26 Oktober 2008

MB PERAK DALAM MUKTAMAR & IJTIMA' JAMIAT ISLAMI DI LAHORE PAKISTAN


Muktamar Jamiat Islami yang sedang berlangsung mulai 24 - 27hb. November ini di Lahore Pakistan, dihadiri oleh kira-kira 500 ribu ahli dari seluruh Pakistan. Turut dijemput tokoh-tokoh gerakan Islam dari seluruh dunia.Antara tetamu istimewa yang memenuhi undanagan ke muktamar tersebut ialah Dato' Presiden PAS Pusat. Tn Guru Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Nizar ,Setpol kepada MB Perak, Misbahul Munir turut mengiringi MB, dan juga Hj Ismail Yusof, Pengerusi Perhubungan PKR Perak.MB Perak selain Dato' Presiden diberi penghormatan menyampaikan ucapan di hadapan lebih kurang 1/2 juta ahli-ahli Jamiat islami dari seluruh Pakistan.Dalam kesempatan berada di bumi Pakistan, MB Perak dan Dato' Presiden serta rombongan dari Malaysia diraikan oleh Dato' Bandar Lahore, juga dijadualkan bertemu dengan ahli-ahli perniagaan terkenal ddi Pakistan.