Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 26, 2008

SERBAN DAN HUKUMNYA

Imej
SERBAN DAN HUKUMNYA Didalam bahasa Arab, Serban disebut dengan “العمامة” al-‘Imamah. Di dalam buku “mengapa tidak berserban?” karangan Muhammad Nur Lubis, serban di definisikan, “Kain yang dililitkan di atas jenis kopiah, samada dari jenis kain khas atau lain yang diletakan di atas kepala”[2] Adapun didalam Kamus al-Mu’jam al-‘Arabi Al-Asasi, Al-‘Imamah didefinisikan sebagai; ما يلف على الرأس Maksudnya; “sesuatu yang dibelitkan atas kepala” (m/s 869) Mengikut Ahli Sejarah, pemakaian serban adalah merupakan pemakaian kebiasaan arab semenjak zaman jahiliyyah lagi, sehinggakan arab menganggap bahawa serban adalah mahkota orang-orang arab sebagaimana disebut oleh Saidina Ali RA ; العمائم تيجان العرب Maksudnya; “Serban adalah mahkota orang-orang arab” Walaupun serban merupakan pakaian yang dibanggakan oleh orang-orang arab semenjak zaman jahiliyyah lagi, tetapi pemakaian serban juga merupakan pemakaian yang disukai oleh Nabi SAW. HADIS-HADIS TENTANG BERSERBAN Jika dibaca hadis-hadis berk...

UMAT ISLAM 20 PERATUS SAHAJA YANG SEMBAHYANG

Imej
SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain. Ini diperkuatkan dengan ebuah hadis Nabi yang bermaksud; "Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia meninggalkan agama." Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini. "Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya mengambil masa 15 atau 20 minit. Malah ada juga yang sanggup embuang masa di pusat membeli-belah, pusat karaoke...

NASIHAT IMAM SHAFIE

Nasihat Imam Syafie Mengenai Empat Perkara A. Empat perkara menyihatkan badan : 1. Makan daging 2. Memakai haruman 3. Kerap mandi 4. Berpakaian daripada kain kapas B. Empat perkara melemahkan badan : 1. Banyak berkelamin (bersetubuh) 2. Selalu cemas 3. Banyak minum air ketika makan 4. Banyak makanan yang masam C. Empat perkara menajamkan mata : 1. Duduk mengadap qiblat 2. Bercelak sebelum tidur 3. Memandang yang hijau 4. Berpakaian bersih D. Empat perkara merosakkan mata : 1. Memandang najis 2. Melihat orang mati dibunuh 3. Melihat kemaluan 4. Membelakangi qiblat E. Empat perkara menajamkan fikiran : 1. Tidak banyak berbual kosong 2. Rajin bersugi (gosok gigi) 3. Berbicara dengan orang soleh 4. Bergaul dengan golongan ulamak F. Empat keadaan ketika tidur : 1. Tidur golongan Nabi – tidur terlentang sambil berfikir mengenai ketuhanan dan ciptaan-Nya 2. Tidur golongan orang-orang soleh dan ahli ibadah – tidur mengiring di sebelah kanan bagi memudahkan bangun malam (qiyamullail). 3. Tidur ...

SEKS BEBAS : HUDUD ADALAH PENYELESAIANNYA

Harian Metro versi Internet (mymetro) melaporkan berita tentang seorang perempuan yang bernama M jothi (mungkin Hindu) dan anaknya telah dihidapati HIV ekoran seks bebas yang diamalkan oleh suaminya yang bernama Mohan.Menyedihkan lagi, berita itu melaporkan bahawa Jothi tidak dapat caruman KWSP milik Mohan, disebabkan caruman itu telah diberikan kepada abangnya [1] . Menurut Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong berkata;“penularan virus HIV semakin serius yang menjadi faktor keruntuhan rumah tangga di Malaysia kini”Menurutnya, “isteri yang dijangkiti HIV seolah-olah menerima hukuman mati tanpa melakukan sebarang kesalahan atau dosa.”“Empat wanita malang yang datang ke biro didapati pasrah dengan apa yang berlaku. Mereka sekadar meminta bantuan supaya anak yang masih hidup diberikan perhatian sewajarnya supaya tidak hidup melarat”“Apa yang menyedihkan, mereka disisih anggota keluarga kerana bimbang dijangkiti,” Membaca berita ini, aku mula berfikir. Inilah bala yang Allah timpakan ...