SURAMNYA MERDEKA TAHUN INI
Kenapa kibaran jalur gemilang amat suram pada tahun ini? Itu persoalan yang banyak diperkatakan sekarang ini memandangkan sambutan hari kemerdekaan ke 51 tinggal beberapa hari saja lagi. Adakah rakyat Malaysia sudah hilang rasa cinta terhadap negara? Pada saya mungkin juga kerana perkara yang sebegini mudah pun ( kibarkan bendera) tidak mampu dilakukan oleh rakyat Malaysia. Salah siapa hingga sambutan kemerdekaan ini amat hambar? Nak salah kan rakyat 100% tidak adil kerana kerajaan juga tidak memainkan peranan yang sepatutnya untuk membangkitkan rasa cinta rakyat terhadap negara. Apa buktinya? Pada hari esok, jumaat, satu konsert oleh artis barat, Avril Lavigne akan diadakan di negara kita. Adakah wajar dalam keadaan kita hendak menyambut kemerdekaan & ramadhan, artis yang seperti ini dibenarkan membuat persembahannya di Malaysia? Umum sudahpun tahu tentang cara berpakaian & persembahan artis ini. Apa kena-mengenanya artis ini dengan kemerdekaan negara? Bukankah lebih molek jik...