu kertas putih berkait perkara ini .

9. Apakah satu suruhanjaya lagi akan dibentuk untuk menyiasat suruhanjaya ini ? berapa banyak suruhanjaya daa ? Saya ingat Malaysia adalah sebuah negara yang paling banyak menubuhkan suruhanjaya . Entah berapa banyak suruhanjaya yang telah ditubuh . Samaada yang kekal atau bersifat sementara , tetapi hasilnya tetap satu [ one Malaysia ] iaitu tragedi tetap berlaku dan berlaku .

10. Saya mencabar supaya pengerusi SPRM segera meletakkan jawatan bagi membolehkan satu penyiasatan telus dan teliti dilakukan justeru beliau mestilah mengambil tanggungjawab atas tragedi yang berlaku . Soal siapa salah itu perkara kedua . Terserah kepada hasil siasatan . Tetapi perletakkan jawatannya adalah untuk memastikan siasatan berjalan lancar dan rakyat yakin terhadap siasatan itu . Jika tidak , terpaksalah rakyat menjalankan siasatan sendiri ! lebih malang kalau rakyat ambil hukum sendiri ! jika ini benar berlaku , siapa lagi boleh halang pada waktu ?

Melihat kepada peningkatan angka kematian dalam tahanan dan lokap , rasanya , Musa Hassan pun tidak perlu lagi disambung kontraknya yang bakal berakhir september ini , atau mungkin juga Perdana Menteri sendiri ambil tanggungjawab ? paling tidak , menteri terbabit . Tapi saya tahu , apa yang akan berlaku dalam negara saya , kerana ini bukan kali pertama .......Harap ada percaya tiada !

Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi

Chua Jui Meng Sertai PKR !!!


Terkini Chua Jui Meng sertai PKR...Baru sebentar tadi disahkan bahawa Dato Chua Jui Meng telah menyertai PKR dalam satu Forum Khas di Sunway Hotel.

Perkara ini telah diumumkan oleh DSeri Anwar Ibrahim sebentar tadi.


Sumber:Syaomel8 54.50PM


"Saya telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.""Saya yakin saya berada dalam parti yang benar dalam sejarah Malaysia.""Sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.""kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang."


- Chua Jui Meng


Updates dari Mstar

Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng mengumumkan yang beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

Ia diumumkan oleh Chua sendiri pada satu majlis PKR di sebuah hotel di Bandar Sunway di sini petang ini.

Kelmarin beliau melepaskan jawatan Ketua Bahagian MCA Bakri.

Chua, bekas Menteri Kesihatan, tewas dalam pemilihan jawatan Presiden tahun lalu.


Updates dari Mkini..


Bekas menteri kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.

Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.

Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.

Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.

Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.

Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno."Saya yakin saya berada dalam parti yang benar dalam sejarah Malaysia," katanya.

Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.

Mayat Teoh ditemui Khamis lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, selepas disoal siasat semalam oleh SPRM, berhubung dakwaan salahguna wang peruntukan untuk DUN di Selangor.

Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut.

Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.Dua hari lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Chua akan melompat menyertai PKR.

11 Julai 2009

Langkah Najib Sempena 100 Hari - 93 % tolak ia akan meningkatkan tahap penerimaan rakyat .

Greenboc

Sebanyak 93% responden Edisi 7 menyatakan langkah-langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak tidak akan meningkatkan tahap penerimaan rakyat Malaysia terhadapnya.
Hanya 7% sahaja yang menyatakan sebaliknya.Najib menandakan hari ke-100 pemerintahannya dengan mengumumkan 11 langkah populis dalam usaha merampas kembali sokongan rakyat dari Pakatan Rakyat.
Selepas majoriti 2/3 pemerintah terkubur dalam PRU-12 lalu, Umno-BN berusaha untuk memacu momentum politik yang tersadung kekalahan dalam siri pilihanraya kecil lepas.Nekad mematikan kemaraan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai, Najib mengumumkan diskaun 20 peratus kepada pengguna kerap tol lebuhraya.
Najib juga berkata ini dan 10 rancangan yang lain akan disusuli dengan lebih banyak langkah populis di masa hadapan.Najib berkata demikian kepada lebih 3,000 penyokongnya di majlis meraikan 100 hari pemerintahan beliau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.Parti Keadilan Rakyat menyifatkan langkah populis ini sebagai gimik politik.
Naib Presiden Mustapha Kamil Ayub berkata Kerajaan Pusat mampu melakukan yang lebih baik, namun kepentingan politik membantutkan kekuatan itu.
Selangor dibawah Pakatan Rakyat sanggup berbelanja berbilion ringgit membeli sistem pembekalan air dari pemegang konsesi air supaya rakyat tidak lagi terbeban dengan kos kehidupan Lembah Klang yang tinggi.
Mustapha juga berkata kepedulian rakyat yang jitu mendorong kerajaan Selangor untuk memperkenalkan program 20 meter padu air percuma untuk semua pengguna domestik.Sekiranya pemerintah ikhlas mahu membantu rakyat, Mustapha menyeru Najib supaya meniru jejak langkah Selangor dan memilik-negara lebuhraya dari tangan konsesi."
Dalam konteks pakatan, hal utama seperti air, jalanraya, hospital dan lain-lain, memainkan peranan yang lebih dalam persoalan untuk mengurangkan beban rakyat.
Soal Kerajaan Negeri Selangor bawah pimpinan Pakatan sedia menggunakan sumber lain untuk menanggung kos pembekalan air, komitmen terhadap rakyat. Dalam masa yang sama, dalam keadaan ekonomi agak parah, rakyat perlu dibantu dengan cara demikian.”“Diberikan satu bentuk di mana jika tidak secara langsung perlu ada kajian.
Cara berkenaan (diskaun 20%) tidak melambangkan komitmen kerajaan meringankan beban rakyat. Tidak mencukupi kalau sekadar potongan 20% kepada pengguna kerap,"Pendedahan dokumen konsesi lebuhraya mendedahkan kerajaan Malaysia dan pemegang konsesi telah menetapkan kenaikan harga tol secara berperingkat dalam satu perjanjian yang memakan masa antara 10 hingga 30 tahun.
Umno-BN beralasan bahawa kerajaan terpaksa membayar subsidi yang mahal kepada konsesi sekiranya kerajaan menghalang kenaikan harga tol.Siri-siri bantahan dan demonstrasi rakyat membantah kenaikan harga tol bagaimanapun dijawab dengan kekerasan pihak berkuasa.”Sebelum itu mereka kata tidak mampu dan perjanjian tidak boleh diubah. Sebelum ini mereka kata bahawa kerajan perlu beri subsidi dan pampasan kepada syarikat konsesi Kerana ia kewajipan secara kontrak, tiba-tiba dia boleh bagi 20%.
Bagaimana 20% ini boleh dilaksanakan? Samada kerajaan perlu bayar subsidi yang lebih tinggi atau ini memang sesuatu yang didalam kuasa kerajaan. Ini tidak dijelaskan,” kata Pengarah Strategi PKR, Tian Chua.
Kata Tian Chua lagi, beliau mengganggap pusingan-U ini hanya satu gimik politik yang digunakan Najib untu menawan hati rakyat."Ia hanya gimik politik untuk menunjukan Najib prihatin terhadap kebajikan rakyat, tapi sebenarnya tidak mengubah atau menyesesaikan masalah. 20% bukan untuk semua hanya sebahagian pengguna.
Saya kurang pasti cara mereka untung menghitung siapa layak atau tidak. Ia masih belum jelas,"“Yang penting kita harus mengkaji semula perjanjian konsesi supaya kerajaan boleh mengambilalih atau mengurangkan tol.
Itu langkah yang lebih berkesan daripada hanya menggunakan diskaun,” katanya.

09 Julai 2009

RAYUAN HJ NIZAR BERJAYA KE MAHKAMAH PERSEKUTUAN !!!


Mahkamah Persekutuan hari ini akhirnya membenarkan permohonan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan itu dibuat tiga Hakim Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Dengan keputusan ini, jelas menunjukkan peluang untuk rakyat Perak melihat keadilan berlaku masih terbuka biar pun dihambat dengan berbagai isu yang jelas membelakangkan undang-undang dan perlembagaan sebenarnya.

Masalah politik Perak yang kini sebenarnya masih "kritikal" biarpun ditutup oleh media arus perdana. Rakyat Perak kini semakin benci dan meluat dengan kelibat MB Haram, Zambry Kadir.

Bahkan mereka langsung tidak mengikhtiraf beliau sebagai ketua negeri itu.

Apa yang pasti, Nizar masih tetap dihati rakyat dan hanya keadilan sahaja yang boleh mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

UMNO dan BN boleh mendabik dada kononnya mereka menang dalam isu Perak, susulan melihat mahkamah memihak kepada mereka. Walhal, hakikatnya apa yang berlaku itu adalah petanda kejatuhan dan kehancuran mereka di Perak.

Ramai yang melihat, tindakan BN merampas kuasa di negeri itu bakal menyebabkan ramai wakil rakyat BN bakal menjadi "rakyat biasa" selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.

Oleh itu, rayuan dan saranan seluruh rakyat agar kuasa dikembalikan kepada mereka dan DUN Perak dibubarkan haruslah diberi perhatian sewajarnya oleh Sultan Perak.

Tindakan menggunakan mahkamah untuk menghalang proses demokrasi bakal menyebabkan kesatbilan politik dan pentadbiran Kerajaan Negeri Perak kucar kacir.

Semoga dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan hari ini bakal membuka lembaran baru ke arah perubahan di negeri itu. Rakyat masih berharap biarpun "jalannya" nampak terlalu sukar untuk menjadi kenyataan.

Namun, kita hanya merancang tetapi tuhan yang menentukan. Segalanya boleh berlaku jika diizinkanNya.

07 Julai 2009

HIMPUNAN MANSUHKAN ISA PERINGKAT NEGERI PERAK



TEMPAT

BALAI ISLAM

KG. TERSUSUN BUKIT JANA,

KAMUNTING TAIPING

(1KM DARI KEMTA ISA)

TARIKH

16 JULAI 2009 / 23 REJAB 1430 (KHAMIS)

MASA

9.00 MLM

PENCERAMAH

YB SALAHUDDIN AYOB

( NAIB PRESIDEN PAS, MP KUBANG KRIAN )

YB GOBALAKRISHNAN

( AMT PKR,MP PADANG SERAI)

USTAZ ZAWAWI HASAN

( KETUA PEMUDA PAS PERAK)

YB YEE SIEW KAI

( PIMPINAN DAP,ADUN POKOK ASAM)

SERTA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT LAIN YANG SEDANG DIHUBUNGI

BAJU RASMI HIMPUNAN MANSUH ISA SERTA PENGIKAT KEPALA AKAN DILANCARKAN OLEH DPP PERAK PADA MALAM TERSEBUT.

UNTUK TEMPAHAN GERAI

SILA HUBUNGI

MOHD YAAKOB 0125782767

KEHADIRAN ANDA SEBAGAI TANDA KEARAH PEMANSUHAN ISA.

BUKTIKAN KOMITMEN ANDA!

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

06 Julai 2009

SATU LAWAN SATU DI MANEK URAI !!!

Hanya calon PAS dari Pakatan Rakyat dan calon Umno dari Barisan Nasional sahaja yang mendaftarkan diri sebagai calon di pusat penamaan calon Manek Urai

PAS meletakkan Haji Fauzi Abdullah manakala Umno meletak Tuan Aziz sebagai calon.

05 Julai 2009

Mencari Kemenangan Dengan Acuan Allah

fatih.jpg

“Allah selamatkan penduduk Mekah yang jahiliah itu. Mereka bukan sahaja mengotorkan Masjidil Haram dengan lebih 300 patung, malah bertawaf secara bertelanjang. Tetapi Allah selamatkan mereka dari serangan Abrahah”, saya cuba mengimbas situasi Mekah di ambang kelahiran Rasulullah SAW.

“Jika penduduk Mekah yang jahiliah itu, Allah selamatkan mereka dari kebinasaan, mengapa Allah tidak selamatkan kita? Mengapa kita terus kalah dan kalah? Bukankah kita yang menyembah Allah? Bukankah kita yang berjuang dengan nama Allah? Kenapa Allah tidak tolong kita?”, soalan yang mengganggu fikiran saya ini semakin kritikal.

Malah jika direnung kepada keadaan semasa, yang jahat dan jahiliah itu terus menang dan menang, namun Islam dan kebenaran terus lemah tertindas, bagai tidak terbantu.

Di manakah silapnya?

Fikiran meraba, tangan meraba… lembaran kalam Allah diselak satu persatu dan kita sampai kepada janji Allah ini:

anfaal_33.jpg

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun)” (Al-Anfaal : 33)

Itu janji Dia.

Bahawa tiada kaum yang terbiar menderita, jika di kalangan mereka itu ada Muhammad SAW.

Biar pun penduduk Mekah itu jahiliah, tetapi dek kerana dari mereka itulah lahirnya Muhammad SAW, maka keberadaan Muhammad itu menjadi sebab untuk Allah selamatkan mereka, sebagaimana Allah menyelamatkan umat Badar, Uhud malah yang kritikal seperti Khandaq.

Hari ini baginda SAW secara fizikalnya tidak ada dan tidak akan ada… kerana jasadnya sudah pulang ke asal. Tetapi bagaimana dengan cara kita beragama? Samakah Islam kita dengan Islam Rasulullah SAW? Serupakah cara kita mencari kejayaan dan kemenangan, jika dibandingkan dengan cara Rasulullah SAW? Atau dalam bahasa yang lebih mudah, ada atau tidak Rasulullah SAW itu dalam kehidupan seharian kita? Hidup minum dan makan, serta hidup di medan perjuangan?

Mungkin Rasulullah SAW tiada… biar pun di sisi mereka yang bernama Muhammad dan berjuang kerana cinta kepada Muhammad… lantaran tidak mengikut acuan yang digunakan oleh Baginda SAW.:

acuanallah.jpg

“Acuan Allah… Apakah ada yang lebih baik dari acuan Allah, sedang kita ini kepada-Nya, adalah HAMBA “ (Al-Baqarah : 138)

JALAN KELUAR

Di belakang mereka maut, di depan juga maut.

Musa dan Bani Israel yang beriman itu dikepung maut. Di belakang mereka adalah Firaun dan bala tenteranya, manakala di hadapan mereka adalah laut yang luas terbentang. Jika dihitung pada upaya helah akal manusia, tiada lagi jalan keluar.

“Bawa-bawalah mengucap!”

Tetapi putus asa dari rahmat Allah itu bukan sifat golongan yang layak dibantu. Kerana segala kesempitan dunia itu, tidak terbanding oleh kuasa Allah untuk menghulur keselamatan.

thalaaq_2-3.jpg

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya akan dijadikan untuknya jalan keluar (dari belenggu masalah) dan dikurniakan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka” (Al-Thalaq: 2-3)

Laut itu terbelah, membentangkan jalan keselamatan dan pertolongan yang tidak disangka-sangka buat Musa dan Bani Israel. Mereka yang kerdil itu terselamat dan meneruskan perjalanan, Firaun yang gagah, lama berkuasa lagi mencengkam rakyatnya itu tenggelam, binasa… kerana mereka terlalu kerdil di sisi Allah yang Maha Gagah lagi Perkasa.

Syaratnya adalah TAQWA.

musa.jpg

SYARAT TAQWA

Taqwa itu bukan slogan. Ia bukan modal khatib melenakan jemaah Jumaat.

Taqwa adalah kayu ukur Allah terhadap kualiti insan. Sebaik-baik kamu adalah yang paling tinggi nilai taqwanya.

“Apa itu taqwa?”, tanya Umar al-Khattab kepada Ubai bin Ka’ab Radhiyallahu ‘anhuma.

“Pernah kamu susuri jalan yang penuh duri?”, balas Ubai dengan suatu pertanyaan yang menduga.

“Pernah saja”, jawab Umar.

“Apa yang kamu lakukan?”, pintas Ubai.

“Aku angkat sedikit pakaianku, dan melangkah dengan hati-hati”, jawab Umar lagi.

“Itulah TAQWA!”, simpul Ubai bin Ka’ab terhadap soalan Umar al-Khattab tentang TAQWA.

TAQWA itu adalah kualiti manusia yang merentas jalan berliku. Ada manfaat ada mudarat, ada yang boleh ada yang jangan… seorang ahli taqwa itu akan mengambil kira semuanya. Melangkah dengan penuh kesedaran, bijak mengawal pergerakan, dan peduli kepada setiap yang menjadi cabaran di sepanjang perjalanan itu. Itulah taqwa.

Orang bertaqwa bukan orang hidup ikut suka.

Pejuang bertaqwa bukan pejuang yang berjuang ikut suka.

Mereka mengambil kira segala peraturan Allah, perkara yang memenangkan, dan perkara yang membinasakan.

PERATURAN ALLAH

Soalnya peraturan Allah itu bagaimana?

“Patuh pada al-Quran dan al-Sunnah”, jawab kita semua.

Sahih… tepat… tetapi mungkin belum jelas, mungkin belum lengkap dan belum praktikal.

Ketetapan Allah itu ada di dalam al-Quran dan al-Sunnah, tetapi bukan di situ sahaja adanya ketetapan Allah dalam kehidupan ini. Ada petunjuk datang dari nas, ada petunjuk datang dari peraturan alam.

Peraturan nas itu adalah Syariatullah.

Peraturan alam itu adalah Sunnatullah.

BAGINDA SAW, SYARIATULLAH DAN SUNNATULLAH

Ketika Baginda SAW mengajar kita melakukan urusan harian, Baginda SAW sering memberikan demonstrasi perlakuan agama pada mematuhi Syariatullah dan Sunnatullah.

i. Urusan Harian

Lihat sahaja urusan sembelihan. Kita diajar supaya memperelokkan sembelihan, dan Sunnahnya adalah pada Basmalah dan pisau yang tajam. Apakah faedah menggunakan pisau yang tajam?

“Ayam tak sakit!”, jawapan standard kebanyakan kita.

“Syariat diturunkan untuk faedah manusia, bukan ayam”, itu ulasan saya.

korbanlembu.jpg

Penggunaan pisau yang tajam akan mempercepatkan kerja. Kurang tenaga yang diperlukan namun lebih hasilnya. Lebih efisyen, lebih efektif… atau dalam bahasa hari ini, Baginda SAW mengajar kita soal produktiviti.

Maka keelokan pada sembelihan bukan hanya pada Basmalah, tetapi juga pada pisau yang tajam.

ii. Urusan Perjuangan

“Aku Rasulullah, aku kekasih Allah, Allah memerintahkan aku berhijrah dan berjuang, pasti Allah membantu….!?”

Pernahkan Baginda SAW berfikiran begitu? Pernahkah Baginda SAW beranggapan bahawa perjuangannya atas nama Allah, Islam dan kebenaran, pasti perjuangan itu akan menang, lantas baginda lengah dalam strategi dan persiapan?

Tidak sekali-kali.

Untuk Hijrah, Baginda SAW memanfaatkan segala kebijaksanaan, memaksimakan segala strategi hingga boleh menjadi prinsip kepada apa yang kemudiannya dinamakan sebagai SAINS KETENTERAAN.

Begitu banyak lambakan perancangan dan strategi Baginda SAW hingga sahabat bertanya, mana satukah wahyu dan mana satukah pandangan profesional Baginda? Syariatullah pada wahyu menjadi suatu kepatuhan dan ketaatan, manakala Sunnatullah menuntut perbincangan, analisa dan bekerja secara kolektif.

Tiada tinggi rendah antara tuntutan Syariatullah dan Sunnatullah… kerana kedua-duanya merupakan aturan Allah untuk kesejahteraan kehidupan manusia. Ayat hukum terbitan nas, dan ayat sains terbitan alam, kedua-duanya dilaksanakan sepenuh hati.

CONSTANTINOPLE DAN UKURAN RABBANI

Sikap demikian terhadap persoalan Syariatullah dan Sunnatullah, bukan hanya tercatat pada era Nubuwwah, malah ia terus menjadi kayu ukur kepada kesempurnaan kerja Ummah pada agenda seterusnya.

constantinople.gif

“Constantinople itu pasti akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin (penawanan)nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera (yang menawan)nya” [Hakim, 4.422; Bukhari, Tarikh al-Saghir, 139; I. Hanbal, 4.335]

constantinople2.gif

44H, Muawiyah bin Abi Sufian Radhiyallahu ‘anhu menghantar delegasi pertama umat Islam ke arah menundukkan Constantinople. Ramai sahabat yang menyertainya, termasuk Abu Ayyub al-Ansari dan Ibn Abbas sendiri. Mereka pergi dengan keyakinan yang tinggi terhadap janji Nabi SAW, bahawa Constantinople yang gah, sombong dan bongkak itu akan tunduk kepada Islam, bukan terjajah tetapi untuk dibebaskan dari perhambaan sesama mereka sendiri.

Bagaimanakah kekuatan Constantinople? Bagaimana cuaca di sana? Bagaimana sosio politik penduduknya?

Sahabat Nabi SAW tidak mengetahuinya. Namun kerana yakin dengan janji Baginda SAW bahawa kemenangan adalah untuk Islam… mereka teruskan jua.

Misi tidak berhasil. Bukan gagal, tetapi belum berjaya. Abu Ayyub al-Ansari radhiyyallahu ‘anhu terbunuh syahid. Biar pun mereka itu generasi sahabat yang dididik sendiri oleh Rasulullah SAW, namun Allah belum mengizinkan kemenangan kerana ada pelajaran besar yang perlu ditekuni oleh Ummah.

Usaha diteruskan lagi di zaman Sulaiman bin Abdul Malik, di zaman Harun al-Rashid dan terus dicuba dan dicuba…hingga ke era Sultan Yildirim Beyazit (1389-1403) dan Murat Ke-2 (1421-1451)di era Othmaniyyah… janji Nabi SAW belum tertunai.

alfatih.jpg

Hinggalah muncul era pemerintah Kesultanan Othmaniyyah, Sultan ke-7 bergelar Sultan Muhammad bin Murad II menaiki takhta. Beliau insan biasa yang luar biasa.

Luar biasa pada keghairahannya terhadap misi Constantinople.

Luar biasa pada ketinggian akhlaq dan ilmunya.

Luar biasa pada penguasaan kemahiran memerintah dan peperangan.

Luar biasa pada Syariatullah dan Sunnatullah yang dijunjungnya atas nama TAQWA.

Sultan Muhamamad al-Fatih mengkaji aspek ketenteraan, aspek politik dan sosial Constantinople. Beliau mengetahui serba serbi tentang kekuatan dan kelemahan kota yang bakal ditundukkan itu lantas bertindak selaras dengannya. Malah bukan sahaja beliau yang hebat, tentera-tenteranya juga sama tinggi.

Semasa beliau bersama ribuan tenteranya bergerak menuju Constantinople, mereka telah melintasi ladang anggur. Sultan Muhammad telah berpura-pura jatuh gering.

“Hanya anggur sahaja yang mampu menyembuhkan sakit ini”, katanya.

Tetapi tidak ada seorang pun daripada tenteranya yang mempunyai buah anggur. Ladang anggur yang bukan milik mereka itu tidak disentuh dan tidak pernah menjadi salah satu daripada pilihan penyelesaian kepada masalah yang ada.

“Beta sudah sembuh!”, kata Sultan Muhamamd al-Fatih.

Ternyata tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Sultan Muhammad ’sembuh’ dengan ketinggian Syariatullah pada taqwa tenteranya, di samping Sunnatullah yang telah diperlengkapkan.

Setelah tawaran perdamaian di saat akhir ditolak, serangan dilancarkan bertubi-tubi… lebih sebulan pertempuran berlangsung dan akhirnya tibalah saat yang dijanjikan Allah dan Rasulnya, Constinople rebah di tangan insan biasa yang luar biasa… Sultan Muhammad bin Murad II… Sultan Muhammad al-Fatih.

Insan biasa yang luar biasa, menempa kejayaan hasil menggabungjalinkan Syariatullah dan Sunnatullah.

Sabda Nabi SAW tentang kemenangan Islam di kota Constantinople bukan berlaku di tangan generasi sahabat. Ia berhasil di tangan sebaik-baik ketua dan sebaik-baik tentera, lebih 800 tahun selepas janji itu dilafazkan Baginda SAW.

Itulah formula kemenangan Islam.

Islam tidak menang hanya kerana nama perjuangan itu adalah perjuangan Islam. Kemenangan adalah untuk kesempurnaan usaha melengkapi syarat kemenangan.

Ayuh pejuang Islam… jika mahu menangkan Islam, jangan berikan alasan tembok Constantinople itu terlalu kukuh untuk runtuh. Jangan beri alasan perjalanannya yang jauh. Jangan beri alasan bahawa helahnya licik bagi belut di liku selut. Kemenangan itu dekat, jika pejuangnya melengkapi syarat TAQWA. Iaitu pada mematuhi Syariatullah dan Sunnatullah.

Integiriti itu penting.

Komitmen kepada hukum syarak semasa turun berkempen itu penting.

Halal haram itu sentiasa penting.

Efisyensi rekod dan pengurusan itu penting.

Penggunaan segala skil komunikasi itu penting.

Teknologi itu penting.

Syariat dan Sains kedua-duanya itu penting.

Itulah formula memenangkan Islam.

MOTIVASI AKHIR

“Kota Constantinople itu akan berada di tangan umat ini”, pesan Baginda SAW kepada sahabat yang keletihan di medan Khandaq.

Constantinople?

Janji itu keterlaluan.

Masakan tidak. Penduduk Madinah hanya segelintir. Mereka itu pula antara hidup dan mati, tatkala dikepung segenap Barisan Nasionalis Arab yang bergabung membentuk tentera Ahzab. Tiba-tiba baginda SAW memberikan janji bahawa kita yang kecil, antara hidup dan mati ini, akan menundukkan Constantinople, kota terbesar di dunia itu.

Apakah ini suatu kemustahilan?

Beginilah cara Nabi SAW memotivasikan sahabat.

Percaya selepas melihat sesuatu tiada nilai iman. Ia hanya suatu ikrar pada sesuatu yang telah ada hasilnya. Percaya seperti ini percaya murahan yang tidak berhajatkan kepada usaha dan pengorbanan.

Namun Baginda SAW mengajar para sahabat supaya percaya sebelum melihat sesuatu, dan bekerja keras untuk melihat apa yang mereka percaya.

Itulah hebatnya motivasi minda mukmin profesional.

Mereka percaya sebelum melihat dan bekerja keras untuk melihat apa yang mereka percaya.

Kita belum pernah melihat Syurga, namun kita mempercayainya. Maka bekerja keraslah untuk melihat apa yang kita percaya.

alfatih2.gif

Kita juga belum pernah melihat kemenangan Islam, bahkan diselubungi kekalahan demi kekalahan. Namun kita percaya bahawa hari esok adalah untuk Islam. Maka bekerja keraslah untuk melihat apa yang kita percaya.

Bahawa kemenangan adalah milik Islam.

Andai cukup syarat-syaratnya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Pengerusi SUHAKAM Gesa adakan Pilihanraya di Perak !!

Isu Perak, Kerajaan Marah Kenyataan Abu Talib

KUALA LUMPUR [4.30 pm] - Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional berang dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Abu Talib Othman (foto), yang menggesa pilihanraya diadakan segera di Perak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz berkata Abu Talib tidak lagi layak mempengerusikan badan hak asasi manusia itu kerana tidak berpendirian neutral dalam krisis politik di Perak. Mei lalu, Abu Talib berkata rakyat Perak harus diberi pilihan untuk melaksanakan tanggungjawab menentukan kerajaan kehendak mereka. “Ini adalah asas hak asasi manusia,” tegas Abu Talib. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perlantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak dan kejadian Speaker V Sivakumar diheret keluar dari DUN Perak. Nazri berkata kenyataan bekas Peguam Negara itu bersifat subjudis dan boleh mempengaruhi kes kerajaan Perak. "Itu ada pandangan beliau. Beliau ada kebebasan untuk menyatakan pandangannya. Bagaimanapun bagi saya, beliau tidak wajar menyatakan demikian," kata Nazri. "Sebagai bekas pendakwa raya utama negara dan Peguam Negara, beliau tidak harus mempengaruhi hakim memandangkan kes masih dalam pertimbangan mahkamah. Sangat jelas ia adalah subjudis," katanya lagi.

[Inilah yang paling ditakuti oleh puak-puak UMNO dan BN iaitu apabila ada golongan mereka sendiri yang mahu bercakap benar dan menyampaikan sesuatu dengan keikhlasan hati. Apa yang Nazri mahu ialah Abu Talib bersetuju dengan segala apa yang dilakukan dalam kes rampasan kuasa di Perak. Biarpun beliau sendiri tahu hakikat sebenarnya. Mana mungkin manusia boleh ditipu dan dipesongkan minda buat selamanya. Inilah yang berlaku kepada mereka-mereka yang sudah dibukakan mata dan hati untuk melihat kebenaran di depan mata. Tahniah buat Tan Sri Abu Talib Othman].

02 Julai 2009

Cara Makan Yahudi Seperti yang tertulis dalam Hadis

A good article for reference! Menemui saudara ku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharja lela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupon dari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka yg mutlak, terima kasih kepada kerajaan British yg. memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua.
Tak perlulah saya mengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umat manusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi ini dan kini telah muncul pula di Amerika, kumpulan anti Yahudi , kerana mereka (pribumi Amerika) telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawah telunjuk Yahudi (Proxy)
Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumi Amerika, mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi.
Setelah memantau beberapa lelaman web saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke bahasa Melayu, semuga ianya dapat memberi menafaat kepada kita dan jenerasi mendatang.
Janganlah kida dok mengutuk kaum Yahudi terus terusan, sedang badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalim diGaza akan segera dilupakan tanpa satu pon general tentera Israil dibawa kepengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambah bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.
Tesis itu bertajuk “Why the jews so smart” suka cita saya alih bahasakanya secara rengkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi yg baik. Hakim Ma’ruf Bin Hj Abdul Kadir Universiti Massachuset USA. Mengapa Yahudi Bijak?
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.
Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar?
Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.
Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.
Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.
Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.
menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.
Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka.
Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.
Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.
Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.
Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia!
Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.
Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.
Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik.
Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok.
Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.
Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana?
Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja.
Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon
Source : http://www.tranungkite.net/