Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 27, 2008

TUNAIKAN IBADAH HAJI DENGAN PENUH TAQWA - MB PERAK

Imej
IPOH, 18 OKTOBER – Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mengingatkan kepada bakal-bakal haji untuk mengerjakan ibadah haji dengan penuh ketaqwaan dan berdoa kepada Allah agar dikurniakan haji yang mabrur. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Perak bagi tahun 2008. Di samping itu juga, beliau sempat menasihatkan bakal-bakal haji untuk menjaga kesihatan diri sepanjang musim haji. Kursus Perdana Haji yang diadakan selama dua hari di Masjid Sultan Azlan Shah adalah merupakan siri terakhir kepada bakal-bakal haji yang telah pun mengikuti tujuh belas belas siri kursus haji sebelum ini. Seramai 2893 orang bakal haji daripada Negeri Perak akan ke Tanah Suci Makkah mulai 31 Oktober ini secara berperingkat demi menyahut panggilan Ilahi bagi menyempurnakan Rukun Islam yang kelima.

HUKUM MENYAMBUT DEEPAVALI

HUKUM MENYAMBUT DEPAVALI Dipindah masuk dari : http://asyrafaziz.blogspot.com Tengahari tadi,ketika dalam perjalanan dari kolej(IIC) ke rumah, saya terpandangsatu 'Banner' yang menunjukkan Ucapan depevaali dari 3 parti yang menjadi pilihan rakyat malaysia pada pilihanraya baru-baru ini. Terdetik di dalam hati adakah perayaan depavaali tahun 2008 akan menjadi perayaan yang 'super' meriah?bukankah kaum India yang telah menyumbang kemenangan ketiga-tiga parti sehingga parti Islam dapat menang dengan majoriti yang sangat besar di kawasan kaum tersebut. Persoalannya adakah kita di benarkan oleh agama yang mulia ini untuk saling betukar-tukar ucapan selamat dan saling bertukar hadiah kepada non-muslim ketika perayaan mereka?Sebelum itu elok kita mengetahui erti perayaan Depavali kepada kaum india, Jadi,mari kita lihat secara ringkas penjelasannya: Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November. Oleh kerana namanya Pesta