Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 30, 2009

Utusan Minta Maaf

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Akhbar Utusan Malaysia hari ini diserbu oleh pelbagai pihak khasnya para penyokong Pakatan Rakyat yang selama ini memboikot akhbar milik Umno itu. Turut diserbu adalah laman web utusan, namun apa yang mereka cari tidak ditemui kerana ia hanya disiarkan dalam akhbar utusan versi cetak sahaja. (Utusan Online telah memasukkan juga permohonan maaf itu pada sebelah petangnya.) Yang dicari adalah permohonan maaf Utusan kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disiarkan di muka depan akhbar itu.Ia disiarkan di penjuru kanan atas muka depan akhbar itu dengan tajuk "Permohonan Maaf". Permohonan maaf itu dibuat ekoran laporan Utusan sebelum ini yang mendakwa Nik Aziz berkata, "Nasihat saya wajib didengar" menjelang muktamar PAS yang lalu. Ekoran itu Nik Aziz memfailkan samannya terhadap akhbar itu. PERMOHONAN MAAF Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilap...