Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 18, 2009

Takut Kalah la Tuuu !!!

18 Mei 2009 BN mengaku kalah ?, tidak tanding kerusi Penanti Barisan Nasional tidak akan meletakkan calon menentang PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang bermula Sabtu ini, kata pengerusinya Datuk Seri Najib Razak hari ini.Perdana menteri menggariskan tiga sebab BN menolak untuk bertanding di kerusi tersebut. Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.Najib menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut. namun kitadapat menilai sendiri bagaimana susahnya BN ingin mengemukakan alasan di atas dan sekurang-kurangnnya sebanyak tiga kali mesyuarat penting dilakukan untuk memutuskan keputusannya pada hari ini.Bermula dengan Mesyuarat MT UMNO, selepas itu Biro Politiknya dan hari ini Majlis Tertinggi BN baru ada keputusan.Beliau mengumumkan demikian sel...

PKR lancar kempen "KEMBALIKAN HAK RAKYAT PERAK"

May 18, 09 12:14pm PKR akan melancarkan kempen penerangan "Krisis Perak: Kembali Pada Rakyat" pada jam 9 malam ini di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan (Dataran Pasar Malam), PJS 2D/7 (Markaz PAS PJS). Berikutan itu satu ceramah perdana akan diadakan di situ malam ini yang akan dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; ADUN Perak, Chang Lih Kang (Teja) dan Kesavan (Hutan Melintang), serta ahli jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad. Menurut kenyataan biro penerangan PKR hari ini, kempen tersebut akan diteruskan ke seluruh negara dalam masa terdekat ini.Kempen itu bertujuan memberikan penerangan berkenaan krisis politik di Perak; serta menyampaikan mesej kepada rakyat agar bersatu menuntut hak rakyat dikembalikan.Perak dilanda kemelut politik apabila BN dan Pakatan Rakyat berebut pentadbiran kerajaan negeri. Perak diperintah Pakatan selepas pilihanraya umum 2008 tetapi Februari lalu ia diambil alih oleh BN selepas tiga ...