Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Wajib lulus Sejarah untuk Kepentingan politik Umno ?

Imej
Posted on Friday, October 29 @ 16:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh teori Oleh Nazli Ibrahim PETALING JAYA: Ahli Sejarah, Profesor Emeritus Khoo Kay Kim hari ini menyifatkan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini untuk memertabatkan mata pelajaran Sejarah dalam sistem pendidikan negara amat wajar.Namun begitu, beliau tidak menolak keraguan sesetengah pihak yang mendakwa langkah ini diambil bertujuan menyelamatkan kepentingan politik parti pemerintah dan bukanlah semata-mata demi kepentingan sejarah itu sendiri. Keraguan ini memang mempunyai asasnya jika dilihat kembali terhadap usaha-usaha yang telah dijalankan oleh ahli-ahli akademik khasnya untuk memertabatkan Sejarah yang selama ini dilihat sepi oleh kerajaan. Hanya setelah kedudukan politik parti pemerintah ini dalam kedudukan genting, barulah kepentingan Sejarah dibangkitkan mereka. Berbanding dengan usaha yang telah lama dijalankan oleh ahli akademik yang tidak mempunyai apa-a

PEMUDA UMNO PERLEKEH TADIKA KEMAS

PAS harap Bajet 2011 tidak rampas hak rakyat

Imej
Dzulfikar Mashoor KUALA LUMPUR, 15 Okt: PAS berharap Bajet 2011 yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini di Dewan Rakyat tidak akan menambahkan lagi beban rakyat. Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata demikian kerana usaha liberalisasi ekonomi yang dibuat Najib, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I dalam Bajet 2010 pada Oktober tahun lalu telah pun merampas subsidi minyak daripada rakyat. "Bajet 2011 ini, kita harap tidak ada lagi subsidi rakyat sama ada subsidi minyak (RON 95), diesel, gas masak, gula atau komoditi asasi lain dirampas daripada rakyat," ujarnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily. Akibat dari itu, katanya kesan berantai seperti harga barang naik, inflasi dan kos sara hidup meningkat dialami oleh rakyat. Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat berkata, Najib seharusnya tidak lagi mengetepi permohonan Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Kakitangan Awam (Ceupacs) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia

Galas: PAS lancar gerak kerja 19 Oktober

Imej
Mohd Nor Yahya    KUALA LUMPUR, 14 Okt:  PAS Kelantan akan melancarkan gerak kerja bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas pada 19 Oktober ini bertempat di bandar Gua Musang. Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, senarai nama calon sudah ada di pengetahuan PAS Pusat dan Kelantan akur dengan keputusan itu. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri berkata demikian ketika ditemui di Rumah Sri Kelantan, di sini ketika menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, malam tadi. “Bagi kita di dalam PAS, senarai nama yang dihantar tersebut adalah semuanya berkelayakan, namun ia terpaksa dibuat pilihan oleh Majlis Syura dan kita harap semua pihak akan menerima sesiapa sahaja yang akan menjadi calon PAS di Galas nanti,” katanya. Menyentuh jentera parti, Muhammad Fadzli berkata, PAS sudah mempunyai banyak pengalaman dan selepas PRU ke-12 hingga kini sudah memasuki 12 PRK dan kesemuanya PAS melibatkan diri,wala

Ibrahim Ali kena tarik gelaran ' Datuk Paduka'

Imej
Sultan Muhammad Ke-5 telah menarik balik gelaran Datuk yang dianugerahkan kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ibrahim Ali menurut laporan The Star hari ini. Selain Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Bebas bagi Pasir Mas, Sultan Kelantan juga menitahkan gelaran Datuk juga ditarik daripada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Wan Hashim Wan Daud. Tidak ada butiran lanjut diperolehi setakat ini berhubung alasan gelaran tersebut ditarik balik. Bagaimanapun Ibrahim dilihat amat lantang 'memperjuangkan' hak serta 'ketuanan' Melayu sehingga menimbulkan kontroversi dengan pemimpin Umno seperti Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin dan juga rasa tidak senang dikalangan masyarakat Cina dan India. Posted by pemudabesut at 1:59 PM 0 comments Links to this post

Galas :siap sedia hadapi sebarang kemungkinan

Imej
Nazri Abdullah    KUALA LUMPUR, 8 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa jentera PAS bagi Pilihan Raya Kecil N45 Dun Galas, menyusun strategi dan gerak kerja dengan kemas berdepan sebarang kemungkinan. Menurutnya, strategi dan perancangan yang kemas mampu untuk menghadapi sebarang tindakan tidak bermoral parti lawan. "Saya percaya bahawa kita semua akan dapat menghadapi tindakan tidak bermoral parti lawan nanti dengan kita menyusun strategi dan gerak kerja yang kemas. "Kita sekali-kali tidak gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas suasana beberapa pilihan raya kecil sebelum ini yang menyaksikan banyak tindakan tidak bermoral berlaku sepanjang kempen. Ianya antara lain termasuk ugutan, rasuah kepada pengundi dan provokasi keterlaluan sehingga mencetuskan suasana tegang. Bagaimanapun menurutnya, jika PAS mengatur strateg