04 September 2008

PESAN RASULULLAH DI BULAN RAMADHAN

Keberkatan hadir majlis ilmu PUJANGGA Arab ada berkata:

“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”

Kata-kata ini menerangkan kepentingan seseorang mencari ilmu sepanjang masa dan di mana juga dia berada. Kedatangan Ramadan juga tidak menghalang seseorang daripada menuntut ilmu.PUJANGGA Arab ada berkata:
“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”Kata-kata ini menerangkan kepentingan seseorang mencari ilmu sepanjang masa dan di mana juga dia berada.Kedatangan Ramadan juga tidak menghalang seseorang daripada menuntut ilmu.
Dalam hadis masyhur, Rasulullah turut menerangkan kelebihan seseorang yang menuntut ilmu ketika Ramadan.Daripada Anas Bin Malik, katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang menghadiri majlis ilmu pada Ramadan, Allah mencatat setiap langkahnya menyamai ibadat setahun dan dia bersamaku (Rasulullah) di bawah Arasy.

“Sesiapa memelihara solat jemaah pada Ramadan, setiap rakaat diberi ganjaran sebuah kota yang dipenuhi nikmat daripada Allah.

“Sesiapa melakukan kebaikan kepada orang tuanya pada Ramadan, nescaya memperoleh perhatian daripada Allah dengan penuh kasih sayang, sedang aku (Rasulullah) menjaminnya dalam syurga.

“Perempuan yang mencari keredaan suaminya pada Ramadan, maka baginya pahala seumpama pahala Mariam dan Siti Aisyah.

“Sesiapa yang menolong keperluan orang Islam pada Ramadan, nescaya Allah menolong 1,000 keperluannya pada kiamat."

Justeru, Ramadan bukan saja terkenal sebagai bulan latihan, kesabaran (syahru As-Sabr) dan berkat (Syahru Barakah), malah bulan ilmu. Ia memberi peluang kepada seseorang mendapat ganjaran dan pahala serta menjauhkan diri daripada perkara sia-sia.
Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin, Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa Abu Darda’ berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Hendaklah kami menjadi orang berilmu. Jika tidak, jadilah orang yang mempelajari ilmu. “Jika tidak, jadilah orang yang mendengar ilmu. Jangan kamu jadi golongan keempat (yang tidak termasuk dalam golongan itu). Hendaklah kamu tinggalkan perbuatan golongan keempat itu.

”Sesungguhnya, majlis ilmu berfungsi mendidik manusia mengenal keesaan Allah, khususnya melalui penjelasan berkenaan ilmu tauhid.Dengan tauhid, manusia akan mengenali siapakah dirinya dan tidak akan sesekali melakukan tindakan menyalahi syariat.

PELANCARAN IHYA RAMADHAN DI DATARAN MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI) MALAM INI

IPOH, 4 Sept :- Buat pertama kalinya dalam sejarah, Kerajaan Negeri Perak akan mengadakan 'Majlis Perasmian Berbuka Puasa, Solat Tarawih dan Tazkirah' di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh pada 4 Ramadan bersamaan 4 September bermula jam 6.30 petang hari ini.'Majlis Perasmian Berbuka Puasa, Solat Terawih dan Tazkirah' di Dataran MBI itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin.
Disamping Menteri Besar dijangka hadir sama ialah Exco Agama dan semua Ahli yang berhormat pakatan Rakyat Perak.
Majlis Perasmian ini akan meliputi sembahyang tarawih dan tazkirah yang akan dipimpin oleh Nizar sendiri.
Di samping itu, penganjur majlis juga turut menyediakan jamuan untuk berbuka puasa.
Dijangkakan lebih 300 orang akan hadir di dataran MBI untuk berbuka puasa, bersolat tarawih dan mendengar tazkirah yang disampaikan sendiri oleh MB Perak.
Pembaharuan ini dilihat satu program untuk 'menghidupkan' malam di bulan Ramadan yang penuh berkat ini dan ianya dipelopori sendiri oleh Kerajaan Negeri, sekaligus membawa mesej kepada umat Islam di negeri ini agar turut sama untuk melakukan ibadat di malam Ramadhan dengan solat tarawih dan tazkirah.