17 Mac 2009

"Makkal Sakhti" semarakkan pelancaran jentera pilihanraya Kelab Penyokong PAS

'Makkal Sakhti' semarakkan pelancaran jentera pilihanraya Kelab Penyokong PASPDFCetakemel
Ditulis oleh Buletin Online   
Isnin, 16 Mac 2009 02:55

BUKIT GANTANG, 16 Mac - “Hidup Hidup, Hidup Rakyat, Makkal Makkal, Makkal Sakhti, Hancur Hancur, Hancur UMNO, Reformasi !,”laung Dato’ Seri Nizar Jamaludin, Menteri Besar Pakatan Rakyat membuka ucapannya, selepas menyebut nama Allah dihadapan lebih 800 orang hadirin. (Gambar - Nizar melepaskan burung sebagai simbolik kebebasan semasa merasmikan pelanjaran jentera pilihanraya Kelab Penyokong PAS).

Kemudian beliau membaca ayat, “janganlah sekali-kali kamu cenderung kepada kezaliman kelak kamu disentuh oleh api neraka”

Bagi kaum India dan Cina yang hadir dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Kelab Penyokong PAS, Nizar adalah Menteri Besar negeri Perak Darul Ridzuan.


Beliau yang datang dengan kereta rasmi Menteri Besar, Toyota Camry hitam bernombor pendaftaran AGS 10 disambut sebagai ‘hero’ yang memperjuangkan hidup rakyat Perak.

“Saudara-saudara, apa yang berlaku di negeri Perak hari ini adalah satu kekejaman yang telah dibuat oleh UMNO dan Barisan Nasional, tanpa segan silu mereka telah merampas hak rakyat negeri Perak,” kata Nizar.

 

Katanya mandat yang diberi oleh rakyat negeri Perak pada pilihanraya umum ke 12 bulan Mac 2008 telah dirampas oleh UMNO pada 5 Februari 2009

“Ini merupakan satu perbuatan yang haram, bersifat kejamnya dan durjana,” tegasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut meminta ahli-ahli Kelab Penyokong dari kaum India dan Cina menolak UMNO dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang yang diadakan nanti.


Dalam sidang media yang diadakan selepas majlis tersebut, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang berkata PAS hanya akan mengumumkan calonnya 26 Mac ini walaupun Barisan Nasional (BN) telah menamakan calonnya untuk pilihan raya kecil Bukit Gantang semalam.

Katanya PAS Perak akan bermesyuarat malam ini untuk mempertimbangkan empat nama yang sudah ditapis manakala ia akan ditimbang dan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat yang akan bermesyuarat pada 23 Mac depan.


Katanya empat nama yang akan dihalusi malam ini tidak termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Hj Asmuni Awi yang telah menolak namanya daripada dicalonkan.


Ustaz Ahmad Awang turut menolak andaian langkah awal UMNO mengumumkan calon semalam memberi tekanan kepada PAS dalam soal memilih calonnya.


PAS memilih untuk mengumumkan calon lewat kerana kata beliau, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa anggota jawatankuasa pusat berada di luar negara.


"Jadi PAS pusat akan memutuskan nama calon yang sesuai pada 23 Mac dan akan diumumkan di sini tiga hari kemudian," katanya yang turut melancarkan Kempen Kutipan Dana Kelab Penyokong PAS dalam majlis yang sama.


Ketika ditanya sama ada pengumuman lewat akab menjejaskan peluang PAS kekalkan kerusinya, Ustaz Ahmad yang juga Naib Presiden PAS berkata, pihaknya sudah membuat persiapan awal.


"Lagipun jentera sudahpun berjalan dan kini mengaturkan pelbagai aktiviti bagi hadapi pilihan raya kecil ini,"tambahnya.

Perang Poster di Bukit Gantang Hangat


Ekmal Yusof 
Tue | Mar 17, 09 | 2:23:21 pm MYT

TAIPING, 17 Mac (Hrkh) - Perang poster sedang hangat berlangsung di antara PAS dan Umno-BN sempena menjelangnya hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen P-59 Bukit Gantang pada 29, Mac ini.

Iklan
 
 
  

Pakatan Rakyat yang meletakkan wakil PAS sebagai calon menentang Barisan Nasional awal-awal lagi telah memulakan perang poster untuk menampakkan siapa hebat dan kuat di sepanjang Jalan Taiping-Kuala Kangsar sekitar pekan Bukit Gantang, Changkat Ibol serta Changkat Jering dekat sini.

Umno-BN telah menamakan calon mereka di Parlimen Bukit Gantang iaitu anak tempatan Ismail Saffian manakala calon dari PAS difahamkan akan diumumkan pada 28, Mac ini.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong setelah penyandangnya, Allahyarham Roslan Shahrum dari PAS meninggal dunia akibat serangan jantung Februari lalu.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, Roslan berjaya dapat undi sebanyak 20,015 mengalahkan calon BN Abdul Azim Mohd Zabidi 18,449 undi.

Dalam tinjauan Harakahdaily semalam, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan pada Pilihan Raya Parlimen Bukit Gantang ini Pakatan Rakyat akan memastikan kemenangan memihak kepada calon PAkatan Rakyat.

"Kami tidak akan sia-siakan peluang keemasan yang telah berada di hadapan itu. Kami akan bermati-matian berusaha siang dan malam. PAS, KeADILan dan kerjasama DAP untuk menebus "kekalahan" Kerajaan Pakatan Rakyat yang dirampas secara kotor oleh Umno-BN baru-baru ini," katanya.

Tegas Ahmad, kemenangan PAS ini nanti adalah sebagai kayu pengukur menentukan suara rakyat sebenarnya berkehendakkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat dan bukan dengan cara jelek "melompat atau merangkak" parti. - mns_

70% kata Gobind patutnya dirujuk ke Jawwatankuasa Hak & Keistimewaan Parlimen

70% KATA GOBIND PATUTNYA DI RUJUK KE JWTNKUASA HAK & KEISTIMEWAAN PARLIMEN

Undian SMS Edisi 7 malam ini memaparkan 70% berpendapat kes Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) sepatutnya dirujukkan ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen. Tindakan untuk menggantung keanggotaan Gobind selama setahun oleh Dewan Rakyat dilihat sebagai sesuatu yang melampau.

Dewan Rakyat hari ini telah mengantung Ahli Parlimen Puchong dari DAP, Gobind daripada menghadiri sidang Parlimen selama setahun bermula hari ini.

Ini berikutan kenyataan beliau yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak terbabit dalam kes pembunuhan wanita monggolia, Altantuya Shaariibuu dan juga menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Usul bagi menggantung Gobind telah dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersama-sama anggota Parlimen Pakatan Rakyat lain yang kelihatan marah dengan tindakan Parlimen itu berkata tuduhan jenayah tidak boleh ditutup dengan undi majoriti atau kuasa subjudis.

Tambah beliau walaupun usul menggantung Gobind diluluskan tetapi yang dituduh harus diberi peluang untuk membuktikan tuduhan yang dibuat sementara yang dituduh pula perlu mempertahankan diri.

Anwar berkata lagi prinsip "natural justice" tidak dilaksanakan dalam keputusan penggantungan Ahli Parlimen Puchong tersebut.