26 April 2010

Tahniah!! walaupun klah tapi undi meningkat

Oleh: hermansamsudeen




"Tahniah kepada Datuk Zaid Ibrahim dan jentera Pakatan Rakyat, khususnya kepada petugas PAS yang berusaha bersungguh-sungguh di Hulu Selangor. Tidak lupa juga pada sokongan media seperti Harakah, Suara Keadilan, Malaysiakini, Roket dan semua jaringan termasuk blogger Pakatan yang berkerjasama menangkis fitnah BN dan menyebarkan fakta yang benar kepada rakyat.
Walau pun Pakatan kalah kali ini tetapi jika diperhatikan jumlah undi yang diterima, cukup mengembirakan. Undi Pakatan tidak merosot malah bertambah.
2004 pakatan dapat 13, 324 undi, 2008 dapat 23,177 dan 2010 dapat 23,272 undi…..boleh dikatakan bahawa Pakatan kini mpunyai 23,000 pengundi tetap untuk 2013…
sedangkan BN yg menang dgn majoriti 14 483 undi pada 2004 kini hanya mampu memperoleh majoriti 1,725 undi.
Walaupun kehilangan kerusi Hulu Selangor, namun itu sedikitpun tidak merencatkan perkembangan sokongan rakyat kepada Pakatan. BN belum boleh menabik dada dengan mengatakan sokongan rakyat telah pulih kerana mereka hanya menerima 24,997 undi kali ini berbanding 2004 dimana mereka begitu gagah dengan 27,807 undi. Mereka masih hilang hampir 3,000 pengundi.
Hulu Selangor memang sangat mendebarkan buat Pakatan kerana hanya menang tipis pada 2008 dengan majoriti 198 dengan BN menguasai 3 DUN dalam Parlimen ini. Sebab itu saya anggarkan sebelum ini peluang Pakatan BN adalah 50/50.
BN boleh kata ‘undi mereka meningkat’….tapi Pakatan lebih layak mengunakan perkataan itu sekarang.
Ada yang mengatakan bahawa kemenangan Kamalanathan ini umpama kemenangan K.Parthiban di DUN Ijok satu ketika dahulu sebelum Pakatan merampas Kerajaan Selangor….
Jika Pakatan gunakan semangat kekalahan ini untuk melawan lebih hebat lagi selepas ini, maka kehilangan 1 kerusi Parlimen hari ini akan digantikan dengan kemenangan menguasai Kerajaan Persekutuan 2013 nanti.
Yang pasti, ada hikmahnya kekalahan dan penambahan undi ini. Ini juga satu peringatan agar Pakatan jangan terlalu selesa dengan kemenangan kecil sebelum ini.
Semua ini adalah satu latihan buat jentera Pakatan dimasa akan datang.
Tahniah buat semua….Allahuakhbar...Allahuakhbar...Allahuakhbar..

PERJUANGAN BELUM BERAKHIR



Posted on Sunday, April 25 @ 17:23:20 PDT
Dilulus untuk paparan oleh kerissakti

Analisis IsuOleh: ruhan
"Keputusan PRK Parlimen Hulu Selangor telah pun diketahui. BN-MIC telah memenanginya. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana bagi PRK Parlimen pasca-PRU ke-12 kedudukannya seri.

Dahulu Pakatan Rakyat merampas kerusi Kuala Terengganu dari tangan UMNO. Kini, BN-MIC merampas kerusi Hulu Selangor dari tangan Pakatan Rakyat.

Namun demikian, bacaan terhadap kecenderungan yang ditunjukkan oleh pengundi-pengundi Melayu amat merisaukan. Sebahagian besar mereka turut menyokong persahabatan kerajaan dengan Yahudi yang memperjuangkan ideologi zionis. Percambahan sokongan ini menunjukkan bahawa perkiraan keagamaan tidak menjadi keutamaan kepada insan yang mengaku mereka Islam. Kesannya kepada masa depan negara amat menggerunkan.

Kedua, di kawasan majoriti Melayu yang letaknya terceruk, gula-gula politik masih laku. Hal ini akan memudahkan lagi tugas UMNO menghadapi setiap pilihan raya di kawasan-kawasan seumpama itu pada masa akan datang. Pakatan Rakyat perlu mencari jalan yang sebaik mungkin untuk mengatasi keadaan ini secara menyeluruh.

Kawasan-kawasan yang boleh digula-gulakan ini perlu dikenal pasti jumlahnya di seluruh negara. Adakah kehilangan semua kerusi itu akan menyebabkan Pakatan Rakyat tidak mampu menguasai Putrajaya? Adakah kehilangan banyak kerusi itu di peringkat Dewan Undangan Negeri akan menyebabkan Pakatan Rakyat tidak mampu menambah jumlah negeri yang gagal dikuasai BN? Hal ini sangat-sangat penting difikir dan dicari jalan untuk menyelesaikannya secepat mungkin kerana PRU Ke-13 sudah semakin dekat.

Ketiga, pendirian berubah-ubah kaum India juga sudah menjadi duri dalam daging Pakatan Rakyat. Banyak yang perlu diselesaikan oleh pemikir-pemikir kaum India dalam Pakatan Rakyat kerana merekalah yang lebih tahu selok-belok kaum mereka sendiri.

Keempat, sampai bilakah kaum Cina akan memihak kepada Pakatan Rakyat? Inilah persoalan yang sangat penting difikirkan oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat sebelum terlewat. Mungkinkah PRK Parlimen Sibu, Sarawak akan menyerlahkan sikap sebenar kaum Cina dalam politik tanah air? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

BN tidak perlu mendabik dada dengan kemenangan di Hulu Selangor. Sibu menanti untuk direbut. Untuk kali pertama DAP terlibat secara langsung dalam PRK Pasca-PRU Ke-12. Bagaimana nasib mereka? Mampukah kedudukan 8 - 3 menjadi realiti? Segala-galanya berada di tangan kaum Cina untuk kali ini.

Pakatan Rakyat tiada jalan lain untuk kali ini selain daripada memenanginya. Sama-samalah kita lihat PAS membantu DAP pula. Sama-samalah kita lihat PKR membantu DAP pula. Akan adakah pula pemimpin DAP kencing kawan di Sibu? Perjuangan belum selesai. BN masih jauh ketinggalan kerusi berbanding Pakatan Rakyat dalam PRK Pasca-PRU Ke-12!!!

http://bilahrotan.blogspot.com
"