KUDIS YANG DI SIMPAN OLEH PAS KINI MULA GATAL ?
Friday, October 23, 2009 Oleh: WFAUZDIN NS TAHNIAH, buat Mursyidul Am Pas kerana berani menegur dan memberi pandangan bagaimana harus PAS membersihkan imejnya dari dipandang serong oleh rakan-rakan mereka di dalam PR serta diragui juga oleh ahli-ahli jemaah serta penyokongnya sendiri. Terlalu banyak yang telah diperkatakan tentang dua tiga orang pemimpin PAS yang membuatkan rakan-rakan mereka di dalam PR mencurigainya bahkan dicurigai juga oleh sebilangan besar jemaahnya. Jangan takut untuk memperkatakan tentang punca semuanya ini adalah dari perbuatan pemimpin yang `berbisik dalam kelambu' sebagaimana yang telah terjadi di Selangor sejurus Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Kemudiannya, berlaku pula di Perak tatkala rakan-rakan dalam PR berhempas pulas untuk menyelamatkan kerusi MB yang diduduki wakil dari PAS dari dirampas oleh UBN secara tidak beradab itu. Siapa boleh menafikan ini semua adalah hasil perbuatan beberapa kerat pimpinan PAS, bukan ahli PAS biasa yang bukan dari golo...