| Selepas beberapa jam melepas jawatan exco kerajaan negeri Kedah, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan malam ini bahawa V Arumugam turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau. Menurutnya, peletakan jawatan Arumugam itu berkuatkuasa serta merta.
Petang tadi, Azizan mengumumkan bahawa Arumugam telah melepaskan jawatan exco kerajaan negeri. Ketika dihubungi Malaysiakini malam ini, Isa berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan Arumugam pada jam 6 petang tadi yang dihantar oleh wakilnya. Menurutnya, menteri besar telah menyembahkan perkara itu kepada Sultan Kedah tadi. Menurut Isa beliau akan menghantar surat kepada SPR esok untuk memaklumkan mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau itu. Dalam sidang akhbar malam ini, menteri besar berkata Arumugam meletakkan jawatan akibat tekanan dari pihak Barisan Nasional. Katanya, tekanan itu agak berat sehingga mengancam dirinya (Arumugam) dan keluarganya. Oleh itu, katanya, Arumugam mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan exco kerajaan negeri dan Adun Bukit Selambau. Keputusan Arumugam hari ini ekoran spekulasi sejak kebelakangan ini bahawa beliau akan menamatkan karier politiknya. |
09 Februari 2009
Arumugam letak jawatan exco dan Adun Bukit Selambau - Malaysiakini
Jenazah Ahli Parlimen Bukit Gantang selesai di semadikan
BATU GAJAH , 9 Feb :- Lebih 5000 orang menziarahi jenazah Almarhum Hj. Roslam Sharum di kediamannya di Changkat Larang di sini petang tadi. Jenazah yang sampai dari Hospital batu Gajah sekitar jam 3.00 petang telah ditunggu oleh saudara dan rakan taulan sejak lebih awal lagi.
Setibanya jenazah di rumah pada masa tersebut, bertali arus saudara dan rakan dari kaum Melayu, Cina dan India berdatangan untuk memberi ucapan takziah dan memberi penghormatan terakhir.
Antara yang hadir dan dapat dikesan ialah DS.Anwar Ibrahim,Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin,Dr. Hatta Ramli, Hj. Mahfodz Omar, Ust. Ahmad Awang,Ahli Parlimen yang lain serta ADUN-ADUN. Pemimpin tertinggi Parti pakatan Rakyat Perak dan Pegawai-pegawai kerajaan juga kelihatan hadir.
Sembahyang jenazah dilakukan sebanyak 3 kali, sekali di rumahnya dan dua kali di Masjid jamik Changkat Larang.
Jenazah disemadikan di tanah kubur yang berdekatan. bacaan talkin diketuai oleh YAB Menteri Besar perak dan Tahil di ketuai olehPengarah Jaipk ,Sheikh Mohd. Nor Al Hafiz.

Langgan:
Catatan (Atom)
Sehubungan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Isa Ismail akan memaklumkan kekosongan kerusi tersebut kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan dalam masa 60 hari.