Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 29, 2008

RIBA

Imej
DefinasiKata “riba” bererti bertambah, subur atau lebih. Di antara pengertian atau definasinya menurut hukum syarak ialah : 1. Akad bagi membuat pertukaran barang yang tertentu tidak diketahui persamaannya mengikut kiraan syarak ketika akad atau diketahui persamaannya tetapi dengan menangguhkan kedua-dua tukaran itu atau salah satunya. 2. Pertambahan pada pertukaran emas dan perak juga pada jenis-jenis benda makanan. Hukum Perbuatan Riba Perbuatan riba hukumnya haram dan berdosa besar. Di antara ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang menunjukkan haram dan kotornya perbuatan riba ini adalah seperti berikut : Ertinya : Dan Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba. Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman ! Takutlah kepadaAllah dan tinggalkan sisa-sisa riba itu, jika kamu orang beriman Daripada Ibni Masud.Ertinya : Bahawa Nabi s.a.w. melaknanti pemakan riba, pemberinya, saksinya dan juru tulisnya. Daripada Jabir r.a. Ertinya : Melaknati Rasulullah s.a.w. memakan riba, pemberin...