Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 25, 2009

Ahli gerakan Islam perlu tahu uslub dakwah

Ustaz Zainudin Hashim Fri May 22, 09 11:26:08 am MYT Perbincangan ini adalah mengenai keperluan anggota-anggota jemaah mengetahui selok-belok kaedah yang berkesan bagi menyampaikan mesej dakwah, sama ada di kalangan saudara-saudara seagama, ataupun kepada mereka yang bukan Islam. Ia lebih dikenali dalam konteks dakwah sebagai 'uslub dakwah' atau gaya, pendekatan, cara, kaedah dan sebagainya. Ini penting kerana dengan memelihara uslub ini akan lebih menceriakan arena dakwah, kerana ia lebih memfokuskan kepada golongan sasaran, serta menentukan sama ada dakwah yang dijalankan itu benar-benar menepati acuan, kaedah atau sebaliknya matlamat jangka panjang dan pendek, ia bergantung kepada sejauhmana penerapan itu dibuat. Menurut golongan para pendakwah atau daie, kejayaan atau keberkesanan dakwah yang dilakukan oleh pendakwah, ada kaitan dengan pengamalan seseorang pendakwah yang tersirat dalam ciri-ciri yang disebutkan sebelum ini. Antara lain ketaatan kepada pemimpin, menjaga ke...

5 strategi kemenangan !!!

Oleh Ustaz Nasrudin TantawiTimbalan Ketua Pemuda Pas Pusat Kemenangan yang diburu tidak mudah untuk dicapai , namun kita tidak boleh putus asa . Kerja kuat dan gigih berusaha adalah ikhtiar yang dituntut sebelum kemenangan dikurniakan oleh Allah swt . Sebegai sebuah Gerakan Islam , sekurang – kurangnya kita mempunyai 5 strategi utama untuk memastikan kemenangan kekal menjadi milik kita . 1. Taqwa. [ taat ] Saidina Umar al Khattab Rha pernah mengutuskan surat wasiat kepada Komander Tentera Islam di Iraq iaitu Saad bin Abi Waqqas Rha : ( فإني آمرك ومن معك من الأجناد، بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العدة مع العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa k...

PAS tetap laksanakan ' Kepimpinan Ulama"

Ditulis oleh Harakahdaily Saturday, 16 May 2009 KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Majlis Syura Ulama PAS menyerahkan kebijaksanaan pewakilan dalam muktamar nanti untuk membuat pilihan memilih pucuk pimpinan yang bersesuaian dengan keputusan Muktamar pada Oktober 1982. Muktamar 1982 itu telah memutuskan dengan jelas dan nyata bahawa PAS melaksanakan dasar kepimpinan ulama dalam menerajui PAS. Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat pada 10 Mei lalu yang dihadiri seluruh ahli syura memperincikan keluhan dan rasa tidak puas hati sama ada melalui akhbar atau 'blog'. Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din berkata, keputusan muktamar itu telah digunapakai tanpa sebarang masalah dan dihayati dengan teguh dan patuh. Maka ketika itu Presiden PAS ialah seorang ulama, iaitu Almarhum Yusuf Rawa dan timbalannya pula adalah Almarhum Dato' Fadhil Noor. Jelasnya, apabila Fadhil Noor ditabalkan menjadi Presiden pula maka Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi menjadi timbalannya. ...

Dakwah Non Muslim !

DAKWAH NON-MUSLIM - MASALAH DAN STRATEGI 1.0 Pengenalan Dakwah Islamiah kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia adalah suatu amal yang penting untuk dilaksanakan oleh pendakwah. Menyampaikan risalah Islam kepada manusia sejagat merupakan tanggungjawab setiap Muslim baik saudara baru mahupun di sebaliknya seperti yang ditunjukkan oleh sunnah baginda Rasulullah s.a.w. Baginda diutuskan untuk alam sejagat sebagai suatu rahmat dan menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat bukan Islam adalah bertepatan dengan tuntutun menyebarkan rahmat Allah itu. Ia juga berperanan menyumbang kepada keharmonian negara dalam jangka panjang di samping mewujudkan masyarakat bersatupadu yang mampu mempertahankan negara kita. 2.0 Masalah Dakwah Non-Muslim Peristiwa pengislaman bangsa Monggol yang pernah menakluki empayar Islam dalam tahun-tahun 600H boleh dijadikan renungan bagi semua yang berminat dalam dakwah kepada non-Muslim. Bangsa Monggol yang bengis dan kejam telah memusnahkan sebahagian besar tamaddu...

Matinya Demokrasi !!

Wan Nordin Wan Yaacob Sun May 24, 09 7:58:47 am MYT KUALA LUMPUR, 24 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Rayuan yang memberi kemenangan 3-0 kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir pada 22 Mei lalu adalah satu keputusan yang telah diskripkan. Demikian kata Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu semasa diminta mengulas keputusan kes rayuan Dr Zambry bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan Dato' Seri Ir NIzar Jamaluddin selaku MB yang sah. Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Mohammad Nizar Jamaluddin. Mengulas lanjut Mohamad Sabu berkata, keputusan yang telah diskripkan itu menandakan matinya demokrasi di negara ini. "Keputusan ini sangat pelik kerana ia telah bocor dahulu, seluruh media BN telah menanti hanya untuk umumkan sahaja, satu lagi tanda sebelum keputusan dibuat ramai Adun dan pemimpin BN hadir, tak macam semasa keputusan di Mahkamah Tinggi,"ujarnya. Meskipun begitu Mohamad Sabu m...