KESTABILAN POLITIK NEGERI PERAK PERLU DIKEMBALIKAN, DUN PERAK PERLU SEGERA DIBUBARKAN
Kenyataan Media (25 Oktober 2009) KESTABILAN POLITIK NEGERI PERAK PERLU DIKEMBALIKAN,DUN PERAK PERLU SEGERA DIBUBARKAN Berikutan sidang DUN yang akan diadakan pada 28 Oktober 2009 ini, PAS Perak mendesak agar kestabilan perjalanan Dewan Undangan Negeri Perak berjalan dengan baik, perkara ini sangat penting kerana PAS Perak sangat menghormati pendirian rakyat yang telah membuang undi pada 8 Mac 2008 yang lalu dan hasil dari itu kerajaan Pakatan Rakyat diberi mandat untuk mentadbir Negeri Perak. Berikutan surat panggilan yang telah dikeluarkan oleh YB V Sivakumar selaku Speaker Perak yang sah, untuk semua adun dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional bersidang pada 28/10/2009 ini. Maka PAS Perak mengharapkan agar perkara-perkara yang disebutkan diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan: Pertama : PAS Perak ingin menegaskan supaya pihak polis tidak campur tangan di dalam segala urusan sidang DUN yang akan dilakukan pada 28 Oktober ini. PAS Perak menegaskan agar insiden campurtangan pih...